Showing posts with label kaki pancing. Show all posts

Boat House Sepang


Keluarga kami kiranya memang minat sangat aktiviti memancing lagi2 belah keluarga mamaD. Boleh dikatakan dalam sebulan tu memang ada saja aktiviti. Kalau tak pi beramai, satu dua orang pun boleh jadi punya..

Boat House Sepang .. macam menarik ja !


Memandangkan hobi kebanyakan kami ke arah memancing bila ada kelapangan, aku dan mamaD dah plan baik punya untuk sewa Family Boat House yang kat Sepang tu. Konsep rumah rakit ni memang best dan agak murah bajetnya berbanding sewa bot memancing laut dalam. Tahun lepas kami pernah ke Chalet Terapung di Kedah. Memamg dapat pengalaman yang best la kat sana..

Nampak macam best je kan kat MS Family Boat House ni.. Jom la korang..

memancing atas rumah rakit
memancing atas rumah rakit

Aku baru saja dapat tau melalui facebook, ada iklan berkenaan rumah rakit berdekatan.. haa kali ni nak ajak orang Kedah mai sini pulak, layan memancing ikan sambil BBQ. Kalau dikutkan jadual sebenar rumah rakit tu dah penuh untuk tempahan (sabtu/ahad) tapi nak jadi rezeki kami sekeluarga. ada orang cancel.. Kebetulan aku telefon tuan punya, dapatlah aku booking pada cuti Chrismas bulan Disember nanti.

Rumah rakit juga dikenali MS Family Boat House, lokasi di Sungai Pelek Sepang Selangor. Boleh cuba bagi korang yang suka aktiviti memancing dan riadah bersama keluarga. Ini aku share link ke fb MS Family Boat House https://www.facebook.com/MSFamilyBoatHouse/

Korang yang pernah ke sana boleh la share pengalaman atau info mana-mana lagi port memancing yang menarik untuk aktiviti sekeluarga.








Tak rugi stay 3h2m di Chalet Terapung ini


Family Gathering Raya


Keseronokan masih terbayang-bayang. Gathering kami bersama keluarga di chalet terapung memang betul-betul rasa puas dan memenuhi masa cuti raya kami. Sambil berehat-rehat sambil memancing sampaikan aku ni tak menyempat nak update blog di hari kejadian. Meriahnya dengan hasil ikan pancing, meriahnya dengan bersembang sanak saudara sampai ke pagi. Meriahnya dengan suasana indah pemandangan sekitar di chalet. Meriahnya dengan gelagat anak-anak, meriah dengan tempikan suara mak, maktok memarahi anak cucu-cucunya yang hiper aktif dan macam-macam lagi meriahnya. Cukup untuk 3 hari 2 malam kami di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah.

Chalet Terapung PPK Merbok Kedah 


View dari beranda chalet waktu pagi ~ Sungai Merbok, Kedah
Lokasi chalet ni sebenarnya tak lah jauh dari rumah mak mentua aku. Kira-kira 30 minit dari bandar Sungai Petani. Sebabkan cuti raya, risau tak dapat bilik, kami plan awal sebulan sebelum puasa lagi kami dah buat tempahan. Pada hari raya ke-3 chalet ini sudah memulakan operasinya. Ramai pengunjung lain juga check-in bersama-sama kami.
View titi terapung menuju ke chalet-chalet
View di pintu masuk Chalet Terapung
Cuti hari-hari raya kami tak sama macam orang lain kebanyakan, orang lain sibuk menziarah sambil berhari raya sakan, tapi keluarga kami pulak raya ke-3 sudah berada di chalet terapung ini. Bukan selalu dapat macam ni.. namun hari raya tetap raya. Raya pertama dan ke-2 dah habis beraya rumah saudara mara. Raya ke-3 selalunya dah tak ada aktiviti raya melainkan palnning cantik macam ni. Untuk raya tahun ini dan demi untuk memenuhi minat keluarga, 'kaki pancing' maka kami berada di sini.

