Showing posts with label aktiviti memancing bersama keluarga. Show all posts

Memancing dan berkelah ramai-ramai sekitar pantai di Lumut Perak.


Memancing dan berkelah aktiviti sekeluarga


Minggu lepas kami sekeluarga beramai-ramai di pantai sekitar Lumut di Perak. Kami menyewa dua buah chalet di Kampung Nelayan Tiga dan sebuah bot pancing di jeti berhampiran. Pagi lebih kurang jam 9, kami geng-geng lelaki pergi cari ikan! Geng perempuan tak dibenarkan ikut sebab bot kami ni tak dak tandas... kalau nak terkucil nanti susah dibuatnya. Memancing dengan menaiki bot bukan perkara mudah bagi yang tak biasa.. banyak masalahnya nanti. Jadi biarlah hero-hero sahaja.. dan geng perempuan  check-in petang jam 2. Boleh check in chalet dan  terus memancing di beranda. Lagi Best !

Air laut hari tu tak berapa cantik sebab tak kena timenya.. air besar, arus laju kata tekong tapi tekong bawak kami ke sekitar lokasi yang biasa bagi dia. Lubuk dah cantik tapi ikan kurang makan umpan. Setakat ikan gelama, bolos dan gerut itu biasa. Kami punya target nak ikan bersaiz besar. 

Pulau Pangkor di negeri Perak ni memang banyak lubuk memancing.. memang sempoi gila memancing kalau kena time air cantik hasilnya luar biasa. Kalau ikutkan air laju macam ni memang selalu 'kumpaw' kata tekong tapi kami bernasib baik sebab ada hero penyelamat dari kumpaw. Yang bekopiah dan berjanggut dalam gambar tu la Paksu kami haha.. hebat  dia, alhamdulillah tetap ada rezeki nak dibawa balik. Ikan senangin 2.0 kg beratnya  lebih kurang. Bukan itu saja ada lagi ikan-ikan kasar lain.. ha ni dia Abang dapat ikan Daun Baru dan ikan Tebal Pipi cayalah abang iparku yang trip sebelum ni bawak naik ikan pari berbelas kilo beratnya.. (itu cerita dah lepas). Ikan Daun Baru dan Senangin boleh buat masak gulai.

Tamat untuk satu hari dan bersambung keesokan harinya.. 

Perancangan awalnya cuma nak memancing lagi sebab tak puas kelmarin memancing naik bot dapat hasil sikit. Ikan-ikan pancing kelmarin pun kaum perempuan kami dah siap masak gulai. Gulai ikan Daun Baru dan senangin.. pehhh!. Sedap giler weh.. makan tengah hari tengah panas rembang di tepi pantai Rock Bund. Pantai kat sini tak boleh nak mandi manda, cuma boleh memancing dan berehat-rehat ambil angin memang terbaik suasananya. Pantai berbatu dan airnya membiru, dalam pulak tu.. depan nampak pemandangan Pulau Pangkor dan feri lalu lalang dari jeti Lumut ke pulau.

Lokasi best, nasiblah kadang tu ada orang datang kutip tol Rm10 satu kereta tau bukannya percuma nak melepak sini. Tapi adakalanya percuma sahaja. Pantai Rock Bund ni kawasan persendirian rupanya patutlah pengunjung dikenakan bayaran. Okay layan makan beramai-ramai.. seronok makan macam ni. Tak ingat nak diet dah..melantak lah selagi boleh.



Memancing dan berkelah ramai-ramai macam ni bukan selalu nak jadi kalau plan betul, plan pun kadang tak menjadi.. tak plan jadi pulak.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar.



Pancing Siakap, timbang dan BBQ : Aktiviti Kekeluargaan di Jugra Banting


Pancing Siakap, timbang dan BBQ : Aktiviti Kekeluargaan di Jugra Banting Selangor.


