Showing posts with label Resipi. Show all posts

Resipi mudah Kerabu Tembikai .

Resipi mudah Kerabu Tembikai .


Tembikai yang dimaksudkan bukan bahagian isi merah/kuning tapi bahagian dalam kulit yang warna putih tu.
Elakkan pembaziran, kalau tak tahu cara buat pcl boleh tunjuk resipi mudah ni..

Bahan-bahan ;
1) Kulit Tembikai (bahagian dalam)
2) Cili padi (blend macam buat sambal)
3) Bawang Besar (potong kerabu)
4) Garam dan gula (secukup rasa)
5) Limau nipis (kalau suka masam)

Cara-cara ;
1) Mula dengan kaut/cakar guna sudu bahagian dalam kulit tembikai.
2) Campur semua bahan dan gaul sebati
3) Perah limau nipis jika perlu
4) Siap untuk dihidang (Masuk dalam peti sejuk untuk rasa kesegaran)

kerabu

Ini (gambar atas) yang mamaD buat pagi tadi... tak sabar menanti lunch hari ni sebelum Ramadhan tiba (esok). Dan gambar bawah ...plating by pcl ..ok tak ??

kerabu

kerabu

Selamat mencuba dan  Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak





Plating Food : Laksa Goreng



Plating Food : Laksa Goreng by PCL

okay..  lewat malam publish entri makanan tak lah loghat sangat kan..., ni dia Laksa Goreng setiap kali bulan puasa mesti ada...mesti kena buat sekali dalam sebulan Ramadhan.., dalam rumah aku ni dah tak jamah nasi berlauk masa berbuka puasa... ini bukan suatu yang pelik tapi aku percaya ramai juga yang sama ; tak suka makan nasi ketika berbuka ..*konon bajet diet haha ! :))

Laksa di gambar ni bukan menu siang tadi ye; semalam pun bukan tapi belum buat lagi...menu akan datang lah nanti cuma aku nak korang juga cuba buat resipi sama bila ada masa terluang nanti...mudah sangat ! mana lah tau nak cuba yang lain dari biasa...

aku cakap mudah sebab ...aku sendiri boleh sediakan; masak untuk famili aku makan...lelaki boleh masak ; korang wanita mesti lagi boleh..kan!

Resipi Laksa Goreng  (resipi mama'D)

  • 1. Tumis bawang putih, bawang merah .
  • 2. Masukkan udang @ daging @ ayam...mengikut kesukaan anda.
  • 3. Masukan laksa (rebus dengan air sampai mendidih dulu, jangan terlalu lembik, toskan dan basuh supaya tak melekit), kicap , tiram, lada hitam, cuka, serbuk perasa, garam dan..
  • 4. Masukkan  tauge, kucai dan kobis.
  • 5. Kacau sama rata dan pastikan jangan terlalu lama di atas dapur...
  • Siap  untung di hidangkan !

aku suka bila diletak laksa dalam pinggan, taburkan daun bawang , bawang goreng dan cili potong...

perghh !..plating gambar atas tu memang buat aku puas hati...sebab tak comot macam selalu..huuuu !






Resipi Ikan Patin Bawang Hangus !


...biasanya 'orang dapur' akan  goreng ikan patin tu berasingan. ..selepas tu baru la goreng dia punya hirisan bawang dan cili tuuu..barulah aroma dia menaikkan nafsu makan, ...mamaD kata nak try n test.....kita goreng kan sekali gus.

nah...tengok saja hasilnya, sebelum digoreng dan selepas digoreng., ...kalau nak rasa yang terbaik kena goreng berasingan supaya bawang tak akan terebih hangus semasa digoreng.

aku tak pasti apa nama menu ini, dah pernah buat 2, 3 kali sebelum ni  tapi masih tak ingat apa namanya. Dan untuk resipi  ini aku namakan ; Resipi ikan patin bawang hangus ! ...ingat eh, hangus tapi jangan sampai bawang dan cili rentung habis .. hokayyy!

