Showing posts with label kenangan lalu. Show all posts

Pukau cerita lama ?


Siapa cakap ni pcl lupa kisah lama..tak semuanya dilupakan lah walau yang semalam punya ada satu dua perkara tak masuk dalam kepala nih..huh.

boleh dia landing kat diniding laluan ke surau... dekat sikit ia terbang, tapi aku ada teknik memukau !!

Jinak-jinak pepatung dapat jugak aku pukau dia supaya senang nak bagi dia bergambar selfie, bukan mudah.. photographer Arzmoha pon belum tentu boleh capture gambar macam ni..haha .

Ini kisah lama punya ; recalled ..dan  masih dalam ingatanku, kenangan tangkap pepatung ?? pepatung @ dragonfly !

Siapa tau camana nak jinnakkan pepatung?

Aku cerita sikit fasal serangga ni.. ada dua mata besar, sayap lutsinar dan bentuk badan seakan helikopter. Ada tiga pasang kaki tapi tak pantas berjalan yang dia tahu terbang laju dan antara serangga terpantas dalam golongannya.

(okay ..aku buat reaserch lah !)

"Pusing jari telunjuk kita perlahan-lahan dekat mata besar dia tu..sesekali dia geleng kepala bergerak dan lama sikit dia terpukaulah "... syaratnya hanya orang ensom jer boleh buat ..hahaha.

Itu antara kenangan zaman bebudak nakal aku dulu.. dulu pepatung tengok jari aku pon dah terpukau..sekarang hurmmm !!



Remaja yang hidup dilamun cinta di ketika itu .

Selain 'monyet' yang bergayut di dahan-dahan pokok ada juga istilah 'bergayut' ini digunakan untuk mereka yang suka bersembang di pondok telefon awam dalam tempoh yang sangat lama dalam suatu masa..
Jangan salah faham !..remaja yang hidup dilamun cinta di ketika itu memang sudah biasa...tak marah sikit pon dengan ejekan 'bergayut' itu sebab sudah menjadi kebiasaan..
cuma orang-orang lain yang lebih dewasa...dan tak bercinta sahaja tak memahami tuntutan semasa. 
Mengimbau kembali  kejadian sekitar tahun awal 90'an ...(henfon canggih belum kenal lagi masa tu/ kalau ada pon tak mampu milik..)


Catwalk bawa Sia ?



Ingat kembali masa silam zaman pcl kanak² dulu selalu ikut mak pergi kenduri kahwin.

Kebanyakan tetamu yang datang akan membawa bersama bekas 'sia' yang mana di dalamnya berisi beras atau gula.., masa dulu tetamu tak beri tuan rumah wang tunai.

kalau tengok dalam gambar tu , pcl sedang membawa sia yang dibekalkan oleh keluarga pengantin perempuan untuk dibawa sebagai ole² rombongan.

rasanya ini bukan adat tapi sekadar #throwback buah tangan tetamu.


Cabaran 30 Hari [Hari 5]: 3 Perkara Yang Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih


Senang cakaplah kan, aku malu nak bercerita kisah lama dalam perhubungan dua jiwa. serius ni!!

Inilah cabaran yang aku dah nampak, ianya agak menyukarkan untuk aku menulis lebih panjang dalam entri Cabaran 30 Hari #kelabbloggerbenashari ni.

Nasib baiklah 3 perkara sahaja yang diminta ; 3 Perkara Yang Aku Katakan Kepada Bekas Kekasih ku dulu ..hurmm.


  1. Dulu kita merancang , kini kita lalui bahagianya bersama. Ini yang kita impikan bersama. Syukur Alhamdulillah dengan redha Nya.
  2. Awak nak add face book atau mana-mana media sosial personal saya pon tak kisah. Tak apa. Boleh sangat .
  3. Esok (6 September) Birthday awak kan, Happay Birthday To You in advance.

D.I.A.N.A


*Kejujuran yang menyakitkan berlaku,  adakalanya dalam sebuah perhubungan boleh membuat pasangan terluka dan tidak hairanlah mereka tidak gemar pasangan mereka yang terlalu jujur tentang rahsia hatinya.

