Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek?


Mandi untuk bersihkan diri, ada orang mandi sekali, 2 kali, 3 kali atau 5 kali sehari. Banyak mana atau banyak kali mandi selalunya tak jadi masalah kepada orang lain tapi yang buat jadi masalah besar bila ada orang yang tabiatnya suka mandi lama melebihi dari satu jam dan membazirkan banyak air.

Jangan buat muka terkejut eh.. ya memang ada berlaku, tak mustahil mandi lama dalam suatu masa boleh mengundang masalah kepada orang lain. Sakit hati bila kita nak cepat tapi terpaksa menunggu lama di luar sebab nak mandi. Takda pilihan lain jika rumah hanya ada satu atau dua bilik mandi . Bilik air terhad boleh berebut-rebut dalam masa-masa tertentu.
Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek? Sejam lebih tu! Bilik air boleh menjadi lokasi kita untuk membersih diri dan ada ketikanya mengelamun mencari ilham atau menenangkan fikiran? Emm boleh jadi jugak dan mungkin itu sebabnya ada orang boleh berlama lama di dalam bilik air.

Siapakah yg suka mandi lama2.. Anda? atau ada di kalangan ahli keluarga anda?

Bukan nak bercerita keburukan  tetapi itulah hakikatnya bagi kebanyakan orang terutamnya anak-anak masa kini, namun jika kita bijak menguruskan masa, ia mungkin tidak mengundang masalah kepada orang lain terutama penghuni serumah.

Buatkan suasan dalam bilik air jadi suram dan tidak ceria, mungkin ini boleh hilangkan mood mandi berlama-lama.. gelapkan warna dinding macam dalam gambar ni.. contoh. Ni saje je aku nak posing dalam bilik air baru.

Ada orang yang sebenarnya tak sedar bahawa tabiatnya suka mandi lama buat orang lain tertunggu dan boleh menyusahkan kehidupan orang lain yang pentingkan masa.






Kahwin Muda ?


Kahwin Muda ?

siapa ? .. aku , tak lah !

Lelaki bujang kalau dia serius masa bercinta nak kenal dengan mak atau ayah atau keluarga terdekat kepada girlfriend dia... emm adalah tu niat disebaliknya. Biarpun nampak masih muda remaja.

Pengalaman :
Aku dulu pun macam tu, tahu lah tektik lama orang muda dan kita ni yang pernah lalui memang boleh nampak kesungguhannya di situ. Mesti nak kenal dengan emak dia dulu.. selalunya lah emak lagi senang nak dibawa berbincang. Tapi ada kalanya juga ayah dia pun kena berbuat baik jugak Ayah-ayah ni selalunya muka serius, muka ketat.. takut kita nak mula cakap macam mana.. tetiba boleh hilang idea ! ; lebih baik cari emak dulu.. macam aku cakap tadi, emak-emak ni senang dibawa berbincang..

Tapi tu aku dulu.. korang anak-anak muda sekarang ni macam mana? saja aku tanya ; antara emak dan ayah gadis tu korang lebih prefer siapa nak jumpa?

Jumpa mak?
jumpa ayah?
atau kedua-dua boleh jumpa
ataupun dedua takut nak jumpa? hahaaa..

Kita ni lelaki biarlah gentleman ; lelaki yang berbudi bahasa. Soal jodoh itu takdir Tuhan, cuba dulu baru tahu jawabannya... sesambil tu sentiasa berdoa dan mohon restu atas apa yang sedang diusahakan. Insya Allah.

Jodoh kalau dah nampak jalan,  biar cepat-cepat . Jangan tunggu lama-lama nanti boleh merasa 'Kahwin Muda' ..untung taw!

Jika perkahwinan ditakdirkan dapat cahaya mata cepat.., cepat lah diorang membesar. Hemm macam aku sekarang ni, anak sulung dah masuk 19 tahun dah umur dia.

Bukan senang nak senang, kenalah buat persediaan kalau dah ada niat nak berumah tangga. Persediaan dari segalanya. Tanggung jawab besar taw .

