Showing posts with label kehidupan bekeluarga. Show all posts

Aku ingin terbang ..


Dulu..
ingat nak jadi penjaga gawang gol ..goalkeeper !, tapi ketinggian tak mencukupi dan keding lak tuh..haha.

Dah dapat jadi pemain dalam kesebelasan utama masa sekolah rendah..kita jadi kapten pasukan sebab licik gelecek bola, jersi nombor 10 warna merah.

Naik sekolah menengah kita tak disenaraikan dalam pasukan utama sekolah wakil MSSM, kita keciwa lalu beralih arah kepada Sepak takraw. tinggal di asrama semua permainan jadi mahir, jarang ada kaki bangku kalau dia budak asrama.

Wakil Sekolah ke Daerah..kita jadi tekong dan sesekali tukar posisi jadi Killer. Kita ni memang jaguh libas masa tu rasa ringan badan macam terpaung je atas angin.

Masa kat Ipt lak..segalanya berkubur, bab sukan dah tak ambil kisah sangat, cuma sekadar berlari pusing padang polo saja setiap pagi hari minggu. hurmm .

Kini..
Dah lama tak terbang..akak dan adik ajak abah diorang ni buat aksi macam-macam ..huh semput nafas. Dah lama tak rasa best macam ni..



Lokasi : Gunung Jerai, Gurun Kedah Malaysia.




Gembirakan jiwa kita dengan mengingat kebaikan..


Seorang ayah sedang memerhati gelagat anak-anaknya,  menggunakan kesempatan waktu yang ada untuk bersama mereka, membahagiakan mereka...



Merapatkan silaturahim, mencari keserasian dalam membentuk kekeluarga yang harmoni bersama anak-anak saudara dan biras.

Yang jauh jarak pertemuan didekatkan, yang hampir lagi dihampiri begitulah seterusnya selagi hayat dikandung badan selagi itulah hubungan persaudaraan di dunia kekal sentiasa.

bersama abang long & kak long

singgah ke instagram pcl : @nazleeismail

Namun jauh meleset di sudut pandangan orang lain terhadap diri seseorang yang lainnya jika hanya bersandarkan kepada perasangka semata-mata ; tak kenal maka tak cinta..

Gembirakan jiwa kita dengan mengingat kebaikan, tenangkan hati dengan bertaubat dari semua keburukan yang pernah dilakukan..dan rangkulkan tangan yang putih bersih itu ke leher saudara sesama kita.

Gambar : Lokasi sekitar Pantai Morib, Selangor.


Hanis Nina Suka Bayi Lelaki..

Hanis dan Nina bukan tak suka lagi bayi atau kanak-kanak sejenis mereka , tapi macam dah biasa sangat ...asyik 'Bunga' saja mama jaga,  nak jugak 'Kumbang' seekor.

Dalam rumah kami cuma aku lelaki dan hero tunggal buat masa ni...lama dah hihi. Dulu pernah kata kat mamaD, jaga budak perempuan semuanya senang sikit nak kawal..tak la nanti begaduh dan bising rumah..

Haa tu dulu tapi sekarang macam teringin pulak ada budak lelaki ..






bila  , budak lelaki comel ni datang masa kami buat majlis suka-suka  BBQ depan rumah aku semalam..apa lagi kena rembatlah masuk dalam rumah, suka sangat la Nina dan Hanis gomol anak jiran, yang best tu Ammar tak kisah dan layan jer akak² dia .

tak lama lagi, ada la bayi lelaki pertama dijaga oleh mamaD selama kami di sini...boleh la geng dengan pcl nanti haha.



bayi lelaki yang bakal dijaga oleh mamaD nanti bukanlah Ammar..insyaAllah kalau jadi nanti, Arman Zharfan (adik kepada Afni Zhulaika).


Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak.


Makan tom yam thai beramai-ramai dengan anak isteri dan anak sedara, order 3 mangkuk share 5 orang makan. (meehoon tom yam 2, koewteow tom yam 1)

Kuah tom yam asli dari siam yang masam pedas sesedap rasa menggamit kami sekeluarga untuk makan lagi di sini.

Setiap kali ke Seri Kembangan mesti singgah South City Plaza semata-mata nak cari tom yam.
Ada sebuah gerai dalam plaza tu jual.. milik orang Siam asal . Halal .

Malam malam makan masam dan pedas boleh tahan pulak perut diaorang, ikutkan ajelah..dah selalu sangat ke kedai mamak, sesekali ubah angin pulak.


