Makan Kambing Menu Sedap Di Shah Alam
CAFE CERITA KAMBING
Cafe Cerita Kambing - Persekitaran yang bersih dan selesa
Kambing Bakar @ Grilled Lamb Chops memang menepati cita rasa, cuba dulu baru tau dengan harga RM14
Nasi Beriyani Kambing Masala (gambar di bawah) tu memang sedap, kami (sebahagian dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari) dapat merasa masakan apabila memenuhi jemputan review masakan di Cafe Cerita Kambing semalam. Harga RM12
Set menu selain dari kambing juga ada disediakan antaranya ialah Mee Jawa, Laksa Johor dan Nasi Beriyani Ayam Masak Merah. Sebahagia menu-menu yang disediakan pada hari semalam (Ahad). Bukan sekadar cerita kambing saja ~ maksudnya apa saja menu yang anda mahukan berkenaan kambing mereka akan cuba penuhi terutamanya permintaan untuk perkhidmatan katering.
Endau Beriyani Caterers
Menurut Chef Zakaria (juga pemilik perniagaan), Cafe Cerita Kambing ini baru sahaja beroperasi di Shah Alam ini di mana tujuannya adalah untuk memperkenalkan jenama dan juga memudahkan para pelanggannya untuk merasai sebelum membuat sebarang tempahan katering.
Perkhidmatan Katering
Tempahan , boleh hubungi Chef Zakaria atau isterinya , Puan NoraziahChef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah : 019 2816 308
(019 3531 320 ( whatsapp )
Atau boleh ke Facebook mereka iaitu;
Nor Aziah Dahari atau Endau Beriyani Caterers.