PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020

Sunday, September 08, 2019 PCL 3 Comments


PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020



PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua para penggemar aktiviti mencandat sotong.
Dimaklumkan bahawa tempahan pakej bot bagi tahun 2019 telah pun ditutup awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan pada perancangan, kami akan buka tempahan sehingga akhir bulan September 2019. Tempahan terakhir kami adalah pada pertengahan Ogos ini. 

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada group-group candat yang telah berurusan dengan kami. semoga kita akan berurusan lagi di tahun-tahun akan datang. 

Kami mengalu-alukan peserta candat dari group family, group persatuan dan kelab, group rakan sekerja dan sebagainya supaya dapat merancang awal bagi memastikan trip candat anda berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej candat ini, sila berhubung di nombor telefon atau whatsapp : 017-4009726 En. Nazlee.

copy from : www.decomplot.com


SENARAI HARGA / QUOTATION PAKEJ CANDAT SOTONG 2020




CANDAT SOTONG

Syarat Pembatalan Tempahan

1) Selepas 3 hari deposit diterima daripada pelanggan dan sebelum 15 hari tarikh trip, deposit 50% akan dikembalikan.**
2) Berbaki 14 hari sebelum trip, 100% Deposit Tidak dikembalikan kepada pelanggan/ kira deposit hangus.**
3) Walau bagaimana pun, 100% Deposit akan dikembalikan jika pembatalan bot dibuat oleh pengendali pakej atas sebab-sebab tertentu.

** tertakluk jika ada pengganti deposit penuh akan dipulangkan.
________________
Pakej Bot Candat & Pancing NazleeDotCom Resources

3 comments:

  1. rindunya nak mencandat sotong kat terengganu

    ReplyDelete
  2. Bestnya, kalau tak biasa mencadat sotong, bolih ajar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn malu bertanya, pembantu tekong boleh ajarkan.

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.