Showing posts with label ingat mengigatkan. Show all posts

Dah solat Dhuha?

Aku dah set alarm penggera dekat smartphone, eh macam pelik pulak kalau sebut penggera...pengerak !
Jam 10 AM , setiap hari ..

Kalu kat rumah memang liat sungguh nak buat, dengar banyak kali alarm bunyi tapi tak buat jugak. Bila di pejabat rasa macam dah terbiasa, masa ni memang semua orang cuba lapangkan masa sedikit untuk ini.

Dah solat Dhuha?

itu yang aku maksudkan, kalau betul kita istiqamah, insyaAllah apa yang kita hajati akan dimakbulkan olehNya. Mohon murahkan rezeki dan diberikan kesihatan untuk terus beramal di bumi ini.



anak-anak kami sumber inspirasi #duniahidupku


Feb 01, 2012
Adapun surah-surah yang dibaca itu tidak ada hadis yang mengaturnya melainkan sekedar ijtihad belaka, kecuali membaca Qulya dan Qulhu adalah sunnah Rasulullah, tetapi bukan untuk solat Dhuha, melainkan shalat Fajr ...
Mar 27, 2012
jika difikirkan , ada bagusnya juga kalau cikgu denda murid yang datang lewat sekolah sesi pagi dengan menyuruh murid-murid tersebut bersolat duha dan berdoa mohon tidak lewat lagi sebelum menyabung kelas ...
Aug 28, 2015
(masa dia ambil untuk upload bahan/artikal/gambar 8am-10am), Sebelum masuk Subuh, solat sunat fajar didahulukan dan diikutai solat2 wajib. Selepas upload, dia buuat solat dhuha minta pertolongan Allah swt dalam doa.
Sep 06, 2013
Rezeki kita datangnya dari ALLAH swt., mengapa kita tidak tingkatkan ibadah; solat Dhuha, sedekah, tahajjud, membaca al-Qur'an, bertaubat terus menerus, dan sebagainya... InsyaAllah, Allah Pemilik Rezeki juga Maha ...


Astaghfirullah halazim..

Astaghfirullah

Ku rafakkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah... Aku tahu hidup ku ini tak selalu sempurna... Amalan ku tak seberapa ... Iman ku juga turun naik... Dosa ku entah menggunung .... Ya Allah.... Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang... Bimbing lah aku menuju redha Mu... Astaghfirullah .....



http://islamicartdb.com/wp-content/uploads/2013/04/astaghfirullah-scrolling-animation.gif

Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....

Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....

Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....
Astaghfirullah halazim.....


Libatkan diri dalam bisnes

Bisnes dan Blogging

Jadikan blogging satu permulaan untuk bisnes anda. Kalau itu sememangnya minat anda. Libatkan diri dalam bisnes, mulakan dengan cara apa yang kita minat supaya ianya mudah.

Mudah yang dimaksudkan bukanlah cara mudah untuk senang tapi permudahkan cara dengan laluan yang sedia ada.

Maaf kalau agak berbelit cara aku nak sampaikan, tapi fahamkan saja dengan membuat bisnes peluang untuk naikkan taraf kehidupan itu lebih tinggi seperti yang disarankan Islam, 90% datang dari bisnes.

Boleh tidak, jangan libatkan diri dalam skim skim bisnes? ; contoh skim cepat kaya dan sewaktu dengannya.

Bila buat bisnes mesti dapat untung. Simpan 100% hasil keuntungan, kalau nak guna pun jangan lebih dari 50%.

Bebaskan hutang

TAMBAH PENDAPATAN itu bukan untuk berbelanja lebih dari keperluan. Bagi yang bergaji tetap, anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan.

Jadikan duit simpanan hasil untung tadi buat bebaskan diri dari belenggu hutang lama. Dan jangan buat hutang baru jika tidak tahu cara mulnaskannya.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu datangnya dari Allah swt, tetapi bila melihat caranya berusaha. Seolah Allah dijadikan nombor dua pula.

Macam mana tu?

Apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, bila waktu solat tiba, maka solat dikemudiankan dan buat dihujung hujung waktu.

Ramai kita yang separuh sedar, jika tidak dikejutkan.

#muhasabah diri.




Penyangak curi guna tektik baru..


berhati² ya.. walau di mana kita berada. Aku cukup risau dengan kejadian kes curi, ragut, rompak dan yang sewaktu dengannya semakin menjadi².

Pagi tadi, depan mata aku saksikan kes curi. Mamat motor sebelum kejadian awalnya dah berlegar² dua tiga kali dengan cara agak mencurigakan melalui kawasan depan pasar, ramai orang yang sedang sibuk membeli belah dan ada juga yang secara tak sengaja membiarkan bonet kereta terbuka.

Meletak barang² belian dan tinggalkan seketika tanpa pengawasan, kita sangka semua orang baik² hurmm.

Masa orang tengah sibuk ralit tu lah penyagak buat kerja, curi barang apa yang sempat terus pecut motor.

Orang ramai tak sedar penyagak sudah ada tektik baru. Jadi kita berhati hatilah..selalu beringat !



Sentiasa Beringat dan diperintahkan ..



Bagus kalau ada banner di mana kata-katanya membawa kita sentiasa beringat akan kebaikan.

aku sangat tertarik hati bila lalu depan surau Al-Falah Pekan Banting, tengok saja lah..




ramai orang lalu lalang di sekitar kerana berhampiran dengan stesen bas & teksi dan juga uptown .

Surau ini sememangnya aktif mengadakan tazkirah selepas solat maghrib.

Ingatlah ..kemana saja kita pergi, tempat yang utama kita hendaklah mencari di mana boleh bersolat bila tiba waktunya. Mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan sepanjang hari di berkati serta mendapat redha Allah swt.



Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan !


Lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kebiasaan apa yang berlaku, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (kifarah).

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan ;
  1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
  2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. (Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya).
  3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
  4. Suami kena bagi nafkah pada isteri.
  5. Haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
  6. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Beratkan !!

Tetapi orang lelaki ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.

Aku?, anak dah besar-besar...anak perempuan pulak tu, risau sangat kadang boleh buat hati resah.

(Semoga kita semua dipermudahkan dalam mencari keredhaan Allah swt.
~Sentiasa membimbing dan mahu dibimbing, insyaAllah.)





Sudah la berdiri, kencing tak basuh pulak !


Istinja' (istinjak) tahu?
~ bersuci menghilangkan najis dengan air bersih (air mutlak) sekiranya air tiada, benda kesat pun boleh digunakan.

Ramai kot orang Islam tergesa-gesa dalam bab bersuci , memganggap mudah masalah menghilangkan najis yang akan mengakibatkan badan dan pakaian masih kotor.

Nampak ramai juga muslim menyerupai orang bukan Islam dalam masalah kencing yang mana sebahagian tandas yang di dalamnya terdapat tempat-tempat buang air di dinding dan terbuka. (selalunya kita nampak di kebanyakan tandas awam).

Setiap mereka yang kencing dengan tanpa malu berdiri (tandas lelaki) dengan disaksikan orang yang lalu lalang keluar masuk tandas. Selesai kencing ia mengangkat pakaiannya dan memakainya dalam keadaan najis. Kalaupun ada air di situ jelas perbuatan kencing berdiri tidak mengikut cara Rasulullah saw kebiasaannya.

Namun ada juga keadaan dalam darurat dibenarkan (kencing berdiri)  ~ tidak menjadi kesalahan tetapi jika difikirkan , diperhalusi kenapa tidak dibenarkan melakukannya ?
Sebenarnya kalau diteliti kembali dari sudut kebersihan,  kencing berdiri dikhuatiri air kencing tepercik atau terkena pada pakaian tanpa  disedari...jika begitu, bagaimana dengan solat yang bakal kita lakukan kalau kita menggunakan pakaian yang sama?  Kotor kan.

