Showing posts with label masakan PCL. Show all posts

Kenapa Nasi Goreng?

Kenapa nasi goreng ?

Ya...kenapa la menu sarapan pagi di kebanyakan rumah masyarakat Melayu adalah nasi goreng..hurmm.

Kebetulan di rumah aku pon, baru sudah makan nasi goreng... alhamdulillah.

Kalau ditanya..hampir semua mengatakan , buat nasi goreng pagi sebab ;

1. Nasi lebih semalam sayang kalau dibiarkan/ dibuang ~ membazir itu Syaitan sukaa..

2. Nak buatnya mudah...suami pon boleh goreng.

3. Sarapan pagi yang mengenyangkan.

..dan

Bagi yang terbangun lewat di hari minggu...boleh buat breakfast+lunch sekali..

Salam hujung minggu...santai.



Nasi Lemuni Ayam Madu Golek..

Assalam..

Meh tengok ayam madu lepas digolek letak baik punya atas pinggan..

Ini lah hasil plating untuk menu hari ini ;
Nasi Lemuni Ayam Madu Golek.., nasi lemuni mamaD masak seperti biasa..ala ala nasi lemak dan cuma tambahkan air kisaran daun lemuni....nasi berwarna seakan kehitaman sedikit namun rasanya dan baunya tetap menyelerakan.

Pokok lemuni memang aku tanam khas untuk buat nasi lemak ni...Selalunya di hari bukan bulan Ramadhan , nasi lemuni dihidang bersama sambal udang atau sotong .... tapi untuk kali ini ada kelainan...dan kelainan itu ialah adanya ayam madu..luar dari kebiasaan, menu tambahan sambal petai..

Alhamdulillah..

Walah.. :)



Bab Rumah Tangga : Masakan kegemaran keluarga..


AKU rasa ada dikalangan anda adalah isteri dari wanita yang bekerjaya..mana kan ada cukup masa nak memasak bagai...kan, lagi-lagi korang yang tempat kerja jauh dari rumah..nak redah traffic jam lagi, balik pon dah sampai rumah pukul berapa entah ...penat pon tak hilang lagi nak masuk ke dapur pulak iyer dak..

meh PCL nak kongsi sikit...*suara mewakili suami mungkin ada persamaannya....

MASAKAN KEGEMARAN suami tak semestinya kena sediakan hari-hari..ulang masak sesekali pon tak apa, janji dia tau yang korang memahami selera kesukaannya...kalau tak tau masak, pon bukan jadi masalah...janji korang ada kemahuan nak belajar.....senang je..macam ni caranya ;

# Tanya mak mentua dulu *(jangan segan pulak!) , "anak emak ni suka makan lauk apa?" *(suami pula selalu akan kata.."tak kesah la sayang masak apa pon abang makan je..")
okay..belajarlah masakan kegemaran suami tu walaupon korang tak berapa gemar..jangan ikut mulut korang aje..

# Kalau dah selalu sangat makan kedai, tengok-tengok la sama suami cedok lauk apa..
Lepas makan , balik kat rumah nanti boleh la intai-intai dalam buku resipi *(google je ..)

# Cuba sempatkan masa di hari minggu masak untuk suami ...kelamaan nanti jadi pandai la memasak
masakan kesukaan dia..

# Masak di dapur bersama-sama *(guna ayat power sikit masa ajak suami tu..haha)..bila berada kat dapur, baru suami tau bertapa susahnya nak sediakan makanan kesukaannya..ajar sampai pandai , kalau dah pandai..tau masak....mintak la suami masakkan  untuk korang pulak. *(cakap la nak test rasa masakan dia pulak.. ,  kalau dia tak tau jugak..jadi lah kalau dia tolong temankan kat dapur... dah cukup memadai tu....membahagiakan jiwa!)

Ini satu peringatan mesra ; jangan selalu ingat dalam kepala...asal masak sudah...lepas tanggung jawab hari ni. Terima teguran suami dengan hati yang ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti masakan tu..

Bersabar dalam mencari bahagia..