*Sebolehnya jangan cuba ungkit kisah silam, jangan sesekali mengaku kerana hal-hal yang hanya akan menyakiti hati orang yang mendengarnya.

~ Ha Ha Ha..jangan la serius sangat geng , ini cuma entri menyahut #cabaran30hari KelabBloggerBenAshaari, bukannya kontes yang menawarkan hadiah. Aku tengok ramai kot blogger bersungguh berhabis masa semata-mata untuk terbitkan entri mengikut jadual sehingga menjadi sebab terabainya kerja hakiki. *stay cool beb.


Sekian.

Entri Berkaitan :

Cabaran 30 Hari [hari 4]
Cabaran 30 Hari [hari 6]
Apa tu Cabaran 30 Hari ?





Okay ni kenangan sepintas lalu... tetiba teringat !



...masa nak buat deraf pasal entri #SuperSquad... fb aku ditag gambar lama ni ...huhu sungguh nostalgia , lama tu tak la sangat ...dalam tahun 1993/94 macam tu lah..

Muda belia kami masa tu hahaa....ada aktiviti panjat Gunung Jerai bersama rakan sepejabat !
nama je panjat gunung tapi semuanya guna motosikal dan kereta naik atas.

Masa tu panggil Mat Motor..belum ada lagi istilah Mat rempit...tapi istilah bohsia dan bohjan baru menular...wahh tak sanggup aku kalau di cop mcam tu ; nauzubillah...

kami pemuda berhemah dan baik-baik belaka , walau ekzoz motor bunyi kuat tapi depan warga tua dan anak/mak dara..bunyinya boleh 'dilembutkan'....kiranya pemuda yang habis sopan la masa tu hahaa..

Okay ni kenangan sepintas lalu... tetiba teringat ! cer cari PCL... mana?

[Aku punya entri preview #SuperSquad nampaknya terbantut 2, 3 hari lagi ....sebabnya esok mula kena hadir kursus di JKR CKE Chan Sow Lin selama 3 hari....]

#peringatan utk diri sendiri  ; ..tidur awal supaya tidak mengantuk masa kursus ... k bay !










Bagaimana anda belajar berbasikal dahulu ?


masihkah anda ingat lagi ??

atau anda masih tak pandai-pandai lagi sampai sekarang !!


..kalau ikutkan orang kampung macam aku ni..manalah mampu Abah belikan basikal...cuma yang ada hanya peninggalan aruah atok kami, bergilir-gilirlah kami adik beradik lelaki 'membelasah' basikal yang lebih sinonim dengan panggilan basikal tua .

kalau budak lelaki memang lasak...; basikal ada palang apa ada hal kan...sesekali terkangkang di palang besi memang lumrah orang belajar..

begitulah semangat kental budak kampung yang hanya tahu bersukaria..., nak fikir pasal ekonomi keluarga ..masih belum akil baligh lagi huhuuu.

dah pass naik basikal ..barulah kecek mak bapak minta belikan basikal choper...; BMX jangan harap la...

ok ; aku terkenang masa lalu... #santai petang bersama pakciklie.






Kisah disebalik gambar lama..


Bila dah malam masing-masing dah tak larat dengan aktiviti siang tadi.. Sambil menonton tv sambil belek album gambar. ..salah sebuah album gambar ni memang dah lama tak dibuka.

Album gambar masa aku kerja Kilang dan menyewa di SP....entah macam mana tergerak nak tengok balik gambar aku masa remaja dulu..umur 20an masa tu minat motor sport, suka konvoi pi pusing pulau. Round Penang lah masa tu....walau nampak rempit tapi kami tetap sopan ketika menunggang di jalan raya.

..korang kena percaya sebab masa tu darah muda kami akan tercabar bila dicabar..itu jer sebenarnya bukan apa pon. Kalau orang bagus..kami 2x bagus tau.. Alamak tercerita pulak kisah lampau..ok bercerita yang baik-baik saja sebagai kenangan kepada anak-anak juga,  syukur anak aku perempuan keduanya,..naik motor pon kadang tu depa tak berapa suka.

