Showing posts with label ingat mengigatkan. Show all posts

Sediakan payung...

Win iPad, Mini iPad and Cash Prizes with #Weeclicks! http://www.weeclicks.com.my/p/3b9db1593


Halooo....

hujan lebat nih ...!

sedia payung ?

ada..

letak kat mana?

belakang ...

betul ni... mana ?

ada... , kat belakang sikit...dalam bonet .

bagus...bagus.....lainkali buat macam tu eh ?..., biar kita basah bersama...





p/s : sedia payung sebelum hujan pon basah jugak !

Published with Blogger-droid v2.0.10




Duit dalam poket sendiri belum tentu hak milik kita yang punya...


boleh jadi makcik kuih yang punya..

boleh jadi mamak cendol banting yang punya , ...haha dan dan teringat nak makan cendol pulak !





boleh jadi perompak yang punya...na'uzubillah, mohon dijauhkan musibah semacam nih..

boleh jadi jugak tokeh kedai pomen yang punya, ...tetiba tayar pancet kat parking..mana tau.. pi check lekas !


pagi tadi beli sarapan...tukar not sepuluh, .. baki lagi enam ringgit..

simpan dalam poket, awal awal subuh sebelum tu... pakai duit mamaD bagi kat anak-anak buat belanja sekolah....sesekali guna duit dia sebab aku takdak duit kecik masa tu..

ceritanya macam nih....
jangan dok ingat duit dalam poket tu selalunya hak milik kita, nilai jer hak kita masa tu...kan, sat lagi pi masjid (lelaki muslim) ...sedekahlah kat tabung bergerak masjid tu...jangan dok jeling2 jer.

takpayah dok ceghita kat orang tentang kebaikan kita, Allah maha mengetahui..

sekadar ingat mengigatkan sesama kita.

sekian.






Memulihkan semngat yang dah kekontangan !


Setelah bercuti lama...semangat macam lambat nak mai.., malas sikit nak start 'enjin' kerja ...huhu aku lah tu,

duduk , tenang dan rileks sat ...sambil baca zikir nih...

ni zikir Fatimah : (Amalan ni diajar oleh Rasulullah SAW kepada putri beliau siti Fatimaih)

ISTIGHFAR 3x, SUBHANALLAH 33x, ALHAMDULILLAH 33x, ALLAHU AKBAR 33x dan diakhiri dengan membaca LAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAASYARIIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUAH YII WA YUMIITU WAHUA ‘ALLA KULLI SYAI ‘IN QADIIR.

Alhamdulillah. sama-sama amalkan zikir fatimah ni.. banyak kafiaatnya selain membantu memulihkan semangat kita yang lemah .

Semangat puncanya dari pengisian rohani kita yang kurang.. samalah maksudnya iman yang lemah akan jadi kurang beramal..kan !

Roh rohani kita juga perlu makan, macam jasad kita perlu makan nasi setiap hari.. tak makan, maka longlailah dan beransur membawa mati..macamtu jugaklah untuk hati dan roh kita.. makanannya ialah amal ibadat kita.. malah zikir itu menguatkan rohani, mententeramkan jiwa dan menyihatkan mental dan fizikal tubuh badan kita..

..bila kita banyak mengingati Allah, hati akan jadi tenang…jiwa bertambah kental dan memulihkan semangat yang dah kekontangan..

anda macam mana pagi nih ?...



p/s ..

..cari roti salad kat kedai mamak sini tak jual...(teringat kat SP punya...mantap!) nak buat sendiri tak sempat..makan apa yang ada untuk sarapan pagi dan yang penting jangan skip makan pagi. okay....lepas tu makan Vitamin C..boleh !