Lagipun memang kita disuruh untuk menjaga air kencing agar tidak terpercik di mana-mana bahagian anggota dan pakaian yang kita bawa dalam solat. Ingatlah, dalam antara hadith menyatakan ; manusia akan diazab dalam kubur kerana tidak menjaga air kencingnya.

Hadith riwayat al Bukhari, Fathul Bari 1/37
Hadith riwayat Ahmad 2/236, Sahihul Jami': 1213


Jangan buat macam tu ;
Sudah la berdiri, kencing tak basuh pulak ! ..hurmm


Kelab Blogger Ben Ashaari




Kegembiraan yang disebabkan oleh dunia adalah kegembiraan anak kecil

Assalamualaikum .

Ganjaran orang yang peduli terhadap sesama manusia adalah bahawa dia boleh melupakan keresahannya. Pahala orang yang berbakti kepada Penciptanya adalah bahawa dia dihormati sesamanya dan hadia orang yang meninggalkan dunia adalah bahawa rezekinya datang mengalir kepadanya.

Jangan memgangap kecil suatu nikmat bersamaan kesihatan yang ada, jangan menghapuskan dosa tanpa diiringi taubat nasuha dan jangan melakukan ketaatan tanpa diiringi keikhlasan.

Kegembiraan yang disebabkan oleh dunia adalah kegembiraan anak kecil, kegembiraan yang disebabkan oleh pujian yang baik adalah kegembiraan orang-orang besar, sedangkan kegembiraan yang disebabkan oleh apa yang ada disisi Allah adalah kegembiraan para wali dan orang pilihan Allah.

~ lakukan kebaikan atas kerelaan hati disamping sentiasa memohon keredhaan Allah swt.


Kelab Blogger Ben Ashaari




Lupa arah kiblat lupa berapa rakaat.


Tahap ingatan seseorang manusia adalah bebeza, ada yang kuat ingatan walau usianya sudah tua dan ada yang  kuat lupa dan tak berapa ingat tentang apa yang dia buat walau selang beberapa minit.

Kalau usia sudah terlampau tua, dikategorikan nyanyuk itu sudah kebiasaan. Tapi ramai kot umur muda lagi dah jadi pelupa.

Mungkin kita pernah diajarkan, dalam agama Islam sendiri bahawa penyebab utama orang jadi mudah lupa atau nyanyuk sebelum waktunya adalah kerana perbuatannya ; 

  •  Banyak melakukan perkara maksiat
  • Melakukan dosa besar seperti tidak solat, puasa.
  • Tidak segera bertaubat kepada Allah swt
Jangan sampai dah dekat nanyuk baru nak mula, masa tu nak solat pun dah tak sempurna, lupa arah kiblat lupa berapa rakaat.

Bermula dari sekarang sama-sama kita ingat mengigatkan, amalkan zikir, tasbih, istighfar, selawat, baca Quran dan berdoa kepada Allah swt . Semoga kita tidak berterusan hanyut dalam mengharungi arus zaman.

~ Saling mengigatkan antara kita.


Kelab Blogger Ben Ashaari




BUka mata ?


Jika kita melihat ribuan manusia menghabiskan umurnya untuk perkara tidak bermanfaat dan bersenang lenang, panjatkanlah kesyukuran kepada Allah swt atas segala kebaikan kurniaaNya.

Jika kita melihat orang kafir, bersyukurlah kepada Allah kerana kita berada dalam Islam.

Jika kita melihat orang yang suka melakukan dosa, bersyukurlah kepada Allah kerana kita berada dalam takwa.

Jika  melihat orang bodoh, bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih memiliki ilmu.

Jika kita melihat orang yang ditimpa bencana, bersyukurlah kepada Allah kerana kita terhindar daripadanya.

Buka mata dan hati, dengan melihat orang lain timbul rasa kesyukuran, itulah yang perlu ada pada diri.






Buat itu dan ini sampai lupa diri,..lupa keluraga..

Aku tak tau lah dengan pandangan korang..

