Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Kenapa masih ada resah dalam jiwa seseorang itu ?

Salam ;

.... Nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tidaklah susah sangat . Carilah yang sayang kepada kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang...

Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan seseorang...

Akan tiba suatu masa , ..yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah di pandangan kita sendiri sebagai suami kepada isterinya...

Yang masam nak dimaniskan, inilah cabaran.
Yang gemuk nak dikuruskan, ini juga cabaran..
Yang longgar nak diketatkan, ini memang mencabar...

# Cantik tak semestinya pada luaran.

Kemaskan diri sebaik mungkin kerana orang yang bahagia selalunya adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Oranga yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak melakukan kebaikan dan orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya.

# Segera perkemaskan mana yang lompong itu..

..tapi kenapa masih ada resah dalam jiwa  seseorang itu ?






Rumah Kerajaan ...


Orang kat sini tak reti nak makan pinang ...hurmm. Tepak sirih pon tak ada..
Kalau lah dulu... lanskap kat sini dibenarkan tanam pokok buah-buahan yang boleh dimakan kan bagus !

Sayangnya kan, nak buat macam mana lagi, kita cuma menumpang teduh... entah bila-bila akan berpindah @ dipindahkan..

#..bila duduk-duduk santai depan rumah, banyak perkara yang bermain difikiran...






Angkasapura Kompleks

Dulu lain sekarang lain..
Dah ada lampu LED mewarnai pintu masuk ke rumah/kuarters kerajaan ni.. @villakejora. (aku gunakan nama ni dulu sebagai nama blog masa di awal berblog)

Sudah menghampiri tahun ke 6 kami sekeluarga di sini.
Entah bila-bila akan berpindah atau dipindahkan ke lain-lain tempat..

Nasib penjawat awam seperti kami ni memang akan berpindah randah. ..tapi aku bersyukur masih di sini.
Tak pernah mohon ditukar tempat kerja dan mengharap perpindahan jauh sekali.. .cuma mengharap biarlah aku pencen di sini..Aku tak seperti yang difikiran mereka yang asyik menanti giliran berpindah balik negeri/kampung..,

Aku sudah punya keluarga...anak sudah besar dan bersekolah..
Aku dah tak larat lagi berpindah..kalau dihitung jumlah dari kerja swasta lagi dah 6 kali pindah secara keseluruhannya.

Tak mau lah yang ke 7..

Biarlah mereka yang masih muda mencari pengalaman yang berlainan di tempat lain.

Hanya mampu merancang..dan berserah kepadaNya.



Lokasi sekarang : Banting , Selangor
Lokasi Sebelum berpindah ke sini : Ipoh , Perak.





Hai Kawan....Carilah cintamu itu....Carilah pasangan hatimu...


Salam kawan ku..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Allah swt memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah swt hanya menganugrahkan sekeping hati pada kita?

Ini kerana Allah swt telah 'memberikan' sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencintainya.

itu bagi yang sudah ada...tapi bagaimana pula yang masih samar-samar..

Hai kawan...Carilah cinta, soal jodoh itu ketentuan Allah swt.

gambar hiasan dari google

Bukan selayaknya kita untuk mempersoalkan kejadian Yang Maha Kuasa..cuma hanya untuk mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Nya.

Hai kawan....Carilah cintamu itu....Carilah pasangan hatimu... jangan pernah berhenti mencari lalu berserah kepadaNya. seolah-olah anda sudah berputus asa..

# sebenarnya keseronokan yang nyata  dan kebahagian yang abadi itu dua perkara yang berbeza yang mampu anda miliki bila sampai waktunya kelak...teruskan berusaha.

Usaha membawa kejayaan :)) peace yaw !






 Published with Blogger-droid v2.0.4






Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang !

Assalamualaikum wbt,

Fitrah hidup manusia, saling memerlukan dalam proses kehidupannya. Dalam kerjaya contohnya bos atau bukan bos, yang penting kita hanya hamba Allah yang memegang amanah yang akan dipersoalkan nanti. Amanah yang tidak dilaksanakan di dunia ini tidak akan dapat digantikan walaupun dengan pahala syahid sekalipun di akhirat nanti.

Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang !!

Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya.

Inilah yang sering diperingatkan , bila berbicara, bicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yang tinggi . Berbicara biar berbahasa, bergurau biar beradap dan berakal biar berakhlak.

Petikan artikal ;
..Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"  ~sumber
#Saya ada kawan..mulut dia ni memang tak lekang dari memberi salam , dan ucap selamat kepada rata-rata orang yang ditemuinya .Orang gelar dia 'mat salam'..Bila dia berpindah kerja...memang terasa kehilangannya kerana ramai orang sayang padanya..Sememangnya dia  sentiasa nampak bahagia dalam hidupnya.

# ..kalau nak bahagia, jadilah manusia yang disayangi oleh semua orang...ok boleh ? ..insya Allah.






Ada kalah, ada menang ...tetapi tidak ada seri !

Ada kalah, ada menang ...tetapi tidak ada seri, itu lah KEHIDUPAN.

Apabila dilihat dalam permainan ada kalah, ada menang juga ada seri dan akhirnya menang juga dicari. Namun dalam hidup cuma ada menang dan kalah sahaja.. Berjaya mencapai matlamat atau tidak , itu sahaja.