 

Suka tengok anak-anak menikmati makanan ikut selera mereka, Nina asyik bercerita pasal kawan dia.., sambil makan bergilir hirup kuah kami dengar apa Nina cakapkan.


Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak ; kalau boleh dipraktikkan selalu dalam usaha mencari sebuah keluarga bahagia..insya Allah.





p/s .. Aku bahagia cara sebegini..


Wanita atau gadis muslim berjubah memang nampak lebih anggun !




Nina ni ikut wajah sapa? , Mama dia kah?

Anak sulung  kami yang baik lemah lembut dan dengar kata, tak pernah tinggi suara...turut je apa abah mama dia cakap (alhamdulillah) .

Kenapa pula aku cakap pasal Nurhusnina? selalunya NurHanis Umairah jer.





Sebab Nina tak ada depan mata.., cuma 2 minggu sekali baru berjumpa, Dia dah semakin matang sekarang. Cara berpakaian, cara bergaul dengan orang dewasa memang menunjukkan dia sudah meningkat keremajaan kepada satu tahap.

Bila balik rumah selalu cakap pasal fesyen ni , fesyen tu..nak beli macam ni  dan macam itu...

MamaD rajin melayan anak-anak...maklum lah kaum sejenis, kalau aku layan senang jer. tanya pasal fesyen boleh... lagi senang pakai jer Jubah !

p/s : wanita atau gadis muslim berjubah memang nampak lebih anggun ! (90% lelaki bersetuju) :))

...suruh jugak Nina pakai jubah, kali ni tak nak pulak dia dengar..hurm. Tak selesa la ...macam makcik-makcik katanya  !! haha alasan.




Review masakan isteri ; Nasi Ayam Mama'D


Trend sekarang ambil foto makanan dari pandangan atas, pasti ada yang panjat berdiri atas kerusi untuk dapatkan capture yang menarik..

Review masakan isteri kali ni..ni menu makan tengahari kami tadi, mamaD masak lebih dari biasa sebab rumah kami ada tetamu.

emak mertua dan anak saudara bercuti di sini ikut kami masa balik dari Kedah itu hari.


menu Nasi Ayam mamaD nama diberi, set lengkap nasi ayam "chiken wings" memang menjadi kesukaan dan masakan favourite mamaD untuk kami sekeluarga.

Resipi asli turun temurun dari keluarga emak mertua pcl. Cerita pasal rasa makanan memang emak juara sebab dia suka explore masakan pelbagai citarasa dalam dan luar negeri.

selalunya bila emak sendiri yang makan masakan anaknya mesti ada komplen , kalau tak banyak sikit pasti ada komplennya. Tapi untuk kali ni terbaik dari mamaD.
°ayam diperap dan goreng sempurna kasih
°kuah cili, kicap memikat rasa sayang
°sup pati ayam enak rasa cinta
°sayur tauge rangup mesra bijan


Kalau pcl dan anak-anak memang lah selalu sangat puji.. ikhlas.


Keluarga kena jaga hati mereka..

kalau semalam pcl dan keluarga berada di Perak, kampung halaman pcl tapi hari ni..tapi hari ni dah berada di Sungai Petani..

macamni lah kalau sudah hidup berkeluarga..keluarga sendiri dan keluarga mertua sama² kena jaga hati, untung kami dua² belah utara.






..usai makan beramai dan berkemas, satu per satu adik beradik angkat kaki..termasuklah pcl,
nak balik Sp.

Bila sampai di Sp..
memancing salah satu aktiviti kami, lepas sarapan terus tak lepas peluang..kesian pada mak mertua sebab dia #kakipancing.






"awai tak kalut"


gambar hiasan :) ..follow  
dah habis waktu kerja baru boleh nak bersantai santai, jam 5 lebih baru nak keluar ofis kira ni awal jugak , selalu pcl pukul 6 baru nak balik...

Antara keluarga dan kerjaya, mana lebih utama?

Antara semuanya mana nak di dahulukan selain menunaikan kewajiban kepada Tuhan?

setiap dari kita ada jawapannya.
ada di antara kita , setelah hilang segalanya baru nak ingat Allah, baru nak ingat keluarga dan baru sedar bertapa resahnya kehidupan tanpa petunjuk redhaNya.

entri ni sengaja pcl tulis untuk mengigatkan diri sendiri apabila kita sering berada dalam kekalutan, apa yang berada dalam ingatan dan fikiran?

pcl suka akan kata kata yang sering digunakan dalam rakan grup whatsaap sekolah kami..

.. "awai tak kalut" (kalau awal tak akan kalut/kalangkabut).

p/s : kena ada perancangan awal, terutama dalam mencorak kehidupan.



Carik-carik bulu ayam itu aku faham !



Hanis & Nina


alhamdulillah depa dua beradik nih tak pernah bergaduh, mungkin sebab 2 minggu sekali baru jumpa..rasa ada rindu-rindu gitu haha. mungkin juga depa nih sama jeneh senang masuk kepala bila nak sembang apa..

aku tak tau pulak situasi kalau ada anak leaki dan perempuan agak sebaya usia, mungkin kadang boleh jadi kawan atau sebaliknya.

anda ada pengalaman bergaduh adik beradik kandung??

"carik-carik bulu ayam itu aku faham" ..tapi , sebagai ibu bapa camana nak hadap semua tu *(macam anjing dengan kucing) ?

#cuba selami keluarga yang hingar bingar


Nak gi mana tu?

nazleeismail


Susah payah nak dapat gambar bersama dalam keadaan memasing mempamirkan gigi bak dalam tv 'iklan colgate' terutamanya mamaD tu. Saat keseronokan sebegini memang patut dirakam..Gambar banyak tersimpan dalam memori handphone tapi selalunya tak kekal lama...habis dipadamnya.

Antara kami berempat, hanya mamaD seorang yang tak suka bergambar tapi kekadang tu terikut jugak. Anak-anak paksa..,dan aku pun suka memaksa ambik gambar famili.

Bila dah dapat..Kena cecepatlah simpan di tempat lain, biasanya aku akan abadikan dalam blog dan terbaru dalam instagram.

Takda salahnya kan, Apa kata anda?

# cuti-cuti gi makan angin lah..




Empat perkara yang mendatangkan bahagia.


Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu, sumber bacaan yang bermanfaat, anak-anak yang baik, isteri yang penyayang dan teman bergaul yang soleh.

Cukup Allah sebagai pengganti semuanya ( jika tidak mempunyai keempat perkara itu) ; Dekatkan diri kepadaNya.

Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat muda dan ilmu selalu dicari oleh orang berakal tetapi tak ramai yang mampu mengumpulkan seluruhnya.

Hati yang selalu gembira dapat membunuh baktiria kemarahan, jiwa yang redha dapat mengusir serangga kebencian.

Berusahalah untuk menjadi manusia yang hidup dalam kebahagiaan.


Kelab Blogger Ben Ashaari




Bila susah baru nak ingat cari sejadah !


Puan Z berasal dari Pahang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli perniagaan, perkahwinan mereka pada mulanya amat bahagia. Mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Puan Z bersyukur kerana mereka dikurniakan dengan harta yang berlimpah ruah, di samping suami yang sangat menyintainya dan punya zuriat yang comel.

Ini menjadikan rumahtangga Puan Z, 33 tahun bertambah serinya. Tetapi memang menjadi lumrah manusia bila mereka hidup dalam kesusahan, keinsafan selalu menempati diri mereka tetapi apabila mereka  berada dalam kemewahan selalu hilang pedoman sampai lupa daratan.

"Sejak perniagaanya bertambah maju, suami saya mula ramai kenalan. Dia bercampur dengan semua golongang berbagai latar belakang, tempat perjudian dan maksiat menjadi tempat kunjungan biasa bagi suami saya"

Berikutan  perangai suaminya yang semacam tu, perniagaan mulai merosot hinggalah mereka jadi muflis. Segala harta yang ada terpaksa dilelong untuk membayar hutang yang berkepuk.

Hidup tanpa berkat dan keredhaan Allah swt keluaga Puan Z diduga.

"Kerana itu kami mula merasa kepahitan hidup, perbelanjaan harian selalu saja tak dapat dipenuhi oleh suami. Oleh kerana tekanan keadaan dan perasaan, kami sering bergaduh".

Dulunya suami seorang yang lemah lembut dan pengasih tetapi sejak kemerosotan perniagaan, Puan Z kini jadi sasaran melepaskan geram dan sering juga dipukul hingga menimbulkan kesan pada badannya.

Puan Z tidak tahan tersiksa lalu mengadu di pejabat kadi untuk mendapatkan nasihat. Namun dalam kegundahan itu suaminya sangat berang dan memarahi Puan Z.

