Showing posts with label dunia hidupku. Show all posts

Minyak Yu Yee Cap Limau ..Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat bermakna.


Ada segelintir ibu-ibu muda zaman sekarang ini memang tak kenal akan jenama minyak kembung perut bayi, malahan ramai yang blur apabila ditanya. Minyak yang sangat masyhur sejak kita kecil lagi. Ada juga mereka yang hanya 'kenal' aroma minyak tersebut berbanding namanya. MINYAK YU YEE CAP LIMAU !

Dula mak guna untuk kita masa bayi. (mak kita la cakap) "kau kerap nangis malam, mak sapu minyak yu yee". Bila kita dah menjadi abang/kakak kepada adik-adik, kita jaga mereka, kita tolong mak sapukan minyak pada tapak kaki, belakang betis, ari-ari dan sekitar perut adik selepas adik dimandikan.. ingat lagi tak?

(mak kita cakap lagi) "minyak ini bagus, nanti beli dan simpan, guna bila perlu.. Banyak kebagusannya"

Sekarang kita sudah berkeluarga. Kita sudah mempunyai cahaya mata sendiri. Bayi kita menangis tanpa sebab dan kita jadi risau tak tentu arah apa nak buat.?Periksa lampin, lampin tak  basah. Bayi lapar? tapi tadi baru je bagi minum susu. Pegagng perut bayi nampak macam keras sikit, cuba ketuk perlahan ...haaa ada bunyi dalam perut ada angin! Pasti ini puncanya.

Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat berhaga buat kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau sentaisa menjadi sahabat baik bayi

Minyak Yu Yee (Yu Yee Oil) Cap Limau
Kebanyakan ibubapa tentu  merasa bimbang tentang banyak perkara  mengenai bayi mereka. Korang yang belum kahwin tunggulah  masanya akan tiba. Kalau mak mertua korang tanya pasal minyak kembung perut bayi, korang cakap la yang korang memang ada pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau, pasti dia tak risau bab korang jaga cucunya nanti.

Minyak Yu Yee Cap Limau berkesan untuk bayi melegakan keadaan kembung perut, sakit dan ketidak selesaan. Sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk bayi kita. Bila bayi kita selesa, tidurnya akan nenyak dan ikita pun akan dapat tidur malam yang secukupnya. Lega hati dan gmbira rasa bila Minyak Yu Yee sentaisa menjadi sahabat baik bayi kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau juga berkesan untuk semua peringkat umur. Kalau boleh disapukan pada bayi apatah lagi untuk orang dewasa, boleh sangat ! Minyak Yu Yee mampu melegakan otot dan sakit sendi Ia Juga berkesan melegakan kulit gatal, sakit kepala dan kelesuan. Aroma limau yang menyegarkan dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.
Perkongsian pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau di instagaram saya  
Minyak Yu Yee Cap Limau (10ml) milik keluarga saya

Minyak Yu Yee Cap Limau boleh didapati di farmasi dan kedai-kedai yang sedia ada di pasaran. Minyak ini dipasarkan dalam kandungan botol bersaiz 10ml, 22ml dan 48ml. Sedikit informasi tambahan ; Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Dijamin Halal oleh JAKIM.

Ada sesiapa pembaca sini nak share info berkenaan Minyak Yu Yee Cap Limau? 
Korang dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman.. terima kasih.


Aku rasa dia perli aku dah !


Mungki sebab selalu sangat kami bila oder makan mesti nak share sepinggan. Ada mulut jahat suka kata kami kedekut, makan pun nak share2.. 
Bihun hailam melempah ruah!

Kali ini bila sampai je bihun hailam.. Nah kau melimpah kuah penuh pinggan, sikit lagi nak meleleh di bibir pinggan. 

Bibir aku dah memang nak leleh dah.. Nak je aku tanya kenapa serve kami macam ni? Tapi mamaD tak bagi.. Makan ja la, mungkin pinggan besaq kat dapur dah kehabisan .. Mungkin la kot kata mamaD.

Nasib baik kuahnya sedap.. Bihun tak keras dan lembik sangat.. kira sesedap rasalah. Boleh bagi 3/5 bintang. Cuma tang servis malam ni diorang agak failed.

Aku rasa dia perli aku agaknya.. Tak apalah., jangan risau kami akan datang lagi. Tak ada yang untungnya hidup berdengki.. 




Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa?

Sampai bila nak camni ?

Umur di kala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa? diri sendiri yang tahu jawapannya.

Hati makin senang, berat badan makin cepat naik. Tapi, setakat ini alhamdulillah kesihatan masih di tahap memuaskan. Aku sudah buat pemeriksaan kesihatan dan keputusan semuanya okay.. cuma tang kandungan kolestrol ada sikit lebih. Kalau maintain buat senaman, doktor kata tak perlulah makan ubat pil. Boleh juga nak makan ubat tapi ini untuk orang yang sudah berusia 50an ke atas dan tak larat nak buat senaman.