Sepintas lalu..


gambar tiada kena mengena dengan entri....sy gunakan  Samsung GALAXY TAB 10.1. untuk  merakamkan saat semut-semut ini sibuk membina kediaman mereka...asalnya dari longgokan tanah yang dinaikkan dari dalam longkang semasa sy membuat aktiviti pembersihan pagi tadi.,.....sungguh cepat mereka bekerjasama untuk menyiapkan sedemikian rupa.  gambar ini dirakam pada kira-kira 2jam masa berlalu dari masa kejadian.





pesanan bersama , 

Makan biar berpada-pada, jangan tamak dan berlebih-lebihan. Bersyukur dengan setiap rezeki yang ada, sama ada sedikit atau banyak, ia tetap rezeki. Makanan yang sedikit pun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dengan syukur. Sementara makanan yang banyak, janganlah dibazirkan.



Published with Blogger-droid v2.0.6


Untuk esok dan Jumaat seterusnya...


adakah ini yang dikejar ?? , kredit : pisang di tangga masjid
in-sya Allah ..

Jom kita sama-sama ingat memperingati di sini apa yang kita boleh lakukan untuk mempertingkatkan kualiti solat Jumaat untuk diri dan masyarakat kita. 

1) Bersegera ke Masjid. Ramai di kalangan kita yang sengaja berlengah dan ada yang menunggu sehingga Imam hampir turun dari mimbar baru bersegera ke masjid. Tidakkah kita tahu malaikat yang mencatit amalan akan berhenti mencatit apabila imam telah naik ke Mimbar? 

2) Memperbanyak selawat dan doa dan memanjangkan iktikaf, bukan memperbanyakkan makan pisang. Ramai yang apabila tiba awal di masjid bukan bersegera masuk ke masjid untuk beriktikaf, tetapi berhenti di wakaf , tangga atau di beranda masjid untuk menikmati pisang dan jamuan terlebih dahulu. 

3) Menyambut "amin" kepada doa Imam ketika menyebut di akhir khutbah pertama "Barakallahu li walakum fil quranil azim …wanafa’ani waiyyakum bima fiihi minal ayat wazzikril hakim…wataqabbala minni waminkum tilawatahu innahu huwassamiul alim…...." 

4) Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut. 

5) Berselawat selepas imam mebaca ayat "Innallaha wamalaikatahu yusolluna 'alannabi..." serta setiap kali imam menyebut nama nabi di kedua-dua khutbah. Lebih baik diangkat sedikit suara ketika berselawat untuk mengingatkan rakan bersebelahan kita agar berselawat sama. 

6) Solat sunnah ba'diah (selepas Jumaat) lebih dituntut dilakukan daripada solat sunnah sebelumnya. Usah terus angkat punggung balik ke pejabat atau rumah. Luangkan sedikit masa untuk berzikir selepas solat dan bersolat dua rakaat terlebih dahulu. Ataupun jikapun ingin pulang ke rumah, laksanakan solat sunnah tersebut di rumah (lebih afdhal solat sunnah dikerjakan di rumah daripada masjid). 

Sama-sama kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. Semoga Allah menunjukkan dan mempermudahkan kita melalui jalan yang diredhaiNya. Amiin






Perlu : Apa yang kurang.., Apa yang banyak !


Kurangkan :

....makan,tidur dan ketawa kerana ia mengeraskan hati

Banyakkan :

...amalan sunnah supaya Allah sayang kita.


kunci bagi segalanya ialah ikhlas, khusyuk, istiqamah..Insya Allah.

(entri berkaitan : http://www.pakciklie.com/2012/05/penawar-kepada-keras-hati-atau-hati.html)





 


SENTIASA SEDAR...SENTIASA INGAT


Aku sedang diperhatikan oleh Allah!

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

>cikgu Laniaz nadiba (fb)




Bab Bersalaman : Panduan Kita.

Bersalaman boleh mengukuhkan silaturrahim .

tapi kena tengoklah salam dengan siapa...boleh atau sebaliknya ?

Dengan siapa saya HARAM bersalam dan bercampur !

Dengan siapa depa (isteri, anak perempuan) wajib berhijab dan HARAM bersalam !


santai

...sembang santai dengan ahli keluarga semalam ..terkeluarlah perkara ini...

saya akui tidak mendalami perkara ini sebelumnya,   walaupun ada antara blogger yang menghebahkannya pada entri mereka...(kalau tak silap oleh Maszull  dlm entri ww  yg lepas2)...sekadar ambik tau sikit2...hermm.

 ramai yang buat tak tau ...buat selmber , sebab kemungkinan memang tak tahu, atau sebab2 yang lain...entahlah.



besarkan gambar...kalau dapat print, tempek kat mana2 tempat yang mudah dilihat sebagai peringatan dan panduan kita ..lagi bagus ! (sila rujuk Ustaz/Ustazah  untuk penjelasan lebih terperinci).