Ada orang menghabiskan waktu dengan bermain, berburu/memancing dan bersantai seumpamanya akan memperolehi kebahagian diri. Kadang sampai tak sedar bahawa semuanya itu harus dibayar dengan kegundahan, keresahan hati yang berterusan ..kira bahasa mudahnya.. tension lah ! Mengapa?

Sebab dia mengabaikan keseimbangan antara kewajipan yang harus dilakukan dan kesenangan untuk menghiburkan diri. Buat itu dan ini sampai lupa diri..lupa keluraga...malah ada yang terlupa langsung bab agama...

muhasabah diri, ..insyaAllah.

Jangan libatkan diri dari perbuatan yang sia-sia dalam hidup, kita baca kisah para Sahabat Rasul saw , mereka adalah kaum yang paling merasakan kebahagiaan hidup kerana mereka tidak pernah peduli apa yang ditakuti oleh hati, persoalan yang terperinci dan BISIKAN HAWA NAFSU terutamanya. Mereka lebih fokus kepada mencapai tujuan asal...mendapat keredhaan Allah swt.

Tujuan kita apa?
Tapi itu mereka , para Sahabat Rasulullah saw ...jauh bezanya dengan kita...

Dalam kesibukan kita dengan duniawi, nak maju dalam apa juga bidang kerjaya pun...kewajipan kepada Pengcipta dengan beribadah kepadaNya jangan sekali dilupai.

Setipa kali melakukan ibadah, hadirkan diri dan fokus moga kita yang melakukan dengan ikhlas akan mendapat redha Allah swt.

 ..tidak ada kebaikan dalam bacaan tanpa renungan ; semoga bermanfaat.


#entriKelabBloggerBenAshaari






Awak suka perhatikan saya ?

assalamualaikum..

..jangan kita berfikir bahawa di dunia ini ada orang yang hidupnya sempurna sentiasa , kalau kita sedang duduk sesaja di khalayak ramai..perhatikanlah gelagat orang di sekeliling kita...perhati dengan maksud dan niat untuk muhasabah diri...

ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta (mungkin alasannya dah banyak habis duit bayar hutang bulanan)..namun ada juga sebaliknya ada kereta tapi rumah belum mampu miliki....terpulang atas kepentingan dalam diri sendiri.

Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap (kahwin dulu ; yang penting bahagia perlu dicari....).

Ada orang yang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada pula orang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya..

Jadi, dalam mencari kesempurnaan , kita seharusnya mendapatkan redha Allah swt.

#sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang dapat memberikan manfaat dan sebaik-baik sahabat adalah saling memberi peringatan kepada kebaikan wallhualam.





Wahai orang yang sedang sakit...

Wahai orang yang sedang sakit...

Jangan anda merasa resah dengan dugaan Tuhan,  InsyaAllah sakit yang anda deritai menjadi pembersih diri anda. Ini kerana anda telah dibersihkan daripada kesalahan, disucikan daripada dosa-dosa kecil, hati anda juga telah disepuh, nafsu anda telah mereda dan kesombongan serta keangkuhan selama ini yang anda tidak sedari telah lenyap.

Mengapa anda memikirkan dan terus memikir perkara yang telah tiada dan tidak mensyukuri apa yang ada, melupakan nikmat yang ada dan menyesali nikmat yang telah tiada?

Biarlah sakit sesekali lebih baik dari sihat sentiasa kerana perasaan megah membuat kita lupa kepada Yang Maha Esa.

Isnin jangan buatkan diri anda jadi  penin ....okay !!

#peringatan untuk diri saya .
#muhasabahdiri






Tingkatkan amalan, pendekkan angan-angan !


faedah membaca itu banyak sekali, di antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pengajaran daripada berbagai pengalaman dan memetik nilai keutamaan dalam kehidupan seharian .