View dari beranda chalet waktu senja ~ Sungai Merbok, Kedah.
Hari ke 2 makin rancak hasil pancingan, tak rugi stay banyak hari kat sini. alhamdulillah. Hari ke-2 aku fokus kepada pancing ikan ketang-ketang. Mak mentua dan makcik aku target ikan kerapu dan yang lainnya dengan target masing2. Terdapat banyak spesis ikan yang menarik. Biasanya pengunjung datang sini jarang akan pulang tangan kosong apabila memancing di kawasan sekitar chalet di sini. 
Waktu malam di beranda chalet ~ aktiviti BBQ dan memancing sampai subuh
Untuk makluman kaki pancing yang datang semata-mata untuk memancing dan tidak menyewa chalet. Bayaran akan dikenakan Rm15/ rod pancing( 24jam) . Bagi mereka yang menyewa chalet pula, harga sudah termasuk dalam pakej. Chalet 2 bilik aircond kami sewa dengan kadar Rm300 (3h2m), muat untuk kami seramai 3 keluarga yang bermalam dan 1 keluarga lagi balik hari.
Ikan sembilang selalunya gemar makan umpan umpun-umpun memang boleh dapat pancing banyak lah!.  Kalau korang datang sini pastikan bawa umpun umpun, target ikan sembilang di bawah lantai beranda (tepi2 tiang chalet)
Dalam kotak polystyrene ni ada macam2 ikan.. yang buat lagi best bila ada yang dapat pancing udang lipan besar.. 
Ikan Ketang-ketang ~ teknik memancing paling sempoi! sambil duduk bersimpuh pun boleh dapat ikan ni.. mengail di celah-celah lubang papan lantai beranda chalet.
Seronok memancing ikan ketang-ketang ni sebab ianya spesis ikan yang suka meragut umpan dengan pantas dan tarikannya juga tak kurang hebat. Ikan ketang ini memakan umpan bila keadaan air laut mula tenang sebelum atau selepas air pasang. Korang boleh tengok hasilnya. Spesis ikan ketang ini agak membahayakan diri jika terkena pada duri siripnya. Kesakitan yang amat kuat terasa walau terguris sikit pun di kulit, oleh itu aku nasihatkan kepada pemancing ikan ketang supaya berwaspada selalu. Selain itu, isi ikan ini sangat sedap apabila dimasak/goreng. 

Malam ke-2 kami di sana, mamaD telah siapkan 'masak kicap ikan ketang' untuk dinner. Rasa isinya sama macam ikan bawal hitam. Kalau nak cari orang jual kat pasar-pasar memang tak jumpa lah, jarang nampak dijual sebab spesis ikan berduri ni kalau terlekat pada jaring memang sukar untuk dibuka. Jadi mungkin para nelayan tak gemar menjaring ikan sepesi ini. Makan ramai ramai memang best, lagi best bila dapat makan ikan-ikan segar. Kerapu buat masak pindang rebus, Ketuka bakar cicah ayaq asam dan Ketang masam kicap. Tapi ada juga masanya bila terasa nak makan meggi..
memang jadi port baik di sini, sejuk nyaman udara pagi bila terbau meggi kari. 
Kat sini bukan tujuan datang nak memancing semata-mata, boleh rileks sambil mencari ketenanngan. Tapi korang yang datang sini kenalah buat persedian rapi sikit lah..kalau bawak budak kecil, pastikan bawak kelambu atau ubat/krim penghalau nyamuk. serius sini banyak nyamuk! Orang yang kaki pancing ni, diorang tak kisah dah bab tu, tapi kesian lah kan. Kalau korang sewa bilik aircond selamatlah sikit dari kena gigitan nyamuk dan selesa. Pandai-pandailah buat pilihan.


Gambar aku bersama ikan kerapu pertama dapat kat sni, serius tempat ni memang 'lubuk ikan'. kalau betul-betul memancing boleh bawak balik banyak hasil.
Kalau korang ada plan nak datang Kedah, especially area Sungai Petani ni,  nak memancing terutamanya atau berehat-rehat bersama keluarga dengan suasana kelainan dari biasa, aku cadangkan di sinilah tempatnya. Boleh hubungi : 019-5592117 (Chalet Terapung PPK, Merbok Kedah)








Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu


Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 28 Mei 2016


Sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa minggu lalu kami sekeluarga ada buat aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu, naik di jeti pelabuhan perikanan Chendering (LKIM) jam 5 petang lepas solat Asar. Kami ada 14 orang yang join mencandat ni semuanya tak ada pengalaman langsung mencandat dan mancing laut dalam kecuali abang Joe sorang saja yang kira lebih la sikit pengalamannya dari kami. Abg joe selalu gak turun join kaki pancing laut dalam, Baat pengalamnnya mancing kolam, maktok hebat mancing pantai, abg Zaini mancing pelantar minyak dan aku haha boleh la skil mancing berkarat dan urus trip-trip candat. Tapi kali ni semua yang 'berpengalaman' sepakat join family mencandat pulak. 