 "...dia telah menceraikan saya talak tiga" Puan Z menjelaskan dengan sedih.

Memang amat menyedihkan bila berlaku demikian ~ Apabila manusia lupa daratan maka hilanglah pertimbangan tanpa memikir risiko yang akan dihadapi.



Kelab Blogger Ben Ashaari




Kesungguhan ada boleh buat suami bangga.


Bab makan aku aku tak memilih, apa yang ibu kita pernah masak bagi makan dulu itulah yang menjadi kegemaran sampai umur ke tua ni.

Mana nak dapat kalau cari menu masakan kampung kalau bukan di kampung atau suruh isteri masak macam mana ibu kita masak.

Jadi isteri yang memahami selera suami dan keluarganya, dia kena bijak  tackle tentang makanan.

Masakan tu kalau rasa tak sehebat masakan ibu sekalipun, kesungguhan tu ada. Boleh buat suami bangga.


Ikan sepat masak cili


Puji isteri selalu ~ jangan hanya pandai mengeji. Tak bagus macam tu.

Kelab Blogger Ben Ashaari




Apa saja lah, seronok apa kalau saling membantu..

#edit

Aku di pejabat belum tentu buat kerja pejabat sepenuhnya, adakalanya bersantai dulu depan pc , rileks dan sambung buat kerja smula.

Bila nak banding dengan orang yang berada di rumah tu, dorang kerja jugak!
Kerjanya berterusan ~ kesian kan?

Itulah, kita suami isteri dan anak-anak . Kalau ada peluang nak wujudkan suasana saling membantu ; Inilah masa jangan lepaskan peluang yang ada, manfaatkan cuti / cuti minggu Sabtu Ahad sebaiknya.

Bantu buat deco deco ke..hurm,
tolong gantung frame hiasan ke.. hurm.

Tolong basuh pinggan ke..
Bantu sidai/ kutip baju di ampaian ke..

Apa saja lah, seronok apa kalau saling membantu. ~ bantu drill lubang dinding jer pon boleh haha.


Deko ~ banyak jugak lubang kena drill.

Dekorasi terkini mamaD ~ topi bendang.

~ Sempatkan masa balik lunch tadi..buat kerja drilling tolong mamaD dengan dekorasi terkininya.


Kelab Blogger Ben Ashaari




Masing-masing ada cara untuk cipta bahagia.


Tadi pagi lepas sarapan dengan mamaD, terus singgah pasar tani depan MDKL , Majlis Daerah Kuala Langat beli ulam dan barangan dapur.

Sayur, ulaman masih lagi harga seringgit seikat berbanding pasar besar Rm2.
Kitaorang bukan beli banyak untuk buat stock, selalunya kalau nak beli banyak harus ke econsave . Tadi tu awal lagi , pasaraya tu belum bukak lagi.

Untuk Birthday Girl, aku masuk dapur sepenuhnya hari ni buat menu makan tengahari . Sesekali ke ruang tamu tanyakan mem apa nak buat dan cara nak sediakan bahan masak.

Orang lelaki terutamanya yang sudah menjadi suami perlu belajar memasak juga, jangan selalu guna kuasa veto memerintah nak makan sedap aje. Ini lah masanya, ikhlaskan diri , offer untuk masak di hari tertentu contohnya sambutan hari lahir.

Apa salahnya kita buat sesekali di luar bidang kebiasaan kita. Kalau sudah memang cekap masak dan selalu masak untuk keluarga, cuba sesuatu yang berlainan ; masing- masing ada cara tersendiri untuk mencipta bahagia yang diidamkan.

Ikan cencaru belah belakang sumbat dengan sambal, kangkung goreng belacan, telur dadar dan ulam daun selom berjaya disiap dan hidangkan.

Amalkan jimat cermat selagi boleh beringat, kadang tersasar jugak. Aku bila pegang sesuatu barang nak beli selalu letak balik, tak jadi ! Ye lah anak-anak dah besar , belanja sekolah dorang , makan pakai dorang lagi. Itulah kita ibu bapa kena beralah banyak bila sudah sampai masa, keperluan keluarga lebih utama dari kehendak sendiri.

Tak kiralah suami atau isteri, perlu ada kerjasama dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Bukan masanya lagi nak mengharap orang tua  di kampung untuk tarbiah kita.

Sesekali tu bolehla sekadar minta nasihat dan pandangan mereka.