Korang tengoklah gambar yang tak berapa jelas ni..aku saja nak share sini mana lah tau suatu hari nanti aku nak baca balik..nak tengok gambar remaja aku balik, nak mengenang masa lalu. Album tu bila-bila je akan hilang dari simpanan..kalau lah kan, mana tau!

Ini sebahagian gambar yang aku boleh kongsikan di sini.
Aku sayang motor kips ni tp nak kawen punya pasal,  rasa macam tak sesuai lah...lalu aku jual pada kawan ofis masa tu. Aku nak jaga 'bini'  yang 'real punya'..hihi.

Aku bukan terpaksa tetapi memaksa diri untuk tinggalkan aktiviti remaja aku secara perlahan-lahan apabila setelah disatukan secara sah dengan mamaD..masa tu umur 24 tahun, korang agak-agak lah berapa umur mamaD masa kami nikah?

Yang paling aku tak boleh lupa.. Perokok tegar ni pon boleh stop smoking bila sudah berumahtangga..., syukur alhamdulillah diberikan olehNya kesenangan untuk aku buang semua perkara yang tak berapa bagus itu secara berperingkat...

...akhirnya aku bebas rokok dalam masa beberapa bulan. ..ini semua semangat isteri yang mendorong. Kalau mamaD buat tak tau jer masa memula kahwin..buat tak kisah je pasal rokok tu.. Aku rasa. ..aku akan jadi perokok lagi tegar hingga kini...terima kasih aku kepada dia, my lalink. ..mamaD :)

#kisah disebalik gambar lama.







Nikah ; Buat persediaann awal sebab tok kadhi akan banyak tanya tau!


Tahun 1996 masa tu tapi tak ingat hari apa. ..yang pasti masa tu hati berbunga bercampur debar di hati..
anak teruna berkunjung rumah si dara untuk dinikahkan di hadapan Tuan Imam selaku jurunikah dan juga kaum keluarga menyaksikan peristiwa bersejarah dalam dunia hidupku..

Majlis nikah kat rumah perempuan masa tu ...ramainya sanak saudara membuat hati bertambah debarnya..
# dengan  2x Lafaz. .Nordiana Mohd Saad sudah sah menjadi milik saya...alhamdulillah, semuanya masih segar dalam ingatan.

Pesan saya kepada yang akan bernikah...jangan 'gabra' ...tenangkan hati, semuanya akan berjalan dengan sempuna. insya Allah.

Buat persediaan awal sebab tok kadhi akan banyak tanya tau!
Masa nak masuk rumah perempuan, doa banyak-banyak dan. ..senyum lebar sikit macam dalam gambar ni hahaaa..




[gambar lama]  *update




Bye bye 2012...

kredit : blognuffnang.com 

@pantai Kelanang, Morib - Banting 2012

...selamat tinggal 2012, agak terlewat sy ucap selamat datang Tahun 2013...orang lain dah start 'welcome 2013' tengah malam tadi lagi...huhu tak kesahlah !

cuti sekolah anak-anak dah berakhir dan esok bermulalah mereka ke alam sekolah, ibubapa pon sibuk dengan persiapan akhir...kekadang tu biasalah, bajet last minit guna untuk dorang..

tadi pagi  sy baru jelaskan yuran sekolah . Ini merupakan tanggungjawab bagi kita yang dah punya anak..

jangan dipandang remeh,  kalau bapa tak sempat , emak kena tolong setelkan...biar ada kerjasama sikit tentang perkera sebegini, penting diri sendiri..tak bagus okay !


SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK SEMUA SAHABAT BLOGGER DAN PENGUNJUNG BLOG PCL .


 terima kasih segalany untuk tahun 2012 lepas , happy blogging !



Mamadiana memang kuat pengaruhnya..



...beli sepaket rm2 kat pasar malam, saja teringin nak makan. niat nak makan sama dengan anak2, tapi depa takmau makan ! takda cop/logo halal ! (memang arr ..repacking) ...mama depa cakap biskut tu cha ya nun alif yang buat.

.. aku dah balun separuh !

mamadiana memang kuat pengaruhnya, bukan ni je...yang lain pon bab halalan toyiban pasal benda makan nih..