Terbaru aku amalkan makan jus Qalbi Al-Ehsan, memang power dia lain macam sikit. Bertenaga satu badan jadi fresh bila bangun dari tidur malam. Sebelum ini aku cuma ke gym 2 kali seminggu , main ping pong dan jogging kalau sempat di masa cuti hujung minggu.

Umur dikala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Selalunya kalau orang sihat sebelumnya pun akan kenampakkan sakit-sakit  bila usia mencecah 40. Untuk kekal sihat kena lah jaga dari semua segi, baik pemakanan dan juga aktiviti harian. Buat kerja rumah pun dah okay janji boleh berpeluh sihat. Patut amalkan budaya sihat. Cuba ingatkan bila terasa sakit jangan senang-senag nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit cukup bahaya dalam tempoh jangka masa panjang nanti jika tidak diambil mengikut peraturan yang dibenarkan oleh pakar perubatan.. Bahayanya boleh mendatangka masalah lain terutama kepada ginjal kita.

Sering kita lihat, ramai orang mengadu sakit dan lenguh-lenguh badan terutamanya sakit lutut jika sudah berusia. Sakit pinggang bagi ibu-ibu mengandung dan sakit-sakit sendi bagi mereka yang bersukan lasak. Sebenarnya sudah ada dipasran jual ubat yang boleh guna dibahagian luaran (tanpa makan), ubat tahan sakit malahan ia boleh melegakan segera sakit pinggag, sakit sendi, sakit lutut. Aku bagi contoh yang sangat popular sekarang ini ialah spray Biobax. Sampai bila lagi nak tanggung kesakitan.

Adakah sudah berubah?

Di usia 40an ini lah kalau kita boleh tengok seseorang itu melakukan perubahan dalam fasa kehidupannya. Masa-masa ini lah yang berkelakuan kurang baik mahu berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik, itu dari segi tingkah laku. Begitu juga dengan amalan hidup dalam bermasyarakat dan tanggungjawab kepada agama. kalau tak berubah banyak ! sikit mesti ada perubahan itu..percayalah. Mana mungkin sama perangai yang dulu dan kini, mesti ada perubahan.

Cuba kita melihat ke dalam diri.. ini sekadar peringatan pada diri ini dan amnya kepada semua pembaca.. Apakah kita sudah beubah? kalau ikutkan nak berubah menjadi lebih baik dari sebelumya, maka kita tak perlu nanti orang suruh dan tak perlu tunggu umur 40.. kan !

Sampai bila nak camni ??




Terjumpa duit ?


Pernah terjumpa duit?

Okay, ini entri santai setelah lama menyepi.. hati gusar entah apa difikiran entah la.. haritu kata nak start blogging cara sesantai yang boleh dengan idea dari Diary kehidupan seharian.. hemm semakin malas atau semakin kering idea?

Tadi lagik dah bilangin.. santai aja kan, so santainya di sini... bila mana aku sudah diuji olehNya. Aku tak sedar itu berupa ujian permulaan bagi aku apabila mahu menubuhkan syarikat pernigaan sendiri. 

Hari kejadian, semasa aku sudah selesai proses dan perjalanan nak balik dari SSM terdekat sini. Aku berjalan kaki ke parking, aku terpijak sekeping note RM100. Pandang sekeliling tak nampak orang lalu. Cuma ada sorang pakcik guard jauh di luar pagar.. aku pasti bukan dia yang punya duit tersebut.

Apa aku nak buat?, simpan dalam gengaman, tak berani masuk poket .. getar rasa hati. Ini bukan milik aku.., nak kembalialkan kepada siapa? tak tau sapa punya? Tak nampak orang lalu sebelum aku.. tunggu jugak kot- kot la ada yang patah balik tercari-cari duit yang hilang.

Aku anggapkan orang itu tak perasan kehilangan duit, dekat 1 jam aku menanti mundar mandir di sana...dah tak kuasa memerhati gelagat orang di situ, terus aku ke kereta, duit tadi letak dalam dashboard. Hati tetap debor kencang.. kalau aku lah yang hilang duit sebanyak itu.. macam mana rasa .. emm mengelisah resah!

Petang sikit barulah aku cakap pada mamaD, kata padanya "abang terjumpa duit tadi..banyak woo". 
Kata dia.. "mata abang memang tajam, nampak saja apa di bawah". Ya kan, lelaki kena tundukkan pandangan semasa berjalan, lagi lagi kalu isteri tak ikut sekali.. itu ayat aku selalu gunakan. . Ayat penyedap hati dia kalau dia ditinggalkan di rumah.

Okeh..  balik cerita duit jumpa tadi. Kami bedua bincang tak panjang dan sepakat kata putus untuk masukkan dalam tabung.. bukan tabung haji kat rumah kami tau, tapi tabung kebajikan masjid di sini. Kebetulan hari tu Jumaat pulak, terus la aku ke masjid. (kalau duit tu aku jumpa di kawasan sekitar berdekatan kareah masjid, mau je aku mintak urus setia masjid umumkan, tapi ini luar kawasan).