Dalam permainan adanya masa tambahan beberapa minit jika permainan berkeputusan seri, tidak pada kehidupan, kita tidak tahu bila mana waktu kita akan berakhir.. *muhasabah, .. ingat mati..

Pada asasnya kedua-dua antara kehidupan dan permainan adalah sama dari segi penggunaan waktu, rugi kiranya 'pemain' tidak berjaya menggunakan waktu dengan baik.

sisipan ;



rezeki Allah berikan,  ..pagi lagi aku ke gerai nasi kerabu @banting nih. .rasa macam tak boleh lupa pulak..haha.

p/s ; kitalah 'pemain' itu..semoga setiap waktu membawa berkat dalam hidup kita, insyaallah.

Published with Blogger-droid v2.0.10




Sudah bertemu , belum bersatu tapi masih menunggu ..

pesanan kepada kawan yang sudah bertemu , belum bersatu tapi masih menunggu ..

..Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyayangimu. ..mengasihimu. ..Mengapa kamu berlengah, cuba membandandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan , nanti kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain… kamu juga yang akan menyesal…..

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang sebenarnya kita perlukan..




p/s ; jika kita telah memiliki seseorang, terimalah seadanya…. janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa dan yang lebihnya cuma saling menyayangi antara keduanya.




Sebak Di Hati : ...dari jauh ku mohon doa, moga kau tenang di sana.

Spontan di pagi Khamis...

 ..Sebak dihati, meleleh air mata ini, bila terkenangkan sewaktu bersamanya... bila mana , kunjungan Seharum Kasturi ke blog ini bagai membawa aku ke sana untuk melihat kehidupan yang sedang mereka lalui menerusi alam maya ini..





Dalam kenangan....Allahyarham Mohd Nasir Ismail (ab@h_Izz). Al-fatihah..





Sumber : Fb dan Blog Seharum Kasturi .

pcl ; ..dari jauh ku mohon doa, moga kau tenang di sana.



Kepercayaan !

Assalamualaikum..


Sikap saling percaya mempercayai itu penting dalam keharmonian rumah tangga...... selagi tak nampak pasangan anda curang depan mata, perlulah anda  tenangkan hati  untuk lebih mempercayainya. 


boleh ke nak 'test' kesetiaan pasangan anda...?
menyuruh kawan lelaki/perempuan anda yang lain mendajal pasangan anda sendiri...


contoh : "dia nak 'test' mengayat laki die...saja nak tengok ..cmner laki die layan tak ..."
hurmm  ..nampak niat anda tu 'baik' , tapi caranya macam tak betul jer...apa yang anda dapat sebenarnya ?
kebenaran !...kebenaran yang menyakitkan hati., kepuasan yang membinasakan perhubungan .!


pcl : kalau ada sesiapa yang terdetik nak buat 'kejo gilo' macam contoh atas tuh, ...fikir lah..jangan sesekali buat masalah untuk selesai masalah lain, fikir dulu sebelum buat...sikap saling percaya mempercayai itu penting dalam keharmonian rumah tangga.




Anak Juga Boleh Mengalami Stres


Stres wujud apabila sumber permintaan sekeliling melebihi keupayaan yang ada pada diri sendiri.


Kasihan melihat anak yang dipaksa belajar bukan untuk memenuhi cita-cita mereka tetapi untuk memenuhi hasrat ibu bapa.  Anak mula rasa tertekan sekiranya mereka merasa mustahil untuk mencapai kejayaan yang tinggi hingga akan berputus asa, kecewa dan murung setelah gagal mencapai impian ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya melihat dahulu sama ada mereka telah memainkan peranan yang sebaiknya dalam membantu merealisasikan kecemerlangan itu sebelum meletakkan tekanan ke atas anak. Ini termasuk menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan serta tempat belajar. Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak dapat belajar dengan selesa di samping ibu bapa sendiri mengikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah.

Anak termasuk remaja juga boleh menjadi bertambah stres sekiranya mereka sering melihat ibu bapa bertelagah.

"Jangan terlalu beremosi di depan anak. Kalau perlu juga bertengkar lakukan di bilik tidur. Beritahu dulu anak yang emak dan ayah mahu berbincang perkara yang agak serius.

Bukannya anak remaja sahaja yang boleh stres malahan anak kecil pun boleh mengalaminya..

Baca selanjutnya di sini...[Anak Juga Boleh Mengalami stres] semoga kita , khususnya ibu bapa dapat iktibar untuk merialisasikan kehidupan berkeluarga yang harmoni.




Hidup Manusia..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan ajaran Al Quraan..

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya ramai dikalangan kita yang hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"..

Hanis Umairah, 11


.., tapi kalau cmni rupa,  hilanglah nikmatnya..


gambar hiasan...huhu  wekk !!


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Singgah seketika di kampung halamanku

Assalamualaikum wbt,


Semalam di Sungai Petani..

pagi ini di kampung halaman sendiri.


Hendak balik terus ke Banting. ...

fajar sudah menyinsing.


Rasa berat hati kalau tak jumpa mereka...

ibubapaku yang sentiasa ceria walau dalam duka.


Berehat seketika..

melepas rindu yang tiba-tiba terasa.


Kedai kopi ayahanda telah dibuka..

pengunjung setia datang makan minum sambil bercerita.


Alangkah bahagianya mereka..

bagai tiada masalah melanda dijiwa.




Published with Blogger-droid v2.0.2