Syukur alhamdulillah.. 
Part paling best dan bersyukur sangat ; malam-malam sekarang ni aku boleh tidur lena dan tenang sebab tak kedengaran suara baby merengek-rengek menagis malam, bangun pagi-pagi buatkan susu anak. Semuanya sudah berlalu. Apa yang kawan-kawan rungutkan kita dah laluinya.

Cepat nikah cepat;  kalau dah bertemu jodohnya..







Pulih semangat, cuba sesuatu yang baharu?

Baru balik dari memancing, minat memancing dah makin hilang dalam diri aku ni entah la apa sebabnya, orang kata kalau pancing selalu takde hasil selalu pulang tangan kosong boleh buat mood nak memancing makin suram. itu lah aku !

Tapi bukan pada mak mertua aku.. dia punya semangat, minat dah sebati dalam diri, kalau boleh ke mana saja mesti ingat nak memancing. (dulu lagi aku dah cerita.. memang hobi mak mertua saya).

okay tinggal bab memancing.. kita kisah pasal blog. Blog aku semakin suram dari menyiarkan entri baru setiap hari. dah tak macam awal tahun dan tahun-tahun sebelumnya.. sedih rasa.

mana hilangnya semangat?
aku cuba pelbagaikan / variasi kehidupan tidak kepada satu dua perkara sama berulang setiap hari, cepat jadi bosan inilah masalah blogger lifestyle

Cuba sesuatu yang baru, Bak kata Ben masa borak dengan dia di MMA tempohari ; "jangan stop blogging, buat sesuatu yang baru dalam kehidupan supaya tak jadi bosan.. macam aku belajar scuba"


Serabut orang buat aku pening ..

Rambut panjang merimaskan, sebulan sekali mesti mau potong rambut kalau tak... hidup kita kelihatan serabut walau hakikatnya di hati rasa bahagia selalu .. itu tanggapan aku bila nampak orang lain "serabut" .

Tak apa.. bagi lelaki yang suka simpan rambut panjang itu hak memasing, aku cuma cakap dan rasa apa yang aku nampak.. kalau aku lah yang semacam itu mesti serabut kepala. Rimas !

Teringin juga nak botak terus, tapi belum masa lagi.. senang tak payah fikir pasal rambut, tak perlu beli syampo dan  sebagainya .


Ada isteri mintak dia guntingkan rambut.. itu yang terbaik. Kalau tak boleh, cari salon rambut lelaki.. takyah penig hilangkan serabut .


Kenapa asyik-asyik tak cukup?

GAJI BULANAN/PENDAPATAN


Kenapa asyik² tak cukup?
Terkesima juga dibuatnya, kadang kita tak sedar apa yang kita telah lakukan;

Bakhil mengeluarkan harta ke jalan ALLAH.

Sombong dengan peminta sedekah, fitnah mereka macam² yang belum pasti kebenaran.

Sombong dengan binatang yang minta beri makanan.

Adakah pernah berlaku.. lihat balik apa yang tak kena dalam kehidupan kita?

#buat amal jariah samasa hidup

#tazkirah pendek untuk perkongsian dan peringatan bersama.. Baru lepas gaji kan?




Makin dekat makin tenang rasa ..

Orang yang tak pernah bahagia di rumahnya, maka dia tak pernah rasa bahagia di tempat lain walaupun kelihatan gembira di wajahnya ketika itu.. boleh faham tak maksud aku ni? walau sembunyikan perasaan tapi kita yang 'dekat' tetap boleh agak reaksi dari raut wajahnya. #istilah sebuah persahabatan yang akrab gitu.

