Klik baner untuk info :


Tarikh Sesuai Untuk Aktiviti Candat Sotong di Terengganu

Wednesday, April 04, 2018 Nazlee Ismail 5 Comments

Tarikh Sesuai Untuk Aktiviti Candat Sotong di Terengganu


Target musim candat sotong 2018 kali ini bermula pada bulan April hingga September terutamanya bagi negeri Terengganu, Pahang dan Johor, namun ada juga aktiviti mencandat telah bermula minggu akhir bulan Mac lalu. Tahun ini kenampakan sotong diperairan Terengganu sudah bermula sejak seminggu lepas, ini sedikit sebanyak membangkitkan semangat para pencadat.

CANDAT SOTONG

Tidak semua hari dan bulan adalah sesuai untuk melakukan aktiviti mencadat sotong. Bulan kemuncak musim sotong adalah antara bulan Mei dan Julai sepanjang musim. Untuk pencandat memilih tarikh yang sesuai biasanya akan merujuk dengan meneliti kalendar Hijrah (kalender Islam).

Tempahan bot candat Pakej CANDAT Terengganu 2019 (KLIK SINI)

Pilihan Tarikh Mencandat Sotong Merujuk Kalender Islam


candat sotong

Tarikh yang sesuai mencandat sotong berbeza daripada tarikh untuk memancing ikan. Untuk mencandat sotong, tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. Pada waktu lain sotong boleh juga dicandat tetapi amat kurang berbanding dengan tarikh ini. Jangan pilih tarikh air mati iaitu pada 6-11 atau 20-26 kalender Hijrah, kerana pada masa ini tidak ada arus dan sotong juga tidak gemar menangkap candat. Jangan juga pilih ketika perubahan air pasang surut paling tinggi kerana pada waktu itu arus amat deras. Arus deras boleh menyebabkan candat hanyut dan terapung ke atas dan jauh dari dasar laut. Sotong kebanyakannya berada di dasar laut terutamanya ketika musim bertelur. 

Berkenaan masa sesuai mencandat pula adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malam ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.

Mencandat di kala bulan penuh (15 haribulan Hijrah) tetap menjadi pilihan bagi kaki candat kerana kebiasaannya akan menjanjikan hasil tangkapan yang lumayan.

Ramai pencandat tidak punya pilihan masa dan tarikh yang sesuai kerana kekangan cuti terutama bagi mereka yang bekerja. Hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum menjadi pilihan mereka walaupun kekadang hari hari tersebut tersasar dari waktu yang sesuai mencandat sotong. Apa yang berlaku kini para pencadat tidak hirau semua tentang hari dan waktu sesuai asalkan mereka boleh melakukan aktiviti candat sotong. Oleh kerana Candat Sotong sudah menjadi aktiviti tahunan kegemaran ramai sejak beberapa tahun dahulu lagi, maka pihak Pengendali Pakej Mencandat Sotong telah berusaha memberikan servis terbaik dengan menyediakan bot-bot dengan lampu limpah (spot light) tambahan untuk menyesuaikan keaadaan. Hakikatnya sotong memang gemarkan cahaya lampu terang di lautan sebagai daya penarik untuk timbul di  permukaan air sekitar bot.

Jika waktu dan tarikh sesuai sudah dipilih untuk mencandat, kadang kala belum tentu juga boleh menyumbangkan hasil sotong yang lumayan kepada pencandat kerana ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Cuaca buruk aktiviti mencandat tidak berjalan lancar kerana arus deras dan laut bergelora.

Sotong Tak ada! Pulang tangan kosong?

Kecewa kerana pulang dengan tangan kosong , mungkin ini disebabkan beberapa faktor antaranya salah pilih masa dan tarikh atau tidak bersungguh mencandat dan lebih banyak bersantai kosong dari mencandat. Lebih malang lagj jika pencandat sudah mabuk laut. Tidak ada petua lain melainkan tidur sehingga pulih dari  mabuk.

Jadual tahunan pasang surut air laut boleh didapati di Jabatan Laut Malaysia. 

Atau melalui laman web yang saya selalu kunjungi :



Nota :

Tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. 

Masa paling sesuai mencandat  adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malsm ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.


5 comments:

  1. First time dengar pasal candat sotong ni. Tq share pasal bnda ni

    ReplyDelete
  2. bestnyaa itu hari ade kwn ajak gi mancing udang..ni terbaca psal candat sotongg pulaa :D
    follow sini #2566

    ReplyDelete
  3. Kawan mama balik Dari mencabar kt terengganu.. meriah betul sotong gyg dia bawa balik. Siap masak bawak g opis lagi. Mmg sedap Dan segar

    ReplyDelete
  4. Teringin juga nak buat aktiviti ini. Menarik nak explore aktiviti gini :D

    Nway, jemput join segmen dan giveaway di blog saya :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.