Semoga sedikit sebanyak kita ketahui apakah batas-batas yang perlu dijaga antara lelaki dengan perampuan. Dan sememangnya wajib untuk kita ketahui. Insya-Allah dipermudahkan urusan kita nanti.

 Sekian, Terima kasih. - minda insan

  


Dulu bujang sekarang suami orang..

Pertukaran Status..., saya...dah lama dah .


senario

..ramai yang dah kahwin berperasaan bujang dengan lain perkataan perasaan single mingle ..malam2 dok lepak lagi kedai mamak menonton siaran langsung bola sepak kat skrin besar contohnya...lupa dah jadi suami orang...lupa dah jadi bapa kepada anak2..,

gambar hiasan.


kenapa tinggal isteri di rumah...

kenapa tinggal anak2 ...

kenapa nak ikut budaya masih bujang lagi ?

memilih keseronokan bersama rakan di luar...?

apa itu perkahwinan sebenarnya..?

- keseronokan berkongsi bersama
- kesenangan kesusahan berkongsi bersama
- masalah kongsi bersama
- pendapatan pun kalau boleh kongsi bersama

..semuanya nak bersama termasuklah mandi manda...hehe.

barulah ada keseronokan bersama..itulah nikmat perkawinan sebenarnya.

pcl ; .. setia mendapingi pasangan...biar apa pun orang lain kata., isilah kekosongan yang ada..jangan sampai kekosongan itu diambil kesempatan oleh orang yang lain pulak !





Semangat Pagi.

Semangat Pagi !

...hehe bukannya selamat pagi..., Asalamualaikum wbt.




Selalunya, ada kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan seharian...

jangan ikutkan hati..

Yang terpenting adalah sikap kita menghadapinya dan terus maju.



pcl : ...dah sarap belum nie ??

...solat duha??




 


Bicara Pasal Rambut Beruban (2)

Assalamualaikum wbt..

Kesinambungan dari entri sebelum ini [Bicara Pasal Rambut Beruban] .
..saya tertarik dengan persoalan tentang apakah beza mewarna dan meginaikan rambut beruban?

atas kepala nih ..rambut ke rumput ? warghhh..!!


Untuk perkogsian bersama pembaca di sini, saya copy paste terus dari sumber berkenaan.

Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-

Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda saw bersabda :

غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].

Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi saw bersabda :

إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]

Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi saw :

إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].

Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.


dari alfikrah.net melalui blog ini.

 


Bicara Pasal Rambut Beruban ..

dah 40 ke?

..belum lagi.


dah beruban ?
..ada jugak la..lebih seurat dua...hehe
kenapa..?
..banyak fikir...keh..keh.

Mewarnakan rambut dengan warna hitam :

Perbuatan ini banyak dilakukan oleh mereka yang sudah ditumbuhi uban (tidak bg yg tahu hukum), tak rela dianggap tua dan cuba mewarnakan dengan penghitam rambut supaya nampak 'muda' dan bergaya. Penampilan yang palsu ini menampakkan kesombongan dan bagga diri individu tersebut.

..mungkin kalau tak sesama mengingatkan, ada yang terlupa atau tak pernah tahu sebelum ini. Perbuatan seperti ini adalah HARAM hukumnya.

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarnakan (rambutnya) dengan (bahan) hitam  seperti jambul burung merpati, mereka tidak (akan) dapat mencium bau wangi syurga"
-HR Abu Daud, 4/419
Tapi , ada perbezaannya jika menggunakan pewarna selain dari warna hitam contohnya dengan warna dari daun inai atau seumpamanya yang halal sumbernya mengikut kesesuaian.