Memancing adalah suatu aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan kalau kena cara manage nya. Seronok bersama keluarga, terasa bahagianya lain dari lain. Boleh cuba apa yang aku sarankan ni..

Syarat yang utama kalau nak ajak famili join memancing, terlebih dahulu kena wujudkan win win situation, biar semua gembira dan tak membosankan.

Ajak keluarga besar anda buat family gathering di kolam pancing ? Ini adalah satu cara yang OK bagi aku lah sebab keluarga aku ni biasanya akan havoc bila ada topik memancing (dalam group whatsapp) .
Ada lokasi yang menarik di Selangor ni rupanya.. KOLAM MEMANCING berbayar dengan konsep menarik.

Kalau korang nak rasa tarikan ikan siakap makan umpan pancing dengan mudah , jom ikut aku ke kolam pancing kat sini. (nanti kat bawah ak bagi details). Saiz ikan kadang tu tak sekata, kalau nasib baik boleh dapat besar 3 ke 5 kilogram seekor.
(dapat ikan besar bayaran pun besar jugak sebab konsep sini pancing bayar ikut hasil selepas ditimbang). Tempat rekreasi memancing ni memang dah lama beroperasi tapi pcl belum pernah datang sini lagi.

Memancing kolam selalunya jarang nak layan sangat sebab cabaran tu kurang bagi 'kaki pancing' dan satu lagi.. kosnya agak tinggi. Keluar duit tapi belum tentu dapat hasil setimpal. Lain lah kalau mancing sungai, free and easy gitu haha. Memancing tempat tak kena bayar lagi feeling dia lain dan puas hati.

Tapi, ..tapi kalau memancing kat sungai asyik kosong tangan je.. apa salahnya memancing kat kolam berbayar sesekali. Kolam pancing berbayar ni bayak cara promosi yang dorang buat untuk dapatkan pelanggan. Ada kena bayar mengikut  masa, ada yang ikut hasil pancing dan timbang dan beberapa kaedah lain lagi yang diperkenalkan.

Bagi pcl sekeluarga memang tak suka konsep macam bertaruh, lebih kurang macam main judi pulak.. bayar tiket masuk mahal tapi peserta belum tentu dapat ikan dalam masa yang ditetapkan. Ada limit time and pressure ..  huh memang tertekan.!

Petang semalam aku bersama keluarga yang lain memancing di kolam ikan siakap Ciptakab Sport Fishing di Jugra Banting. Lokasinya tak jauh dari pekan Banting, kira-kira 15 minit berkereta.

Pagi sebelum ke kolam ini, aku dah mencuba nasib memancing Keli kat sungai tapi hasilnya kurang meyengat la, air tak cantik barangkali..huh geram rasa. Sebab geram punya pasal dan sebab sepupu mamaD juga ajak beramai² kat kolam pancing maka terjadilah program ni ; Dia sanggup datang dari Putrajay semata-mata nak ajak isteri dan anak-anaknya 'memahami' teknik memancing ikan besar. Katanya kalau nak bagi dorang seronok kena layan pancing kolam dulu, pancing bagi rasa ikan tu tarik tali pancing...dah rasa nikmatnya baru lah senang nak buat program memacing selalu-selalu. Dulu sebelum isteri dan anak-anak 'pandai',  katanya  susah sangat bila diajak memancing (macam-macam alasan diberi bila dah tak suka) Sekarang minat dah ada , haa tunggu lagi... Jom pancing dan BBQ .

Cakap pasal aktiviti memancing, kat kolam pancing Ciptakab Sport Fishing ni, peserta memancing boleh pancing ikan dan hasil ikan yang dapat, sebahagiannya boleh di panggang (BBQ). Terdapat perkhidmatan menyiang ikan dan membakar disediakan dengan kadar caj Rm4/ekor siap sedia dengan pakej pencicah air asam untuk dinikmati di lokasi yang tersedia (khemah tepi kolam). Peserta boleh fokus memancing dan bila tiba masanya terus boleh makan tak perlu risau pasal nak hidupkan api dan sebagainya. Sebelum ikan dipanggang, haruslah bayar ikut harga timbangan ikan tersebut.
Malam tu pcl sekeluarga menikmati3 ekor ikan siakap panggang/bakar . Huh nikmatnya sungguh menyelerakan. Lepas makan terus pancing lagi dan lagi..