Mencari Bahagia

kebahagiaan
Jam tangan mamaD, jam dia lebih mahal harga dari jam aku yang putih tu.. (gambar sebagai hiasan saja)
Tempat yang paling mententeramkan jiwa adalah rumah sendiri, kalau itu tak boleh nak mententeramkan jiwa semasa bermasalah... bawa-bawalah diri berkelana di masjid-masjid yang paling indah di kawasan berdekatan anda. Lakukan sesuatu yang jarang kita lakukan, solat sunat, mengaji atau membaca kitab agama dan seumpamanya di dalamnya. InsyaAllah ketenteraman ada di sana. Pengalaman ini dikongsi oleh salah sorang sahabat aku.. nasihat baiknya gini "selalulah dekatkan diri kita kepada Allah swt, makin dekat makin tenang rasanya"
dan satu lagi... Carilah bahagia dalam diam, sebab orang diam selalu disegani, orang yang tidak banyak bicara akan selalu dikasihi. Ingat... bala sering timbul akibat pembicaraan yang melampau.


Suka Warna Hitam ?


Warna Hitam

Sebahagian orang menggunakannya untuk menyembunyikan berat badan; kurang keyakinan dan seumpamanya.

Rahsia Warna Hitam

Rahsia Warna Hitam

Aku, kami suka sangat berbaju hitam.. korang pulak macam mana, suka hitam?

#PhotoADayChallenge
#Day4 #raraaugustchallange
#31DayChallenge
#efgChallengeAugust
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari


Apakah anda menginginkan kebahagian?


Sembang dengan bos tadi masa keluar dengan dia.. "tak lama lagi boleh nak dapat menantu dah engko ni lee...aku tengok ko muda lagi...aku jugak nih anak baru sebulan dua.."

Bos kuat belajar... sampai kertua pon masih nak belajar lagi, hujung-ujung baru teringat nak cari isteri..lambat cara lambat lah ..haha aku senyum ja kat dia. Kesian bos banyak komitmen dah nampak serabut kepala aku tengok dia...tapi dia tetap cool. Tu pasal lelaki kebanyakannya nampak tua dari usia.. fikir macam-macam. Macam mana nak cari duit, macam mana nak hidup senang? ..benda ni semua kena lalui dulu...sambil kita harungi sambil kita perbaiki.


Kami sebenarnya ada projek...baru lepas tengok lori kayu bawak masuk kayu-kayu pallet second-hand. Ini yang aku pernah cerita dulu...aku ada projek buat rumah kucing / meja dan banyak benda lagi yang sekarang ni dalam proses. Alhamdulillah...projek rumah kucing mendapat sambutan, cuma aku dan partner je tak sempat nak terima tempahan baru...( kepada yang mesej/whatsapp tu terima kasih..)

Berbalik cerita anak tadi, ..aku ni kalau bab anak memang suka la sembang..konon macam boleh share bagi nasihat atau pandangan. Kita dah lalui dalam kehidupan seharian...kita juga banyak belajar dari orang lama..kita buka main serbu aje... perkara baik kalau boleh kita kongsi bersama.

Apakah anda menginginkan kebahagian?

Menginginkan kebahagian yang sebenar tidak perlu dicari jauh-jauh, depan mata boleh nampak ...kena buka mata seluasnya. Kebahagian sejati tu ada dalam diri sendiri, ada dalam fikiran yang inovatif, ada dalam khayalan indah, ada dalam kemahuan yang optimis..semua itu berada dalam hati yang penuh dengan kebaikan.

Okay... buat lah baik selalu. insyaAllah kita beroleh RahmatNya.

p/s.. buat kerja dengan penuh minat boleh datangkan kebaikan dan kebahagiaan.


Bermalasn hujung minggu jadi amalan atau alasan?

Salam pagi hujung minggu..


alhamdulillah sejuk cuaca pagi ni, hujan pagi minggu memang dinantikan bagi sebahagian mereka yang suka memerap di atas katil dalam bilik tidur..Ingat lagi kalau masa budak-budak dulu, emak memang tak bagi kita sambung tidur selepas solat subuh.

Orang dulu tak suka bermalasan, anak-anak yang tertidur subuh dibangunkan supaya dapat membantu kerja rumah atau mentelaah buku pelajaran.

