Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020

Friday, September 20, 2019 PCL 2 Comments

Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020

candat sotong

Jadual di atas adalah cadangan tarikh-tarikh berdasarkan jadual pasang surut.air laut. Secara umumnya saya cuba membantu anda membuat perancangan awal Trip Candat Sotong sebelum membuat tempahan.

Sedikit penjelasan berkenaan jadual di atas ;

1) Warna kuning mewakili tarikh-tarikh sangat sesuai mencandat, di mana air laut bergerak perlahan, air sederhana, air sederhana besar dan bulan cerah, bulan sederhana gelap.
2)  Warna merah jambu mewakili tarikh tiada perkhidmatan di mana ia jatuh pada bulan puasa dan cuti hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. * tertakluk juga kepada permintaan pelanggan.
3) Warna merah mewakili Nombor  dan Bulan Masihi.
4) Warna hitam mewakili Nombor dan Bulan Hijrah.

Sebarang pertanyaan berkaitan dan tempahan trip candat sotong boleh melalui whatsapp :
017-4009726 En. Nazlee

C&P dari blog www.decomplot.com

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020

Sunday, September 08, 2019 PCL 4 Comments

PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020

PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua para penggemar aktiviti mencandat sotong.
Dimaklumkan bahawa tempahan pakej bot bagi tahun 2019 telah pun ditutup awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan pada perancangan, kami akan buka tempahan sehingga akhir bulan September 2019. Tempahan terakhir kami adalah pada pertengahan Ogos ini. 

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada group-group candat yang telah berurusan dengan kami. semoga kita akan berurusan lagi di tahun-tahun akan datang. 

Kami mengalu-alukan peserta candat dari group family, group persatuan dan kelab, group rakan sekerja dan sebagainya supaya dapat merancang awal bagi memastikan trip candat anda berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej candat ini, sila berhubung di nombor telefon atau whatsapp : 017-4009726 En. Nazlee.

copy from : www.decomplot.com

SENARAI HARGA / QUOTATION PAKEJ CANDAT SOTONG 2020

CANDAT SOTONG

Syarat Pembatalan Tempahan

1) Selepas 3 hari deposit diterima daripada pelanggan dan sebelum 15 hari tarikh trip, deposit 50% akan dikembalikan.**
2) Berbaki 14 hari sebelum trip, 100% Deposit Tidak dikembalikan kepada pelanggan/ kira deposit hangus.**
3) Walau bagaimana pun, 100% Deposit akan dikembalikan jika pembatalan bot dibuat oleh pengendali pakej atas sebab-sebab tertentu.

** tertakluk jika ada pengganti deposit penuh akan dipulangkan.
________________
Pakej Bot Candat & Pancing NazleeDotCom Resources

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Memancing dan berkelah ramai-ramai sekitar pantai di Lumut Perak.

Friday, March 29, 2019 PCL 6 Comments

Memancing dan berkelah aktiviti sekeluarga

Minggu lepas kami sekeluarga beramai-ramai di pantai sekitar Lumut di Perak. Kami menyewa dua buah chalet di Kampung Nelayan Tiga dan sebuah bot pancing di jeti berhampiran. Pagi lebih kurang jam 9, kami geng-geng lelaki pergi cari ikan! Geng perempuan tak dibenarkan ikut sebab bot kami ni tak dak tandas... kalau nak terkucil nanti susah dibuatnya. Memancing dengan menaiki bot bukan perkara mudah bagi yang tak biasa.. banyak masalahnya nanti. Jadi biarlah hero-hero sahaja.. dan geng perempuan  check-in petang jam 2. Boleh check in chalet dan  terus memancing di beranda. Lagi Best !

Air laut hari tu tak berapa cantik sebab tak kena timenya.. air besar, arus laju kata tekong tapi tekong bawak kami ke sekitar lokasi yang biasa bagi dia. Lubuk dah cantik tapi ikan kurang makan umpan. Setakat ikan gelama, bolos dan gerut itu biasa. Kami punya target nak ikan bersaiz besar. 

