Jom Bercuti Di Pulau Pangkor

Monday, April 23, 2018 Nazlee Ismail 13 Comments

Jom Bercuti Di Pulau Pangkor

Dah lama rasanya aku tak bercuti di negeri kelahiran iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Selalunya orang hanya akan nampak keindahan luar dari keindahan dalam. Hanya nampak cantik yang jauh daripada dekat. Kebanyakan orang akan pergi melancong ke luar negara contohnya, tetapi dalam negara sendiri pun masih banyak tempat belum dilawati.

Di negeri Perak sendiri terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati contohnya Pulau Pangkor. Macam aku ni lah, Pulau Pangkor hanya sekali baru jejak kaki di sini.. owh sedihnya, kadang-kadang malu sendiri bila orang bertanya tentang Pangkor.. haa apa nak jawab?

Pangkor laut Resort


Pulau Pangkor
Pulau Pangkor

Lihat gambar gambar di atas ni..  indah oh indahnya alahai. Aku sebenarnya belum sampai lagi di sana. Di mana? Pulau Pangkor Laut iaitu sebuah kepulauan kecil berhampiran.

Alhamdulillah hujung tahun 2017, aku berpeluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor dan lokasi penginapan yang menjadi pilihan masa itu ialah Coral Bay Resort. Jika ada peluang bercuti lagi..  aku wajib memilih menginap di Pangkor Laut Resort. Resort ini sememangnya menawarkan penginapan di tepi laut yang dikelilingi oleh taman-taman tropika. Sangat teruja.. tak sabar rasanya nak menginap di sini.

Pulau Pangkor

Pemandangan  pantai dan di sekitar Pangkor Laut Resort memang mendamaikan jiwa dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa. Indah sungguh anugerah Tuhan. Betul kata orang kalau tak datang melawat  Pulau Pangkor ini manakan dapat menikmati keindahaan yang menakjubkan malahan pulau ini lebih baik dari pantai-pantai di negara luar sana. Save on Pangkor resort booking online

Okey aku mahu berkongsi sedikit pengalaman aku ke Pulau Pangkor. Korang yang sudah ke sini mesti dah biasa dengan van merah jambu kan? Van teksi yang cukup sinonim dengan Pulau Pangkor. Sekiranya korang datang ke sini bercuti bersama keluarga pastinya van merah jambu menjadi pilihan dari Jeti Pulau Pangkor ke hotel penginapan. Memang mudah dan tak perlu risau sebab van merah jambu bilangannya banyak dan sentiasa menunggu ketibaan pelancong.

Pulau Pangkor

Turun dari jeti aku terus dapatkan van merah jambu dan langsung ke hotel. Tak jauh mana pun lokasinya tapi kalau mampu berjalan kaki boleh juga.. alamtnya lambatlah sampai ke hotel. Check-in cepat-cepat boleh merehatkan badan sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Pusing-pusing pulau lebih menyeronokkan kalau meronda dengan motosikal. Banyak tempat boleh dijelajahi di pulau ini dengan menyewa motosikal. Kalau terdaya mengayuh.. boleh juga berbasikal. Terpulanglah kepada masing-masing bagaimana untuk menikmati keindahan pemandangan Pulau Pangkor. Kemudahan menyewa basikal dan motosikal ada di mana-mana, Cuma kena pandai cari dan dapatkan tawaran sewa harga berbaloi.

Pulau Pangkor

Aktiviti reakrasi pantai dan laut terbaik di sini ialah snorkeling, banana boat dan jet ski. Jika mahu mencuba jet ski, korang boleh sewa dan menunggangnya sepuas hati.

Pulau Pangkor

Terletak di hadapan pantai Coral Bay ialah Coral Island Pulau kecil yang menjadi lokasi snorkeling. Antara lokasi snorkeling pilihan pelancong. Jom snorklling.. jom ke Pangkor!