Dari KL kami gerak awal pagi, terus ke bilik sewa yang disediakan khas untuk pelanggan pakej mencandat sotong. Bilik-bilik sewa ini nampak keadaannya macam unit blok asrama. Kedudukannya dalam kawasan pelabuhan, dekat sangat dengan tempat nelayan-nelayan turun naikkan hasil tangkapan harian mereka. Blok kediaman adalah berasingan dari bangunan pasar.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Kemudahan lain seperti surau, tandas awam dan parking luas memang terbaik untuk pelanggan-pelanggan pakej mencandat yang menyewa di sini. Kos untuk satu bilik Rm120. Bilik berhawa dingin dengan 2 katil queen size serta 1 bilik mandi lengkap dengan tuala dan sabun mandi tersedia di dalam. Bilik sebesar ini cukup selesa untuk 4 orang dewasa.

Aku tiba jam 10 pagi, terus check-in. Kami belum sarapan dan semestinya nak rasa nasi dagang special kat Chendering. Ada Petua nak turun ke laut bagi orang yang pertama kali turun, kata orang jangan makan banyak makanan yang berminyak nanti perut meragam, tak selesa dan cepat rasa nak muntah. 

Sementara menunggu yang lain2 sampai dan check-in bilik masing masing, aku ajak mamaD dan maktok serta hanis makan tengahari awal sikit, boleh la makan nasi ayam dan rojak mee. Kat pekan Chendering ni banyak kedai makan, kira mudah la nak cari makanan. Makan awal boleh rehat rehat dalam bilik yang sejuk nyaman sambil tengok gelagat para nelayan di pelabuhan. Ya.. pemandangan dari koridor blok boleh nampak semua tu.. best sangat. 

Bot yang kitorang akan naik dah ready cuma menantikan masanya tiba petang nanti. Berkobar rasa hati, risau pun ada gak,  teruja amat pun ada bagi yang kali pertama.
Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu

Lepas solat zohor, tidur sekejap untuk recover bangun awal pagi tadi. Aku drive sorang2 dari KL memang terasa letihnya. Hanis dan maktok tidur lena di belakang cuma mamaD terkebil-kebil mata tetap setia menemani aku berborak di sepanjang perjalanan kami selama 4 ke 5 jam macam tu. 

Sebelum keluar bilik ke pelabuhan, telan pil mabuk dulu siap2, sejam sebelum naik bot kalau ikut kebiasaannya. Kami ikutkan saja pesanan orang lama. Pil mabuk memang disediakan dalam pakej mencandat ini.

Jam 4 lebih semua dah ready dengan peralatan mencandat dan memancing. Kami bawa makanan lebih, ada megi cup, kacang, roti dan air mineral. Kami tetap bawak juga walaupun dalam pakej mencandat ini ada disediakan makan malam. Biasalah, bukan nak mencandat sangat, dorang ni kebanyakkannya lebih kepada mahu menikmati angin laut dan suasana 'tingtong' mabuk laut.

Pakej mencandat yang kami sewa ini adalah bot untuk 15 orang penumpang. Tapi kami turun dengan 14 orang saja.. selesa lah sikit. Ada 3 orang lagi di dalamnya termasuk 1 tekong dan 2 pembantu.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Perjalanan dari jeti ke kawasan mencandat ambil masa dalam 1 jam lebih. Masa-masa begini sangat terbaik untuk menikmati pemandangan lautan luas, melayan alunan ombak dan deruman enjin bot. Rasa lain macam seronoknya sebab berbeza dari keadaan biasa. Beralun mengikut alunan ombak sesekali tempias dengan derisan air laut menyapa bahagian muka. Kelihatan ikan-ikan kecil berlumba-lumba dengan bot dan ada juga seolah ikan terbang. Ya memang ada spesis ikan boleh terbang, aku tak pasti pulak nama ikan itu.. Mungkin namanya ikan terbang sebab jarak terbang boleh sampai bermeter-meter jauhnya. Saiznya pula agak sebesar 2 ke 3 cm macam tu, teruja pulak aku tengok makhluk unik itu. 


Trip kali ni kakak nina tak ikut sama sebab kebetulan dia ada exam yang pastinya tak boleh dielakkan, kalau dia ada pun mungkin dia tak sekuat adik hanis dan mamaD. Risau nina akan semput tak boleh tahan kesejukan angin laut. Hanis bila kakanya tak ikut memang dia agak moody sikit. Tengoklah tu ..

Semua muka masing masing nampak steady lagi, keterujaan masih kuat di hati.

Selepas 1 jam berlalu, tekong bot mencari lokasi sesuai untuk melabuhkan sauh. Kelihatan pada masa sama terdapat banyak bot-bot lain juga turut berlabuh di perairan sekitar. Menurut tekong di sini adalah salah satu tempat pembiakan sotong yang dinamakan unjam. (info berkenaan : unjam)

Mabuk laut

Bila bot mula melabuhkan sauhnya, bot akan beralun mengikut rentak ombak, kekiri kekanan kekiri, kadang kuat kekadang perlahan dan mula lah perut berkocak, tekak terasa loya dan kepala pening. Susah jugak nak kawal keadaan sebegini terutamnya bagi yang pertama kali naik bot ke laut. 

Kalau dah mabuk pasti akan muntah. Habis cerita ! Tutup alat pancing masuk tidur la jawabnya. Situasi begini kebiasaannya akan melenyapkan semangat untuk meneruskan aktiviti melainkan tidur seketika untuk pulihkan mood. Jangan risau, kalau sewa pakej bot besar, dalam bot ada tempat tidur dan tandas juga disediakan. Korang yang mabuk laut terpaksalah layan tidur sampai ok semula. 2 lelaki dah terdampar sebelum mulakan candat lagi, ada 3 perempuan lagi dalam kabin juga layan tidur sampai pagi. "Suatu percutian sangat bermakna bagi mereka" .

Alhamdulillah, cuma 2, 3 orang saja yang mabuk dan selebihnya masih steady dan bersemangat. Aku rasa macam hairan jugak tengok mamaD, hanis dan maktok boleh bertahan tanpa rasa mabuk. Hebat lah depa ni 'kuat' .. boleh ajak lagi lain kali.

Teknik mencandat sotong

Tekong akan ajarkan cara-cara mencandat yang betul, ada yang gunakan rod pancing bermesin dan ada yang guna koyan atau serek mencandat. Kalau guna serek ni memang penat la sikit, guna kudrat tangan nak naikkan tali pancing.. huh memang meletihkan tapi best part bila umpan mengena sotong.. berat rasa di tangan. 
Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 18 Mei 2016

Makan malam disediakan oleh pembantu tekong, sekitar jam 8 malam dah mula perut berkeroncong. Masa tu tekong akan tanya nak sedia makanan waktu bila, ikut masa kita. Kalau sotong tak makan umpan maka pemancing kena makan lah, masa tu sebaiknya. Pembantu tekong akan memasak nasi serta lauk kari ikan. Dapur gas sememangnya ada tersedia, kalau nak masak megi atau nak masak sotong juga dibolehkan. Makan atas bot memang sedap dan berselera lagi lagi cuaca sejuk nak hujan.

Korang yang melanggan pakej janga risau balik tangan kosong, kalau tak dapat hasil sotong pembantu tekong boleh tolong tambah hasil dari candatan diorang. Konsep diorang memang tak akan bawak balik apa hasil yang dorang dapat dan semuanya diserahkan kepada pelanggan pakej. Memang untung sangat la kalau pembantu tekong cekap boleh la dapat banyak sotong.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Malam lebih kurang jam 12 pagi kami telah dilanda hujan ribut, angin kuat dan ombak makin tinggi. Dalam pakej memang ada sediakan jaket keselamatan untuk dipakai sepanjang masa di atas bot tapi kami semua tak pakai jaket sebab tekong dan pembantunya pun tak pakai jugak.. haha. Masa tu kami semua dah cuak tapi tekong cool saja, katanya ribut lalu tak lama 1 jam nanti akan reda balik macam biasa. Masa ni boleh la berimpit -impit di dalam kabin berlindung dari kena hujan dan kesejukan. Tengokalah tu.. haha Azabnya dalam masa sejam berlalu sudah semacam PATI pulak.

Betul jangkaan tekong, memang sejam seleps itu laut kembali tenang tapi sejuknya tetap sejuk tahap gigil sampai ke tulang dengan kesejukan angin malam lagi. Huh memang boleh kancing gigi dibuatnya.

Ini kira ambil pengalaman untuk pembaca lain. Buatlah persiapan lengakap sebaiknya, kalau perlua bawa baju sejuk dan baju hujan. Sebabnya 2 benda ini memang tak disediakan. Alah bisa tegal biasa, bagi tekong dan pemabantunya, mereka nampak steady je dengan baju nipis, kalau aku lah boleh kejang kesejukan.



