Showing posts with label ingat mengigatkan. Show all posts

Keluhan Isteri Yang Sah di Zaman Siber Ini..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


kecik2 dah pandai chating..(gambar hiasan, google)



Apa nak buat kalau suami suka sangat chating dengan pompuan lain sampai awal pagi..hancur hati isteri bila terbaca chating suami dengan kawan-kawan perempuannya.

...saya pernah tanya suami perempuan-perempuan tu siapa ?, tapi dia kata kawan sekampung, tetapi isi chatingnya boleh menimbulkan prasangka..saya dah tak percaya dengan suami disebabkan sikapnya itu..kalau suami balik ke kampungnya dia selalu balik sorang-sorang dan tidak mengajak saya untuk balik brsamanya..tapi bila dia di kampung dia tak pernah hubungi saya, HP saya sunyi sepi selama dia di kampung..saya tak sengaja ternampak chat suami dengan pompuan lain, dan masa itu suami berada kat kampung..dia boleh chat dengan pompuan lain sampai jauh pagi tapi saya isterinya kesunyian di rumah..hanya doa mampu saya panjatkan agar suami berubah dan memberi perhatian kepada saya isterinya yang sah...(rekaan semata-mata).


PCL : Suami/isteri orang, sebolehnya cuba elakkan berchating dengan mereka yang boleh menimbulkan fitnah dan membawa keretakan kebahagian rumahtangga anda sendiri. Ingat orang yang tersayang dan menyayangi anda.





Pembuka Entri Pagi Jumaat..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim).

Semoga kita terus mempertingkatkan amalan kita khususnya pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari-hari berikutnya.

p/s bersegeralah kita ke masjid, jangan jadikan apa yang dilakukan ketika ini sebagai suatu yang perbuatan lagha (sia-sia).


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Tak kena tak apa,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..bila dah kena baru padan muka !!






PCL : bukan mendoakan sesuatu  musibah tapi untuk mengigatkan sesama kita..teguran itu adalah nasihat.



  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jangan Lupa Doa Naik Kenderaan.

Assalamualaikum..


harapannya jangan sampai ada ibu@bapa terlupa...tak ingat cmana nak baca doa naik kenderaan.

alah malu kat kawan sendiri atau kawan kepada anak yang tumpang keta...maka disuruh anak yang baca.


ke tak tahu langsung!!!


aduhai...skolah tadika dah belajar segala doa...ke belajar nyanyi jer nih.


Published with Blogger-droid v2.0.4


Dari keterpaksaan menjadi ikhlas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

"Menutup aurat lah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... "..

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jom Solat Dhuha : Ingat mengigatkan tentang tata cara bersolat dhuha.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Jom solat dhuha.... (pagi ini) ambil masa sikit.. boleh la  dimulakan, bagi yang dah biasa buat ..alhamdulillah teruskan...selamat ber'amal.

Solat Dhuha adalah solat sunah yang dilakukan setelah terbit matahari (mulai jam 7 sampai menjelang masuk waktu Zhuhur). Waktu paling afdhal adalah ketika matahari sedang naik ( kira-kira jam 9.00 ).



niat solat sunat dhuha
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


doa selepas solat sunat dhuha
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Tata Cara Solat Dhuha


Berikut ini tata cara melakukan solat dhuha:
1. Berniat untuk melaksanakan solat sunat Dhuha setiap 2 rakaat 1 salam. Seperti biasa bahwa niat itu tidak harus dilafazkan, karena niat sudah dianggap cukup meski hanya di dalam hati.
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Asy-Syamsu (QS:91) pada rakaat pertama, atau cukup dengan membaca Qulya (QS:109) jika tidak hafal surah Asy-Syamsu itu.
4. Membaca surah Adh-Dhuha (QS:93) pada rakaat kedua, atau cukup dengan membaca Qulhu (QS:112) jika tidak hafal surah Adh-Dhuha.
5. Rukuk, iktidal, sujud, duduk dua sujud, tasyahud dan salam adalah sama sebagaimana tata cara pelaksanaan shalat fardhu.
6. Menutup solat Dhuha dengan berdoa. Inipun bukan sesuatu yang wajib, hanya saja berdoa adalah kebiasaan yang sangat baik dan dianjurkan sebagai tanda penghambaan kita kepada ALLAH.

Sebagaimana solat sunat lainnya, Dhuha dikerjakan dengan 2 rakaat 2 rakaat, artinya pada setiap 2 rakaat harus diakhiri dengan 1 kali salam.

Adapun surah-surah yang dibaca itu tidak ada hadis yang mengaturnya melainkan sekedar ijtihad belaka, kecuali membaca Qulya dan Qulhu adalah sunnah Rasulullah, tetapi bukan untuk solat Dhuha, melainkan shalat Fajr. Kita tidak dibatasi membaca surah yang manapun yang kita sukai, karena semua Al-Qur’an adalah kebaikan.