Lega rasa.. kalau tak rasanya susah tidur malam. Aku anggap duit itu bukan dari aku tapi biarlah ia untuk keguanan kebaikan pihak masjid. Aku cerita bukan kata aku ini keturunan baik perilaku tapi sebenarnya aku mahu disiplinkan pemikiran anak-anak serta ahli keluarga aku supaya jangan ambil yang bukan hak kita.

Cerita pada mak.. dia senyum jer...
Cerita pulak pada Hanis dia tak kata apa.. (mungkin dia sedang memahami).

Allhuakbar. DIA maha mengetahui apa yang direncanakan olehNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah., syarikat aku kini sudah beroperasi semakin hari semakin memberangsangkan. Kesimpulan yang aku boleh kongsi bersama.. kalau itu bukan hak kita, kita jangan senang hati memilikinya tanpa ada rasa bersalah melainkan atas hasil usha kita sendiri.

Dalam sejarah hidup aku, kejadian terjumpa duit atau 'duit terpijak' ni dah banyak kali berlaku dan ini adalah nilai ringgit yang terbesar. Semoga Allah sentiasa memelihara mataku untuk kebaikan. Ini sekadar perkongsian entri dan mengisi slot kegersanagan entri blog ini sejak kebelakangan dan bukan untuk suka menunjuk-nunjuk kebaikan kami sekeluarga atau apa saja yang mendatangkan rasa krik krik orang bila membacaya. Mohon maaf jika ada kekurangan . 

Okay.. dah tenang rasa. Alhamdulillah semoga ada manfat bersama.







Trivia Tentang Nazlee Ismail PCL


Entri TRIVIA?


Jarang aku guna perkataan trivia dalam kehidupan seharian, sebab tu aku pada mulanya tak faham langsung maksud. Ni aku baru mengerti apa itu 'trivia'. Entri Trivia ialah entri pendedahan berkenaan diri dan perkara remeh temeh untuk dikongsikan kepada umum contohnya kalau di sini aku sebagai penulis blog nak share dengan korang apa yang korang belum tau dan aku juga nak korang tau serba sedikit pasal aku dan apa saja yang sepatutnya. Tak lebih dari itu. Trivia ni adalah sebuah 'game blog' pada anggapan aku lah ya... Siapa yang kena tag dia boleh menyahutnya dengan membuat entri trivia. Sebenarnya game ini lebih kepada konsep sporting dan supporting blogger dalam dunia blogging. Buat suka suka boleh, nak buat serius pun boleh.. Kalau tak nak buat entri pun boleh. Tiada syarat. Tujuannya untuk mengenalkan kepada yang tak kenal. itu saja .

Terima kasih Azlinda Alin sebab kamu tag Nazlee Ismail beberapa hari lepas. jom baca dan komen.


Nazlee Ismail PCL



Nick nama 'Nazlee Ismail'. Aku guna nick nama yang sama di media sosial lain dalam facebook dan instagram. Aku yang kini sudah berusia 40'an, Okay.. kebetulan nak dekat dengan tarikh, aku nak highlight sikit ni korang ! lagi 1 hari dari tarikh entri ni adalah aku punya besday tau.. ingat tau 16hb! silakan buat ucapan dan mohon korang doakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat ya. Alhamdulillah dan terima kasih in advance untuk ucapan korang nanti. (Huh macam mengharap sangat aku ni.. )

Okay, di usia sebegini aku masih lagi minat berbelog bermulanya sejak 2010 lagi. Kalau dulu pada permulaan,  blog readers hanya kenal aku dengan nama 'pakciklee' dan selepas beberapa bulan pakciklee disingkatkan nama kepada nama Pcl. Sama je maknanya tu.. aku dah semakin tua lah dan seorang pakcik lah dari dulu lagi.. hee. Kalau dulu jiwa masih muda, selesa orang panggil aku 'pakcik' sebab muda-muda lagi dah pakcik, tapi sejak uban dah mulai melata di kepala.. aku lebih gemar dengan panggilan PCL lebih lebih lagi dikalangan rakan blogger dan readers, ada sebab... sebabnya bila aku dah tua gini, korang panggil lak pakcik, maka akan menampakkan lagi kertuaan aku. Tapi apa pun sebenarnya, jauh disudut hati aku tak kisah.. kalau korang rasa selesa panggil aku pakciklee or uncle or abang Naz or Abang Li sekali pun okay... aku takde hal. Lately aku lebih pendiam bila di event atau gathering blogger ..itu yang aku perasan.

