Showing posts with label kehidupan duniawi. Show all posts

Sukses Bab Cari Duit Tapi Hancus Bab Hubungan Kekeluargaan...


Bagaimana perasaan hati bila mendapat khabar tentang saudara sedang sakit di kejauhan?
Mesti ada perasaan nak sangat berjumpa, rmesti la kan...lagi-lagi  oarng yang sedang sakit itu adalah suadara terdekat.

Sebahagian keluarga mungkin ada masalah kewangan. Banyak perkara kalau sebab hal peribadi kita tak cerita mungkin orang tak tahu. Balik kampung atau bertandang dari satu destinasi ke suatu destinasi yang jauh jaraknya memang perlukan perbelanjaan banyak.

Ada ke orang lain fikir macam tu?   ..Tapi gini la senang cakap,  kita kena ada rasa tanggung jawab sebagai ahli keluarga, mengambil berat dan perihatin semampu yang kita boleh walau apa cara sekali pun.
Demi menjaga keharmonian dan silaturrahim keluarga ada yang sanggup bergadai harta. Kita cakap pasal keluarga yang sederhana dan kurang mampu; melihat dari faktor realiti iaitu pendapatan isi rumahnya..kemampuannya. Pening jugak kepala memikir nak-nak lagi belum terima gaji contohnya..

Keadaan sebegini menguji kemampuan seseorang  sebenarnya. Kita lihat dari prospek yang lebih luas lagi dalam keadaan keluarga sendiri dipinggirkan di mana kejayaan duniawi dikejar. Kebanyakan manusia dah tak kisah pasal hubungan kekeluargaan... dalam sebuah keluaraga ; aku mengharapkan kau dan kau pula megharapkan adik beradik lain menjalankan tanggung jawab. Semua nak lepas tanggung jawab yang sepaptutnya. Ramai je yang kita nampak dimana orang terlebih mampu kewangannya tapi bab keluarga hancus..pentingkan kerja lebih dari segalanya.

Okay ni kes lain, bab nak berbelanja dalam saat kecemasan; ..dalam sesebuah keluarag patut dan kena adakan tabungan dalam bentuk wang simpanan bank.Inilah solusinya kalau boleh dipraktiskan alhamdulillah sangat bagus. Kalau keluarga kita tak menggunakan wang simpanan tersebut mungkin juga boleh dipinjamkan kepada yang lebih memerlukan pada saat-saat genting.

Berjimat cermat dalam berbelanja itu boleh membawa berkat dalam kehidupan sesebuah keluarga. Insya Allah.



Usah Risaukan Kenangan Lalu..

Hanis ...model blog pcl sebagai gambar hiasan.
Dalam keadaan duduk sendirian mengigati masa lalu, ingatlah kita akan masa-masa lalu yang indah, saat yang menggembirakan hati itu adalah sebagai motivasi kepada diri untuk terus ceria di permulaan hari berikutnya.

Di penghujung hari nanti pula, ingatlah apa yang telah kita hasilkan..muhasabah diri kerana dalam seharian kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Mohonlah ampun kepada Allah swt di waktu sepertiga malam sebaiknya, pasti ada rasa bahagianya, insya Allah.

Andai katalah kita ini selalu merenung masa hadapan, mengigati hari esoknya, maka ingatlah mimpi indah semalam agar kita sentiasa optimis.

[Persoalannya.. yang semalam pon aku sudah lupa apa lagi kenangan-kenangan lalu, pasti itu bukan kenangan terindah..haha]

Tak perlu risau fasal kenangan lalu, ingat ke tak teringat langsung ker...tapi yang wajib adalah TAKUT kita kepada Yang Maha Kuasa untuk hadapi masa-masa mendatang. Fikir fasal diri dan keluaraga ...kemanakah hala tuju? kerana itu adalah tanggung jawab kita dalam kehidupan.

Daripada perasan takut itu ada sesuatu yang mengigatkan kita rasa ketenangan, menimbulkan rasa aman dalam diri yang mendorong kita untuk selalu berdoa, mengetuk hati kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum hakam agama. Cari kebaikan dan dekatkan diri selalu dengan kebaikan..

