Musim candat sotong 2019 sudah bermula
Musim Candat Sotong Terengganu
![]() |
#candatsotong |
Mencandat sotong merupakan aktiviti tahunan yang popular di Terengganu, dijangkakan ianya lebih meriah lagi apabila menjelang bulan April ini. Musim sotong biasanya bermula April sehingga September setiap tahun. Difahamkan rata-rata Pengendali Pakej Candat Sotong telah mula menerima tempahan trip untuk tarikh-tarikh pada hujung Mac, April dan Jun sejak beberapa bulan lepas.
Minggu ini (23 Mac), cuti penggal persekolahan bermula, ada grup yang sudah merancang bersama keluarga untuk tidak melepaskan peluang mencandat sotong di musim cuti sekolah. Peringkat awal ni dah boleh dah kalau nak bawa balik hasil candat sotong tapi biasanya hasil tidaklah sehebat tangkapan dipertengahan musim sotong nanti. Apa pun yang utama bagi mereka adalah mendapat sebuah pengalaman yang berharga bagi yang baru berjinak-jinak dan akan mengulangi lagi di tahun akan datang.
Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti candat sotong, anda boleh menempah pakej candat yang bermula dan tamat di jeti Pelabuhan LKIM Chendering. Pakej 2 hari 1 malam (2h1m) bermula jam 5 petang sehingga 8 pagi keeosokan harinya. Beberapa pakej ada disediakan mengikut saiz bot dan muatan antaranya pakej 6 orang, 10 orang, 15 orang dan 20 orang.
Perkhidmatan terdiri dari bot-bot nelayan berlesen, jenis kayu dan enjin berkuasa tinggi dengan kelengkapan keselamatan dan kemudahan ruang rehat dan tandas serta juragan yang berpengalaman. Semua ini diambil kira untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
Harga pakej 2019, anda juga boleh layari web rasmi www.decomplot.com untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan pakej candat sotong.
Sekarang ini tiada lagi istilah tunggu tarikh 'bulan penuh' untuk menempah trip. Ini adalah kerana pemilik-pemilik bot sudah bersaing untuk 'upgrade' dengan memasang lampu limpah (sportlight) bagi menerangi sekitar bot candat. Cahaya yang terang benderang dari lampu ini boleh menarik perhatian sotong menghampiri bot.
Teknik ini (memasang banyak lampu) akan memberi peluang kepada pencadat untuk turun lebih kerap berbanding hanya menunggu 'bulan penuh' iaitu pada 13-18 haribulan Hijrah setiap bulan dalam musim candat.
Bagi mereka yang berkerja pula, sudah semestinya akan memilih hari kelepasan am atau cuti Jumaat & Sabtu. Maka tak hairanlah hari-hari tersebut tempahan akan selalu penuh (fully booked).
Jom meriahkan lagi aktiviti mencandat sotong di Kuala Terengganu. #candatsotong
bestnya sotong² fresh tuu
ReplyDeletewauu besar gila sotong. bestnya pergi candat, tapi saya mabuk laut haha
ReplyDeletebesar sotongnya... sedap dimasak black pepper
ReplyDelete