Bawah ni ada senarai makanan kami sekeluarga mengikut kesukaan memasing ; khusus untuk IFTAR bulan Ramadhan tahun ini...Alhamdulillah. sudah 15 hari Ramadhan ..sebahagian menu sudah disediakan bersama ;

PCL
  1. Bihun goreng 
  2. Mee goreng mamak
  3. Nasi lemuni mamaD
  4. Nasi kandar kambing
MamaDiana
  1. Nasi Ayam stim
  2. Bihun Sup soto
  3. Laksa goreng berlada
  4. Moi sup (bubur nasi berlauk)
  5. Serawa durian
Nina
  1. Nasi pattaya & tomyam
  2. Nasi goreng USA
Hanis
  1. Murtabak mee segera (jenama SEDAP) & Roti canai
  2. Koew teow kungfu
  3. Char koew teow
  4. Telur masak kicap & nasi putih
  5. Daging masak merah & nasi putih
char koew teow 
mee kuah
keow teow bersalut telur utk kuah hokian
mee kungfu
murtabak mee segera
nasi lemuni
koew teow goreng 
pulut serawa durian
laksa goreng






Plating Food : Koew Teow Goreng

...gara gara Hanis tersangat suka makan masa berbuka at #BGR semalam.. Sekali lagi kami buatkan untuk hanis menu char koew teow kurang basah dan tanpa sayur....sebab dia sememangnya tak suka makan sayur banyak.

Sebelum plating ; kena sendukkan dulu keow teow goreng  yang tanpa sayur tu...dan siap .
Sebelum beberpa minit masuk waktu iftar ; mamaD masukkan tauge dan kucai..dan gaul sekali lagi sekejap saja atas dapur...bagi gaul serata. 

Awas jangan sampai sayur terlembik..kami memang suka kerangupan...serius tak ada umphh kalau tauge dah tak nampak kesegarannya..

Ini lah menu kegemaran sekeluarga selain Laksa Goreng menjadikannya satu menu kemestian  apabila tiba setiap kali bulan Ramadhan.


menu ketika berbuka puasa ramdhan hari ke 9
koew teow dihidang mesti berserta dengan hirisan cili padi dan daun bawang..


Plating Food : Laksa Goreng



Plating Food : Laksa Goreng by PCL

okay..  lewat malam publish entri makanan tak lah loghat sangat kan..., ni dia Laksa Goreng setiap kali bulan puasa mesti ada...mesti kena buat sekali dalam sebulan Ramadhan.., dalam rumah aku ni dah tak jamah nasi berlauk masa berbuka puasa... ini bukan suatu yang pelik tapi aku percaya ramai juga yang sama ; tak suka makan nasi ketika berbuka ..*konon bajet diet haha ! :))

Laksa di gambar ni bukan menu siang tadi ye; semalam pun bukan tapi belum buat lagi...menu akan datang lah nanti cuma aku nak korang juga cuba buat resipi sama bila ada masa terluang nanti...mudah sangat ! mana lah tau nak cuba yang lain dari biasa...

aku cakap mudah sebab ...aku sendiri boleh sediakan; masak untuk famili aku makan...lelaki boleh masak ; korang wanita mesti lagi boleh..kan!

Resipi Laksa Goreng  (resipi mama'D)

  • 1. Tumis bawang putih, bawang merah .
  • 2. Masukkan udang @ daging @ ayam...mengikut kesukaan anda.
  • 3. Masukan laksa (rebus dengan air sampai mendidih dulu, jangan terlalu lembik, toskan dan basuh supaya tak melekit), kicap , tiram, lada hitam, cuka, serbuk perasa, garam dan..
  • 4. Masukkan  tauge, kucai dan kobis.
  • 5. Kacau sama rata dan pastikan jangan terlalu lama di atas dapur...
  • Siap  untung di hidangkan !

aku suka bila diletak laksa dalam pinggan, taburkan daun bawang , bawang goreng dan cili potong...

perghh !..plating gambar atas tu memang buat aku puas hati...sebab tak comot macam selalu..huuuu !






Buatkan kaum lelaki teringin memasak selalu..


anda harus memuji masakan mereka...

okay...cerita pasal masak dan lelaki..

hahaaa... ramai di kalangan lelaki kekok nak ke dapur untuk memasak sebab. .. antaranya tak tau nak masak apa pon,  tak tau nak handle api dapur.. takut masakan hangus,  makanan tak masak dan berbagai alasan...

mulakan dengan masak guna magic pan,  kalau tak ada. ..pi beli !

apabila  diperkenalkan dengan kuali/pemanggang ajaib...mungkin akan menghilangkan sikit rasa kekoknya...itupon kalau lelaki tersebut nak masak!

ni untuk lelaki...(lelaki budiman) , apa kata  saya sarankan supaya anda turut membantu isteri/emak memasak bila berkelapangan macam cuti hujung minggu ni ke contohnya..
buat permulaan, beli je apa-apa jenama magic pan / pemanggang aka kuali ajaib di pasaran banyak dijual., saya tak jual tu pasal saya tak promote..