Kalau diteliti , dulu dan kini terlalu jauh bezanya cara didikan mereka terutamanya ibu bapa yang tinggal di kampung. Suasana sebegini jarang dijadikan ikutan bagi masyarakat yang dulunya juga dari kampung, kini bila dah berhijrah keluar, ada keluarga sendiri, budaya bermalasan dihujung minggu dah jadi kewajipan. Ada yang dengan alasan nak membalas 'dendam' seminggu  hari bekerja dan satu hari ini untuk bermalasan.

Rugi kalau tak tidur lebih di hujung minggu? alangkah nikmatnya... sampai ada yang tidur seharian untuk melepas geram.

Masing-masing ada cara sendiri, mungkin kalau kita masih lagi di kampung dengan suasana yang mendamaikan.. adakah kita masih amalkan apa yang dilakukan oleh orang tua-tua kita dulu..



Ucapan syukur selalu dibibir dan hati mau ikhlas

Okay.. cuti raya ku dah diluluskan, tak ralat sangat dengan kami punya majikan ni.. mudah mohon dan senang lulus ; bagusnya dapat majikan yang tak suka menyekat cuti pekerjanya.

"kerja kerajaan boleh la senang" .. biasa kedengaran, dan aku sendiri pon dulu² rasa cemburu dengan 'orang gomen' nih.. dah la dapat bonus sempena raya, gaji keluar awal pulak tuh !

Susah dulu dan senang kemudian. Syukur alhamdulillah tu je aku cakap.. apa orang lain kata itu hak memasing.

Dalam memerhati gelagat orang di sekeliling, harus kita ambik yang baik² saja untuk dijadikan tauladan. Pertingkatkan taraf pemikiran dari sehari ke sehari.

Sebaik baik hari adalah hari yang memberi tambahan kesabaran kepada diri kita, hari yang memberi  ilmu bertambah, hari yang mencegah agar kita tidak semakin tenggelam dalam dosa, hari yang bersemangat untuk memajukan diri dengan tekad.

Kalau kita boleh buat..
Dan kita patut buat.. redha dengan apa yang kita ada sekarang ini ; matlamat untuk maju dan terus maju Dunia dan Akhirat.

Berhenti komplen ! Ucapan syukur selalu dibibir dan hati mau ikhlas. Usaha merubah untuk kebaikan.


Boleh merasa "Kahwin Muda" ?

Lelaki bujang kalau dia serius nak kenal dengan mak atau bapa atau famili terdekat kepada kawan perempuannya...adalah niatnya tu?

Aku dulu macam tu, tau lah tektik lama masih boleh pakai..dan nampak kesungguhannya disitu.
Cuma saja nak tanya ; antara mak dan bapak gadis tu korang lebih prefer siapa nak jumpa?
Jumpa mak?, jumpa bapa? atau kedua-dua boleh jumpa ataupun dedua takut nak jumpa??

Kita ni lelaki biar gentleman ..bukan gentel man ok ! haha.
soal jodoh itu takdir Tuhan, tapi kerja dan doa kita yang usahakan.

Jodoh kalau dah nampak jalan,  biar cepat-cepat diusahakan. Jangan tunggu lelama.
Baru boleh merasa "Kahwin Muda" ..untung tau! ada rezeki dapat anak cepat.. cepat la diorang membesar.

Part paling best dan bersyukur sangat ; malam boleh tidur lena dan tenang sebab takde baby merengek². Apa yang kawan-kawan sungutkan..kita dah laluinya.

Lelaki umur 30 ke bawah still ok lagi tak kawen-kawen. Tapi kalau dah lebih banyak dari umur tu..kena la cari / dapatkan gadis umur awal 20an untuk buat isteri, boleh uruskan anak sementara awak sudah tua tak larat nanti.



