Showing posts with label kehidupan bekeluarga. Show all posts

Berlaku Adil Terhadap Anak-Anak. .

Terdapat segelintir ibu bapa yang sengaja memberikan layanan istimewa kepada sebahagian anaknya dengan diberikan berbagai macam pemberian sedangkan yang lain tidak sedemikian.Suatu perbuatan yang kadang kita sebagai ibu bapa tanpa sedari telah mengguris hati anak-anak yang lain.

Menurut pendapat yang kuat, perbuatan seperti itu adalah haram hukumnya berlaku dalam keluarga Islam jika tiada alasan yang mengharuskannya.

Jika ibubapa memberikan anaknya sesuatu berupa ganjaran dengan sebab yang dibenarkan syarak maka hendaklah Ia berniat juga jika anaknya yang lain dalam keadaan yang sama, Ia akan memberinya pula.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah: 8 ;
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah"

Alangkah bahagianya bila melihat anak-anak mebesar dengan sempurna, syukur alhamdulillah ...syukur ..syukur ni'mat kepadaNya yang memberi rahmat.

Bila cuti sekolah,  semua anak-anak ada di rumah..; rumah makin ceria bila kakak nina ada... hanis suka sangat nampaknya. Hanis... bila dengan kakak nina,  dia lebih aktif...lebih banyak bercakap dari biasa.

# bila adik dapat ganjaran,  akak nak jugak. ..sebaliknya kalau akak dapat pulak si adik tetap berkeras nak jugak-jugak.. Pening kepala abah dan mama melayan kamu..
(dalam hal ini kamu masih beruntung sebab kamu punya 2 beradik saja)






Bab Rumah tangga ; Suami Pendiam ?

Suami ; yang dikenali oleh isterinya sebelum atau mula-mula berkahwin adalah seorang yang banyak bercakap dan sentiasa ceria.

Senario suami menjadi pendiam dalam rumahtangga dan berubah watak menjadi sebaliknya apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya asalkan rumah tangga tidak berantakan.. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan. *kalau dah macam tunggul ...suasana makin sugul.

Kenapa Suami Pendiam?

Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. *mengaju soalan...lagaknya seperti seorang Pegawai Penyiasat Polis.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan itu sudah cukup betul , tetapi hakikatnya...Tidak . *kurang betul !

Untuk ‘protes’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru dalam perhubungan, suami memilih jalan untuk besikap mendiamkan diri. *lagi bercakap banyak lagi isterinya bising.. 

Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu ; Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ini cuma alasan bila dah bosan.., kalau diikutkan pasangan yang bahagia dengan perkongsian hidup bersama isterinya tidak pernah ada perasaan bosan ...ada-ada saja topik yang perlu dibincangkan bersama. semakin hari semakin banyak, bukannya semakin berkurangan.

Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada modal lagi untuk dijadikan bahan perbualan...*hah macam tak logik pulak kalau diberi alasan sebegini...kan !

Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumahtangga menjadi hambar, tetapi turut mengundang sehingga berlaku perceraian.

Dari awal lagi di entri yang lalu...Tolenransi antara pasangan harus ada. Wujudkan suasana  rumah kita syurga kita , ceriakan keadaan... luangkan masa bersama. Sebagai pasangan yang perihatin.. buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan suasan muram di rumah.

#Kalau dah bosan suasana dirumah...keluarlah sesekali berduaan, cari jalan penyelesaian segera. jangan sampai dah lapuk baru nak ungkit perkara lama . Berdoa dan mohonlah kepadaNya.

#Jika suami pendiam sejak azali lagi...maka tugas isterilah  menceriakan suasana untuk menambah rasa bahagia ~ Semoga ada jalannya..insyaAllah.

nak tanya pembaca  di sini.... Adakah teman hidup yang pendiam itu membosankan ?







[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka.~ SUPER ISTERI



Bab Rumah tangga ; Berkata benar dengan isteri ...


Salam , jumpa lagi tahun baru 2014

...penat rasa bila kesana dan kemari dengan kerja pejabat lagi demi menguruskan keluarga juga anak-anak di hari pertama persekolahan mereka.

#walau penat namun hati puas sebab semuanya beres dengan sukses, alhamdulillah.

Bab rumahtangga kembali lagi...kali ni berkenaan sikap benar iaitu berkata benar dengan isteri.
Seorang suami harus mengamalkan sikap benar iaitu jangan berbohong kepada sesiapa jua pun. Jika seseorang suami benar-benar mengkehendaki kerukunan dan kedamaian dalam rumahtangga seharusnya ia sentiasa jujur dan berkata benar kepada isterinya.