Keluarga PCL



Aku sudah berkeluarga, anak mentain dua orang perempuan dari awal pembabitan aku dalam dunia blog, kalau buat entri aku suka bercerita pasal diorang tapi sekarang agak terbatas sebab anak-anak dah makin membesar, maklumlahkan diaorang masing masing sudah mememasuki alam remaja. kena jaga hati dan perasaan diorang juga. Seorang Abah kena tahu mana yang patut dan tidak untuk keselesaan anaknya. Sekarang ini aku lebih suka share moment indah bersama keluarga dalam instagram, kat situ korang boleh ushar macam-macam  di instgaram @nazleeismail.

Isteri? Ok, ada seorang isteri yang memahami. Nama panggilannya mama'D, ada siapa yang tak kenal beliau lagi? Usianya dalam 30'an dan usia perkawinan kami sudah mencecah ke 21 tahun pada 1 November akan datang.

Kerjaya Nazlee Ismail


Pernah bekerja dalam industri perkilangan, di Syarikat orang Jepun pada tahun 1993 selama 10 tahun di Sp Kedah. Boleh faham sikit 'Nihongo'. Berhenti kerja masa kegawatan ekonomi melanda negara kita, rileks kejap kat rumah dan berniaga di pasar malam sekitar Sungai Petani. (jual waffer cake dan air).  Bukak Companyi sendiri dalam bidang marketing, sales dan trading selama beberapa tahun di Ipoh Perak. Aku juga pernah kerja suka suka part timer di KFC Perai sebagai cooker semasa jadi student practical di sana dalam tahun 1992. Banyak lagi suka duka bekerja aku dah rasa.. alhamdulillah dan sekarang aku bekerja semula di sektor awam dalam bidang Engineering.

Part time job PCL


Sebagai Blogger sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku lebih fokus 'mencari rezeki' sebab aku minat, dari minat aku berjinak jinak bawa 'sesuatu' yang boleh hasilkan pendapatan. Aku tak boleh duduk dan tengok saja kejayaan orang lain. Kini dengan NazleeDotCom aku boleh jual pakej bisnes aku sendiri antaranya ;

1) Pakej Candat Sotong dan Memancing
2) Pakej perkhidmatan design pets house
3) Pakej review dan pengiklanan dalam blog /social media

Lain lain yang patut aku bagitau korang..


1. Aku sayangkan isteri, dalam erti kata lain aku 'sukar' berjauhan dengan isteri

2. Aku seorang insan pemalu tapi aku suka berborak, tapi Aku tak suka berborak kosong.

3. Aku suka memancing / riadah dan buat aktiviti bersama keluarga, dalam masa sama aku suka berkawan dan memang aku akan utamakan keluarga.

4. Aku suka cari duit lebih tapi duit bukan segalanya bagi aku dan Aku amalkan hidup bermasyarakat.

5. Aku suka manjakan isteri dan anak anak. Sebab itu aku gemar memasak dan mencuci pakaian. Tapi aku tidak rasa mereka mengambil kesempatan, sebab isteri dan anak-anak memahami serta mengenali siapa Hero dan Ketua dalam keluarga kami.

6. Aku suka bersukan, 2 kali dalam seminggu mesti turun jogging. Tak boleh waktu siang hari malam pun jadi. Aku tak merokok dan aku benci dadah !


Okaylah  kot setakat ini dulu.. kalau nak tau lagi boleh selongkar entri lama lama. Ini salah satunya entri yang aku cadangkan. Sila baca.

Sampai di sini Entri Trivia Nazlee Ismail PCL, dan untuk melengkapkan entri ni aku dimestikan tag rakan blogger. Aku macam nak tau banyak tentang mereka ini

1) Wayne harraz
2) Rahim Aim


Sekian. Terima kasih.








Bila musim mencandat sotong 2016 datang ..

Alhamdulillah..

Ramainya peminat-peminat aktiviti mencandat sotong serang wasap/telefon aku ni sejak beberapa hari ni..  Tandanya sudah tibalah musim mencandat sotong, musim bermula seawal bulan Mac nanti.
SOTONG hasil mencandat
Setiap tahun memang beginilah sibuknya , tak menang nak menjawab pertanyaan bagi mereka yang pertama kali melanggan pakej dengan kami dan juga pelanggan yang sudah biasa saban tahun.

Sejak setahun lalu ramai di kalangan kaum wanita memberanikan diri mahu cuba nasib candat sendiri. Bila ditanya pasal mabuk laut? ada yang jawab memang dia nak merasa macam mana "mabuk laut" sebenarnya.

Pakej Mencandat yang kami buat ini memang ada menyediakan ubat mabuk laut, confirm lah mabuk selalunya bagi yang pertama kali naik bot dalam tempoh masa yang lama.

Seronok kalau rezeki mencandat yang berbaloi, memang akan datang lagi melanggan pakej kami..  "puas makan sotong"
Berbaloi hasil mencadat sotong
Kalau anda berhajat mencadat, jangan tunggu lama untuk buat tempahan. Pakej yang disediakan seperti berikut :

Pakej 1 (bot max 8 orang)
Pakej 2 (bot max 10 orang)
Pakej 3 (bot max 12 orang)
Pakej 4 (bot max 15 orang)
Pakej 6 (bot max 06 orang)

Boleh direct contact saya untuk info selanjutnya : Call/ WA : 017 400 9726




Fikir pasal isteri kalau anda kaki pancing yang selalu bawak balik ikan..


