Klik baner untuk info :


Owh mak mertuaku !

Tuesday, April 17, 2018 Nazlee Ismail 2 Comments


Aku masih lagi di tempat kerja..  selalunya time nak balik jam 5 petang, rileks chill dulu sambil baca email. Kat luar cuaca sejuk dan gelap sebab hujan dah turun.. masani la kan teringat keluarga di kampung halaman. Ingat mak aku, khabarnya depa semua sihat. Ingat mak mertua di SP khabarnya tak berapa sihat. Aku dapat tau info sebab depa anak beranak kerap berwasapan.

Emak aku sendiri sempoi je ..dari dulu lagi tak banyak cakap . Tak pandai guna gajet berwasapan dan sebagainya. Cool orangnya dan mak aku lebih sihat berbanding mertua aku sebenarnya. 

"Bila nak amik mak pi KL? Mak tak larat dah naik bas.. mak tak sihat!" 

Tunggu mak sihat nanti datang lah.. (ahh isteri aku terlepas cakap pulak kat mak dia macam tu. Ampunkan lah ya Allah.. mama'D kata dia tak sengaja dan tak berniat nak singgung hati mak)

"Nanti mak dah (KO) baru nak mai amik ke??"

Allah. .. Allah..  mak mertua aku dah terasa hati . 
Serba salah dibuatnya masa mama'D cerita pada aku .. serba tak kena jadinya bila dah buat salah kan. Lagi lagi dengan mak kita kan..

Kami masih belum tau lagi macam mana, apa pun memang kami berniat nak ambil mak datang sini dalam masa terdekat. Dulu masa mak kuat lagi boleh la mak datang bila bila masa dia suka. Sekarang ni hanya meraih masa anak-anak.. sedihnya alahai.

Cadangnya hari Sabtu ni, petang selepas aku habis kerja terus balik kampung mama'D di Sungai Petani. Mudah-mudahan lah segalanya dipermudahkan. Mendoakan kedua dua mak kami tu sihat -sihat sejahtera.

Emak boleh bahagiakan anak sejak kecil hingga sekarang. Kini tiba giliran anak pula layankan kehendak ibu bapa. Semoga Allah melindungi  kami dari golongan mereka yang derhaka kepada ibu dan bapanya. Aamin.

Owh mak mertuaku .. insha Allah dalam masa terdekat ni  kami pi amik mak.. jangan stress ya mak .. 
Rokiah Binti Hashim, Sungai Petani Kedah.





2 comments:

  1. 1st time dgr "berwasapan" tu yer..
    owh, mil PCL org SP yer..
    SP dekat mana tuu

    ReplyDelete
  2. Mak mertua suka naik ETS. Tapi baru2 ni ngadu sudah penat..dah 10 tahun ulang alik dari Ipoh ke KL. Ada kereta pun x mampu nak drive dah.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.