*Hukum tertakluk untuk kaum lelaki dan juga wanita .

p/s , segak ape..  ada uban sikit2 !



Penyakit segak/cantik adalah sombong !

Assalamualaikum semuanya....sebagai renungan di awal pagi ini..

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-

Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.



Jika sudah mengetahui penyakit itu bersegeralah kita mencari penawar untuk mencegahnya dari terus merebak dan memusnahkan jiwa.






Laknat : Mohon jauhi dari dalam diri kita.

Assalamualaikum..

Ketika marah, ... kita terkadang tidak mampu mengawal ucapan dimulut
entah apa-apa saja terlintas dalam kepala ...dan2 terkeluar perkataan seumpama melaknat...

melaknat apa sahaja, samada melaknat manusia, melaknat binatang, melaknat benda-benda mati atau melaknat sesuatu hari atau zaman...dan ada juga yang sanggup laknat diri sendiri.

Bapa laknat anak, suami laknat isteri atau sebaliknya...nauzubillah.

"....dan sesiapa melaknat seorang mukmin maka ia seperti membunuhnya."
Hadis Riwayat al-Bukhari, Fathul Jami' :10




Saya pernah dengar dalam ceramah suatu ketika sebelum ni... pelaknat tidak boleh menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat nanti., lagi satu kena ambil kisah tentang laknat ni ;

Jika laknat tersebut diucapkan secara aniaya (naya), maka dengan izinNya ia boleh kembali kepada diri orang itu sendiri...seperti  meminta dijauhkan dari rahmat Allah.

Mohon dijauhkan dari perbuatan laknat melaknat ini.

pcl; sumpah seranah, maki hamun...hurm...kira laknat juga tuh kan, .....jangan duk "puuiii" tak tentu hala... lagi2 nak dekat musim PRU ni lagi ler...huhu....umum ni ! sama je sebalah mana pon . orait !

 


Jual Beli Setelah Azan Jumaat

Assalamualaikum...
Salam Jumaat..

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu  kepada mengigati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (al-Jum'ah : 9)

...kadang-kadang sebahagian peniaga ada yang masih berjualan dikedai-kedai tanpa mempedulikan seruan azan yang dilaungkan walaupun pada masa yang sama berada dalam kawasan masjid berkenaan....

(makan 'berkapelan'.huh..itu yang lagi sadis...)

ketahuilah , bahawa mereka yang berjual beli pada waktu itu adalah berdosa walau hanya  ..(cth : beli/jual tisu ) sekali pun  adalah tidak sah. *(merujuk kepada kaum lelaki yang difardukan keatasnya).

http://www.pakciklie.com/2011/12/haram-tinggalkan-solat-jumaat.html

"Tidak ada ketaatan kepada manusi dalam berbuat maksiat kepada Allah"..(hadis riwayat Imam Ahmad : 1/29)






Usap Perut : Perut yang sedang membahagia.

USAP PERUT 

Kalau ibu mengandung , ..suami mereka dah biasa buat macam tu...hepi , bangga dan teruja sangat ..

Kalau kawan perempuan preggy...pun normal gak.. *(sesama jantina lah..) , bila dah lama sangat tak jumpa dan rasa terkejut bangga plus hepi...sesekali  cuba meneka 'orang baru' di dalamnya yang bakal lahir tu.



frasa kebahagiaan lelaki , hiasan dari google


TAPI agak kurang biasa...,  pernah nampak....dan penah kena jugak !! haha...


Kalau lelaki 'yang sedang bahagia' semula jadi....nak pesan nih, jangan buat hal nak usap-usap perut boboyot depa walau pun sekadar memperakui tentang 'kemajuannya'..

kekadang kita nampak depa senyum macam suka padahal hati di dalam macam cuka....sapa tau kan !!

pcl : ingat2kan ,... bersenda tu kenalah pada tempatnya...tengok pada orangnya sama.





Haruskah dinanti musibah baru nak berubah ?

Salam untuk semua...

bila terserempak depan mata ...sesuatu perkara yang semakin diremehkan oleh insan muslim lelaki khususnya...harus diingatkan pada diri dan mengigatkan yang lain-lainnya.