Pulau Pangkor di negeri Perak ni memang banyak lubuk memancing.. memang sempoi gila memancing kalau kena time air cantik hasilnya luar biasa. Kalau ikutkan air laju macam ni memang selalu 'kumpaw' kata tekong tapi kami bernasib baik sebab ada hero penyelamat dari kumpaw. Yang bekopiah dan berjanggut dalam gambar tu la Paksu kami haha.. hebat  dia, alhamdulillah tetap ada rezeki nak dibawa balik. Ikan senangin 2.0 kg beratnya  lebih kurang. Bukan itu saja ada lagi ikan-ikan kasar lain.. ha ni dia Abang dapat ikan Daun Baru dan ikan Tebal Pipi cayalah abang iparku yang trip sebelum ni bawak naik ikan pari berbelas kilo beratnya.. (itu cerita dah lepas). Ikan Daun Baru dan Senangin boleh buat masak gulai.

Tamat untuk satu hari dan bersambung keesokan harinya.. 

Perancangan awalnya cuma nak memancing lagi sebab tak puas kelmarin memancing naik bot dapat hasil sikit. Ikan-ikan pancing kelmarin pun kaum perempuan kami dah siap masak gulai. Gulai ikan Daun Baru dan senangin.. pehhh!. Sedap giler weh.. makan tengah hari tengah panas rembang di tepi pantai Rock Bund. Pantai kat sini tak boleh nak mandi manda, cuma boleh memancing dan berehat-rehat ambil angin memang terbaik suasananya. Pantai berbatu dan airnya membiru, dalam pulak tu.. depan nampak pemandangan Pulau Pangkor dan feri lalu lalang dari jeti Lumut ke pulau.

Lokasi best, nasiblah kadang tu ada orang datang kutip tol Rm10 satu kereta tau bukannya percuma nak melepak sini. Tapi adakalanya percuma sahaja. Pantai Rock Bund ni kawasan persendirian rupanya patutlah pengunjung dikenakan bayaran. Okay layan makan beramai-ramai.. seronok makan macam ni. Tak ingat nak diet dah..melantak lah selagi boleh.

Memancing dan berkelah ramai-ramai macam ni bukan selalu nak jadi kalau plan betul, plan pun kadang tak menjadi.. tak plan jadi pulak.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Musim candat sotong 2019 sudah bermula

Thursday, March 21, 2019 PCL 3 Comments

Musim Candat Sotong Terengganu 

Pakej candat sotong
#candatsotong

Mencandat sotong merupakan aktiviti tahunan yang popular di Terengganu, dijangkakan ianya lebih meriah lagi apabila menjelang bulan April ini. Musim sotong biasanya bermula April sehingga September setiap tahun. Difahamkan rata-rata Pengendali Pakej Candat Sotong telah mula menerima tempahan trip untuk tarikh-tarikh pada hujung Mac, April dan Jun sejak beberapa bulan lepas.

Minggu ini (23 Mac), cuti penggal persekolahan bermula, ada grup yang sudah merancang bersama keluarga untuk tidak melepaskan peluang mencandat sotong di musim cuti sekolah. Peringkat awal ni dah boleh dah kalau nak bawa balik hasil candat sotong tapi biasanya hasil tidaklah sehebat tangkapan dipertengahan musim sotong nanti. Apa pun yang utama bagi mereka adalah mendapat sebuah pengalaman yang berharga bagi yang baru berjinak-jinak dan akan mengulangi lagi di tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti candat sotong, anda boleh menempah pakej candat yang bermula dan tamat di jeti Pelabuhan LKIM Chendering. Pakej 2 hari 1 malam (2h1m) bermula jam 5 petang sehingga 8 pagi keeosokan harinya. Beberapa pakej ada disediakan mengikut saiz bot dan muatan antaranya pakej 6 orang, 10 orang, 15 orang dan 20 orang.

Perkhidmatan terdiri dari bot-bot nelayan berlesen, jenis kayu dan enjin berkuasa tinggi dengan kelengkapan keselamatan dan kemudahan ruang rehat dan tandas serta juragan yang berpengalaman. Semua ini diambil kira untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Harga pakej 2019, anda juga boleh layari web rasmi www.decomplot.com untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan pakej candat sotong.