Haha, haih cerita pancing lagi...... aku  cuma nak fokus pada ikan yang aku pancing ni.. Keli sederhana besar tapi bukan dari jenis keli afrika, tapi ianya keli bunga (sungai) . Ada juga keli bunga ni bersaiz kecil, biasanya hidup liar di telaga atau sawah padi, ada juga orang menamakan ikan jenis ini keli kampung. Sekarang ni susah la nak dapat yang jenis kampung... kebanyakannya sudah berhijrah ke bandar..(haha).

harga ikan keli di pasaran
Hasil pancingan Sabtu lepas : Ikan Keli sungai

Sebut jenis 'kampung' mesti orang beranggapan sesuatu 'barang' baik dan tinggi kualitinya. Ayam kampung contohnya mempunyai rasa sedap pada dagingnya apabila dimasak. Begitu juga pada ikan.. Keli kampung, saiznya kecil tapi harga mahal berganda dari keli yang diternak (diberi makan pallet)

Harga ikan keli di pasaran


Paling murah yang diberi makan pallet, biasanya dengan harga dari Rm4 ke Rm6.50 sekilogram. Bergantung kepada permintaan. Adakalanya harga pasaran boleh jatuh sampai RM3 untuk sekilogram.

Kekadang ramai je orang suka dan sangat mengemari masakan daripada ikan keli (keli goreng, keli berlada, keli masak lemak, keli asam pedas , keli salai, keli bakar dan sebagainya) tetapi ramai yang sangat geli memprosesnya. Ini masalah paling besar bagi sesetengah kaum wanita bergelar isteri kepada suami yang suka makan masakan isterinya dirumah (terutamanya bila diminta masak hasil pancingan atau beli).

Pada masa ni, orang berniaga ikan memang bijak ambik kesempatan, tapi sebenarnay bagus la ada orang tolong siangkan, tinggal kita nak bawa balik ke rumah dan bagi isteri masak aje..
Tak jadi masalah pun, kerja sekarang semuanya makin mudah.. bayar RM lebih sikit untuk upah , selesai.

Kesiankan isteri ..


Ini bab lain, .. saja nak pesan kepada  suami-suami yang kaki pancing, kalau bawa balik hasil pancing ikan (ikan bersaiz besar dari biasa), korang pandai-pandailah selesaikan dahulu (kerja-keja menyiang ikan) sampai la  ke proses sebelum memasak. Kesian isteri korang nanti buat 'kerja' dalam keterpaksaan.

Kalau semuanya dah beres (menyiang, membasuh, taruk asam limau dan sebagainya) pastinya isteri korang akan bersetuju dengan minat korang tu...Dia yang tak minat pun tak akan membebel panjang.. haha serius ni buat lah selalu macam aku.

Yang selalu jadi masalah dan rungutan sebahagian para isteri pemancing tegar ialah.. masa bawa balik banyak ikan tunjuk kepada isteri, tapi bab nak menyiang tu serah pada isteri buat sorang-sorang...hemm mana tak membebel dia..






Bila kulit wajah makin gelap, aku cari produk Cosmoderm


Bila kulit wajah makin gelap, aku cari produk cosmoderm.


Light & Bright Spot Treatment Crème 30ml


Sebab aku dah terbiasa dengan produk cosmoderm ni sejak setahun yang lepas bersama KBBA.
Kulit gelap sebab selalu berjemur dek panas mentari, sebab ikutkan sangat hobi aku yang semakin menjadi-jadi ni, sampai lupa dah bab menjaga penampilan diri.

Lagi-lagi cerita pasal memancing. Ok ni kira hobi aku yang sesekali muncul tapi bermusim. Hobi yang tak banyak keluar modal, memancing di kawasan yang tak payah bayar guna wang...cuma keluarkan sedikit modal untuk beli umpan dan alatan memancing. Berpanas itu sudah semestinya.

Dulu kulit aku cerah !..kategori orang yang menjaga penampilan tapi sejak minat memancing, kulit makin gelap.  Aku still jaga bukan tak jaga dah...tapi itulah, paling ketara kulit gelap di bahagian muka dan tangan. Nak buat macam mana, akurlah dengan cuaca sekarang ni yang panas menggila. Lindung bawah topi pun masih terasa bahangnya membakar kulit muka. Kalau pemancing pakai payung ..hurmm apa kata orang pulak, buek malu ja.. baik la duduk rumah dodoikan anak !

Kisahnya aku ni selalu pelupa... bila dingatkan baru nak buat. MamaD ni sayang kat suami dia , selalu dia ingatkan aku supaya pakai krim pelindung sinaran matahari bila keluar berpanas.

Aku ni malas sebenarnya .. leceh la nak sapu krim krim pelindung kulit. (macam pompuanlah !) huh ..

