Banting ke Teluk Kemang Port Dickson Ke Umang-Umang Chalet Kuala Sungai Baru Melaka.

Monday, August 27, 2018 Nazlee Ismail 1 Comments


Sempena cuti selepas Aidil Adha. Jumaat  dan Sabtu 24 & 25 Ogos 2018.

Banting ke Teluk Kemang Port Dickson Ke Umang-Umang Chalet Kuala Sungai Baru Melaka.


Dari pekan Banting ke Teluk Kemang Port Dickson,  Ke Umang-Umang Chalet di Kuala Sungai Baru Melaka hanya 1 jam lebih perjalanan kami naik kereta ikut jalan dalam. Tujuan untuk bersantai dan elak dari trafik jem di hiway sambil tengok pemandangan tepi pantai.. ya Allah panasnya cuaca! Panas giler hari tu.


Teluk Kemang PD tiba jam 2 petang. Singgah jap sini nak cari makan tengahari, makan mee udang xxl dan jus mangga. Rasa kedua menu ni bolehlah tahan dengan harganya. Syukur Aalhamdulillah, tapi aku tak berapa nak rekemen korang makan sini. Boleh cari kedai lain.. makan nasi dan ikan bakar ke.. lagi berbaloi.

Port Dickson memang panas ya Rabbi.. tapi aku perhatikan anak-anak selamber jer dibiarkan oleh ibu bapa mereka bermain panas dan mandi laut! Mesti sunburn kulit masing2.. syukur lah kalau depa tu tak demam. Sekolah nak mula dah minggu depannya.

Lepas makan, masuk keluar masuk kedai bazar sekitar..,  Nina nak cari baju mandi (nanti nak mandi kat Sunway Lagoon katanya).  Ok bila dah dapat terus je kami belah dari situ menuju ke Kuala Sungai Baru. Lebih kurang 30 minit dari sini.

Sempadan Negeri Sembilan dan Melaka direntasi oleh Sungai Linggi. Lagi 5 km nak sampai chalet, Aku berhenti di situ sebab ternampak orang jual umpun-umpun di tepi jalan. Lokasi ni memang biasanya tempat orang jual umpan pancing. Untunglah sempat beli sebungkus umpun-umpun dengan harga Rm5 (ada 3 ekor lebih kurang dalamnya siap diselimuti dengan habuk kayu). Ada sebungkus lagi baki atas meja sipenjual bisu tu.. tabik aku kat dia sebab cari rezeki halal walaupun kekurangan ada pada dia.


Umang-Umang Chalet, Ini adalah kali ke dua kami ke sini. Perancangan awalnya nak beramai-ramai di sini dengan maktok, tokcik dan lain2 saudara-mara dengan aktiviti utamanya kalau ada depa dua orang tu,.. nak mancing ikan lah. Tapi takde rezeki kami nak beramai maka berempat beranak sahajaaa lah berehat2 di sini.

Umang-Umang Chalet ada beberapa jenis bilik dan kami sewa Super Beach (bilik tepi pantai) dengan harganya Rm150 2h1m.

Cuaca cantik hari ni, panas dan berangin. Memang best duduk santai tepi pantai. Buka pintu bilik angin menderu masuk. Kalau tak nak pasang aircond pun ok.

Takde geng mancing tak seronok sangat. Umpan dah beli, so.. kena teruskan jugak la lempar pancing walaupun takdak sekoq ikan pun makan umpan. Air pasang ombak terlalu kuat masa tu. Takde rezeki.. terus takde semangat nak memancing. 


Simpan pancing dan lepak dengan mamaD dan anak-anak sambil menikmati suasana petang di pantai. Ambil gambar untuk buat kenangan.. 


Malam ingatkan nak sambung memancing, apakan daya hujan turun lebat pulak.. sejuk cuaca macam ni membuatkan mata cepat ngantuk. Duduk kami dalan bilik layankan movie dan makan meggi panas memang terrbaik. Seronok bercuti santai2 sekeluarga camni. Bajet pun tak mahal sangat. Boleh la kan. 

Tiba masa check-out jam 12 pm. Perut terasa lapar. On the way balik, tak jauh dari situ ada restoran asam pedas, antaranya Asam Pedas Claypot Mendidih, Asam Pedas Ikan Mayong dan ada lagi tak ingat nama kedai. Korang boleh singgah mana-mana memang sedap-sedap belaka. Kami order asam pedas tetel dan asam pedas ikan mayong dan lauk2 lain ada juga. Hanis dan Nina amik lauk ayam masak merah... pun sedap jugak ! Puas hati makan sampai kekenyangan 4 orang makan Rm48 sahaja.
Alhamdulillah.

Lepas makan Hanis ajak balik terus ke rumah sebab dia nak mentelaah buku pelajaran. Tahun ni dia SPM. Doakan semoga adik Hanis berjaya mendapat keputusan yang membanggakan, dipermudahkan urusan dan tak stress. Aamin. 




1 comment:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.