Menu Shell Out Dol Char Kuey Teow Terbaik Di Banting !
Shell Out Dol Char Kuey Teow Terbaik Di Banting
Jika korang kebetulan berada di sekitar Banting atau lalu lalang Banting Pantai Morib dan pada masa sama sedang berkira-kira nak cari makanan best, aku ajak korang singgah sebentar di gerai Dol Char Kuey Teow untuk menikmati menu char kuey teow terbaik di Banting (aku dah promo sebelum ni). Sementara itu ada satu lagi menu yang menjadi tarikan pengunjung iaitu menu seafood Shell Out. Walaupun aku dah pernah makan di tempat-tempat lain (Cyberjaya) (Slim River) dan beberapa restoran lagi, tapi tu dulu dah lama dah. Bila sesekali teringat keenakkan makan ala hipster; menu selonggok atas meja! .. tu yang cari ber Shell Out yang terdekat dengan kediaman kami sekeluarga.
Gerai Dol Char Kuey Teow ini dimiliki sepenuhnya oleh anak muda kelahiran Banting Selangor. Namanya Wan Badrul Muhayat dan senang disapa dengan panggilan Dol. Gerai Dol ada 2 cawangan stakat ini (bukan cawangan isteri.. ye). Lokasi gerai Dol Char Kuey Teow yang terdekat dengan pantai Morib adalah berada di Tongkah dan sebuah lagi gerai berada di Jalan Durian, Kanchung Darat Banting (bersebelahan stesen Petronas). Kedua-dua gerai ini memang terbaik dan terkenal menu char kuey teownya seperti namanya Dol Char Kuey Teow.
Dol memang seni orangnya, lihat saja perkakasan di gerainya ada simbolik yang menarik perhatian aku. Aku suka kerja kayu yang diterapkan dalam pembinaan perabot kaunternya dan juga kerusi meja.. Kebanyakkanya dari kayu pallet. Ya aku suka sebab aku pun seorang trader/designer pets house.. ok la kan.. iklan sikit takpa kan. kepada sesiapa nak buat /tempah rumah kucing/pets kesayangan boleh la roger aku di Naz Design (017-4009726)
Okay, sambung cerita .. Balik je dari IOI Mall sesudah makan Korean food di sana, kami masih lagi tak cukup kenyang terutamanya dua-dua puteri kami tu. Sebab apa? Bukan sebab tak baca Bismillah kot.. tapi memang macam tu agaknya anak-anak kian membesar.. haha. dan mungkin juga sebab lama dah teringin nak makan Shell Out Dol Char Kueh Teow. Hari tu borak dengan Dol dan katanya tak nak cuba ke menu terbaru Dol?... nah hari ni kami tunaikan hajat perut masing-masing. suka sangat anak beranak PCL yang memang faveret kami makan seafood selain korean food.
MamaDee dan Hanis tak sabar menantikan. Tak lama menunggu pesanan. Cepat dan servis terbaik. Konsep makan di gerai kira bagus la macam ni banding dengan makan di restoran-restoran besar. Kat sini semuanya nampak berjalan lancar walaupun pada masa sama ramai pengunjung. Boleh lepak di luar bumbug gerai utama ada beberapa buah pangkin berbumbung. santai makan di sini.
Ok, pesanan sudah terhidang di meja. Set untuk 4 orang Shell Out di hidangkan atas meja beralaskan palstik pakai buang dan beralas lagi daun pisang. Kami semua suka pedas. Pedas lazat berapi dari Shell Out Perisa Tomyam!, aku cadangkan korang pun boleh cuba yang ni.. maveles! set 4 orang @ Rm55.00/set
Ok, pesanan sudah terhidang di meja. Set untuk 4 orang Shell Out di hidangkan atas meja beralaskan palstik pakai buang dan beralas lagi daun pisang. Kami semua suka pedas. Pedas lazat berapi dari Shell Out Perisa Tomyam!, aku cadangkan korang pun boleh cuba yang ni.. maveles! set 4 orang @ Rm55.00/set
Selain menu sedia ada seperti Char Kuey Teow dan Shell Out terdapat juga berbagai menu lain di Dol Char Kuey Teow. Korang boleh cuba dan jangan segan untuk selak-selak menu yang diberikan tu..
Pesanan : AWAS jangan sampai tertelan kulit cengkerang tu ye.. berhati-hati dan perlahan-lahan sambil menikmatinya. Sealamat menjamu selera di Dol Char Kuey Teow .
dan satu lagi pastikan korang jangan salah gerai pulak . Setakat entri ni disiarkan hanya cawangan ke dua Dol di Tongkah Morib sahaja ada meu Shell out.. Baca info selanjutnya :
SHELL OUT @ DOL CHAR KUEY TEOW MORIB..
untuk BOOKING/PERTANYAAN boleh direct WHATSAPP :
0196402832 (DOL)
0183687510 (ANUAR)
0196448716 (AISYAH)
Kami menyediakan pelbagai menu seperti:
📎SHELL OUT
📎TOMYAM/ALA CARTE/MASAKAN ALA THAI
📎CHAR KUEY TEOW (paling powerr @ banting)
BOLEH GUNAKAN APLIKASI WAZE UNTUK CARI LOKASI KAMI.
WAZE:DOL CHAR KUEY TEOW
WAZE:DOL CHAR KUEY TEOW MORIB
dah alam tak sampai ke area sana...insyaALLAH nnt kalau ade masa nak jugak g sana makan!
ReplyDeleteTengok gambar pun dah terliur ni. Dah lah suka makan jugak ni.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Balik banting nanti nak try jugak dah dekat sangat dengan rumah ibu miza
ReplyDeletebaru semalam makan shellout
ReplyDeletetengok shellout dekat sini pun nampak sedap juga nih
Tengok gambar menarik sangat ni PCL.. Selalu makan shell out sweet sour je, boleh try makan sini kalau singgah nanti ^_^
ReplyDeleteAiyo .. nampak best je tu. Lama dah tak makan macam ni.
ReplyDeleteSedapnya shellout!
ReplyDeleteHari tu ada singgah tapi masa tu awal sangat kot shell out belum ready.. next time nak singgah dah rasa sendiri. sedap nampak family PCL makan he he he
ReplyDeleteShellout Banting sedap!
ReplyDeleteNampak sedap tu PCL...amboi seronok anak- anak dara dan MamaD kan
ReplyDelete