....kerja memasak jadi mudah, memang semudah orang yang handal memasak...., yang lain tu kena juga belajar tentang sesuatu resepi asas..dan memasak jadi akan lagi mudah.

bila dah cuba sekali dan berjaya mendapat '' ,  ..memang nak masak lagi dan lagi...kalau tak caya cuba lah...

#tips bagi para isteri, .. pujilah masakan suami anda untuk masakan yang pertama dan seterusnya,  mereka sama macam anda juga..... yang suka dipuji2. terutama tentang masakan. .Upss huhuu.

>gambar 'berasap' ni masa pcl buat BBQ bersama keluarga...dengan magic pan kerja memanggang menjadi lebih mudah dan dijamin kebersihannya...

saya tahu anda juga memilikinya...kan. ..kan!





Sarapan ; Telur Goyang


Selamat pagi.. Assalamualaikum semua..

Saya masih lagi di rumah (07:45).. teringatkan kata ustaz masa dengar tazkirah jumaat lepas ada diselitkan istilah 'telur goyang'..maka saya terus ke dapur..

lucu jugak sebab namanya sebegitu.. kenapa?

..sebenarnya keenakan itu yang dimahukan.. sedap dan lazatnya menyerlah.
kuning telur itu mesti boleh gerak-gerak atas pinggan semasa dihidangkan.., bagi mereka yang dah biasa dengan istilah 'telur goyang' baginya sudah selesa menggunakan istilah tersebut dan kebanyakan kedai makan di negara kita sudah sedia maklum terutamanya kedai-kedai mamak..

Tak percaya ea..cubalah order 'nasi goreng telur goyang' ..haha..
kalau dorang blur/terpinga-pinga, ..anda sendiri bagitau jelah apa yang goyang tuu..

#selamat bersarapan






Sekali lagi nak buat demo goreng char kuey teow .

...emm, special request dari rakan-rakan opis..... ada cadangan nak buat demo mengoreng lagi  'char kuey teow pcl' jadi pilihan.  Kat sini aku nak bagi resipi mudah supaya semua suri/sura rumah boleh buat sendiri...sebelum aku nak 'buka kedai' - konsep katering sendiri nanti (dalam perancangan insyaAllah) doa-doakanlah ye kawan-kawan. terima kasih.




Bahan-bahan ;

K.teow, kicap cair , udang , gula, minyak masak,taugeh, kucai , telur ayam dan air.
Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar)
Bawang putih + air (bahan dikisar)


Cara Memasak

# Panaskan minyak masak (2 sudu besar) ,tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,

# Masukkan udang (10++ ekor bersaiz sedehana besar, kicap cair (6 sudu besar), air (2 cawan) gula (secukup rasa) ,

# Masukkan k.teow (600g), taugeh dan kucai (agak2) ,

# Pecahkan telur ayam(3 biji) ---- kacau sama rata sehingga masak.

>> Anggaran masa memasak/ goreng ialah 3 minit (bergantung kepada saiz api dapur yang digunakan)

#selamat mencuba masak sendiri..







Originaliti lelaki memasak dan hidang...


Assalamualaikum....hari ni saya rehat lagi, ..ada yang sudi masak untuk makan tengahari ni..alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang...sayangnya bila siap terhidang lauk cuma semata tanpa ulaman. takpa2...saja je tu...

...minggu2 lepas saya buatkan  daging masak merah seperti yang diinginkan oleh pcl....huhu rupanya dalam  perlahan dia bersuara... "tak sama macam yang abang makan zaman  bujang makan kedai dulu".

...daging dia macam ni...warna dia macamtu....rasa dia macam ni..hemmm haha macam2 ,  tudia nampak dah!!

....hari ni dengan relanya pcl masak sendiri seperti yg diinginkan., dia beli daging salai...dan sibuk2 kat dapur, etah apa diprosesnya kat dapur ...sepah !   itu biasalah., ..tulah kisahnya..originaliti tukang masak lelaki separuh tauliah hihih..

dah siap semua masak. ..then masa serve  wahhh.! no wonder tapi rasa belum tau lagi..nampak menyelerakan. Lelaki , kebanyakan depa kalau masak mana nak risaukan  pasal kesihatan. kan. banyak macam mandi  minyak !

satu lagi originaliti  lelaki memasak selain dari dapur bersepah ialah.... pinggan tu,  masa nak hidang  berlemoih kata orang utara,...biaq pi kat dia, ...janji dia suka...saya pun senang hati.

mengharap rasanya sama apa yang dia makan berbelas tahun dulu di Seberang Jaya,  Penang kalau tak silap saya...masa tu dia practical training kat sana......dan kalau sebaliknya,  kena singgah kat sana nanti bila otw balik kampung .