Selalunya , ramai orang yang pandang remeh dengan perkara kecil  melibatkan hati dan perasaan wanita khususnya dalam kehidupan berumahtangga , perkara sebegini hendaklah diambil serius.

Kejujuran dan kebenaran itu adalah amalan yang baik untuk menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Jika sekali membohongi isteri dan sekali  'kantol' ...maka, jika ia bercakap benar sekali pun selepas itu pasti ada keraguan di hati isterinya untuk mempercayai. Rasa kurang percaya atau curiga isteri terhadap suaminya , lama kelamaan akan mengundang rasa tidak hormat dan kerukunan rumahtangga tidak harmoni lagi.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga" ...

hendak berkata benar selalu, hendak jujur sentiasa memang susah tapi cubalah..walaupun  kita sedia maklum yang semua orang tidak sempurna dalam menempuhi kehidupannya.

ada juga ketikanya Jujur itu menyakitkan.. saya pernah tulis di sini ; Kejujuran Yang Menyakiti


#Jika ingin mengekalkan kebahagian rumahtangga , elakkan sikap yang tidak jujur terhadap isteri kerana berbohong itu banyak mudarat dari manfaatnya.



[KONTROVERSI] Jangan salahkan suami jika dia ada skandal?



Bab Rumah tangga ; Cinta Menyintai dan Bertimbang rasa.


Cinta sesama manusia memang dituntut dalam semua peringkat agama terutamnya dalam Islam. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT dari semulajadinya sifat cinta dan perasaan kasih dan sayang. Tidak seorang manusia pun yang tidak tertanam dalam perasaannya rasa cinta dan kasih sayang, malah semua dari kita mempunya sifat-sifat tersebut.

Seorang mausia yang tiada perasaan cinta dan kasih sayang sama sepertinya mereka itu tidak punya nafsu dan keinginan. Dari mana datangnya cinta..dari mata turun ke hati , dari nafsu dan keinginan menimbulkan sifat cinta dan kasih sayang.

Dalam perhubungan rumahtangga, sewajarnya suami isteri ada sifat-sifat tersebut...mesra dan bertambah kemesraan dari hari ke hari .

Kesejahteraan sesebuah rumahtangga adalah bergantung kepada sikap timbang rasa antara suami isteri. Tapi banyak terdapat masa kini, suami yang menganggap isterinya sebagai orang suruhan, ikut segala perintah dan kemahuannya tanpa memikir masalah yang dihadapi oleh isterinya yang lemah , ..yang memerlukan perhatian dan timbang rasa yang sepatutnya dari seorang suami. ; *jadilah suami yang baik.

Yang lebih kejam.., ada suami yang suka menganggap bahawa isterinya itu adalah insan yang patut menguruskan rumahtangga dan anak-anak semata-mata dari subuh sampai ke malam tanpa sedikit memikirkan bahawa isteri juga perlu waktu dan ruang untuk berehat seketika. *sesekali bawalah mereka melancong ke mana-mana. paling lekeh pon bawalah sesekali keluar makan ...lain dari persekitaran biasa.

#cari kebahagian dan nikmatinya bersama-sama. ~ Isteri Hebat Rumahtangga Selamat

Sebagai suami yang bertimbang rasa perlu memikir bahawa seorang isteri itu adalah seorang wanita yang perlu dihormati dengan rasa kasih dan sayang beserta rasa tanggungjawab. Memikirkan juga tentang masalah kesihatannya, membantu kerja-kerja yang berat di rumah agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh seorang isteri itu. *suami order makanan itu sudah pasti tapi kalau masak bersama ...tolong tengok pon jadilah...alangkah indahnya dia rasa.

Dari itu, insyaAllah akan timbul rasa tanggungjawab dan dengan sikap yang ditonjolkan oleh suami itu akan menambahkan rasa kasih dan sayang serta kecintaan seorang isteri kepada suaminya.

~ sekadar berkongsi apa yang saya nampak dan lalui.. , sentiasa mendoakan kebahagian anda semua.







Bab Rumah tangga ; Tindakan suami jika isteri tidak taat..


Salam petang, lepas kerja baru best sembang santai pasal kekeluargaan..

alhamdulillah, nampaknya makin dapat sambutan bila entri 'bab rumahtangga' ni dipublishkan di sini. Saya sejujurnya suka berkongsi dan bukan untuk mengajar , ..ni semua melalui pengalaman sendiri maupon melalui pembacaan... dan sebaiknya jika mahu mendapatkan contoh terbaik adalah dari junjungan besar kita Rasulullah SAW.