Setiap kali hari-hari kita akan berlalu, pasti ada pengajaran darinya tentang seni hidup yang menjadikan kita semakin matang.

Apa yang perlu kita kejar ialah berkat dalam kehidupan. Berkat dan Redha Allah swt.

wallahu'alam 




Sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan semakin berubah..

hari ni mama berceloteh dalam blog pcl ni..lagi dan lagi sampai mama malas nak berceloteh dan berhenti dengan sendirinya at any time .
bila dah diberi kebenaran oleh tuan punya maka...ini lah jadi, jangan la kaget lak yer..hemm.

Cencaru belah belakang  (masih dalam peti sejuk) .
dalam peti sejuk dah siap ikan jaket (cencaru) saiz sederhana untuk dipanggang ajaibkan sat lagi.. , mama tak busy sangat sebab dalam rumah ni hanya ada Syafi dan Mea,  dua2 budak kecik yang tak buat perangai sangat..senang lah mama buat kerja ni.
Pcl..katanya dah tak ada hati dengan blog dia ni, malas la tu nak update, buat biz marketing travel & tours dia lah tu... . Kadang tengok kerja opis dia pon entahlah ..macam banyak jer.
Orang keje gomen tu nampak jer banyak kerja tapi rasanya tak seteruk dia kerja swasta dulu.. 'kurus kering' menanggung bebanan kerja yang melambak ! ..kesian.

tak apalah, syukur alhamdulillah...sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan dah berubah lebih baik.. dan yang bestnya setiap waktu makan tengahari kami sempat makan bersama..

hemm , dekat2 jam 12 nanti baru nak mula memanggang, pastu nak siapkan Syafi Damia ke sekolah...dah dua hari pcl tolong hantarkan Syafi sebab 'driver' dia, ..kata emaknya orang tu balik kampung cuti jemput/hantar budak sekolah..(suka la Syafi naik motor ngan pcl) . Si Mea pulak sibuk nak ikut Syafi..nak ajak keluar rumah haha..(time tu lah yang agak kalut sikit...pastu dah rileks sikit) .

~diana


Dipanjangkan kepada sesiapa yang sudi membantu : Pondok Pengajian Al-Quraan .

Perkongsian dari seorang penulis blog dan juga aktivis masyarakat melayu islam selatan Thailand ;

Sebuah pondok Tahfis Al Quran di Kampung Guar Ban Khuan Satun,Thailand. Pondokyang usang dan tidak terus kerana kekangan kewangan dari pihak pengurusan.






Di pondok ini murid di ajar untuk menghafal Al Quran . Sukatan pelajaran yang disusun walaupun tampak macam simple tetapi sangat berkesan untuk mengajar anak anak , menghafal Al Quran dengan berkesan

Nama Pondok                        : Tahfis Al Quran Masohihul Uloom
Nama Pengasas dan pengajar  : Ustaz Yusri ( Baba Yusri )
Jumlah Pelajar                         : 40 orang
Umur Pelajar                           : dari 13 tahun hingga 17 tahun ( Tidak dihadkan umur)
Bayaran Sebulan                     : THB1000 ( RM100 )
Keberkesanan dan Pencapaian:  paling cepat 2 tahun boleh menghafal Al Quran
                                                  paling lambat 5 tahun
Kemudahan                             : Tempat tinggal dan makan disediakan

Jika dimbil perbandingan matematik 40 pelajar didarab THB1000 bersamaan THB40,000 ( RM4000) pendapatan sebulan. Pelajar disediakan makan dan minum juga tempat tinggal.

Bolehkah anda anggarkan gaji atau sumber pendapatan Ustaz Fauzi dan dimana sumber beliau untuk menyara anak dan isterinya ?

Saya kagum dengan keikhlasan Ustaz Fauzi dan ketabahannya dalam mengembangkan Agama Islam. Janji Allah pasti, ada rezeki bagi pejuang agama Allah .

Kalau di fikir tidak masuk akal , tapi ini adalah hakikat yang penulis alami didepan mata.