...sebelum ni aku selalu belek2 dulu bungkusan sebelum bawa balik apa2 makanan pre-packed dan pastinya yang ada logo HALAL JAKIM. tapi yang ini aku pasti ianya tiada...

..bakinya dah lemau pon ...hurmm !!



Santai Sarapan dengan biskut.

Assalamualaikum..
dah lama tak merasa makan ala ala bebudak kampung...

ambil biskut cream cracker...patah patahkan, gaulkan dengan telur dan goreng bersama sedikit bawang...dah siap, hidangkan bersama sos...
emmm dap dapnyerrr! !!

ni lah yang kami selalu makan adik beradik dulu dulu dan....
mulut pasti ada bau bawang sikit... lepas makan 'spray' lah mulut..
daaa...














pcl ; bila teringat je mintak buatkan...dan kalau mamadiana ada masa , nak buat resipi macam gambar bawah nih....emmm.






Masih Teringatkan Sarapan Di kampung ...

Assalamualaikum...

Salam dan selamat menjalankan tugas dengan tekun dan jujur...eh.. ini ucapan untuk diri dan kepada mereka yang baru memulakan tugas setelah bercuti...

Teringat sarapan pagi di kampung lagi ni...*mengimbau kenangan silam.

gambar dari fb adik sy..(nazri)


sumber google
...biasanya kalau ada musim anak ikan sepat ni...kami akan makan berkumpul beramai-ramai bersama adik beradik .


mak siap tanakkan  pulut lagi bagi anak2 dia makan kenyang2...





sumber google
ikan goreng garing2 memang sedap kalau dimakan dengan pulut/nasi biasa ..panas2..


huhu...mau bertambah makan pagi.. dah macam makan tengahari....tapi anak2 dia badan tetap mentain..takda yang obesity...






sumber google


emmh kalau ada yang rajin lagi *(biasnya anak2 lelaki ni malas !!)..nak tambah kesedapan... potong bawang merah + cili padi dan masukkan kicap jalin *( jenama nie..murah siket tapi rasanya  not bad !)...lagi 'terangkat '.


tapi sayangnya..kanak zaman moden  *(anak2 sy) tak gemar makan pagi...aduhai ruginya..

pcl : pagi ni makan 2 biji karipap jer...



Tak kira SIAPA yang menjualnya..!

Salam semuanya...



budak2 sekolah  kekadang tu main belasah jer beli...tak kira SIAPA yang menjualnya..

pcl ; ibubapa harus nasihatkan mereka , jangan beli makan sembarangan !!



Saksikan filem aksi "Drunken Master" di TV2

Filem yang pernah popular di pawagam sekitar hujung tahun 70an..

....masih ingat lagi masa tuh pcl menuntut di Sekolah Menengah Berasrama sekitar Bandar Parit Buntar Perak. (dulu pekan jer ) era tahun 80an (tengok tape video jer).




biasalah dulu-dulu kalau nak tengok kena sewa tape video, warden asrama kutip tol  20 sen satu kepala...
haha memang nostalgia...lepas tu boleh menonton cuma malam minggu saja.



sedikit sinopsis :

Filem ini sendiri dimulai ketika Wong Fei Hung (Jackie Chan) dan ayahnya, Wong Kei Ying (Ti Lung) kembali ke Kanton dari sebuah perjalanan ke Hunan untuk membeli rempah-rempahan untuk proses ubatan. Karana ingin menghindari pajak barang di perbatasan, maka tanpa pengetahuan ayahnya, Wong Fei Hung mencuba menyelundupkan sebuah kotak yang berisi ginseng langka ke dalam kotak orang asing. Namun setelah melepasi perbatasan, ia tanpa sengaja mengambil kotak yang keliru seakan mirip dengan miliknya.