#Resipi Ikan Patin,  Orang Jerantut  Pahang!
#gambar sebelum dan selepas digoreng ..

bahan yang mudah dan ringkas ; isi ikan patin , bawang dan cili...sedikit garam  serta minyak untuk menggoreng.






Tempoyak Goreng!

Sempoi...nampak memang sempoi...cuba dulu baru tau!!


gambar hiasan by google


...Jom jom pakat pi store jual buah durian, balik keja ptg ni...arr syok sangatla tu..dah nak balik...singgah sat tepi2 jalan tu....(Hanis Umairah memang suka sangat dgn raja buah .)

haahaa kali ni takyah beli buah yang elok, beli je tempoyak yang ready made tu... bole buat goreng..uhh! tak tau la rasanya .

ada orang tu kan..buah durian tak boleh makan...busyuk katanya tapi tempoyaknya boleh plak makan ..huhuhu , ok je tak busyuk pon!...

kentot bau durian takpe...tapi sendawa durian takleh..menyumpah2 plak...aii sapa la gamaknya tu..hehe.

Selalunya tempoyak ni kita buat masak tempoyak ikan patin atau buat sambal tempoyak je.
apa kata kita ubah sikit penggunaannya..pelbagaikan !

Ni resipi masyarakat Sarawak.
aku copy je....kebetulan teringat kt opismate orang Sarawak ...brader tu baru dapat baby girl awal pagi tadi..4kg lebih tu beratnya..wow! ....

okeh teruskan dengan bahan2nya:

Bawang merah (yg diblend) lebih 2 sudu makan
Cili kering (yg telah diblend) lebih kurang 1 sudu makan (sapa yg nak pedas bagi le lebih)
Udang sederhana besar (20 ekor dibuang kulit)
Isi durian (durian sederhana besar dlm 10 ulas) - tanpa biji nya tau!
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumis bawang merah dgn cili yg telah diblend. Then bila dah wangi tumisannya, letak udang sehingga separuh masak dan last sekali letak isi durian. Gaulkan and kalau tengok mcm kering jer bubuh sikit air. Then bila udang dah masak dan warnanya kekuning-kuningan/oren, bubuh sket garam... kalau durian jenis yg tak manis letak gula sket...kalau durian dah manis tak yah letak gula lagi...(ehh mane de tempoyak manis!!)

Kalau makan tempoyak goreng ni dgn nasik panas..sure mak sendiri lalu lalang kat kampung tak nampak....haha. Kalau udang mahal sangat, boleh ganti ikan bilis (ikan bilis tu belah dulu dan buang perut nya)

hah pe lagi..kena cuba ni, aku pon belum lagi...saja syok nak share dulu kat sini baru buat sendiri....

ada sesapa yg penah makan 'Tempoyak Goreng' ..espesli orang Semenanjung??

psst ...kalau mamaDiana n anak2, donut perasa durian 'big apple' memang jadi kegemaran lah...tak lepas peluang bila ke Alamanda or Jusco Bkt tinggi.

kasi tunjuk sikit.......






..

.emmph!!



Bila Orang 'Kedah' Masak Patin Tempoyak...

gambar hiasan


Salam...

Segalanya bermula setelah ipar aku yang bertemu jodoh dengan orang Pahang,
..memang sudah terkenal masakan orang Pahang ni yang popular adalah ikan patin masak tempoyak..


rombongan Mak Kiah ke Temerloh

Kunjungan kami sekeluarga ke Temerloh disambut dengan hidangan spesel ni...sudah menjadi trend dorang sana menyajikan hidangan seperti patin masak lemak tempoyak bersama patin goreng dengan bawang dan cili padi tumbuk...

Dua tahun sebelum ni kami sekeluarga tak pernah merasa atau teringin nak mencuba2 masakan ini lagi2 berasaskan ikan patin sebab kat Sp memang susah nak jumpa..

Walaupon ada dijual kat hypermakrket, tapi kebanyakkannya ikan tu dah lembik..ada juga baunya hanyir..tak tau lah dari mana datangnya.

Sejak dari tu dan seterusnya bila dorang ni sesekali balik kampung..ikan patin adalah menjadi kewajipan untuk dibawa kepada keluarga metua di Kedah...
so, lepas tu resipinya telah disebarkan kepada adik beradik yang lain termasuklah mamdiana...