Jika anda BERSIMPATI DAN SUDI MENGHULUKAN BANTUAN
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI . Kami akan mengatur lawatan ke Pondok tersebut

Email : karlisahalim@gmail.com
FB    : Karlisa Latisya
IDD : +66943160495 Th

sumber : http://satunsiam.blogspot.com/2014/12/pondok-tahfis-al-quran-satun-thailand.html

Keprihatinan, sumbangan dan bantuan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt membalas jasa baik tuan/puan di dunia dan akhirat. Mohon bantu sebarkan.

Nota ; Kepada pihak yang memerlukan hebahan berkenaan sesuatu yg tidak berunsurkan keuntungan sendiri sila email kpd nazli.angkasa@gmail.com


"awai tak kalut"


gambar hiasan :) ..follow  
dah habis waktu kerja baru boleh nak bersantai santai, jam 5 lebih baru nak keluar ofis kira ni awal jugak , selalu pcl pukul 6 baru nak balik...

Antara keluarga dan kerjaya, mana lebih utama?

Antara semuanya mana nak di dahulukan selain menunaikan kewajiban kepada Tuhan?

setiap dari kita ada jawapannya.
ada di antara kita , setelah hilang segalanya baru nak ingat Allah, baru nak ingat keluarga dan baru sedar bertapa resahnya kehidupan tanpa petunjuk redhaNya.

entri ni sengaja pcl tulis untuk mengigatkan diri sendiri apabila kita sering berada dalam kekalutan, apa yang berada dalam ingatan dan fikiran?

pcl suka akan kata kata yang sering digunakan dalam rakan grup whatsaap sekolah kami..

.. "awai tak kalut" (kalau awal tak akan kalut/kalangkabut).

p/s : kena ada perancangan awal, terutama dalam mencorak kehidupan.



Ada waktunya ia berlalu begitu sahaja.


Sebelum solat jumaat berlansung tadi, jemaah masjid di sini dimaklumkan oleh nazir masjid bahawa petang ini jam 6.30 pm akan diadakan bacaan doa akhir tahun sempena berakhirnya kalender Islam tahun Hijrah 1435H dan selepas solat maghrib diteruskan dengan bacaan surah Yasin serta doa awal tahun (1436H).

Rata-rata masjid/surau seluruh negara akan melakukan perkara yang sama, Alhamdulillah. Kalau di sini , ia sudah menjadi kelaziman saban tahun.

Dulu mungkin kita jahil,  tidak diberitahu , tidak dikhabarkan dan mungkin kita sibuk dengan pekerjaan, permainan, aktiviti petang kita sampai ada waktunya ia berlalu begitu sahaja.

Yang kebanyakan hanya orang kita tahu adalah sambutan awal tahun kalender Masihi.

Pengisian Hijrah dalam diri ~ patut kena ada penghijrahan , kalau dulunya jarang sekali ke masjid , sekarang semakin dekat, rajin dan istiqamah mendekatkan diri kepada Allah swt.

InsyaAllah semoga diberi kekuatan dan kesihatan dalam mencari kebahagian ;
Kebahagian adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya.
Kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat hasil daripada amalannya dan
Nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya.

Salam Maal Hijrah 1436H


Kerja keras !

Bangun pagi tadi rasa lenguh seluruh badan, rupanya ini kesan kerja keras hari Sabtu lepas. Badan tak pernah dilasak dengan kerja buruh ; memang terima habuannya.

Hari ke 3 baru terasa kesannya, untung mamaD ada membantu ; ingatkan tangan wanita ni cuma kuat goncang buaian saja.

Laluan kereta nak masuk parking bawah porch dah tinggi, sangkut bahagian bumper, jadi aku kena usahakan buat *'gone' macam dalam  gambar.

*panggilan bagi orang utara.

- Kerja kuat ; berjaya nampak hasilnya puas hati, sebab kita yang buat sendiri.

Kerja kuat ampu sana, ampu sini, menindas orang lain hasilnya tak kemana.

Cuba aplikasikan dalam dunia kehidupan moga ada berkat dalam mencari redha Allah swt.



Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain..