Bila balik dari memancing, lepas mandi baru terkejut beruk tengok kulit wajah sendiri kat cermin.... hurmm gelap lagi kusam ! (sesal pun ada...awatla jadi macam ni) takleh dah nak jadi model produk maskulin .

Pengajarannya, korang jangan la malas macam aku ni, even kita ni seorang lelaki. Pakai je lah . saranan aku gunalah produk cosmoderm, bersih suci lagi halal.

Kat rumah ada produk cosmoderm, baru mamaD belikan untuk aku lah kataya bagus untuk megembalikan kecerahan kulit. Susah hatilah agaknya kot, bila suami dia nampak iras macam mamat Bangla..haha .

mamaD beli secara online di cosmoderm : Klik sini

Light & Bright Spot Treatment Crème 30ml





Cantik, menarik dan menagkap-nangkap, rugi kalau tak pancing !


Tenang air di kolam ini sememangnya medamaikan suasana, kalau di waktu  hari bekerja, sesekali akan aku singkap bidai  kamar pejabat dan melihat keluar jendela.... Suasana dari dalam pejabat ada kalanya tepu dan membosankan.

(Memang patut aku mengintai keluar, nak mencari idea yang hilang sebenarnya)

Lokasi ini bagus untuk memancing, haaa.. tapi sebenarnya 'di larang' untuk berbuat demikian. Sayangnya kalau di biar macam itu saja ...kesian ikan-ikan di dalamnya ; kelihatan sesekali mengocak air, sekawanan tilapia merah melihatkan kelibatnya seolah tanda-tanda menyeru untuk dipancing..

Ini lah difikiran orang yang 'pantang' melihat lopak air.. ada saja perancangan dalam kepalanya apa nak buat hujung minggu ini dan seterusnya..

Kolam hiasan lanskap : hurmm...nampak tu, ada tangan makhluk yang sudah melanggari 'larangan'. 

"Kitaorang mancing bukan nak perabis ikan dalam kolam ni, saja suka-suka je Encik.. "

Yang menegur ni hanyalah untuk menyapa, hajat di hati memang nak turut serta...

TENGOK LAH MACAMA MANA NANTI...





Bersenam ikut peringkat umur?


Pagi tadi ada sorang kakak ni (akak cleaner) tegur, katanya "En nazlee selalu ada pegi jogging tak? "

aku cakap yang aku ni memang dah lama jogging setiap malam Rabu.

Kenapa malam? tanya akak cleaner, siang hari minggu tak jogging ke? tanya lagi.

aku cakap.. kita jogging ikut peringkat umur, macam saya ni dah masuk awal 40an, waktu malam lebih sesuai.. entah apa punya alasan aku cakap macam tu ?

Kalau macam akak ni dah 50 umur macam mana?

Macam ni kak, akak kena ikut style orang cina, sebelum subuh dah buat senaman, berjalan atau yoga. Kalau kita yang muslim ni kena buat lepas subuh .. itu lagi baik, tapi jangan tiap hari. Selang beberapa hari sekali dalam seminggu.

budak remaja baiknya waktu pagi atau petang tak kisah sebab diorang masih kuat tenaga..

Betul ke tak apa aku cakap pada akak tu.. Akak tu mengiyakan saja..macam ada semangat baru nak bagun subuh bersenam bagai. Adatlahkan masuk tahun baru ada azamnya.

Ramai yang target nak kurus langsingkan badan .. huh semangat memasing !

akak dah buat kerja seharian pon dah kira bersenam banyak tu.. cukuplah!



Batuk kuat ganggu orang lain ~ Sorry geng !


Allahuakbar.. nak dapat susah nak baik pun susah, ni lah dia batuk orang tua mintak simpati. Nak bermanja , nak duduk rumah tak nak buat kerja teruk.

Sebelum sebelum ni buat tak kisah je dengan batuk, sehari dua memang dah lega.

Dah 40an ni lain banyak.. badan jadi manja lebih. Antibody dah tak kuat melawan penyakit.

Hari tu gagahkan diri pegi Melaka, nak bersama KBBA ..hati ni tetap risau kalau virus batuk ni merebak. Control batuk simpan  dalam, tu kadang nampak aku terkebil menahan.

Balik dari Melaka cadangnya nak ambil cuti hari Isnin (kelmarin) tapi batuk aku ni siangnya ok tak teruk sangat pun cuma sebelam malam.. kuat gila batuk sampai tak boleh lelapkan mata.

Semalam pun macam tu jugak, mamaD suruh aku pegi check dan dapatkan MC .. harap dapatlah..



Nanti belikan untuk adik pulak .. iPhone yang latest model?

Ini semua pasal ragam kanak-kanak remaja, sifat cemburu antara mereka tetap ada walau kadang tak ditunjukkan di depan abah dan mama, bagusnya mereka harus diberi pujian. Gitulah anak-anak kami, Nurhusnina (18) dan Nurhanis (14) .