Okay...kembali kepada tajuk asal...
kebetulan ada ikan patin kat pasar kemboja semalam dah terbeli...(bukan sekali tapi dah banyak kali beli..rasanya tak hanyir langsung..best!)
tiada apa yang perlu difikirkan lagi..tempoyak sememanngnya dah ready dalam peti ais tu (buat sendiri gak tu).

mula2 tak berapa menjadi tapi taknak komplen kat sini (hati bini mau jaga wooo)..dah banyak kali masak patin tempoyak ni semakin sodap la plak...orang2 Temerloh datang pon dorang dah bagi thumbup...pass! kata dorang.

Sekarang ni dah jadi kebiasaan menu untuk hari Isnin tghari dan malam adalah patin....
patin masak tempoyak,..patin goreng cili padi,..sesekali tukar patin masak cabai(cili), patin asam pedas..dan segalanya mona fatin...







> pics credit to google


Sudah menjadi kebiasaan...belum cuba belum tau, dah tau kena masak sendiri baru peeerhhh!..

Selamat menjamu selera !

p/s : Sila kan menggoogle untuk resipi selanjutnya.

.


Cucur Udang mamaDiana..yum..yum !




Hari-hari tiap pgi sarap roti teloq kekadang tuh boring gak..sesekali nk gak try yang havy sikit...Fuhhhh!!! bau teramat sedap ..belum makan dah terasa satu rumaah bau kucai kena goreng...mamaDiana hari ni buat cucoq la pulak...berminyak sikit takpa bukan selalu...

Resipi turun temerun dari ibunya semamngnya tiada tandingan dgn yang jual-jual kat pasar malam..yang tuh diaorang buat lebih kurang jer..janji boleh jual untuk hari tu..

Sendiri makan mestila mau buat yang sedap-sedap ..betoi tak??

Cucoq febret anak-anak aku gak...tapi no sayoq..hehe budak zaman sekarang ..makan pon memilih.



MamaDiana buat lebih harini sebab nak bagi kat jiran-jiran katanya..bagi la depa rasa sama ..yang sedap kita cerita kat orang n yang tak sedap tu kita diam-diam ja lah..tak gitu mama..hehe.


Ni dia cara-cara membuatnya :

Bahan-bahan,

Tepung gandum,serbuk penaik, garam, air , telur ayam, taugeh, kucai dan udang.


Adunan ,

# Tepung (500g). air (2 cawan), serbuk penaik (sedikit), garam(secukup rasa), pecahkan telur (sebiji) -- gaul semua sekali sehingga sebati, kalau pekat sangat tambahkan air sedikit.



# Setalah sebati adunan tadi barulah dimasukkan taugeh,kucai dan udang mengikut kehendak anda.

# Panas kan minyak untuk menggoreng --- api kena jaga sikit, jangan terlampau kuat nanti bahagian dalam tak masak, dan jangan pelan plak nanti masuk minyak pulak cucuq tuh...


>> dah siap untuk dihidangkan dgn kuah sos






p/s : Kalau nak buat sendiri kuah sos pon boleh..senang jer..



# Kisarkan (bland) cili merah,bawang putih, cuka,garam , gula secukup rasa dan sedikit air.

..


Char KTeow



Resipi dari mamadiana.






Bahan-bahan

K.teow,kicap cair ,udang ,gula,minyak masak,taugeh,kucai , telur ayam dan air.
Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar)
Bawang putih + air (bahan dikisar)


Cara Memasak

# Panaskan minyak masak (2 sudu besar) ,tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,

# Masukkan udang (10++ ekor bersaiz sedehana besar, kicap cair (6 sudu besar), air (2 cawan) gula (secukup rasa) ,

# Masukkan k.teow (600g), taugeh dan kucai (agak2) ,

# Pecahkan telur ayam(3 biji) ---- kacau sama rata sehingga masak.

>> Anggaran masa memasak/ goreng ialah 3 minit (bergantung kepada saiz api dapur yang digunakan)