bersiaran mulai jam 10pm 9/5/2012 di TV2
Kotak keliru tersebut ternyata berisi cap giok antik bersejarah hasil pencurian oleh Duta Besar Inggris yang jahat dan tamak. Selagi Wong Fei Hung kegelisahan menyembunyikan batu cap giok tersebut dari penglihatan ayahnya, Duta Besar Inggris dan komplotannya ternyata memiliki aktiviti yang melanggar hukum iaitu mencuri barang-barang antik berharga yang memiliki nilai sejarah untuk dijual ke muzium-muzium Inggeris dan juga mengeksploitasi para buruh yang bekerja di kilang baja miliknya hanya karena ingin mendapatkan profit yang sangat besar. Tidak hanya itu ia juga hendak menguji secara paksa perguruan silat dan juga bengkel Ubatan Po Chi Lam milik Wong Kei Ying yang selalu mengeluarkan suara latihan ilmu silat yang dianggap mengganggu ketenangan rumah sang Duta Besar yang terletak di sebelahnya. Walaupun Wong Kei Ying berusaha menyelesaikan masalah dengan cara diplomatis, namun Wong Fei Hung tidak boleh menerima tindakan Duta Besar tersebut, apalagi setelah mengetahui bahwa diplomat jahat itu terlibat pencurian barang antik berharga. Dalam usaha perlawanannya, ia dibantu oleh ibu tirinya (Anita Mui) dan juga para buruh kilang logam baja tersebut yang sudah tidak tahan diperas tenaganya serta diperlakukan seperti binatang. Ia juga harus menghadapi para anak buah Duta Besar yang dipimpin oleh seorang jaguh bertahan. Untuk menghadapi jaguh tersebut, ia terpaksa mengabaikan larangan ayahnya, yakni mengeluarkan jurus-jurus ilmu handalannya iaitu Kungfu Mabuk.

PCL :...sambil menonton , sambil teringat zaman sekolah asrama dulu., dok berceghita kat anak aku lah pasai  abah dia yang gila filem aksi kungfu mabuk Jacky Chan...sampai Hanis Umairah pun minat sama...



Dataran Persisiran Sungai Kerian Parit Buntar Perak.

santai  bersama famili

....memang dah lama sangat pcl tak ke sini, last sekali masa baru lepas kawen dulu tu pun nak ajak mamadiana rehat sambil makan mee goreng 'terapung'.

kalau nak diingatkan kembali,  kisah mee goreng terapung ni tak ramai yang tahu kewujudannya  hanya mereka yang sebaya lebih kurang dengan unur pcl saja... Sebenarnya nama terapung tu diambil dari kedudukan kedai di tepi sungai suatu ketika dulu, masa tu zaman pcl skolah menegah, bila outing dengan kengkawan tempat inilah jadi stesen persingahan makan kami.


persisirang Sungai Kerian, Parit buntar Perak dan Bandar Baharu Kedah

Kini sudah menghampiri 20 tahun masa berlalu..tapak kedai makan tu pun tak kelihatan dah...dan kini dah jadi tempat riadah persisiran sungai.

Kawasan sekitar adalah merupakan pekan lama Parit Buntar dipisahkan dengan sebatang sungai yang menjadi sempadan dua negeri iaitu Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.

salah timing daaa..., kalau minggu depan kan besttt!


Sengaja pcl bawa famili bersiar di sini,  ingatkan nak belanja makan mee goreng terpaung....haha, rupanya nampak sampah sarap jer terapung di sungai tu haha...

... jalan-jalan makan angin kat sini.. tak tau plak kebiasaannya ada acara rasmi yang diadakan tiap-tiap tahun kat sini :



Hari Air Sedunia 2012, Majlis perasmiannya dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri DiRaja Hj Muhyiddin Yassin , TPM Malaysia.

...malangnya bukan minggu ni, ianya diadakan pada 24 Mac 2012, Sabtu minggu depan. Berbagai aktiviti yang telah dijadualkan berlangsung antaranya ialah seperti perahu panjang, gerai jualan, rivers cruise, ceramah perdana, gerai pameran, bot berhias, bunga api, memancing dan banyak lagi.

..sekiranya anda berkelapangan lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan berhampiran  , datang lah beramai-ramai mulai 20 Mac hingga 24 Mac ini.

ada siapa-siapa ke yang tinggal berhampiran ??


Published with Blogger-droid v2.0.4