Dua orang sudah cukup memeningkan kepala dengan karenah bila depa buat perangai, tapi antara kedua dua beradik tu, Kakak Nina lah yang suka beralah sejak dulu lagi. Karektor yang di bawa oleh Nina adalah jelmaan karektor aku semasa kecil. Dan Hanis pula ikut style mamaD yang senang terluka perasaannya.

Kalau perhati pada raut wajah pula, Anak sulung kami ikut wajah mamaD, manakala  yang seorang lagi banyak ikut aku. Antara kedua-duanya, kami berikan layanan sama rata. Tiada pilih kasih. (boleh like Fbpage PCL tengok gambar depa)

Apabila si kakak mengadu yang handphone dia sudah meragam, minta dibelikan yang baru, Adik juga buat-buat handphone dia meragam (sebenarnya dia saja menykat kakak dia).

"adik nak jugak, henfon adik pun tak boleh pakai dah rosak !"

Kebetulan hari tu aku dapat rezeki lebih, alhamdulillah ada bajet untuk belikan handphone untuk Nina, terus sambar iPhone yang menjadi idaman kedua-dua beradik tu.

(sebenarnya ..terima kasih kat mamaD, bajet nak belikan mama hadiah birthday dia, tapi mama yang suruh guna bajet tu beli untuk Nina) ~ Ya Allah, kasihnya pada anak-anak.

Depa dah besar, semoga mereka berfikiran lebih matang dari hari ke hari, melihat kasihnya dan sayangnya mama terhadap mereka. Hanis just nice, tidak berdengki dengan kakaknya, sudah boleh fikir apa yang sepatutnya difikiran orang muda yang mahu jaga hati dan perasaan orang tua.



Nanti belikan untuk adik pulak .. iPhone yang latest model? ~hanis
Kalau ada bajet, apa salahnya, mamaD memujuk hanis, Lepas ni adik pulak katanya . Aku pula pesan mohon agar  "adik, kakak doakan abah mama sentiasa sukses. Sentiasa dalam Lindungan dan Ramat Allah SWT".







Bila melihat mereka gembira ?


Bila anak-anak pesan makanan, abah dan mama tengok saja, kadang pesan air segelas ; kenapa sampai macam tu?

Nina dan Hanis,  nafsu makan depa memang lebih... cepat lapar dan bernafsu nak makan itu dan ini tetapi bila dah sampai makanan yang dipesan, cuma boleh makan separuh je..itu pun jenuh nak bagi habis..

Anak dara nak membesar.. memang lagu tu kot !

Jangan hairan bila terperasan nampak anak beranak makan di restoran;  duduk berempat tapi hanya berdua saja yang pesan makan minum. ..hurmm keluarga pcl lah tu..

Ini dah jadi kebiasaan kami, sebelum makan dah asingkan siap-siap separuh pinggan akak untuk abah dan separuh pinggan adik untuk mama .

#bukan bakhil tapi tak nak membazir makanan.
#langkah diet jugak.

Ini lah realitinya ...

Bahagia Rasa 


anak anak pcl makan

anak pcl makan

hanis anak pcl blogger

nina anak pcl blogger

Apabila melihat mereka gembira , aku dapat rasakan kebahagiaan nya... sungguh.

Alhamdulilah.

.


Terpulanglah mau jadi apa


Di dunia ini ada 'syurga dunia' ; ketika di dunia tidak dapat memasukinya maka dia tidak pernah masuk syurga akhirat. Syurga dunia itu adalah zikir kepada Allah, taat kepada Nya, cinta Kepada Nya , selalu berusaha dekat dengan Nya dan merindui Nya.

Apa yang perlu kita buat ..

#Tingkatkan amalan
#Pendekkan angan-angan
#Jalani kehidupan dengan redha
#Hadapi masalah dengan waras
#Fahami masalah ikut zaman di mana berada
#dan Jaga mulut kita...(ini yang susah sangat !)

Kita tidak boleh berkata tidak sebelum berusaha bersungguh kearahnya ..
Jangan sekali berkata "terpulanglah mau jadi apa" jika kita belum berusha mengubahnya.

baca lirik lagu ni.. (hanya sekadar lirik)

lirik lagu



Jangan tambah lagi musuh..

Mengapa ada iri hati ?


mengapa kita terus memikirkan perkara yang tiada dan tidak mensyukuri apa yang ada, melupakan nikmat yang ada dan menyesalkan nikmat yang telah tiada..

mengapa ada iri hati dengan apa yang dimiliki orang lain dan melupakan apa yang kita miliki..

amalkan sikap iri yang positif, ia bagus jika untuk memajukan diri sebagai usaha persaingan secara sihat.

hidup ini pendek masanya..entah hari ini atau esok atau lusa..hurmm pernah kita fikir soal mati?

sementara boleh berkawan dengan teman baik yang sedikit bilangannya ...janganlah dikurangkan lagi jumlah itu dengan kecelaan.