Mematangkan Kredibiliti Seseorang..


susahnya bila dapat pelanggan yang super details..hah , bukan orang Malaysia tapi...rakyat asing , cakap english okay lah..sama macam aku.

bukan sebab bahasa dia tu..tapi Allah..dia punya karenah memang mencabar kesabaran aku hari ni..

From India..huh cakap 'ber' hurmm macam ulor..takut tul aku menipu dia.. nak bercuti di Malaysia bawa anak isteri..nak diskaun sana sini.

Ragam manusia..yang details itu bagus tapi terlebih itu buat orang rimas. Nasib la aku ni... selalu dok teringtkan slogan "customer always right" .

Bila dah rileks gini baru aku terfikir...alhamdulilah,  cabaran itu juga telah menyumbang sebahagian pendapatan untuk aku hari ini..mematangkan aku dalam kerja ini.

details maksud aku..seorang yang teliti dan cerewet.

Mematangkan Kredibiliti Seseorang..boleh sahut cabaran dan buat sejujurnya.

p/s.. nak cepat matang lagi...kahwin awal. Tempuhi cabaran seawal mungkin.
.


Bila rileks santai kat luar banyak benda boleh fikir pasal kehidupan...


aku ambil angin di luar rumah..dingin angin sepoi bahasa....huh lega sangat, penghawa dingin kat dalam rumah pon tak boleh lawan kesegaran malam ni ;


...indahnya pandangan di langit nampak bulan pulak..selalu ada suara pungguk, nampaknya tak siapa yang rindu merindu...

malam ni takda pulak rasa sesak nafas dengan asap entah apa-apa kat sini , bila malam memang bau asap tak sedap di hidungku. Kebiasanya bau sabut kelapa sawit dibakar...busuk hangit !! biasalah memang sini kawasannya , bak kata mamaD; redha aje lah.

Orang kata rezeki boleh dapat di mana-mana, kena cari dengan khudrat yang ada. Bukan boleh duduk sesaja datang bergolek dan melayang..hurm.

Bila rileks santai kat luar banyak benda boleh fikir pasal kehidupan...

tetiba mamaD panggil dari dalam..jom bang !

.
.
.
.

POPIA GORENG daaa..panas lagi !!

.


Slim sikit dah mula la nak tayang badan ? ..jangan !


sejak follow mamaD on diet atkins..banyak dah susut berat badan ni..kalau dulu aku makan produk diet untuk bantu dan gigih bersenam saja..Dan ada jugak sampai tak larat nak keluar masuk tandas huh... tapi sekarang tidak lagi. Kira okay banyak la..

cumanya kena kuat semangat...dan pantang ambil makanan berkarbohidrat.

kalau bab pantang makan ni selalunya susah nak ikut betul-betul apa yang disarankan..kejap je beberapa minggu je pon nak pantang habisan..selepas dapat target..kita dah serasi dengan cara kita...mudah dan nak cheat diet pon boleh..

Lelaki tak sama ye...kalau nak compare kadar metabolisma dengan wanita. Sesetengah orang, ada yang makan sikit tapi naik berat badan mendadak..atau susah nak turun..

Hurmmm...cerita pasal diet ni suka la bagi yang dah capai target tu, mula la nak tayang badan !!  ..ini masalah yang kita tak suka tengok..eh aku ke? . Lelaki takpa la kot sado tayang body atas pusat.

okay..takmo cakap pasal tu..sendiri mau ingat halal haram dan aurta.

ni ada enam perkara yang memberikan penawar segala penyakit :
Agama, ilmu pengetahuan, kekayaan, harga diri, sikap dan kesihatan.

#mungkin ada yang tanya kenapa kekayaan? .. ada duit/harta yang banyak boleh buat dia lupa kepada penyakitnya.. ada duit boleh berubat sana sini .. barangkali?