Hasil candat boleh tahan jugak kami pada malam tu, kalau tak kena ribut lagi best. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat kembali ke jeti jam 7 pagi keesokan harinya. Trip mencandat sotong selama lebih 12 jam di lautan pada 28 Mei lalu telah menyimpan banyak kenangan manis walau ada sedikit keperitannya. 

Bila ditanya balik diorang ..nak buat trip lagi tak tahun depan? Haha.. yang mabuk memang 'taubat' tak nak ikut dah, tapi yang dapat sotong pasti nak lagi.. insya allah tahun depan ada lagi.

Booking/pertanyaan :
>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

(Booking untuk Trip 2017 sudah DIBUKA bermula @ Jeti Chendering Kuala Terengganu) 





Kerja Sabtu Memang Best !

Kerja Sabtu Memang Best !

Best bila terima gaji bulanan nanti duit bertambah.
Best bila takde orang kacau !
Best buat kerja santai-santai.

Suka tengok pemandangan macam ni bila buat kerja hari Sabtu, hari lain-lain pon view hampir sama tapi bila masa kerja hari biasa dengan masa kerja santai-santai  gini  ada perbezaannya.

lebih lapang..lebih tenang .

Aku ni suka tengok tempat ada air, macam tenang je rasa... nak berenang-renang tu tidak la tapi ; kalau ada batang pancing aka fishing rod best ni..

Pernah dulu aku dapat ikan Tilapia Merah, tempat ni adalah Kawasan Larangan sebenarnya tu pasal aku tak hebohkan. Nanti kang tak pasal-pasal satu kampung orang masuk datang memancing.





Kalau kerja hari Sabtu memang best ! kerja tetap terlaksana sebab kita ni cuma memantau orang lain buat kerja..

#Esok boleh cuba nasib kot... Tilapia owh Tilapia!
#kakipancing


PAKEJ MENCANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2015


Saya telah banyak mendapat pertanyaan berkenaan Pakej Mencandat Sotong sejak beberapa tahun yang lalu setelah saya mengiklankan pakej tersebut di dalam blog ini.

Setiap tahun HARGA pakej berubah-ubah bergantung kepada kenaikan harga bahan api/ PERMINTAAN semasa dan beberapa sebab lain.

CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

PAKEJ MENCANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2015  

adalah seperti berikut :


PAKEJ BOT (8-10 ORANG) = RM? *TERKINI
*SILA BERHUBUNG (017-4009726 Nazlee) UNTUK PERBINCANGAN DAN PENETAPAN HARGA PAKEJ.

Pakej 2015 (Bulan April - Oktober)

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

Peralatan Candat disediakan (utk tambahan jika ada boleh bawa sendiri)
Jaket Keselamatan
System GPS
Spot Light
Kemudahan dapur
Kemudahan tandas/bilik persalinan
Air batu dan Air mineral
Tekong berpengalaman lebih 10 tahun
Taklimat teknik mencadat yang betul
Bertolak (5pm) dan balik waktu subuh (7am di jeti)
Setiap Group diberi 1 Chalet/Bilik untuk menyimpan barang
Makan percuma
Bot berlesen

Bertolak dari Jeti LKIM sekitar Kuala Terengganu.

Makluman/syarat tempahan;

Tempahan hendakah melalui email ; nazli.angkasa@gmail.com / whatsapp 0174009726 (nazlee)
Deposit/pendahuluan RM XXX
Deposit tidak dikembalikan dan pertukaran pakej tidak diterimasetelah dimuktamadkan.




> Email : nazli.angkasa@gmail.com

Dapatkan info Pakej Mencandat Sotong 2016

(Klik)


Janji Lepas Gian #Kakipancing



mamaD whatsapp aku..katanya mak ajak pi pancing ...takya pi lelama...sat pon jadilah, mak dah gian sangat nak mancing kat situ..

kat situ mana?
Ok..malas nak cerita port memancing tu sebab hari nasib baik nak dapat hasil tu tak ada..balik kosong tangan !

mak mertuaku..dia tak kisah janji lepas gian memancing sesekali datang sini.
Jangan la hairan..biasa lah, ada orang minatnya lain-lain.

kaki pancing.PCL

kaki pancing

aku cuba puaskan hati mak, kalau tak nanti murka..derhaka? okay nanti esok petang cuba lagi..dan lagi. hurmm..