Untuk anda yang masih tercari-cari lokasi menarik di Pulau Pangkor, di sini aku cadangkan beberapa lokasi wajib singgah antaranya ialah ;

1. Teluk Segadas
Teluk Segadas ini terletak di selatan Pulau Pangkor. Kalau korang sukakan kedamaian dan jauh dari suasana bising eloklah ke sini. Untuk ke teluk ini, dari jeti Pulau Pangkor korang boleh menaiki van merah jambu sehingga sampai ke Kampung Gedung dan selepas itu berjalan kaki ke teluk dalam masa lebih kurang 20 minit. Cantik pemandangannya.

2. Pulau Pangkor Laut
Pulau Pangkor Laut ni letaknya di pulau berasingan dari Pulau Pangkor. Kiranya ia adalah sebuah pulau kecil. Untuk ke sini korang boleh ambil pakej percutian yang termasuk boat transfer Marina Jetty-Pangkor Laut Resort-Marina. Terdapat hotel penginapan yang selesa dan sekitar pemandangan yang memukau mata. Aku dah kongsikan beberapa gambar di permulaan tadi.

3. Pulau Giam
Pulau Giam ini lokasinya berhadapan dengan Teluk Nipah. Dari pantai Teluk Nipah korang akan Nampak Pulau Giam berada bersebelahan Pulau Mentagor. Untuk ke sini, korang boleh berkayak atau menaiki bot. Airnya jernih dan aktiviti popular di sini ialah snorkeling.

4. Pantai Teluk Nipah
Untuk mendapatkan pakej aktiviti air di sinilah tempatnya, korang boleh pilih pakej mana yang bagus dan menarik. Pakej snorkeling, kayak dan sebagainya. Biasanya musim cuti sekolah dan cuti umum, lokasi ini menjadi pilihan pengunjung di Pulau Pangkor.

5. Pantai Pasir Bogak
Untuk melihat aktiviti nelayan tempatan dan mendapatkan kedai-kedai cenderahati atau restoran-restoran makanan laut di sinilah tempatnya. Lain-lain tempat ada juga tetapi di sini lebih meriah. Korang juga boleh mandi-manda di pantai ini.

6. Kilang Sate Ikan Hai Seng Hin
Jika ingin membawa pulang hasil laut Pangkor, di sini lah antara tempatnya. Banyak produk laut dihasilkan di kilang Hai Seng Hin contohnya sate ikan. Antara lain produk ialah sate sotong, ikan kering, ikan bilis, keropok dan lain-lain. Produk yang paling ‘meletop’ di Pulau Pangkor ni sebenarnya ialah ikan bilis mata biru Pangkor, kualitinya terbaik dan tiada di tempat lain.


13 comments:

  1. Kalau kita nak cuti2 dalam negara, boleh masukkan P.Pangkor dalam list..sbb tempt dia best... Penah gak ke sini beberapa kali..best...

    ReplyDelete
  2. Wahh..lama xpegi ni..biasa pegi 1 mlm je..teluk nipah de 1 hotel tuu..suka..t0 dh tutup

    ReplyDelete
  3. wahh bestnyaaa. lepas ni nak ajak family pergi bercuti kat pulau pangkor lah heee

    ReplyDelete
  4. Lama x pegi pangkor. Best la pangkor ni

    ReplyDelete
  5. Rindu kt pangkor..seronok snorkeling tu..berjam2 rasa dok kat air..haha

    ReplyDelete
  6. Subhanallah. Cantiknya tempat ni PCL. Teringin Mak nak pergi. Takpe, tunggu anak-anak Mak besar sikit boleh ajak snorkelling.

    ReplyDelete
  7. Dah 2 tahun tak pi Pangkor.. rindu nak pi sana lagi...

    ReplyDelete
  8. Best nya... Syoknya kalau dapat pergi ni...

    ReplyDelete
  9. Dah pernah pergi Pangkor tapi day trip je..next time nak pi bermalam kat sana plak la..

    ReplyDelete
  10. salam..lama dah takjumpa...lama juga tidak ke pangkor

    ReplyDelete
  11. Kerap berjalan sampai ke Pangkor (sewa kereta round satu pulau, mandi dan jalan2). Next time boleh sewa hotel ni pula :D

    ReplyDelete
  12. Jadi ingin pergi ke pangkor lagi,dah lama gak kesana,nuansanya yang natural itu lhoo..

    ReplyDelete
  13. salam...tarikh hari jadi saya....kawan oii....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.