...kalau kita tengok masa kini, di pasar atau di kedai-kedai banyak kita jumpa barang-barang perhiasan lelaki yang dibuat daripada emas seperti jam tangan, kaca mata , butang baju , pen , rantai , pingat dan sebagainya dengan kadar yang berbeza-beza.

Ada pula yang disaluti emas sepenuhnya., dengan tujuan utama direka adalah khas untuk kaum LELAKI...
yang jahilnya muslimin  itu tanpa rasa bersalah malahan rasa megah pula bila memakainya.

tak tahu ke HARAM bagi lelaki ?... atau sengaja nak menunjuk bila pakai perhiasan emas nampak hebat ! ..hebakk ker !!

eh, yang lebih dahsyat daripada tu pon dorang tak kesah..inikan pula emas...ape celop toq !!

kesedaran akan datang bila setiap dari kita setelah ditimpa musibahNYA ...selalunya macam gitulah, ...untung bagi mereka yang sadar awal sebelum waktunya.. , tapi haruskah dinanti musibah baru nak berubah ?

*peringatan untuk diri ini juga.

 


Ingat Mengingatkan : Kenapa kita perlu bersyukur selalu ?

L
ebih banyak kita bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup kita. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.

Kalau dirasakan hidup kita sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab kita jarang berterima kasih pada pemberian Allah swt,... kurniaan dalam bentuk rezekiNya,...pemberian dalam bentuk wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ini berada di sekeliling kita.

Kekadang pemberian Allah ini,  kita tak sedar langsung akan kebaikannya contohnya bila kita mencapai sesuatu kejayaan, kita lupa nak ucapkan terima kasih,... berjaya menyiapkan sesuatu pun lupa mengucapkan syukur tanda terima kasih lantas  mengatakan itu adalah atas daya usaha sendiri, ...dapat bantuan oleh seseorang..buat muka plak bukannya nak kata terima kasih ! - ini sikap seorang yang sombong.

Allah swt tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.

Kenapa kita perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya kita berubah jadi semakin bagus.

Lakukanlah semuanya dengan keikhlasan hati yang terbuka...

**************

p/s : ada di antara blogger yang mengikuti blog (penulisan), membantu dalam menaikkan trafik blog secara tak langsung ...haruslah ucap terima kasih juga tapi bagaimanakah caranya ??


kekadang ada yang terlepas dari pandangan saya ..tak terkelik link anda, memungkinkan ada yang telah berkecil hati....so, maafkan saya !!...dan terima kasaih segalanya.





Hanis Umairah : Nak jadi model iklan..

iklan jer...keh 28x

"Saya akan pastikan saya work out. Selain itu, minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari, tidak lupa juga pengambilan muti-vitamin dan vitamin C. " - Hanis Umairah

PCL : pesan kat orang lain...huh memang cukup cantekk!! kan maen lagi...tapi siang tadi adik Hanis Umairah ni terpaksa ambil mc...sakit tekak, kesian dia.



Bau Bacang ke...Macang ?

..kalau kebiasaanya di sebut macang....buah macang yang kekadang orang dapur masukkan dalam sambal belacan......haa kan dah terliur tuh.

okeh, kita masuk kelas bahasa plak ye..bau bacang bermaksud "hubungan persaudaraan yang jauh" contohnya ; Hassan dan Abu adalah rakan sepejabat. Abu adalah anak kepada Ali. Hassan pula cucu kepada Husin. Husin pula adalah datuk kepada Ali, jadinya Abu adalah  bau-bau bacang dengan Hassan.

Untunglah kalau ada sedara yang baik-baik, baik dari segi akhlak dan agamanya...kalau bukan saudara bau-bau bacang pun pasti suadara seagama.


(bahan dari sumber FB, terima kasih kpd yg berkenaan.)
PCL : dah kata sedara seagama....kena nasihatlah apa yang patut, jangan tengok saja kawan di sekeliling kita 'hanyut' , tegurlah selagi boleh , buatlah setakat mana yang termampu.....tanggung jawab tuh, INGAT !