Salam ;

...Manusia dengan berbagai karenah, kita juga manusia ...lantas hadapilah sesama kita dengan keadaan yang sesuai. Maklumkan apa yang tidak sengaja yang telah dilakukan , ketahuilah bahawa ini merupakan sunnatullah pada manusia dan kehidupan itu sendiri.

Jangan hidup dalam lingkungan idealisma sempit tetapi hidup hendaklah hidup dengan realiti kita sendiri. Kita tidak selayaknya mengharapkan kenikmatan dan kejayaan sebagaimana yang ada pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak mampu meraihnya. Oleh kerana itu, jadilah orang yang adil (mampu meletak sesuatu pada tempatnya).

Hidup bersederhana dan jauhi semua hidup berfoya-foya, pembaziran dan berlebih-lebihan sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

Ushakanlah selalu membaca zikir kepada Allah sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung kita. Di dalam zikir ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu kita menjadi lebih bermakna.

Aturkanlah semua kegiatan kita, jangan menghimpunkan pekerjaan untuk dikerjakan pada waktu yang sama. dan dalam waktu tertentu  luangkanlah beberapa waktu di antaranya untuk berehat agar hasil yang akan diperolehi akan lebih baik.

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita dari segi tubuh badan, rupa, harta, pekerjaan dan keluarga, semoga ada kesedaran dalam diri bahawa ...

# Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain.





Apakah Dunia Itu ?


Salam Jumaat semua.

Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran.., persoalannya bagaimanakah kehidupan dan apakah dunia itu?

laksana , umpamanya ;

apakah dunia itu berupa pakaian, yang apabila anda terlalu memerhatikannya anda akan menjadi pelayannya sedangkan pakaian tersebut tidak pernah melayani anda?

atau dunia berupa memiliki seorang isteri yang jika dia cantik dapat menyakiti hati anda dengan cintanya?

atau dunia itu berupa kekayaan yang jika melimpah ruah kayanya, anda menjadi penjaganya?

begitulah juga kebahagian dalam dunia, lalu bagaimana dengan kesedihan dan kesusahannya?

semua akan terfikir dan memikir jika anda suka memikirkannya..

...jagan habiskan waktu sehari penuh hanya untuk membaca, berfikir, mengarang atau menghafal ..tetapi lakukanlah semua kegiatan itu sesuai mengikut keperluan saja dan yang mana lebih utama.

carilah kegiatan yang variasi kerana pergantungan daripada satu kegiatan ke kegiatan yang lain akan membuat jiwa menjadi lebih bersemangat.

Semangat tak harini ?? ..alhamdulillah,  setiap hari pon harus ada rasa semangat dan ceria.. :))

p/s ..eh hari ni baru jumaat, pcl silap hari lah..semalam info nk pegi PD hari ni tapi bukan..esok lah 16/11 kami ke sana ; (atas tajaan seseorang ...terima kasih )  untuk meraikan cinta dan bahagia..










Itu takut..ini takut..semuanya takut..


#situasi semasa.

..takut terlambat , takut tak sempat, takut seseorang marah.... takut salah , takut kegagalan...takut apa lagi entah la macam-macam takut dalam duniawi ini..

Ini semua murupakan musibah bagi kita takut akan selain Allah mungikn sebanyak lebih dari 100 kali dalam sehari?

sedarkah kita... semuanya serba tak kena.



May 11, 2013
Semalam , di sebuah kedai makan di Kinrara Puchong, ..bersama kenalan baru dan lama ...secara tak langsung diskusi pasal bisnes, kehiudupan ...ada juga terselit isu politik negara ,....politik ni pon kena ambik tau jugak!
May 31, 2013
kalau tak berjaya jugak...kena korek dari mainhold (.. plumber yang mampu buat) ... saya n de geng dah setelkan problem di rumah saya, terpaksa ajak geng maintenance kuarters..... memang nak kena korek dengan tangan ...
May 05, 2010
terima kasih atas ingatan/nasihat pakcikLie...sibbaik hasben tak suka berseluar pendek..selamatttt.... May 05, 2010 ...kalau kena tempatnya tak apa .. misalnya nak tidur dalam bilik kita sendiri. lebih selesa. p/s boleh beritahu ...
Oct 22, 2010
Ibubapa berbuat demikian adalah semata2 untuk melihat mereka menjadi 'orang',..adakah cara lain yang sebaik2nya untuk tidak melibatkan merekeka dalam 'gejala' ini? mungkin ini salah satu caranya ... kalau dlm keluarga kita kena anggap sebahgai Hadiah/balasan atas usahanya....sebab setahunya..rasuah dia mempunyai unsur2 kepentingan sesuatu pihak....tapi kalau bab ngan anak2 ni...sama2 berkepentingan kut.... October 22, 2010 · p@kcikLie said.