Jangan sebar penyakit !


jangan berasa seram melihat gambar pesakit di atas..

sakit tekak, batuk beterusan memang memeritkan..boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang.

bila batuk jer, orang dekat sekeliling dah pandang semacam, lagi kalau seseorang itu nampak pengotor dengan meludah kahak merata, sudah la tak tutup mulut dengan sapu tangan..serius memang buat semua orang tak selesa dengan keadaan macam tu.

virus dalam batuk memang cepat merebak kalau tak dikawal dengan sempurna. Jaga adap kita di tempat awam, jangan bagi orang lain pandang semacam ada yang tak kena dengan diri kita.

Menyebarkan penyakit jangan dianggap suatu perkara yang boleh dibuat main. Kalau dah tahu diri sudah terjangkit , segeralah mengubati..cegah sebelum parah.



pcl beli sepeket gula-gula mint DXN, sesuai untuk mengurangkan sakit tekak dan melegakan batuk.., ada juga yang sarankan coklat? ..macam-macam petua ada, yang lama dan baru tak salah mencuba , selagi ada usaha dan kemahuan.

Ada orang suka merungut bila ditimpa musibah , itu yang tak betulnya !


Kerja keras !

Bangun pagi tadi rasa lenguh seluruh badan, rupanya ini kesan kerja keras hari Sabtu lepas. Badan tak pernah dilasak dengan kerja buruh ; memang terima habuannya.

Hari ke 3 baru terasa kesannya, untung mamaD ada membantu ; ingatkan tangan wanita ni cuma kuat goncang buaian saja.

Laluan kereta nak masuk parking bawah porch dah tinggi, sangkut bahagian bumper, jadi aku kena usahakan buat *'gone' macam dalam  gambar.

*panggilan bagi orang utara.

- Kerja kuat ; berjaya nampak hasilnya puas hati, sebab kita yang buat sendiri.

Kerja kuat ampu sana, ampu sini, menindas orang lain hasilnya tak kemana.

Cuba aplikasikan dalam dunia kehidupan moga ada berkat dalam mencari redha Allah swt.



Masa banyak..tapi setiasa terkejar ?


Selalu terkejar nak masuk kerja on time, ..elok pagi tadi nak hujan..pecut di celah² hujan..memang bahaya tapi ok...sebab kat sini   tak banyak kereta...lagi satu, jarak tak sampai ½ kilometer dah sampai...tu lah sebabnya selalu cukup ngam² pukul 8 punch !..memang panctual !




Bab Rumah Tangga : masih banyak perlu dipelajari..

Keluarga adalah merupakan guru terawal bagi anak anak, keluarga jugalah yang paling banyak mempengaruhi anak anak.

Segala sesuatu itu semuanya bermula dari rumah di mana ibu bapa yang menjadi cermin diri kepada anak anak.

Keluarga banyak mempengaruhi kanak kanak dan remaja hinggalah mereka dewasa.
RAMAI yang kita perhatikan sekarang ini, kepincangan keluarga telah memberi impak besar terhadap perkembangan seseorang.

Memang begitu berat rasa tanggungjawab ibu bapa terhadap anak anaknya..., sejak dari dalam kandungan lagi zuriat harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Apabila sudah lahir ke dunia bertambah berat lagi tanggungjawab yang wajib digalas oleh ibu bapa. Selain dari menyediakan tempat tinggal dan makanan yang berkhasiat untuk anak anak, ibu bapa juga harus tahu menjaga dan mendidik anak anak demi masa hadapan mereka.

Kasih sayang  harus diberikan demi menjaga kestabilan emosi anak anak. Peratusan tinggi anak anak dewasa yang sihat fizikal dan mentalnya adalah  tergolong dari mereka yang ibu bapanya mengamalkan layanan serta kasih sayang yang seimbang .

Asas kekeluargaan yang kukuh dapat membantu anak anak mengseimbangkan antara dunia realiti dan fantasi. Mereka dapat membezakan yang mana baik dan sebaliknya.

Kalau kita lihat dunia maju sekarang ini, cabaran untuk  mendidik anak adalah satu tamparan hebat kepada ibu bapa muda yang masih baru kenal dunia kekeluargaan.