Okay aku tayang menu masakan yang dah siap terhidang ; simple lebih kurang saja.





#ciptabahagia





Minta kebenaran tapi dah minta tak dapat pulak !


Hanis pujuk mama, minta kebenaran nak pi main bowling dengan kawan-kawan sekelasnya.

Hanis belajar dalam tingkatan 1, tengok saiz tangan nak angkat bola bowling pon tak larat kata mama. Inikan pulak nak bermain.

Alasan Hanis nak keluar lebih kepada hendak bersuka-suka menghilangkan rasa bosan di rumah , keluar bermain sesama kawan perempuan saja kata mama.

Nampak gaya mama macam tak benarkan Hanis keluar Sabtu ni.

Masa makan malam tadi, mama suarakan perkara tersebut.

Tapi aku ada keputusan sendiri.

Kalau anda pulak, macam mana anda membuat keputusan ? Perhatikan sesiapa yang dekat dengan anda atau anda sendiri punya keputusan.

Benarkan anak gadis anda keluar atau sebaliknya?

atau kongsi pengalaman 'makan hati' ke?? hurmm

#Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja teruknya.







Sifat Pendiam atau Ceria yang anda cari?

...yang pendiam itu tak semestinya bersifat pemalu, dan orang yang ceria itu pula tak semestinya tak tahu malu ..kan !

Sifat pendiam disusuli dengan sifat pemalu...ini yang selalu kita anggapkan, terjadi kepada ramai orang malahan dalam perhubungan sosial juga. Bagusnya pamalu itu adalah suatu sifat terpuji Rasulullah saw.

Jika pemalu berserta pendiam memang mengkekokkan keadaan, tak boleh nak buat apa... Siapa nak mula bicara , topik apa yang nak dibicarakan...antara yang bukan mahram itu sudah semestinya ada sifat malu ; jangan 'malu-malu miow' sudah la...

Hilang sifat malu dalam diri seseorang itu menggambarkan ketipisan imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang. Sifat malu adalah sebahagian dari enam puluh cabang iman dan malu pula terdiri dua jenis. Malu nak buat baik (melanggar perintah Allah dan RasulNya) dan satu lagi malu nak buat kepada kebaikan (mengikut perintah Allah dan RasulNya).

* 60 cabang tu, aku pernah baca tentang riwayat Abu Hurairah r.a...

okay..dah terlajak cerita bab malu pulak...hurmm, sebenarnya aku nak cerita pasal lain..."Sifat Pendiam atau Ceria.."

eksaited sangat nak kupas bab pemalu kerana aku kadangnya macam tu jugak, sifat malu sukar nak dikikis..bajet baik hah !  *abaikan.

Aku lebih fokuskan perhubungan dalam rumah tangga, bila sudah berkeluarga perkara ini perlu diambil kira...
kalau di luar rumah sudah sejak azali lagi pendiam orangnya, cubalah bina keceriaan dalam perhubungan dengan pasangan...dengan anak-anak.

Tak adil rasanya bila di luar rumah dengan kawan-kawan ceria yang amat, balik rumah murung dan tensi...
Rumah kediaman kita umpama syurga kehidupan dunia, penat lelah..kusut bab kerja...balik ke rumah segalanya hilang dengan suasana yang kita bina bersama...wujudkan suasan dengan kerjasama.

Cubalah cari bahagia, tak cari mungkin tak merasa lah...mungkin. ; antara dia dan diri kita mungkin ada persamaannya. Gunakan persamaan itu, ketepikan perbezaan yang menjahanamkan...bak kata bidalan ; hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya .

Hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik…di situ sudah menampakkan penilaiannya…di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik… dan begitulah sebaliknya.

Berkata Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..”

pss... yang bersederhana dalam segala hal itu adalah sebaiknya dalam perhubungan dan asas agama sebagai panduan . wallhua'lam.







Entri menarik di blog anda ? ; jemput la saya singgah...


Salam dan Selamat hari raya aidil fitri...

ada cerita terkini di blog anda ?...meh aku aku nak komen, buat macam ni lagi best kot ..blogwalking kekadang tak sampai..ikut mana dan saja ..

nak mula ..., nak bagi panas enjin...sesambil buat kerja opis yang tertangguh... *memang tak jadi kerja..

linkkan blog anda ke sini, insya Allah saya akan sampai...