aku bersaing dgn keta ni td..laju betul dia pecut..sesama nak masuk keja cepat..takut terlambat !




Orang yang 'panjang tangan' tak boleh simpan lama.. 'cantas' terus..

..sejak hari dia disingkirkan dari kompeni (kurang pasti samada disingkirkan atau  resign sendiri) tiada lagi kejadian kecurian wang petty cash berlaku . sebelum tu kejadian telah  berulang sebanyak dua kali dan ada juga kehilangan barangan lain yang tidak dilaporkan.

dia pandai berlakon, sebelum hari kejadian...dia sendiri menawarkan diri melaporkan kehilangan tersebut.
..namun pihak kompeni lebih awal mengsyakki dan telah meneliti  latar belakang orang yang disyakki tersebut. *kompeni guna sistem rekod cap jari di setiap pintu masuk/ ...nah ! akhirnya dia terjerat jugak ..

hari kejadian , cuma tiga orang saja masuk melalui pintu tersebut , tak ramai... lagi pon masa tu hari Sabtu..cuti rehat kompeni. Dia bukan staf kompeni..dia hanya staf kontaraktor pencucian .

kejadian kedua ini baru melibatkan kes polis, report telah dibuat namun pihak polis menyerahkan siasatan dalaman dilakukan olek pihak kompeni sediri atas nasihat polis tanpa melibatkan pihak ketiga.

sesi soal siasat kepada pelaku yang disyakki (3 orang terbabit) telah berjalan di mana kawan saya sebagai pembantu penyiasat kepada Bahagian Pengurusan .

Orang buat salah selalunya hidup tak tenang..tak tenteram rasa, biarpun berkali disoal..disiasat jika dia tak salah dia akan bela diri tapi sebaliknya membisu seketika lalu dia menghilangkan diri begitu saja..*takut pada bayang-bayang sendiri agaknya.

#bersenang lenang di luar
saya ..2, 3 kali berjumpanya secara tidak sengaja di luar sana, namun salam tetap dihulur tapi riayak wajah tetap hambar...bukan saya tapi dia, mungkin dia nak 'lari' tapi tak sempat...nak buat taktau dah berada depan mata.

#makan duit haram
..nak bagi anak isteri makan, makan duit hasil dari mencuri.... ah! rileks je nampak dia. tak takut dosa kah ?

kesian kepada penjaga wang  petty cash kami, seorang wanita yang mudah tersentuh hatinya.., seorang ibu muda yang teraniaya dengan kejadia tersebut...hidupnya seolah-olah hilang arah punca disebabkan tekanan perasaan  ...sekali 'meletop' bergegar ruang ofis kami dibuatnya..., tensi melihat orang yang disyakki masih berlegar-legar depan matanya tanpa disabitkan kesalahan. sudah la  beliau sendiri nak dikenakan tindakan tata tertib oleh Bos kami disebabkan kecuaian beliau. nak kena ganti duit lagi..huhu, bukannya sikit beribu ringgit jugak la..


#orang yang 'panjang tangan' tak boleh simpan lama.. 'cantas' terus..
~hari-hari orang yang disyakki tersebut bagai  sampan hanyut di lautan, ke sana tiada siapa menyapa..ke sini tada siapa peduli, keakhirannya dia 'melemaskan diri'.