Sekarang ini tiada lagi istilah tunggu tarikh 'bulan penuh' untuk menempah trip. Ini adalah kerana pemilik-pemilik bot sudah bersaing  untuk 'upgrade' dengan memasang lampu limpah (sportlight) bagi menerangi sekitar bot candat. Cahaya yang terang benderang dari lampu ini boleh menarik perhatian sotong menghampiri bot.

Teknik ini (memasang banyak lampu) akan memberi peluang kepada pencadat untuk turun lebih kerap berbanding hanya menunggu 'bulan penuh' iaitu pada 13-18 haribulan Hijrah setiap bulan dalam musim candat.

Bagi mereka yang berkerja pula, sudah semestinya akan memilih hari kelepasan am atau cuti Jumaat & Sabtu. Maka tak hairanlah hari-hari tersebut tempahan akan selalu penuh (fully booked).

Candat sotong

Jom meriahkan lagi aktiviti mencandat sotong di Kuala Terengganu. #candatsotong

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

TEMPAHAN TERBUKA TRIP CANDAT SOTONG 31 OGOS 2019 15 PESERTA

Thursday, January 31, 2019 PCL 0 Comments

TEMPAHAN TERBUKA TRIP CANDAT SOTONG 31 OGOS 2019 15 PESERTA

Tempahan trip mencandat sotong Kuala Terengganu untuk 2019 telah dibuka sejak penghujung tahun lepas lagi. Biasanya tempahan hanya dibuka kepada grup-grup yang sudah ada cukup ahlinya antaranya grup 6 orang, grup 8 @ 10 orang dan grup 20 orang. Ada juga grup besar seramai lebih 40 orang. Kebanyakan mereka adalah terdiri dari kelab dan persatuan, grup famili, grup reunion kolej/sekolah dan sebagainya.

(Senarai Harga Pakej Candat 2019)

Bagaimana pula mereka yang tak ada grup?
Selalu juga terdapat pertanyaan sebegini. Antaranya mereka terdiri dari 2 ke 3 orang yang teringin nak join aktiviti candat sotong.

Jadi untuk memenuhi permintaan mereka yang tiada grup/tidak cukup ahli, pada musim kali ini pihak kami akan mengelolakan 1 trip candat sotong pada ketetapan dan maklumat seperti berikut :

pakej candat sotong kuala terengganu

Tarikh Trip : 31 Ogos 2019
Bot kayu (kelas C) : 15 peserta (Bot seperti dalam gambar)
Lokasi mula : LKIM Chendering, K.Terengganu
Lokasi candat : Perairan Pulau Kapas
Masa : Mula 5 petang & Tamat 7 pagi (1 malam)
Bayaran per kepala : Rm150
Makan berat disediakan 1x mkn malam
Makanan ringan bawa sendiri
Tandas bot disediakan
Peralatan candat bawa sendiri/sewa Rm10 1set
Pembahagian Hasil - sotong sendirian berhad.

Tebuka kepada dewasa sahaja Lelaki/Perempuan.
Untuk makumat lanjut boleh hubungi :
Tel : 0174009726 nazlee
www.wasap.my/60174009726

NazleeDotCom Resources
Pakej Candat Sotong, Chendering KT.

pakej candat sotong kuala terengganu
pakej candat sotong kuala terengganu

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mencari Kontraktor Bina Rumah dan Renovasi di Kedah Perlis Penang

Thursday, January 03, 2019 PCL 0 Comments

Salam untuk semua pembaca blog PCL.. Apa khabar? Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita sama-sama dapat memenuhi azam tahun sebelumnya dan bertekad menyambung azam yang tak kesampaian itu di tahun 2019 ini dengan lebih jaya..  jika ada lah. Aku tahu ramai yang tak dapat penuhi azam lepas.. macam aku jugaklah.. haha. Apa-apa pun aku tetap mendoakan sesuatu yang terbaik buat kita semua.

Hujung tahun lepas (2018), aku masih mencari-cari kontraktor bina rumah, di sebabkan kesuntukan masa jadi aku bawa azam tersebut ke tahun ini. Azam aku nak bina rumah atas tanah sendiri di kampung halaman kami di sebelah utara tanah air.