Tindakan Suami jika isteri tidak taat ;

Wanita yang baik akan menjauhkan diri daripada fitnah ketika ia ditinggalkan oleh suaminya. jika seorang isteri itu pandai menjaga dirinya maka Allah akan melindungi dia dari segala macam fitnah.,

*selingan sikit ye..mamaD kat rumah tu memang jarang sekali ditinggalkan..., kerja saya sebagai penjawat awam selalunya memang tak lari dari kena hadir kursus..., untung bajet kerajaan dikurangkan..jadi tak ada lah kursus yang jauh , yang perlu bermalam di hotel dan sebagainya... "sayang isteri jangan la ditinggalkan.." ~ kata mamaD.

Jika suami merasai isterinya tak taat lagi.., maksudnya segala ajaran dan tunjuk ajar yang baik tidak mahu dituruti., nasihat dan nasihat lagi jangan pernah jemu untuk memberikan nasihat yang baik-baik. Tetapi jika nasihat demi nasihat pon 'tak jalan' jugak, (1); seseorang suami boleh menjauhi isterinya dari tempat tidur (meniduri isterinya) , dah tentu isteri akan kesepian en..en...

Kalau dengan cara tu pon 'tak lut' ..tak ada perubahan malah lebih suka., (2); Maka Islam membolehkan suami memukul si isteri itu. Cara pukul pon kena fahami jugak...pukul seringan-ringannya jangan sampai menyakiti dan meninggalkan kesan lebam. (gempak jer..) , jangan ikut nafsu memuaskan kemarahan tetapi adalah untuk memperbaiki isteri yang dah buat silap tu..

Seorang suami telah menjalankan tugas dan tanggunjawabnya dengan cara yang dituntut oleh agama sepertimana dikehendaki Allah SWT . Dan jika terus gagal menasihatai/menegur isteri maka hendaklah ia berdoa memohon supaya diberikan hidayah semoga  menjadi seorang yang berjiwa mukminah. mudah-mudahan dia menginsafi kesalahannya dan meminta maaf..

masa ni lah kena banya bersabar..., jangan bertindak di luar batasan sehingga berpisah sebelum waktunya.

wallhu'alam.











Kepakaran dalam memujuk ?


Hubungan suami isteri tidak akan lari daripada perselisihan terutama dalam proses mendapatkan kebahagian, membina kemesraan dan mencari cinta, bagaikan gigi dah lidah adakalanya tergigit juga.

... jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang memujuk....pujuk pasangan  anda!.

Gunakan segala kepakaran yang ada pada diri anda ketika ini. Pasti dia  akan “cair” dengan anda, insyaAllah.

gambar sekadar hiasan, google.

Apakah kepakaran anda dalam memujuk... boleh berkongsi ?

tapi sebelum berbuat sesuatu kenalah tahu kenapa merajuk ?

Tapi sapa suruh buat cmtu...erk! tak perasan ye.....,kalau baru kawen tu mungkin la...yg dah lama ni ..tak kan tak paham2 perangai pasangan masing2....emmh memang patut la membuatkan dia merajuk...ada lagi, nak tau ?

.. merajuk ni selalunya pada si isteri atau pon kekasih hati je...tapi harus diingat, suami juga ada perasaan.Meskipun kekadang tu dianggap perkara kecil, tapi jika dibiarkan ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan lagi....huh! dasyatnya bila lelaki sesekali merajuk.

...dan kalau saya dengan mamaD, ..biasnya lah..


Sebenarnya aku pun merajuk juga..sebab tu lah jadi macam nie..selalunya aku yang pujuk tapi sekarang nie yang memujuk pun merajuk nak buat macam mana nie... sebelum amik kakak n adik balik dari sekolah aku ...






Kerana itu, kita berbeza supaya saling menyayangi...

Assalamualaikum wbt..

Suami dan Isteri..

Akuilah kita memang ada kalanya berbeza pendapat dengan pasangan masing-masing. kalau tak banyak , sedikit pesti ada .

Jangan di sebabkan perbezaan pada cara berkasih dan sayang antara suami dengan isteri, maka akan timbul krisis rumah tangga berpanjangan.

Setiap perkara boleh dibincangkan ...suami fahami isteri dan sebaliknya juga begitu..

Wahai suami, walaupun kuasa mutlak di tanganmu, maka kenalah bijak membuat pertimbangan tentang apa yang dikatakan perbezaan itu...



mau tahu kenapa...?




mau tahuuu...? 