*baru tadi terserempak dengan dia, bila dah nampak dia.. ada bahan untuk saya bercerita ~ difikirkan, kenapa mencuri .. adakah ia tabiat sesorang yang sukar untuk dikikis?

ada pengalaman kawan dengan pencuri ? boleh share~ bukan pencuri hati eh...heheee.






Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang !

Assalamualaikum wbt,

Fitrah hidup manusia, saling memerlukan dalam proses kehidupannya. Dalam kerjaya contohnya bos atau bukan bos, yang penting kita hanya hamba Allah yang memegang amanah yang akan dipersoalkan nanti. Amanah yang tidak dilaksanakan di dunia ini tidak akan dapat digantikan walaupun dengan pahala syahid sekalipun di akhirat nanti.

Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang !!

Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya.

Inilah yang sering diperingatkan , bila berbicara, bicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yang tinggi . Berbicara biar berbahasa, bergurau biar beradap dan berakal biar berakhlak.

Petikan artikal ;
..Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"  ~sumber
#Saya ada kawan..mulut dia ni memang tak lekang dari memberi salam , dan ucap selamat kepada rata-rata orang yang ditemuinya .Orang gelar dia 'mat salam'..Bila dia berpindah kerja...memang terasa kehilangannya kerana ramai orang sayang padanya..Sememangnya dia  sentiasa nampak bahagia dalam hidupnya.

# ..kalau nak bahagia, jadilah manusia yang disayangi oleh semua orang...ok boleh ? ..insya Allah.






Rencah hidup dunia..ikhlasnya di mana ?


Dalam mencari nilai erti persahabatan, kawan boleh jadi  sahabat dan boleh juga jadi sebagai lawan . hakikatnya kita tak sedar pun  walau kita boleh menduga sebenarnya,...tak semestinya dugaan kita benar belaka..

Kita tidak akan tahu siapa kawan yang sebenar-benar dan siapa pula lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh nanti ada tangan yang menghulurkan bantuan ....Adakah tangan kawan itu ...,  atau kita akan ditinggalkannya. Hidup yang banyak kupura-puraan, hipokrit..manis depan ..belakang kita, dia mengata.

Jangan ikut rentak 'Hipokritisma'.

Sebenarnya kita tidak perlu risau memikirkan tangan siapa yang akan menghulurkan bantuan dan tangan siapa yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan-tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia.

Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.


Entri berkaitan ikhlas :

Feb 10, 2012
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak ...
Apr 12, 2011
IKHLAS...senang ke nak buat?? ....buat keje apa pon , kita kena ikhlas... korang datang singgah sini n baca2 sikit pas tu blah cmtu je....n then ada jugak yang klik2 nuff kalu ada..pon kena ikhlas juga tau...hahaha.
May 11, 2013
Bukan menidakkan keikhlasan 'orang baru' macam kita nih, nampak ikhlas dalam mencari kebahagiaan... tapi lihatlah, senario masa kini mungkin anda juga terperasan (ada sebahagiannya) ..yang lepas peluk cium ibu hari ...
Dec 27, 2011
ikhlas tiada ukuran..dan setiap ilmu yg kita perolehi dari blog2 sahabat semua mungkin boleh dijadikan panduan..saya budak baru belajar walaupun dah tuoooo... http://ierdahaszahida.blogspot.com. Kakzakie says: ...
1
2
3
4
5
6
7
8









SIBUK dalam kehidupan adalah pilihan kita..

Assalamualaikum semua..selamat petang...sibuk ?

....aku pun sibuk tapi sajer nak release kat sini...boleh kan..

Betul ke semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?

Kesibukan adalah warna yang mengindahkan perjalanan dalam sesebuah kehidupan  dan ianya setia menanti di setiap persimpangan jalan.

Kita perlu buat pilihan apa yang ingin kita sibukkan.

Jika kita tidak sibuk dalam amalan kebaikan maka kita akan sibuk dalam dosa dan kemaksiatan.

Kata ulamak; .."Alangkah ruginya seseorang yang sibuk tetapi seluruh kesibukannya adalah untuk dunia yang sementara bukan Akhirat yang kekal abadi".

Betul ke semua orang sibuk atau buat-buat sibuk? lagi sekali nak tanya....jangan mara arr..hehe.

Kebiasaannya memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang kita sibukkan.

okay, cukuplah aku menyibukkan diri seketika..lets go sambung buat keja..nak balik keja dah kan...

daaaa..

p/s ..handset sentiasa ditangan...buat keja camana dok sambil belek menda tuh...haha.




Singkirkan kebosanan dalam hidup anda..

Bosan ke?

Orang yang hidup dalam kekangan dengan satu gaya hidup sahaja memang akan dilanda kebosanan. ..sebab apa aku cakap macam ni,  pada asasnya manusia memang memiliki kecenderungan mudah merasa bosan. setuju ?

..dah jadi tabiat semulajadi, lumrah manusia tak suka berada dalam satu keadaan yang sama, tengoklah sekeliling dengan segala kejadian dan kekuasaan Pencipta yang menjadikan keadaan yang beraneka ragam..ada malam dan siang, ada hitam dan putih, sejuk dan panas, manis dan masin...lelaki dan permpuan...nikmatilah dengan rasa syukur kepada Ilahi.

Jiwa manusia dipenuhi dengan kebosanan jika perasaan itu sentiasa bermain dalam kepala..
ada yang tak sempurna sepanjang tempoh menjalani kehidupan rutin harian, perlunya menentukan bila waktu wajib untuk beribadat, cari sahabat,  terima tetamu..sukan rekreasi, riadah bersama keluarga.

.. Jadikan jiwa selalu segar dan ceria.

Bosan akan lenyap dengan sendiriya, .. munculnya keindahan itu adalah dari sesuatu yang baru.

pss.. ini tidak relaven kepada pasangan hidup anda, jangan buat masalah sebelum cuba selesaikan masalah 'bosan' sebelumnya....keh keh..
aku stori pasai saranan menyikirkan perasaan bosan menghadapi benda yang sama setiap hari...syukur alhamdulillah , jarang sangat aku mengeluh...setakat ni tak terasa pulak bosannya dalam hidupku seharian. kalau ada pun sikit tak menggangu jiwa..

jangan terlampau melayan rasa bosan , ada jalan yang baik...carilah jalan itu supaya kita tak termasuk 'perangkap' bosan yang membinasakan.

wallahu'alam.
Published with Blogger-droid v2.0.10




Kerana aku sayang dia...

*tajuk tak boleh blah...mama'D harus cuak bila baca tajuk ini.....
jangan tidoq luaq sudaaa...hahaa.

...sebab aku sayang dia la aku buat macama tu " ...jawab seorang sahabatku bila ditanyakan,  kenapa dia bermuram durja.

*sebenarnya aku nak tau je.. apa jawapan dia bila aku katakan dia seorang suami yang sangat cerewet !

Ada sebahagian kita yang kurang menyedari, betapa buruknya bila terlalu cerewet.
Jika seorang ibu cerewet terhadap anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat diterima. Namun cerewet kepada pasangan amat menyeksakan, walaupon dengan alasan “Kerana aku sayang dia”. Pada satu tahap akan merimaskan pasangan dan akhirnya menimbulkan pertelingkahan dalam keluarga.

'Sedangkan lidah lagi tergigit'...., mungkin cerewet juga adalah salah satu daripada puncanya..

Apa pon persefahaman dalam melalui kehidupan berumah tangga itu harus dipelajarai dari masa ke semasa..
bukan dengan  dia , juga bukan dengan saya... rujuklah ciri-ciri  keluarga Rasulullah SAW melalui dua pendekatan iaitu dengan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kasih sayang antara suami isteri.