Daging Masak Merah PCL. ..kalau nak rasa yang original kena pi area Seberang Jaya...carilah mana2 kedai makan mesti ada kot. ok, bye. hihi banyak songeh plak aku ni kritik lelaki (keseluruhannya) tentang masak !  "..sori bangg"

~diana.
Published with Blogger-droid v2.0.10




Leceh, susah dan rumit untuk mendapatkan rasa yang menepati cita..

buat sendiri lagi puas hati...

ni time aku belajar bikin nasi ayam dengan mamaD, ingat semudah disangka... renyah jugak ya..

dengan lain perkataan ; leceh, susah dan rumit untuk mendapatkan rasa yang menepati cita..

potong ayam, rebus ayam buat sup, amik kuah sup ikut sukatan beras untuk masak nasi...eh macam-macam lagi laa...buat kuah cili, kuah kicap lagi.., ayam kena perap lepas tu goreng ..huh . terasa lecehnya, tapi bila dapat makan dengan kepuasan berganda...hilang rasa leceh tu..

nak..nak kalau ada yang memuji keenakkannya..perghh !

emmm tu pasal isteri masak kena puji selalu..

ada orang bila dah masak sendiri tak lalu nak makan, tp aku lain....



Published with Blogger-droid v2.0.6

entri berkenaan AYAM :

Jun 28, 2010
semalam bertandang umah abg ipar...pekena ayam kampung Alam Budiman..ada jual siap potong (sembelih), bukan cm Bangla beli sekor2 tak nak sembelih...fuh memang sodap..makan dgn nasi lemak plak tuh.. lepas tu ...
Apr 21, 2013
Cendol cap ayam. .. Sunday, April 21, 2013 PakcikLie PCL 17 comments. haha..cap ayam bukan pada produk kicap atau printed tshirt sajer tau.. cendol banting pon cap ayam jugak !! sebelum maghrib menyempatkan jugak...sebab dah sebut sebut dari petang tadi...takut lak kempunan nanti neh..hahaii !!. . pss....mangkuk je cap ayam tapi cendol banting .... BEN ASHAARI dan WEECLICKS · Pagi lagi cari nasi kerabu.. Okay... char koey teow PCL dah siap ! Plan nak ...
Apr 08, 2013
proses senang banget..., rebus sekejap untuk cepatkan proses stim...kalau tak penat menunggu, biar masak bhg isi dalamnya, ...blend bawang putih , halia ..sudah tu lumur ayam , campur sikit tiram, garam dan madu ...last ...
Feb 18, 2010
anak aku ni selalu tak lalu nak makan ..kalau makan pun bila terasa betul2 lapar saja..risau betul, cuma yang tu lah makanan dia hari2, tapi sesekali tu adalah juga jamah nasi..tengok lauk lah..ayam masak kicap.. ok, telur ...
1
2
3
4
5
6
7
8






Gulai keli pulak ! ...spontan dengan nasihat.




kira spontan lah nie yer...

'walau sedap macam mana sekalipun makanan yang disuap ke dalam mulut kita...kunyahlah perlahan-lahan sehingga merasa nikmatnya makan itu, ikut sunnah Rasulullah 40 kali kunyahan sebelum telan..'

wallahu'alam

p/s ..insyaAllah makan tak menambah...




Ikan Belukang sedap digulai ...




tau tak ikan belukang ? ..cat fish ! ...owh angguk kepala..*setelah melihat gambar di bawah ehh...

gulai?    ...saja ngada ngada nohh !

ikan jenis ini adalah dalam kategori jenis  ikan yang tak laku..takdak harga .. kaki pancing pon tak minat nak bawak balik hasil pancingan depa, ..kalau dapat ikan jenis ni  mau dicampak balik ke laut...sampai macam tu sekali standard 'ikan kucing' nih..



tapi kalau nak tau...sedap ke tidak rasa isi ikan belukang ni... cer buat gulai, masukkan kacang bendi bersama...kalau takdak bendi letak terung bulat pon boleh....perghh  mantap rasa!!

makan dengan nasi panas panas...dan hidang sekali dengan air limau kasturi ais untuk minuman ...fuhh la makk! ,

kalau  tak habis makan hari ni , boleh perangat lagi (panaskan) buat makan sarapan pagi esok ...buat cicah dengan roti canai atau roti bengali ka..haa tu dia !


sesekali memancing bersama keluarga...biasanya di Tanjung  Dawai, Kedah.


published with Blogger-droid v2.0.10


Daging Batang Pinang !