Kontraktor Bina Rumah & Renovasi Rumah Kedah Perlis Penang 

Perancangan aku adalah untuk menyiapkan sebuah rumah idaman kami sekeluarga dengan kadar segera yang boleh. Oleh itu, aku kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan kontraktor yang berkebolehan serba serbi dan berpengalaman. Kriteria berikut aku tekankan dalam aspek pemilihan kontroktor :

1. Syarikat binaan yang berdaftar dengan CIDB khusus di dalam kerja-kerja binaan seperti mengubahsuai rumah, bina rumah di atas tanah sendiri, tambahan rumah dan juga lukisan pelan.

2. Syarikat tiada rekod buruk; tiada rumah atau projek yang terbengkalai atau tertangguh sepanjang perkhidmatan.

3. Syarikat sentiasa menitikberatkan kualiti di dalam setiap binaan, memastikan mutu binaan terjamin dan menepati citarasa klien.

4. Harga yang ditawarkan berpatutan.

5. Mudah berurusan dan senang dihubungi.

Terdapat ramai kontraktor binaan yang berkebolehan dalam bidang berkenaan., cuma agak sukar mendapatkan perkhidmatan mereka yang memuaskan hati kita. Menyenaraikan nama-nama syarikat memang mudah tetapi untuk mendapatkan kontraktor binaan yang 'boleh percaya' agak sukar. Namun inilah hakikatnya! Sebagai klien kita perlu mencari kontraktor yang terbaik, betul tak?

Pernah mendengar nama syarikat Dons Builder? 

Dons Builder adalah sebuah syarikat pembinaan yang sudah berpengalaman 5 tahun bergiat dalam bidang binaan rumah dan renovasi . Bina rumah atas tanah sendiri dan renovasi di Kedah, Perlis dan Penang. Mempunyai lesen perniagaan berdaftar dengan CIDB & Menyediakan perjanjian “ HITAM PUTIH “ . . Design mereka menggunakan khidmat arkitek dan 3D,  nampak seperti real mengikut citarasa pelanggan & Design mereka juga UpToDate  dan Eksklusif.

Perkhidmatan Dons Builder marangkumi  daerah terlibat antaranya :

✔Penang - Sungai Dua, Tasek Gelugor, Bagan, Penanti, Bukit Tengah, Batu Kawan, Kepala Batas, Bertam, Seberang Jaya, Bandar Perda, Juru, Simpang Ampat, Penaga, Butterworth, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Seberang Perai dan Nibong Tebal.

✔Kedah - Alor Setar, Jitra, Gurun, Kodiang, Kuala Nerang, Tunjang, Langgar, Pokok Sena, Kulim, Pendang, Lunas dan Sungai Petani.

✔Perlis - Arau, Simpang Ampat, Kangar, Kuala Perlis dan Chuping.

Dons Builder : Bina rumah atas tanah sendiri dan renovasi di Kedah, Perlis dan Penang.

Dons Builder

 Kelebihan Dons Builder 
✔ Berdaftar CIBD ✔ Pemantauan kerja Quality Control (QC) setiap Projek ✔ After Sales Service (24hours on call) ✔ Sistem Pengurusan yang Professional dan Berpengalaman ✔ Design dan Reka Bentuk boleh Mengikut Citarasa/Style Sendiri ✔ Khidmat Nasihat , 3D Rumah & Lukis Pelan Percuma! ✔ Urusan Pinjaman Perumahan Disediakan Kerajaan / Swasta ✔ Tak perlu Bayar Lump Sum, Bayar Secara Berperingkat! ✔ Wiring & Piping Percuma ✔ Tapak Projek Dipantau Berterusan ✔ Harga Berpatutan & Hasil Kerja Kemas ✔ Tempoh Siap Rumah Paling Singkat, 3-4 Bulan. ✔Jaminan Rumah 6 - 12bulan Dari Tarikh Terima Kunci, Sekiranya Ada Kerosakan Sepanjang Tempoh Itu, Pihak syarikat akan Baiki Secara PERCUMA! . 

Kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi, sila berhubung terus seperti maklumat di bawah :

Website: www.donsbuilder.com
IG: donsbuilder
Fb page: Kontraktor Bina Rumah & Renovasi Kedah Perlis Penang
FB Profile: Rizal Razak
No hp: 0175828538