PAKEJ MEMANCING LAUT DALAM / #KAKIPANCING - 2015

INFO KEPADA PEMANCING LAUTAN DALAM / #KAKIPANCING

Pihak kami ada meyediakan trip memancing dengan Tekong-tekong bot yang berpengalaman

1) Pakej 3H2M ; memancing di sekitar Perairan Kuala Kemasin, Bachok, Kelantan.
Target Ikan : Jemuduk, ebek, Jenahak, Tanda, Tenggiri, Kerapu, Kaci, Alu-alu, Cermin, Aruan Tasek dan ikan-ikan karang.
Naik bot : Jeti Kuala Kemasin, Bachok Kelantan
Perjalanan : Bertolak dari jeti pukul 4 ptg (day 1) dan sampai balik jeti dalam pukul 4 ptg (day 3)

Kos Peserta : Rm270/orang  (10 org/trip)

Kaedah/ Peralatan perlu anda sediakan sebelum memulakan trip memancing  ;
Peralatan bottom : Rod PE-4 ke atas, mesin saiz 4000 ke atas, mainline tali braided 50lb ke atas, tali sekurang-kurang 150-200m ke atas, mata kail saiz 3-5/0, ladung saiz 8-16 (bergantung kpd arus).

Peralatan Jigging : Bagi penggemar jigging boleh cuba teknik jigging. Rod, mesin dan kelengkapan ikut kesesuaian. Disarankan set jigging utk light dan micro-jig. Teknik slow jig lebih praktikal. Berat 60g ke bawah. Cari warna jig yang terang dan menawan seperti warna silver, kuning, hijau, pink dan oren.




2) Pakej 4H3M ; memancing di Pelantar minyak di sekitar Perairan Kuantan dan Terengganu
Target Ikan: Ikan Ebek, Jemuduk, Jenahak, Merah, Ibu Kerisi, Kerapu, GT, Cupak, Pisang, Merah Suman, Tanda, Tenggiri, Kaci, Alu-alu, Cermin, Aruan Tasek dan ikan-ikan karang.
Naik bot : Jeti LKIM, Tumpat Kelantan
Perjalanan : Bertolak dari jeti pukul 4 ptg (day 1) dan sampai balik jeti dalam pukul 4 ptg (day 4).

Kos Peserta : Rm500/orang  (10 org/trip)

Kaedah/ Peralatan perlu anda sediakan sebelum memulakan trip memancing  ;
Peralatan bottom: Mesin letrik atau multiplayer, spinning pun boleh digunakan tapi saiz 8000 ke atas. Rod PE-4 ke atas, mainline tali braided 60lb ke atas, tali sekurang2 200m ke atas, mata kail saiz 4/0-6/0, perambut 60lb-100lb, batu ladung saiz 16-32(bergantung kpd arus).

Peralatan Jigging: Bawa rod, mesin dan kelengkapan ikut kesesuaian. Disarankan set jigging utk light jig, kalau arus perlahan boleh guna micro-jig. Teknik slow jig lebih praktikal. Berat jig antara 30g-150g. Cari warna jig yg terang dan luminus utk malam dan warna silver, kuning, hijau, pink dan oren utk siang.


KAKI PANCING



Hubungi :  
Wan Ghafar (tel/wa : 010-9282086)
Nazlee (tel/wa : 017-4009726) (email : nazlee@xcelltravel.com)  
Xcell Travel & Tours Managements Sdn. Bhd. KPK/LN : 7355

.


Keluarga kena jaga hati mereka..

kalau semalam pcl dan keluarga berada di Perak, kampung halaman pcl tapi hari ni..tapi hari ni dah berada di Sungai Petani..

macamni lah kalau sudah hidup berkeluarga..keluarga sendiri dan keluarga mertua sama² kena jaga hati, untung kami dua² belah utara.






..usai makan beramai dan berkemas, satu per satu adik beradik angkat kaki..termasuklah pcl,
nak balik Sp.

Bila sampai di Sp..
memancing salah satu aktiviti kami, lepas sarapan terus tak lepas peluang..kesian pada mak mertua sebab dia #kakipancing.






Santai Pagi..

..alangkah damai rasa pagi nyaman sauasan.. menghulur joran di suatu ketika di mana manusia masih ramai yang lena berbanding ikan-ikan di kolam sedang menangkap-nangkap kocak air.

Bertapalah cerianya..mereka tiada istilah 'blues' dalam kehidupan..hari hari mereka dilalui sama sahaja..

#lokasi : kawasan larangan.