Memang seronok memancing sebab ikan sangat galak memakan umpan, tapi jangan terlalu asyik sangat... Harus diingat, setiap ikan yang dipancing perlu di bayar mengikut harga setelah ditimbang sebelum aktiviti selesai.

Khemah untuk persediaan memancing, berehat untuk makan-makan

Tak sampai lima minit dah naik ikan siakap, saiz sederhana saja...

Selang beberapa mini lagi dapa saiz besar dari sebeumnya, Siakap 2 kilogram

Tak sabar nak makan ikan bakar, terus pergi timbng dan bayar.. suruh diorang BAKOR !

Ini dia Set Siakap Bakar, dah siap proses membakar dorang hantar ke lokasi kita yang berada di tepian kolam (bawah khemah)

Ini pula kadar haga yang ditawarkan di Ciptakab Sport Fishing, Jugra Banting.

Difahamkan juga, terdapat beberapa group telah mengadakan aktiviti hari keluarga mereka di sini, Kos boleh dirunding dengan pihak pengurusan kolam ini. Siapa ynag berminat boleh hubungi di nombor ini untuk maklumat lebih detail lagi :

FB : Ciptakab Sport Fishing
Tel  011-21242400 (Shahrir)




Kisah memancing ikan patin pagi tadi


Aku bukan pemancing tegar, tapi bila ada orang yang magajak dan ada masa terluang di masa cuti ini ...apa lagi, semuanya boleh jadi.

Sungai Langat ; awal pagi tadi Kami memburu ikan Patin Buah. Port kami adalah sekitar belakang tapak pasar malam Banting, jalan kunci Air.

Kaki pancing

kaki pancing

Umpan roti gardenia campur kek pisang dan kaya pandan. huh kalau selera orang pon dah terliur dengan sarapan hebat ni, ini kan pula si ikan patin.

kaki pancing

Selain umpan roti, kami juga gunakan buah lakom yang pokoknya tumbuh liar di huran tepian sungai tersebut. Nampak seakan buah anggur tapi buah lakom ni bila terkena kulit kira ia sedikit gatal. Mungkin warnanya menarik perhatian ikan patin buah yang makan buah.

kaki pancing


kaki pancing

kaki pancing


Aku, abah, adik dan adik ipar..kami sepakat nak naikkan ikan patin secepat mengkin dan sebanyak mungkin dalam beberapa jam yang ada kerana mengejar masa...sebelah petang nanti ada program lain pulak. Tanpa berlengah, dua pancing sahaja digunakan..untung ada rezeki naik lah si ikan patin.

nak tengok ?

kaki pancing

ikan patin, sejam yang pertama alhamdulillah..ni yang dikatakan rezeki pemancing, ada kalanya boleh bawa pulang dan ada kalanya juga pulang dengan tangan kosong. Kami bawa pulang dua ekor patin buah dalam tempoh tiga jam memancing di Sungai Langat, Banting.

.


Mengajar Erti Sabar dan Syukur

[pagi hari sabtu]

kalau siapa yang cam pemandangan belakang kami tu memag tau lah tempatnya..lokasi yang di rahsiakan,  ...banyak faktor perlu rahsiakan kepada umum antaranya nak masuk kawasan pun kena isi 'borang tapisan keselamatan'.

lokasi memang cantekk !!