Aku suka membaca...tapi bukan dalam bentuk buku-bukuan (novel),  jadi...aku lebih berminat nak baca sesuatu dalam bentuk web atau blog dan seumpamanya..pada aku itu lebih baik dari berbual-bual kosong.

kalau yang suka berborak , duduk bersembang atau mendengar orang lain bersembang ....bukan apa cuma dikhuatiri kelamaan akan memberi impak yang tidak bagus untuk kehidupan keseluruhannya, ...memdengar orang memberi pengajaran  dalam berbagai cara itu tidak menjadi salah, malah kita digalakkan mendapatkan ilmu tersebut sebanyak mungkin , tapi bagi orang-orang yang 'menerima' ini kena bijak menetukan yang mana bagus atau sebaliknya, ..segera 'angkat kaki' jika tidak memberikan apa-apa faedah.

Kita sendiri yang menentukan di mana selayaknya diri kita berada.





#tingkatkan amalan, pendekkan angan-angan, tunggu ajal tiba , jalani kehidupan hari ini dan hadapi masalahnya dengan tenang serta  ..'jaga mulut'.

#usahakan agar selalu mendapat takbiratulihram bersama imam ketika solat berjemaah, perbanyakkan iktikaf di dalam masjid dan biasakan diri kita untuk menyegerakan solat  ~ sudah tiba masanya untuk berubah/berhijrah dan jangan bertanguh dalam melakuakn kebaikan.





Esok dah masuk 1 Rejab 1435 Hijrah !

Assaamualaikum wbt.


"Ya Allah..ya Tuhanku , berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan (hidup) kami ke bulan Ramadhan "

...esok dah masuk 1 Rejab 1435 Hijrah ; Rejab campur Sya'ban ada berbaki dalam 60 hari lagi, insyaAllah kita akan menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.

bermaafan lah kita ; sama-sama kita mempertingkatkan kemajuan dalam amalan ibadah seharian .
..ingat mengigatkan kepada sesama pembaca di sini , mukmin keseluruhannya semaoga kita tidak lalai , lupa dan alpha dengan sikap kita sendiri selama ini .

#Saya mohon maaf kepada semua . Ampunilah segala kekhilafan dari saya dalam berblog selama ini.











Hidup biarlah beradab..

...biar siapa pun kita.

Bagi yang tidak faham maksud adab, eloklah diperturunkan sedikit maknanya.

Adab membawa maksud sopan. Beradab juga membawa maksud baik budi bahasa, bertertib, baik perangai dan kelakuan; bertamadun, berkebudayaan dan  maju kehidupan.

Lawan adab pula ialah biadab. Maknanya mereka yang tidak beradab ini ialah orang yang biadab. Orang yang tidak beradab ini juga boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi hari ini, ramai yang tidak peduli soal adab sama ada adab ketika berkata-kata, berkelakuan atau berpakaian. Mereka bukannya tidak tahu soal adab ini tetapi ada sesetengahnya sengaja melanggar adab semata-mata mahu menunjukkan keegoan. Apa yang penting, mereka berjaya menunjukkan sikap tidak beradab di hadapan orang ramai. Mungkin mereka ini mahu disanjung rakan-rakan kerana berani melanggar adab.

Kata orang, matlamat menghalalkan cara. Mereka itu mampu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka berani melanggar adab kerana adab bukan satu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi. Dan tentunya bagi mereka yang berpendirian seperti ini akan berasa lebih bertamadun ?

#golongan orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya..




# jagalah adab sopan sesama kita  walau di mana berada, ... bukan nak sekolahkan sesiapa cuma sekadar ingat mengigatkan.





Dari Blogger Untuk Bloggers

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

wuihh!..ramainya peminat dia !
BLOGGERS...

Apa saja yang terlintas di fikiran, anda tuliskan. Itu blog anda, suka hati anda nak tulis apa. Tetapi dengan syarat-syarat tertentulah. Jangan pula anda terlalu suka hati hingga mengguris hati seseorang, memalukan pihak tertentu, menggangu gugat keamanan dan seumpamanya.

Selain daripada itu boleh saja.