ILMU KEIBU BAPAAN adalakanya diwarisi dari orang terdahulu dan ada masanya perlu dicari dan dipelajari walau umum tahu bahawa ilmu tersebut tidak pernah termasuk dalam subjek khusus di  sekolah sekolah.

Kalau dapat luangkan masa membaca dan menyingkap kembali sirah Rasulullah saw dan menjadikannya contoh setiap sisi kehidupan termasuk dalam ilmu kekeluargaan rumah tangga. Maka itu adalah contoh terbaik yang perlu diamalkan.

Ilmu rumah tangga masih banyak perlu kita pelajari..



Bahagia kita boleh berjangkit kepada orang yang memerhati...


Ada sebahagian dari kita boleh menghabiskan waktu sehari penuh hanya untuk membaca, berfikir, mengarang atau menghafal , kalau ikutkan normal praktis sebenarnya perbuatan itu tidak bagus atau tidak sihat bagi mental seseorang , ... sebaiknya lakukanlah semua kegiatan itu sesuai mengikut keperluan saja dan yang lebih penting.

kita faham , ada orang tertentu....itu memang pekerjaannya ...hidup dan matinya hanya untuk itu...kalau tak 'miss soru' katanye.. .

Tapi bagaimana mendapat bahagia ? ...merasai bahagia ?.,  mesti ramai yang akan kata itu adalah subjektif dan tak dapat nak diberitahu serta fahamkan kepada orang lain secara terang dan nyata !

Solusinya..carilah kegiatan yang variasi kerana pergantungan daripada satu kegiatan ke kegiatan yang lain akan membuat jiwa akan menjadi lebih bersemangat .

Setiap orang yang punya fikiran waras akan sentiasa berusaha bagaimana untuk mendapatkan kebahagian melalui ilmu, harta atau kedudukan yang dimiliki. Orang yang paling bahagia di antara mereka adalah orang yang beriman kepada Allah swt kerana kebahagiannya tetap berterusan di setiap keadaan hingga dia bertemu dengan Penciptanya .

Salah satu bentuk kebahagiaan adalah hati yang terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang sangat serius contohnya seperti sifat ragu-ragu, mudah marah, berpaling daripada Allah swt, tidak yakin, tenggelam dalam perkara syubahat dan ikut hawa nafsu .

Anda nampak tersenyum pagi ini / hari ini..itulah kebahagian luaran  ; adakalanya bahagia itu boleh ditunjuk (bukan menunjuk2) dan ada juga masanya tidak perlu....insyaAllah bahagia kita boleh berjangkit kepada orang yang memerhati...

#beri mereka idea...








Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain..


Salam ;

...Manusia dengan berbagai karenah, kita juga manusia ...lantas hadapilah sesama kita dengan keadaan yang sesuai. Maklumkan apa yang tidak sengaja yang telah dilakukan , ketahuilah bahawa ini merupakan sunnatullah pada manusia dan kehidupan itu sendiri.

Jangan hidup dalam lingkungan idealisma sempit tetapi hidup hendaklah hidup dengan realiti kita sendiri. Kita tidak selayaknya mengharapkan kenikmatan dan kejayaan sebagaimana yang ada pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak mampu meraihnya. Oleh kerana itu, jadilah orang yang adil (mampu meletak sesuatu pada tempatnya).

Hidup bersederhana dan jauhi semua hidup berfoya-foya, pembaziran dan berlebih-lebihan sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

Ushakanlah selalu membaca zikir kepada Allah sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung kita. Di dalam zikir ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu kita menjadi lebih bermakna.

Aturkanlah semua kegiatan kita, jangan menghimpunkan pekerjaan untuk dikerjakan pada waktu yang sama. dan dalam waktu tertentu  luangkanlah beberapa waktu di antaranya untuk berehat agar hasil yang akan diperolehi akan lebih baik.

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita dari segi tubuh badan, rupa, harta, pekerjaan dan keluarga, semoga ada kesedaran dalam diri bahawa ...

# Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain.