Showing posts with label kesihatan.. Show all posts

Tak semena-mena aku bersenam Squat Jumping !


Aku dah mula buat 'squat jumping' macam ni, pasal apa?

Semalam lepas berbuka, terasa macam nak terkencing sangat2. Minum air memang aku tak pernah banyak. Paling kuat pun satu mug tu pun tak habis.. lepas solat aku akan sambung minum mug yang sama. Risau jugak hati ni kalau kena penyakit kencing tak lawas. Orang kata la kan, simptom kencig tak lawas macam tu.

MamaD terus info aku, pasal kecing tak lawas salah satu puncanya adalah kurang minum air masak. betul lah. Terkedu aku..  memang aku tak suka minum air masa makan sebab aku ni kaki makan. Bila minum nanti makanan  tak boleh masuk banyak.. hemm. Tapi sebenarny di kala umur 40an sekarang, aku memang dah kurang makan berlebihan. 

Penyakit yang digeruni (sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kolestrol juga) sering menghampiri kita pada usia bermula 40an. Ini yang buat aku slow sikit bab makan dan minum tak sihat. Sekarang ni tengah kontrol sebaik mungkin. 

Dulu aku pernah sekali buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan. Masa tu kolestrol aku agak membimbangkan.  Doktor nasihatkan aku supaya bersenam, tak perlu makan ubat sebab masa tu belum 40. Selepas aku kontrol semua benda makan yang tak sepatutnya. Alhamdulillah. Setakat hari ni simptom macam kalau makan daging berlemak lebih rasa nak pening dah tak ada. Jantung pun okay.. xde rasa debar selalu.. berat badan mentain. Lega rasa setakat ni. 

Umur dah lepas 40 dan nak masuk 44 pun, aku masih belum pergi check lagi. Terasa berat nak ke klinik. Apakah?? Perlu tunggu sakit datang baru nak terhegeh-hegeh buat chek-up doktor. (tanya diri sendiri)

Mulai sahur subuh tadi, aku dah minum banyak air masak. Aku harap ianya berterusan. Minum banyak masa makan atau lepas makan boleh buncitkan perut. . Masalah jugak tu !!

Aku dah mulakan senaman 'squat jumping' untuk kuatkan bahagian dalaman sekitar pundi kencing (ini cara aku) dan ianya boleh bagi badan keluar peluh. Sebelum ni aku jogging dan sesekali masuk gym je.. dan satu lagi amalan yang bagus "jangan tahan kencing" tu je la..

Mudah-mudahan segalanya ok macam biasa.  Doakan saya ya. Terima kasih.

Live begins at 40,  orang kata ada banyak perkara indah berlaku dan sebaliknya juga. Tapi bagi aku, perubahan itu penting. Berubah kepada buat perkara kebaikan. Dan kalau nampak kenalan yang dah 40an masih berkelakuan sama tak berubah-ubah (masih jahil). Kita doakan sajalah yang baik-baik. Insya Allah




Baru nak mula semula ..


..Petang semalam , sebelum jam 5 mamaD dah masej...katanya hanis dan sepupu dia nak masuk gym. Lama dah teringin sangat nak bersenam, aku pun dah lama tak keluar peluh petang-petang asyik kerja saja.

Hanis, adlina, mamaD dan anak-anak lain turut sama masuk gym, seronok dorang main gym kat dalam...bila dah ramai aku lebih selesa untuk berlari di luar ..


Semalam aku dapat selesaikan larian ..dalam 3km, memang penat rasanya kalau dah lama tak jogging., sebulan lebih rasanya tak jogging, balik kampung makan tak hingat..huh ! .

Memang ada niat nak teruskan setiap petang , nak dapatkan balik stamina yang dah hilang .., nak turunkan berat badan yang semakin kembang ni...

Hujung bulan ni ada Morib Fun Run 2014 , acara tahunan buat pertama kali aku nak join, ..risau jugak kalau semput dan tertinggal jauh dengan otai-otai runner..haha.




Futsal kami


...inilah dia aktiviti yang berterusan ; Futsal@PANstadium , semangat sungguh nak jaga kesihatan..maklumlah semuanya punya 'aset lebih' yang tiada nilainya .

..dulu kebanyakan dari kami semuanya steady, perut rata ....masih kuat bertenaga !

#tak susah kumpulkan komuniti untuk menjadi sihat hanya dengan group whatsApp aje sudah dapat dihimpunkan mereka ni semua....guna kemudahan yang ada untuk kembalikan kecerian bersama.

#tak boleh buat team lawan mana-mana group lagi sebab  kebanyakannya 'pancet' selepas 20 minit beraksi di padang..huhu..

~itulah kami setiap petang yang terluang.






This Is How Your Plate Should Look ..



....sebelum ni pun ramai yang bagi nasihat tentang penjagaan makan termasuklah isteri juga , tapi nak buat tu yang payah  dan selalunya berakhir dengan kegagalan...aku akui ini semua berpunca dari disiplin diri dan semangat juga kesungguhan yang tak kesampaian ; maka perlunya sesuatu sebagai 'pusher'...dalam kes aku Slimfast diet lah . (aku sedaya upaya tidak mahu menjadi pengguna yang taksub...tidak mahu terjebak dan menjebak orang lain..)

"Jangan Skip MAKAN. Teruskan makan sedikit tetapi banyak kali pun ok, jika tidak mahu metabolisma badan anda semakin rendah dan pembakaran lemak bertambah payah." ~MBH

adakalanya ketika berselera dan masa perut betul-betul lapar kita melayan nafsu sehingga perut jadi sendat dan padat...ini yang perlu dielakkan...ikut sunnah Nabi Muhammad SAW , makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang..insyaAllah...dan kunyah betul-betul sebelum telan makanan dalam mulut tuu ;))

..terima kasih MBH page kerana selalu memberi tunjuk ajar dan perangsang untuk lebih sihat dengan pengambilan makanan yang betul..







Berpeluh gak ketiak nih haha..




untung jugak motosikal aku tayar pancet pepagi nih..., dalam sesuatu keadaan ia sangat bagus.. boleh kayuh ke pejabat.. rasa macam nak teruskanlah sampai bila-bila ,  kereta aku selimutkan..kesian dah penat pon dia berkhidmat..

lebih kurang 0.5 km jerr ofis aku.  Jauh tuu ! kan.. berpeluh gak ketiak nih haha..

p/s ..nasib la ofis kat tingkat bawah...kalau tak dapat lagi 'bonus' ..


Published with Blogger-droid v2.0.10


Terapi Ion Elektrik..@Melaka.







..
berehat rehat santai depan rumah, kebetulan adik ipar panggil kawan dia..ada buat show ?
.
pcl n mamaD tak lepas peluang mencuba terapi kesihatan..
.
alang alang ada depan mata ..
tapi kesannya wallahu'alam..
.
sapa pernah cuba kongsi info sikit yer...hehe.
.
p/s .. kesan kolestrol nampak keluar..terapung atas air tu katanya..haha camana tuh?


untuk sebarang info dan  rujukan berkenaan boleh hubungi :  sekitar Negeri Melaka.



.
Published with Blogger-droid v2.0.10


Dah start!



..
bagun pagi semangat lain macam je..tengok kot tingkap,  cuaca nampak clear...selalunya, bahana lepas solat subuh tidur sekejap membawa terlepas aktiviti pagi..
..
2013 in-sya Allah tak akan diulangi.
..
untuk tahun 2013 aku start awal beberapa hari..., program nak kurangkan berat badan akan bermula pagi ni @7.30am dengan timbangan terakhir adalah 70.0kg tepat...memang ada efek bila agak lama bercuti di kampung.


..
semangat bertambah bila mmD turut sama berkayuh..
..
1jam kayuh keliling kuarters,  setengah jam jogging,  berenti rehat. ..
..
mmD,  tak sampai 2 round dah stop cycle..alasan nak berkebun kat belakang rumah katanya.


..
dalam duduk berehat tu, kena tolong angkat pasu2 pokok yang mmD tanam tadi tu...keliling rumah nampak semak kena cangkul rumput skit...nak harapkan dorang yang kerja lanskap kerajaan. ..maklumlah, tak sempat cover semua kawasan.
..
wow...memang freshlah, buat itu buat ini badan rasa segar je, takdalah nampak lesu monyok macam ayam berak kapur!
..
emm.. ni nak cuci kereta n motor plak..huh semangat!
..
pssst, ..dengar2 citernyer.. sebahagian dari group KKA nak 'mencendol' kat BANGI petang nih...hehe selamat makan cendol enjoy yeh !!..jangan sampai kencing manis plak..hehe.beringat tau!


Published with Blogger-droid v2.0.9


Awak memang jambu.. !


Mengurangkan kolesterol..

bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini. Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

haha...
balik kampung aritu, makan tak ingat ..semuanya sedap2., balun !..kan dah rasa pening2 kepala..'toing' sikit pagi2 nih baru mula kerja .

"Awak memang jambu ! kalau amalkan nih jadikan kulit wajah tegang !!"

Untuk itu, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai. Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah.



Kebersihan : Hembus2 lah lubang hidung mu dengan air agar bersih ianya..

 ..bila masuk waktu solat ..

masa berwuduk tu nanti ..hembus2 lah lobang hidung mu dengan air agar bersih ianya..


 " Hikmah membersihkan Hidung".

Indahnya Syariat Islam, ketika berwudhuk terdapat perbuatan yang dinamakan sebagai ISTINSHAQ dan ISTINTHAR .

Istinshaq ialah perbuatan menyedut air ke dlm hidung sedangkan istinthar ialah mengeluarkan air dengan bernafas. Kajian Doktor menjelaskan istinshaq 3 kali dalam setiap wudhuk akan membersihkan 11 jenis kuman dan bakteria yang. terdapat dalam hidung. Biasanya ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan , paru2 dan alahan

Penelitian ilmiah membuktikan hidung manusia mmenjadi benar2 bersih daripada kuman selepas proses istinshaq.

gambar hiasan


Hadis Riawayat Bukhari yg. bermaksud " sempurnakanlah wudhuk ,ratakan air di antara jari jemari dan bersungguh2 lah dalam istinshaq kecuali jika kamu berpuasa. "

pcl ; terima kasih Laniaz Nadiba.

 


WW : Nak Jadi Pengurus ?


eh ..nak jadi kurus lah ...bukannya Pengrus daa..






Telur Ini Telah Dibasuh !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



..entri terdahulu 'Ambil Mudah Atau Tak Pernah Tahu'.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram (najis).


Meyakinkan Pelanggan



erk ! Pengusaha gerai char koew teow  saja?...mana yang lain2.. restoran mamak dan pengusaha kedai makan yang lain tuh ?..meyakinkan pelanggan  juga adalah salah satu daya penarik !


..Lu ape celop toq' ! kalau celup sikit-sikit jer...basuh ke tu namanya ??


PCL : kalau kurang yakin..kita makan kat rumah je lah ..


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Penyakit apendisitis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Penyakit apendisitis atau apendiks merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.

Tiada siapa yang tahu apakah fungsinya yang sebenar melainkan DIA Pencipta segalanya. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks. Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Antara tanda-tanda awal penyakit apendiks ialah rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

Ia disusuli dengan rasa sakit yang berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan tidak lama kemudian dan kemudian kesakitan semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika berlaku pergerakan, batuk atau berjalan.

Lazimnya, pesakit penyakit apendiks kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika pesakit berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada.

Apendiks disifatkan sebagai kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan serta-merta bagi membuang apendiks kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, apendiks yang mengalami keradangan akan pecah (tembus atau berlubang) lalu melimpahkan najis yang penuh dengan bakteria ke dalam kaviti abdomen.

mungkin ada di antara anda yang pernah melaluinya...begitu derita kan ?
 
salah satu puncanya adalah bijian yang tak hadam dalam usus seperti biji cili.- ref blog CR

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Buah Naga tiada kaitannya dengan CNY?

Assalamualaikum...

Sempena CNY...buah limau mandrin adalah sangat sinonim sebenarnya.

buah naga memang tiada kaitan langsung, cuma pcl nak share info tentang khasiat buah naga.

Mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga dengan isinya yang merah mempunyai banyak khasiat.




Ianya kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah buahan lain yang diimport.

Malah buah ini juga dikatakan cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekana emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Published with Blogger-droid v2.0.3