Bagi isteri atau suami yang menginginkan ganjaran syurga, maka berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. Inilah yang sepatutnya dilakukan untuk membina keluarga bahagia.

wallhu'alam





Rezeki masing-masing !

saja nak celoteh pagi jumaat.., nak sedapkan hati sendiri...

adakah aku juga terpengaruh..dan dipengaruhi..

kisahnya..

jiran sebelah kanan...selang dua buah rumah aku dah tukar kereta baru dan beli superbike baru .

jiran hujung sana, lalu lalang depan rumah aku dengan deruman kuat enjin kereta lamanya ...pon dah tukar kereta baru...

jiran lagi sana , jauh sikit tapi masih boleh nampak dari rumah aku, ...dia tak tukar kereta baru tapi....emm ada 'orang rumah' baru....

ada jiran yang dalam proses nak dapat 'orang baru'...

haa kan,  rezeki masing-masing tu !

p/s : semua nampaknya ada kemajuan..., ada perubahan dalam kehidupan. Syukur Alhamdulillah.



Sori la kak...sori la kak, sy keja banyak kat offis tadi...

Assalamualaikum !

 written by Nordiana Mohd Saad :



Published with Blogger-droid v2.0.10


bukan nak claim benda alah tu kalau rosak ke apa.....itu 'tahan lasak' punya barang lah ! no worrylah..takpa janji jangan gaduh2 dah la...penin mama tau !

ada cara masing-masing nak jaga anak orang...nak tenteramkan keadaan riuh rendah dalam rumah...ini salah satunya., tak sempat nak layan kelaku sorang2....

itu kami tak kisah, time keja...kira semacam orang keja offis lah,   buat keja betui2 punya..medah2an berkat segalanya...

bila cukup time takmau OT dah !...harap sangat ibubapa depa mai amik cepat  (doa dalam hati..)...kalau lambat sikit takpa pun,  kami bukan nak berkira sangat...tp bagi la mesej ka...hemm , ni dok cakap "sori la kak...sori la kak, sy keja banyak kat offis tadi...".

sekali sekala okla cikPuan !, kami pahamlah tu..

ni dak !, betui ke dia ja...


(ishh nak publish ka tak nih...) ...emm published !



psst ...sama sama kerja, ambik peduli sama cakap2 orang sekeliling..kesian kat anak.. lama tinggai tu.

~diana








Tips Otak Cerdik kalau sanggup cuba..serius nih !


Bawang putih !...ambil seulas , pecahkan kepada 2-3 bahagian...telan macam makan panadol bersama air suam.

kemudian baca Al-Fatihah 1x,  Selawat 7x , Ayat Terang Hati 7x  - niat baik ** amalkan setiap pagi ketika perut kosong.

p/s : aku belum cukup cerdik ..tu pasal nak cuba..., kalau korang tengok aku post  formula lain macham tuh ..tu kira aku cerdik sikit lah dari sebelumnya...inshaa Allah.

p/ss ...sos bawang putih kalau makan dengan bihun sup memang sedapp..! ni dah banyak kali try..emm..



Seorang pakcik !

Salam Jumaat..



pakcik-pakcik yang seangkatan kebiasaan akan dressing smart, pakai kemeja seluar slek kain lembut, sentiasa pakai songkok atau kopiah...almaklumlah kepala dah licin..rambut putih tinggal yang tepi-tepi je.

kuku, setiap jumaat mesti potong begitu juga rambut ...potong kemas tiga minggu sekali .

ke masjid selalu dengan jubahnya bawa isteri bersama dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya.

ke sekolah mesyuarat PIBG, jadi wakil kepada emak bapak budak (yang sibuknya tu bukan kepalang !).

hujung minggu basuh kereta  isteri dan kilatkan motor sendiri.

cuti-cuti sekolah, habis semua anak cucu berkampung di rumah., sekolah dah buka kembali suasana jadi sunyi.

Semuanya dilalui dengan tenang , hidup aman damai sebab hutang dah langsai (Syukur kalau boleh !!).

...bila ??

..itu nanti, kalau umur aku masih panjang.
15 ke 20 tahun akan datang , in-sya Allah.
'
'
'
'
'


..ginilah rupa gamaknya. (tunjuk kat sini... >>instagram ; pakciklie)


'
'
'
'
'

nota : apa yang dijangka di masa-masa kedepan adalah dari pemerhatian umum, jadi...jangan nanti 'pencen' baru nak berubah...kalau boleh, berubahlah segera .

berubahlah dari yang baik-baik kepada yang lebih terbaik !