Showing posts with label food review. Show all posts

FESTIVAL MAKANAN INDONESIA DI KUALA LUMPUR

Indonesia Food Festival, Seri Pacific Kuala Lumpur

Lokasi di Zande Restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur telah berlangsungnya Festival Makanan Indonesia bermula pada 4 September sehingga 11 September ini.


Festival Makanan Indonesia (Indonesian Food Festival) adalah Anjuran bersama Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan Wonderful Indonesia. Sepanjang Festival Makanan, pengunjung akan dapat menikmati pilihan menu-menu lazat terbaik setiap hari bersama Chef yang diterbangkan khas untuk festival ini.

Tempoh : 05-11 september 2015
Masa : 12:30-15:00 dan 18:30-10:30
Harga : RM 79 nett / seorang


Anda semua dijemput menikmati hidangan lazat, kami (ahli Kelab Blogger Ben Ashaari) antara yang sudah merasai kelazatan menu dari Seberang , sungguh enak ! Antara makanan yang dihidangkan ialah Mie Kocok, Cumi Gulai, Ikan Kakak Fillet Saus Padang, Perkedel Jagung, Sambal Tempe Kari Kacang, Tumis Jamur Kuping Kacang Hitam, Cumi Tepung Asam Manis, Pepes Tahu Sumsum , Perkedel Kentang, Mie Bakso, Soto ayam, Orak Arik Tempe Cabai Hijau, Gurame Acar Kuning Gurame Pindang, Nila Sambal Kecap dan banyak lagi !

Saya sempat snap gambar beberapa menu yang disebutkan ; memang puas makan dengan harga sekepala ..alang-alang makan biar sampai kenyang ye dok ?















INDONESIAN FOOD FESTIVAL ,
Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus
Zande Restaurant, Seri Pacific Hotel
Tel: 03 4042 5555 atau
lawati laman web di www.seripacifichotel.com ,
http://www.seripacifichotel.com/promotion-view/zende-indonesian-food-festival/


Enjoy Makan di Capricciosa Sunway Putra Mall

Capricciosa Sunway Putra Mall

Peminat makanan Italian jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu yang lazat di semua outlet Capricciosa (http://capricciosa.com.my) Malaysia di (Sunway Putra Mall), (Pavilion) dan (Sunway Pyramid) Korang tak payah ragu-ragu, Capricciosa adalah restoran Itali yang mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.
Capricciosa Sunway Putra Mall

Group blogger berpeluang membuat food review di sini, buat pertama kalinya di outlet terbaru di Sunway Putra Mall.
Capricciosa Sunway Putra Mall
capricciosa

capricciosa

Sekarang ni pihak Capricciosa Malaysia sedang mengadakan  promosi hebat di kesemua outlet Capricciosa. Potongan 50% untuk kesemua hidangan yang adalam dalam menu kecuali set promosi. Promosi diskaun 50% bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 sahaja (esok). 
Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan superb di Capriciossa. Diskaun 50% boleh jimat sangat!  


Membasahkan tekak dengan minuman yang best, Harga 11.90 segelas sesedap air rasanya..ha ha pasti sedapnya dari biasa.

Antara menuh mewah kami ; maaf lah kalau terover limit dan kami memang tak ingat apa dah masa  tu..  harap pihak #capricciosa memahami kami :)

Sedap sangat, kami blogger sangat-sangat rekomen anda datang dan merasainya sendiri..

Sempat lagi kalau nak diskaun 50% sehingga esok 16/8 ..emm sempena besday PCL.

Okay layan gambar #jilatskrin ..dan jemputla datang ke semua outlets Capricciosa.
Calamari Fritto - RM15.90
Smoked  Salmon Salad - RM19.90
Grilled Beef Striploin | RM43.90
Creamy Garlicky Salmon - RM36.90
Ultimate Surf & Turf | RM89.90
Baked Lobster - RM99.90
Pizza Meat Lover - Saiz 12' RM31.90 dan Saiz 8' RM20.90

Last menu.. memang best makan di Capricciosa dan ini adalah desert aku. Selamat makan makan !
Mascarpone Tiramisu - RM11.90

Info lanjut #Capricciosa boleh layari
Website:
http://capricciosa.com.my/
Facebook:
Capricciosa Malaysia



Berbuka Puasa / Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort

Bersempena bulan Ramadhan 1436H akan datang, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya akan mempersembahkan Buffet Ramadhan yang dijangka  bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.

 Bangi Golf Resort Restoran gambar kredit : projektravel.com

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa golf resort di Malaysia yang telah menerima Perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan di BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pebagai jenis sajian istimewa sehingga jumlahnya mencecah 200 pilihan !

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort dengan harga yang bermula dari Rm55 untuk dewasa dan Rm27 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.

'Pasukan Dapur' BGR akan menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti 'menggiurkan' dan bakal membangkitkan selera tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati cooking showcase BGR yang menampilkan Kambing Bakar.


Kambing Bakar BGR   

Kambing yang dipanggang secara perlahan masaknya di atas bara api, hirisan dagingnya masak elok dan lembut memang memuaskan hati. Ada disediakan juga sup kambing mamak

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran kambing bakar

Bangi Golf Restaurant

Bangi Golf Resort Restoran sup kambing mamak

Para pelanggan juga boleh menikmati sate daging dan ayam dengan kuah kacang enak. Selain itu di stesen yang sama terdapat menu Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang dihidang panas-panas di hadapan mata.

Western Appertizer

Di bahagian western appertizer pula para tetamu disajikan dengan hidangan istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.
Hidangan ini sungguh menyelerakan dan hanya ada di BGR. 


Beef Langsana, Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Beef Langsana


Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Grill Boneless Chiken with Creamy Mushroom Sauce

Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula ada disediakan Butter Prawns, Teriyaki Chiken, Black Paper Beef dan Fish Fillet dengan sos serai. Menu kegemaran ramai ; Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging .

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Butter Prawns
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Teriyaki Chiken
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Black Paper Beef
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Fish Fillet dengan sos serai
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Rendang daging


Pencuci Mulut Aiskrim Pacojet

Aiskrim pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan menjadi tarikan ramai tetamu tidak mengira peringkat usia. Kena cuba ini sebab penghsilannya dengan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain.

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Aiskrim pacojet

Para tetamu boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis dengan hidangan resipi menarik lagi terkini ;








Terdapat juga pelbagai jenis kuih muih boleh membuatkan tetamu menjadi rambang mata.
Antara yang terbaik dan tradisional ialah pulut panggang !

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran pulut panggang tradisional
Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Kaswi

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort Restoran Seri Ayu

Dewan Kenanga BGR

Dewan Kenanga BGR, sebuah dewan makan baru siap dalam tahun ini yang mampu menempatkan ramai tetamu dalam suatu masa. Cantik dan selesa , para tetamu makan sambil dihiburkan  live band dengan alunan muzik Melayu Tradsional  .

Bangi Golf resort

Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 


Bangi Golf Resort Restoran Dewan Kenanga 


Kemudahan lain : Surau Lelaki dan Surau Wanita juga tersedia.

Perkhidmatan lain : Bangi Golf Resort menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.

Info Lokasi Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort :

Alamat : No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan :
+(603) 8925 3728 / +(603) 82100265


Waktu Operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam

www.nazlee.com

#foodreview oleh Nazlee Ismail pada 23 Mei 2015
#exchangefeedgroup #EFG
#KelabBloggerBenAshaari