..JAMA'AAaaaaH...oOO JAMA'AH..!!



:)) pak ustad Maulana


Kerana kita berbeza supaya kita lebih berkasih sayang..itu yang diimpikan bagi setiap pasangan hidup. Perbezaan bukan untuk bermusuhan, sebaliknya adalah untuk saling membantu menambah yang mana kurang dan megeratkan kasih sayang. 

 "Engkau isteri yang ku sanjungi Lambang semangat cinta duniaaa....."





p/s :  esok kami ke PD yeah ! 








Keluarga moden tradisional

... ramai orang menyangka kebahagian sesebuah keluarga itu hanya melihat kepada luaran seseorang yang dirujuk yang mana terlihat sahaja..atau dipertontonkan untuk bersama-sama merasakan apa yang telah dan sedang berlaku dalam kehidupan seseorang itu..

Sebenarnya kebahagiaan rumah tangga juga tidak dilihat kepada setinggi mana ilmu seseorang dari sudut akademik mahupun ilmu agama, atau sebanyak mana masa dan wang diperuntukkan untuk keluarga.

Setiap keluarga ada cara sendiri untuk merencana bahagia mereka. Perencanaan yang lebih kepada konsep keluarga moden iaitu pada asasnya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak dan jarang melibatkan keluarga besar kedua-dua belah pihak.


Perencanaan yang masih mengekalkan konsep tradisional, yang mana ahli keluarga biasanya lebih besar kerana termasuk saudara mara sebelah suami dan isteri yang tinggal bersama atau berdekatan. Jika berdasarkan keluarga tradisional, keluarga akan dipimpin oleh datuk yang berpengalaman berbanding keluarga asas dipimpin bapa masih muda serta kurang pengalaman.

Zaman kita, semuanya kalau boleh mahu berdikari atas alasan tidak mahu bergantung harap dengan orang tua.. dan kalau boleh semua nak selesai sendiri jika ada sebarang masalah..

tetapi kehidupan terlampau mengikut arus semasa sehingga hilang pedoman., tidak salah mengikut arus kemodenan jika kena gayanya,  ia tidak bermaksud perlu mengubah semua perkara sehingga mengenepikan hukum syarak.

wujudkan keluarga moden tapi masih mengamalkan prinsip keluarga tradisional iaitu saling menasihati dan mengambil berat sesama keluarga serta jiran terdekat.

#Keluarga akan bahagian apabila semua ahlinya memenuhi tanggungjawab masing-masing , saling menghormati selain bekerjasama menguruskan keluarga dan masyarakat sekeliling berdasarkan syariat Islam tanpa mengenepikan keperluan mengikuti perkembangan semasa.

#keluarga anda bagaimana ? ..dan bagaimana yang diinginkan ?






Emmmm patut la suami tak nak ikut!


...rentetann dari entri semalam..

Afni Zulaikha... tak mau ikut mama kandung dia (mama fara) balik lepas main bowling .

Laikha memang macam tu bila ada akak nina, akak hanis. ...kekadang kesian tengok mama fara..terasa hati bila anak sendiri akrab dengan keluarga kami. ..ye lah, dia membesar dengan mamaD.

pujuk jugak..dah puas tapi takleh nak paksa...budak mana tau nak jaga perasaan orang lain. .. dengan izin mama dia kami bawa laikha jalan2 ke Giant..

budak kalau dia buat perangai selalunya dia mengantuk,  lapar atau tak selesa.. hehe pandai plak aku cakap macam ni...haruslah kan.

belum sampai,  dalam kereta dia tertido..letih sangat lah tu., dari bahu mamaD. ..betukar ke bahu aku bergilir..kesian nak kejutkan.

akak nina nak beli kasut sebab dia kehilangan kasut masa di asrama... haha,  aku ingat lelaki jer over nakal..curi kasut dan hartabenda kawan sebilik.. perempuan pon sama huh dasyatlah!

... dah lenguh bahu dan pinggang.., aku terpaksa letakkan laikha atas kerusi lembut yg terdapat dalam kedai kasut sambil mamaD menemankan nina pilih kasut.

biasanya situasi sebeginilah kalau suami menemani anak isteri shopping...jadi pemerhati dari jauh sambil memangku anak kecil atau duduk di suatu sudut. .. Jaga Troli. .huhu!

sebenarnya ini perkara biasa bukan untuk dijadikan alasan atau seumpamanya  kenapa suami tidak atau jarang bersama sama keluarga ketika cuti hujung minggu di Shopping Mall dan sebagainya. ..

Published with Blogger-droid v2.0.10