2 buah kolam , terdapat banyak ikan spesis Talapia Merah (tilapia) , keli dan haruan..

kalau nak banyak ikan dan cepat memang boleh ..hanya perlu tebar jala sahaja...tapi bak kata seorang rakan blogger  katanya , kita ni 'angler' bukannya 'fisherman' ...  memancing mengajar kita erti sabar dan syukur !

Dapat buat lauk , sekadar nak buat goreng berlado ...sudah cukup  !

alhamdulillah duduk di sini rezeki murah, mau rajin mesti kenyang perut isteri dan anak-anak.


mamaD cakap aku dan anak-anak suka selfie.... tapi dalam bab ambil gambar untuk blog aku tak kisah...belasah je janji aku dapat abadikan kenangan dalam blog aku ni...kan ! 
isi ikan jenis ni memang sedap; lagi-lagi yang fresh macam ni.... Talapia Merah .
aku makan ikan..., ikan makan cacing umpan ....jadi tak ada masalah pun kat sini  :) ...saling membantu




kalau memancing berseoragan memang tak best ...itu pasal aku selalu ajak mamaD ikut sama..dia tak pegang pancing pun....,  kadang tu saja nak teman berteman. Sesekali dengan kawan pun boleh juga tapi aku tak suka...., lebih berminat aktiviti bersama keluarga.






Memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini...


petang 1 Mei lalu bersama famili aku termasuk mak mertua dan makcik yang datang dari Sungai Petani "bercuti" .. , bercuti kami lebih kepada memenuhi kehendak minat mak mertua dan makcik memancing kat sini... .

Pantai Morib dan Pantai Kelanang adalah tempat mula kami singgah walau sudah tau yang kedua-dua pantai yang selalunya  menghampakan kami sebelum ni...

Ya memang dah tau pun ikan kat sini tak makan umpan ; tapi semangat #kakipancing biasanya tak kisah ...janji dapat lepas gian !

Dalam mencari port baik punya... ternampak satu kawasan yang pemandangannya sangat cantik , kepuasan terasa bila dapat berada di suatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik ; subhanallah ! sangat  cantik ..walau terpencil sikit tempatnya iaitu di antara jalan dari Pantai Morib menuju ke Pantai Kelanang (jalan tar mini , persisiran pantai...) namun kewujudannya tetap boleh dikesan oleh beberapa pengemar/ jurufoto luar kawasan.

#kalau anda ada perancangan nak ke Banting cari kerepek ubi dan sebagainya ; singgah-singgah la ke Pantai Morib atau Pantai Kelanang ....serius ada tempat menarik (dengan kelasnya tersendiri) untuk capture gambar-gambar yang menarik !

..jarak masa dari pekan Banting ke area tersebut adalah dalam 30 minit berkereta. (Jalan Banting ke Morib)

#kakipancing sedang khusyuk .. 

mamaD dan anak2 tak berapa gemar memancing ..haha 

main pondok-pondok ; pondok tinggal..

ada juga yg layan mandi manda

Nina n Hanis guna sepenuhnya 'monopod' baru..

selfie melangit !

sunset dah mari..

jurufoto...macam pro jer Der !!

terbaik !






lagi terbaik...

lagi terbaik...







Tenang di Jeti Semeling..

Ini lah apa yang dirancang oleh mamaD bermasej sms dengan famili kat rumah semasa dalam perjalanan balik dalam kereta masa tersangkut trafic jammed malam  semalam..

Aktiviti memancing dan berehat-rehat sambil makan angin.., dengarnya macam seronok je kan..tapi realitinya lagi seronok dari apa yang aku gambarkan melalui gambar-gambar dari kamera samsung ni.

Yang  terlebih minat sangat memancing tu ialah mak dan makcik  mamaD..depa ni seminggu mesti tak kurang sekali mesti ada..bosan duduk kat rumah kata depa tu.

Yer. ..aku selalu publish pasal entri memancing.  Ini sebahagian dari minat keluaga kami..lebih kepada suka-suka sebenarnya...