Doa sesudah sholat dhuha pun tidak dibatasi, kita boleh berdoa apa saja asalkan bukan doa untuk keburukan.  - sumber




p/s : masih sempat lagi, jika terlepas hari ini lakukanlah esoknya, mudah-mudahan ia akan jadi kebiasaan dengan tanpa lupa kerana ia banyak fadhilatnya.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

sebelum itu kita fahami dulu makna dayus iaitu membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, "Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain."

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki sesuatu pertandingan yang 'lagha' sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

[share info dari sumber FBrians].


p/s : moga saya dan keluarga serta anda semua dapat manfaat dari perkongsian ini (mungkin ada antara anda sudah  membacanya sebelum ini)





 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Salam Pagi Pembuka Bicara 2012 Blog PCL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi di Tahun Masihi 2012 ini moga bertambah ceria, bertambah rahmat Ilahi, bertambah Iman sejati....dan bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang kurang dan tidak kesampaian ditingkatkan lagi untuk mencari kesempurnaan dunia dan akhirat.
Bagi kita umat Islam khususnaya, tahun baru Masihi ini bukanlah titik permulaan segala perubahan azam seseorang... kita sudah bermula lebih awal lagi seperti mana yang kita ketahui, tahun Hijrah adalah permulaan bagi kita sebenarnya.

Tak kesah lah kita bermula di mana, yang pentingnya adalah niat untuk membuat perubahan dalam hidup daripada baik kepada yang lebih baik supaya perjalanan kita di bumi pinjaman Allah ini tidak dipersiakan sewenan-wenangnya.

Suka mengigat diri ini,kaum keluarga dan kepada semua pembaca supaya sentiasa memohon Rahmat Allah swt dalam melakukan apa jua pekerjaan demi mendapatkan keredhaan-NYA.

Insya Allah.

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Ingat Mengigatkan..

Assalamualaikum wbt,

nak ingatkan juga pada diri dan keluarga sendiri...

Barangsiapa yang menolak 5 pekara, maka Allah akan menolak 5 pekara daripadanya...

Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya.

Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya.

Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya.

Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya.

Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya.


alhamdulillah, kita masih di sini untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki...harapan semuanya dan hendaknya dalam lindungan Allah SWT.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"



Bersederhanalah dalam segala hal

Berbuatlah sesuatu mengikut keupayan masing2. Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia2. Malah Allah amat adil dalam semua PenciptaanNya.

Kalau kemampuan kita sedikit, jangan berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan.
Kalau punya wang sedikit, jangan sibuk berhutang sana-sini hanya untuk memiliki kesenangan seperti orang yang kaya. Boleh stress jadinya !!

... tiada maksud untuk tidak menggalakkan orang berusaha dan mencuba lebih dari sepatutnya, tetapi nikmatilah kesenangan itu bila sudah tiba masanya dan tak perlu nak berhutang yang melampau ! atau pecah amanah untuk hidup mewah ...apa guna berlagak seperti orang senang kalau hati tak senang !

Begitulah kehidupan ini, kita menjadi stress kalau cuba menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri seadanya. Dengan pendapatan dari gaji atau perniagaan yang kita perolehi, itu menentukan sejauh mana taraf hidup kita ketika ini. Berbelanja tidak mengikut ukuran boleh mengundang pelbagai masalah.

Perumpamaan Melayu...Enggang sama enggan Pipit sama pipit,

Enggang susah nak faham keperluan pipit, pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang. Nabi SAW yang mulia juga selalu nasihatkan kita, bersederhanalah dalam segala hal. Ikutlah ukuran dan keupayaan agar sesuai dengan keperluan hidup.Susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit. Pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit. Sebab itu kata orang tua2 dulu, carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama rentak temponya. Memang betul sangatlah kata mereka itu.

Fikir-fikirlah sebelum bertindak.

ok, bai2.

gambar hiasan : Burung Enggang 


p/s ; selamat bercuti dan berhujung minggu untuk memenuhi tuntutan anak2 di musim cuti persekolahan ini...ingat, jimat cermat membawa berkat juga membawa kebahagian seisi rumahtangga. insya Allah.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Salam Ceria Hari Isnin...

Assalamualaikum wbt,

Salam pagi Isnin yang ceria...okay!.

kena bagi ceria walaupon tak berapa nak ceria...jangan ikut sangat mood monday blues tu...

kalau kita mulakan sesuatu dengan ceria insyaAllah sesuatu yang baik dan lebih baik akan berlaku seterusnya...

mulakan kerja kita dengan lafaz Bismillah dan disudahi dengan lafaz Alhamdulillah...juga diikuti bersama doa2 di bawah ni,  mohon mudah2 an setiap perkara yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah swt.



lebihkan senyuman orait!...lakukan yang terbaik mula hari ni dan hari2 seterusnya .. COME ON !!








"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih menyinggah di sini"


Jangan percaya tukang telek...

"..Solat seseorang muslim tak di terima selama 44 hari di sisi Allah apabila pergi mencari tukang telek dan mempercayainya.."

siaran Tanyalah Ustaz @TV9 7-8am pagi ini.


p/s : ada yang tak tahu dan sengaja tak nak ambil tahu.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"