#cerita raya..
#cerita kekeluargaan

dua perkara buat masa sekarang pcl nak baca...

bubuh link blog anda kat ruang komen atau komen saja apa apa..nanti saya sampai laa...

#moment indah masa sebelum nak tinggalkan kampung halaman , balik ke Banting ...cari rezeki..cari makan keluarga..

#share dengan pembaca blog ni..bukan senang, dan bukan selalu dapat begini...








Keharmonian dipupuk ; perbetulkan keluarga sendiri .

Dalam abad ini, kemajuan sains dan teknologi menjadi tunggak sesebuah negara. Kecintaan kepada material seolah olah sudah merangkum kehidupan yang unik dan serba mencabar. Kerana kemajuan yang semakin pesat menjadikan setiap kita semakin ghairah mengejar kebendaan, menuju ke satu pencarian yang tidak ada batas sempadannya.

Kecintaan kepada material menjadikan kita lupa bahawa cinta hakiki kepada Tuhan Pencipta, kepada diri sendiri dan kepada keluarga akan semakin tipis dari hari ke hari.

Peperangan yang menggila, permusuhan sesama saudara, pencemaran udara global, perkahwin tanpa nikah, hubungan seks sesame jenis sepertinya sudah membelakangkan fitrah manusia sejagat. Fitrah yang sebenarnya bagi insan di dunia ini adalah bersifat mengasihi, menyintai sesama insan secara rasional tanpa pengaruh luar yang kotor dan membinasakan.

Tanpa kawalan dan tanggungjawab yang berat semuanya akan menjadi melarat, maka tanggunjawab ini terletak pada kita semua, kita harus meneliti dan mengkaji dari semua sudut untuk kesejahteraan bersama.



Ibu bapa mengeluh mengapa anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Melarikan diri dari rumah, merokok, menagih dadah, melacur, melawan cakap orang tua malah yang lebih sinis di masa ini ialah….menganggap ibu bapa mereka lebih kolot , tak sporting langsung !. ~ nauzubillah.

Ketika inilah setiap ibu bapa harus dan mesti menoleh ke belakang untuk mencari sebab di mana silapnya, di mana punca segalanya. Apa yang harus direnungkan sekarang adalah gejala pengaruh luaran yang begitu menusap ganas datang dari pelbagai arah …dahulunya negara barat dan kini tidak kira lagi arahnya semuanya berpengaruh begitu bebas berleluasa.

Pelbagai peringkat umur sama ada berpelajaran rendah atau tinggi, bekerja atau menganggur, apa lagi golongan yang jahil, … semuanya berkapasiti tinggi untuk dipengaruhi. Moral dan akhlak tidak punya erti apa apa, tanpa usaha penekanan yang gigih dan memeliharanya maka kita akan sedikit demi sedikit merobohkan kubu kehancuran bangsa kita sendiri.

Pendidikan agama dan akhlak mulia tidak boleh dianggap mudah, terutama di masa kesemua kita sedang sibuk mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup yang lebih bergantung kepada kebendaan.

Sebelum semuanya menjadi suatu yang merugikan, kita harus meneliti dari segala segi terutamanya keluarga kita sendiri. Keharmonian dipupuk bermula dari rumah..kita perbetulkan keluarga kita sendiri.

Seseorang itu tidak kelihatan bahagia jika anak-anaknya derhaka dan rumah tangganya kucar kacir , tidak ada gunanya menyalahkan orang lain , kita perlu meneliti dari mana punca segalanya.

#...Tidak ada dalam kamus kebahagiaan kecuali satu kata iaitu REDHA dengan ketentuannya.





Abang makan sikit je Yang !

Owh lupa ni hari Rabu.. Hari tanpa kata, tapi aku tak biasa nak jugak berkata-kata dalam blog..

Dah tau orang rumah aku memang tak miss masak makan tengahari dan aku juga tak pernah miss makan sekali..

tapi hat kat opis ni pun kena makan jugak, rezeki jangan ditolak... hati kawan kena jaga ; Yang kat rumah tu semestinya...

#makan dengan kuantiti sikit tapi kerap..okay ingat tu !




~Setiap orangyang berfikiran akan  berusaha bagaimana caranya untuk mendapatka kebahagiaan melalui ilmu, harta atau kedudukan yang dimilikinya. Orang yang paling bahagia di antara mereka adalah orang yang beriman kerana kebahagiaanya tetap berterusan di setiap keadaan sehingga dia bertemu dengan Tuhan Rabbal 'alamin.