Orang sukakan anda kerana diri anda. Keikhlasan anda. Bila mereka rindukan anda, bila mahu mengetahui cerita terbaru anda atau bila ingin membaca apa buah fikiran terbaru anda maka mereka akan ke blog anda.

so,  Blogging Mau Ikhlas..





5 cara selamatkan diri dari melakukan maksiat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Perkongsian ilmu di hari minggu dipetik dari sumber ini.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)

Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya?
Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka.

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!

Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”
Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!
Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga? Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”
Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?” Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat? Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!
Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku). Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?
Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima? Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!
Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.” Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?
Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”

Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras.
Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"





Rahsia lelaki yang bukan lagi rahsia ; Mata !

Salam jumaat..
Secara umum tetntang penjagaan mata, ..kalau boleh pejam celik dan kerdipkan beberapa kali kelopak mata anda dalam sesuatu masa, cara sebegini boleh membantu mata anda supaya ada kelembapan di bahagian kornea. ..hihi jangan la kenyit-kenyit mata macam main cinta pulak.. ada yang terperasan nanti.

Okay ..kalau ukur kedudukan anda dengan skrin monitor, jarak yang sebagusnya adalah 75 sentimeter lebih kurang lah. tapi bergantung juga kepada kesihatan mata anda , nak lebih elok maka lebihkan makan lobak merah :)) psst..mamaD yang cakap/.

Lelaki 
kalau ternampak mereka  tunduk kepala, itu bukan malu sebenarnya...tapi sekadar mahu memelihara mata .
kenapa eh ?,... sememangnya dan sepatutnya kena buat begitu !,  kalau malu pon tak salah... kerana malu itu adalah sifat Rasulullah saw.

Sebabnya...(rahsia lelaki yang bukan lagi rahsia..)
Perasaan yang bergelora, chemistry yang begitu kuat... dan walaupun hanya dengan pandangan mata dapat dirasakan seperti 'renjatan elektrik' meresap ke seluruh badan bilamana terpandang wanita  yang luar dari biasa.

Umpama peribahasa Melayu ‘dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati’, vaa..vaaa..kerana apa yang dilihat sangat memikat hati dan perasaan seseorang.

Dari itu, kawal lah pandangan mata dan jaga mata anda ! (dari lelaki untuk lelaki)..saya tak pasti wanita macam mana pulak ?

#Sekadar berpesan dan mengigatkan untuk diri ini juga.


pandangan mata maktom pagi tadi memberi idea aku berkarya ...; aku 'kalah' dengan wanita bab bertentang mata ~ syukur alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.10





Jarang berlaku ~ kalau ada bagus lah !

asyik bersantai jer... perlu juga  ada sikap ingat mengigatkan sesama kita semoga dengannya beroleh keberkatan dalam penyampaian seharian kita begitu juga kepada yang membacanya .

***

..esok dah hari Jumaat  , biasanya dah siap duit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid samada tabung khairat, atau tabung wakaf  (pembangunan masjid).

"Jika seseorang manusia itu meninggal,  terputus  segala hubungan dengan manusia yang hidup di dalam dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaat dan doa anak yang soleh (HR.Muslim No.1631)

#mengenai sedekah jariyah
~bila ke masjid hari jumaat , kebiasaanya  sedekah duit masuk ke dalam tabung wakaf masjid...
Lelaki yang ramai melakukannya, tapi jika wanita nak berbuat sedekah pon boleh, cuma  berkirim kepada suami atau saudara lelaki atau sesiapa saja rakan sepejabat yang ke masjid. anda pernah buat? jika ya, alhamdulillah... jarang kita nampak kalau ada pon perkara baik itu disembunyikan wallahu'alam.

#Jangan lepaskan peluang untuk bersedekah
~ buatlah selagi mampu dan selagi ada jumaat untuk kita..perkara baik usah dipandang remeh, lagi satu..jangan berkira hari untuk melakukan kebaikan apa lagi dalam bab sedekah ini namun yang pasti penghulu segala hari ialah Hari Jumaat (Hari Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT).

(esok saya akan share tentang "Kelebihan Jumaat penghulu segala hari" ~ insyaAllah).