Tambah musuh dengan akhlak kita , kurangkan kawan baik juga dengan akhlak kita..

Mungkin...kita tidak pasti musuh antara kita ramai, jangan tambah lagi musuh.

jangan tambah lagi musuh..
jangan tambah lagi musuh..

cermin kita adalah mereka yang hampir dan diri kita sendiri wajib hampirkan diri dengan Allah Swt yang Maha Mengasihi.

.


Aku ingin terbang ..


Dulu..
ingat nak jadi penjaga gawang gol ..goalkeeper !, tapi ketinggian tak mencukupi dan keding lak tuh..haha.

Dah dapat jadi pemain dalam kesebelasan utama masa sekolah rendah..kita jadi kapten pasukan sebab licik gelecek bola, jersi nombor 10 warna merah.

Naik sekolah menengah kita tak disenaraikan dalam pasukan utama sekolah wakil MSSM, kita keciwa lalu beralih arah kepada Sepak takraw. tinggal di asrama semua permainan jadi mahir, jarang ada kaki bangku kalau dia budak asrama.

Wakil Sekolah ke Daerah..kita jadi tekong dan sesekali tukar posisi jadi Killer. Kita ni memang jaguh libas masa tu rasa ringan badan macam terpaung je atas angin.

Masa kat Ipt lak..segalanya berkubur, bab sukan dah tak ambil kisah sangat, cuma sekadar berlari pusing padang polo saja setiap pagi hari minggu. hurmm .

Kini..
Dah lama tak terbang..akak dan adik ajak abah diorang ni buat aksi macam-macam ..huh semput nafas. Dah lama tak rasa best macam ni..



Lokasi : Gunung Jerai, Gurun Kedah Malaysia.




Dapat terus cuba tanpa berlengah..

tiba di rumah terus masuk bilik buang segala...tau nak buat apa??

hahaa.. naik atas penimbang nak check berat badan naikbanyak ke..atau mentain. Penimbang berat yang kat rumah ni saja yang boleh dipercayai. (kalau timbang rosak..maka tipulah result dia ..)

mamaD, hurmm..naik 1 kg , aku pulak masih sama yeah..tak sia-sia aku melahap nasi kandar kambing itu hari. Metabolisma dalam diri ini masih mampu untuk bekerja kuat membakar segala lemak dengan pantas.

Dari petang kelmarin sampai lah ke lewat malam tadi kami sepanjang masa dalam kereta terperangkap dalam kesesakan trafik...huh cukup hazab nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah sampai juga akhirnya.

Part yang bagusnya nak sharing adalah tentang produk stevia , sejenis  cecair perasa manis pengganti gula dalam botol putih bersaiz 10ml. Ini cuma testimoni yang bukan kena bayaran. ikhlas...aku rasa segar di sepanjang 12 jam perjalanan. Kalau sebelum ni aku lebih gemar  minum power root yang manis giler tu! dah tahu kandungan gula yang banyak tidak baik untuk kesihatan.

Stevia pemberian kak ipar , dapat terus cuba tanpa berlengah..

Stevia Sweetener


Kepada sesiapa yang menjadi agen stevia boleh la guna testimoni aku ni. Serius lah.. dengan setitik stevia ke dalam air mineral sudah cukup untuk merasakan khasiat nya.

>> Nak pasang iklan produk, sila  hubungi saya ok. klik contact. / 0174009726


Aku bayar semua !!




Sentiasa Beringat dan diperintahkan ..



Bagus kalau ada banner di mana kata-katanya membawa kita sentiasa beringat akan kebaikan.

aku sangat tertarik hati bila lalu depan surau Al-Falah Pekan Banting, tengok saja lah..




ramai orang lalu lalang di sekitar kerana berhampiran dengan stesen bas & teksi dan juga uptown .

Surau ini sememangnya aktif mengadakan tazkirah selepas solat maghrib.

Ingatlah ..kemana saja kita pergi, tempat yang utama kita hendaklah mencari di mana boleh bersolat bila tiba waktunya. Mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan sepanjang hari di berkati serta mendapat redha Allah swt.



Cosmoderm dah tiba !


Kulit berminyak mungkin sebab banyak toksid dalam badan. Aku ada jugak guna produk lain tapi...hurm tau saja lah kan !

Kebanyakan lelaki biasalah apa ada dalam bilik mandi dan mana sempat jer...kadang rembat sikit isteri punya produk pembersih muka. Untung nasib baik...kalau tersalah ambik yang tak sepatutnya..huh nahas kulit muka..haha.

Cosmoderm dah tiba

Petang semalam produk dari Cosmoderm dah sampai, ini adalah produk pertama milik sendiri..bayangkan lah sebelum hanya dibersih secara tidak konsisten.



Bersih ..memang dah bersih muka berwudhuk 5 kali sehari wajib.  Ada bintik hitam@putih kena cari gak penyelesaiannya..nak dibiarkan kah ?