Yang lecehnya..minat aku terhadap batang pancing dah semakin kurang lebihnya hanya seronok menemani depa..

Lokasi : Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Petani,  Kedah Darul Aman.

Mereka terlebih suka..aku pon turut rasa bahagianya..
#aku lebih suka ambil gambar.. Peace yow! !









Suasana Pagi Yang Mendamaikan...

Assalamualaikum...

.. nak cari lauk....nak cari lauk...nak cari lauk....


"Apa susah-susah memancing ikan, makcik..beli jer kat pasar !...buat penat badan jer.."...itu kata-kata orang yang tak berminat dengan hobi memancing .

kepuasan mendaratkan ikan itu adalah matlamatnya....tak kesah kecik ke besar saiz ikan2 tersebut, yang penting hobi terlaksana.

beginilah caranya aku aka menantu kepada Mak Kiah ibu kepada mamadiana ...antara pemancing wanita yang masih bertahan dengan hobi dan minatnya.

kami suami isteri turutkan jua...

hurmm!, pepagi lagi kami dah ada kat tepian sungai... almaklumlah kan...., ikan di pasar sekarang ni mahal-mahal belaka..huhu.

eh ni alasan ke fakta.....ke auta ??

jawaban yang sebenar-benarnya adalah minat,  nak buat macam manakan...sesekali balik kampung, menantu kena ikutkan minat mertuanya..  

PCL : taknak jadi menantu 'derhaka'.., sesuatu perkara jika dilakukan tanpa melalaikan kewajiban dan tuntutan kepada agama adalah menjadi keharusan untuk dituruti.

 


Aktiviti Keluarga : Santai Pagi ..eh ketam lah !

Assalamualaikum.... Salam bersiaran di atas 'rakit'...eh sejuknya !!.

masa ni jam 7am...

tengoklah mata pcl tuh, ...merah sebab apa? sebab berjaga malam lah...

aktiviti memancing terus menerus, tidur sekejap untuk hilang rasa letih dan kemengantukan ...

sebenarnya dalam keadaan begini, tidur adalah suatu yang merugikan kepada mereka yang sedang 'gila memancing'..

ketam , besar tuh !!, melebihi tapak tangan pcl...

Siapa sangka,  nak pancing ikan dapat ketam plak....

inilah yang dikatakan rezeki...

menjadi pembakar semangat setelah beberapa jam ikan tak makan umpan...

haha...yang terlebih makan adalah. .mulut2 si pemancing tu.

...yang tak biasa menunggu, memerhati hujung joran, merasa daya tarik dan sentapan...hurm! .. memang cepat rasa bosan..

kata orang,  di sinilah kesabaran seseorang itu dapat diuji.

aku pun cepat mengalah kalau umpan tak disentuh lansung oleh sang ikan..

kalau aku dalam situasi macam ni...( terus ambil 'tab' ),

apa lagi. ...blogging lah!



Published with Blogger-droid v2.0.4


 


Aktiviti Keluarga : Capaikan tujuan..

alhamdulillah, setelah menunggu dan akhirnya kami sampai juga di atas chalet terapung ini...masa ni jam 5pm.

..semangat memancing memang dah berkobar sangat walaupun menurut tekong yang membawa kami ke sini memberitahu "ikan tak berapa nak jenuh"...maksudnya kalau mancing pun ikan tak makan sangat, air tak cantik...entahlah cantik macam mana lagi yang dia maksudkan...


sebelum capai tujuan...perkara wajib tak dilupa., kat sini semua kemudahan tersedia...mau dengan takmau saja., tepuk dada tanya iman sendiri.


aktiviti berterusan...lepas makan2 kami sambung memancing., lepas memancing kami sambung makan plak...ikan tak makan umpan, tuan dia yang kekenyagan makan makanan yang dibawa..


ok,  aku nak layan aircond dalam bilik jap ea...babai.


Published with Blogger-droid v2.0.4