Assalamualikum..

tadi awal pagi ke pasar sesudah makan bihun sup kegemaran...langsung hantar adik Hanis ke tuisyen dan kak Nina ke sekolah..

belikan daging batang pinang...nak buat lauk tengahari nanti....tapi menunya belum diutarakan lagi kepada master chef kat rumah tu...

agak-agak,  daging batang pinang ni nak buat masak apa yer??

p/s...terlintas di kepala nih nak makan Daging Masak Merah....*sms.
.
*spot check, ....tempat saya daging tempatan sekilo Rm22..

*kat mana yang nampak macam 'batang pinang' tu?

Published with Blogger-droid v2.0.6


Telur Ini Telah Dibasuh !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



..entri terdahulu 'Ambil Mudah Atau Tak Pernah Tahu'.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram (najis).


Meyakinkan Pelanggan



erk ! Pengusaha gerai char koew teow  saja?...mana yang lain2.. restoran mamak dan pengusaha kedai makan yang lain tuh ?..meyakinkan pelanggan  juga adalah salah satu daya penarik !


..Lu ape celop toq' ! kalau celup sikit-sikit jer...basuh ke tu namanya ??


PCL : kalau kurang yakin..kita makan kat rumah je lah ..


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Sambal udang terung pipit hindari cacing dalam perut?





kata orang tua2 lah..terung pipit ni bagus untuk mengubati penyakit kecacingan dalam perut..sajauh mana kebenarannya..pcl tak dapat nk merungkai !!

bukan pcl kata arr...

dah siap masak sebab ni lah masakan febret kami bila balik kampung...kat sana susah nak dapat buah terung pipit..tu pasal  lepas geram tu...emmmh!

apapon memang bestlah..

Orang perut boroi tak semestinya ada cacing. .grrrr..grrr! , ade orang marah nampak!


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Minyak Penambat Kasih ?

Salam hari minggu.

..pepagi turun dengan senyapnya terus ke dapur...haha apa bikin?

PCL nak buat nasi goreng untuk isteri dan anak2..sesekali biarkan diaorg bangun lewat sikit ape salahnya kan. Yang pastinya hari minggu kami lebih ceria jika bila dimulakan dengan senyuman oleh mereka yang aku sayangi.

mana tak senyum...segalanya telah tersedia..

[masa masak banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad saw]


haha, amacam nampak sedap tak..berminyak lagi tu...

inilah rahsia 'minyak penambat kasih'..huhu, korang nak ke??

lagi2 kat sini lepas hujan...emmm memang best la makan bersuap-suapan.


adakalanya , hari minggu especially pagi2 adalah suasana yang suram menyelubungi kebanyakan keluarga....

kembalikan keceriaan, buatlah sesuatu yang lain sikit dari hari2 biasa.
masa ni lah nak bermesra dengan ahli keluarga tersayang.

masing2 ada cara untuk membahagiakan seseorang atau keluarga sendiri...buatlah yang terbaik moga kita happy, ok bai2.

..



Tempoyak Goreng!

Sempoi...nampak memang sempoi...cuba dulu baru tau!!


gambar hiasan by google


...Jom jom pakat pi store jual buah durian, balik keja ptg ni...arr syok sangatla tu..dah nak balik...singgah sat tepi2 jalan tu....(Hanis Umairah memang suka sangat dgn raja buah .)

haahaa kali ni takyah beli buah yang elok, beli je tempoyak yang ready made tu... bole buat goreng..uhh! tak tau la rasanya .

ada orang tu kan..buah durian tak boleh makan...busyuk katanya tapi tempoyaknya boleh plak makan ..huhuhu , ok je tak busyuk pon!...

kentot bau durian takpe...tapi sendawa durian takleh..menyumpah2 plak...aii sapa la gamaknya tu..hehe.

Selalunya tempoyak ni kita buat masak tempoyak ikan patin atau buat sambal tempoyak je.
apa kata kita ubah sikit penggunaannya..pelbagaikan !

Ni resipi masyarakat Sarawak.
aku copy je....kebetulan teringat kt opismate orang Sarawak ...brader tu baru dapat baby girl awal pagi tadi..4kg lebih tu beratnya..wow! ....

okeh teruskan dengan bahan2nya:

Bawang merah (yg diblend) lebih 2 sudu makan
Cili kering (yg telah diblend) lebih kurang 1 sudu makan (sapa yg nak pedas bagi le lebih)
Udang sederhana besar (20 ekor dibuang kulit)
Isi durian (durian sederhana besar dlm 10 ulas) - tanpa biji nya tau!
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumis bawang merah dgn cili yg telah diblend. Then bila dah wangi tumisannya, letak udang sehingga separuh masak dan last sekali letak isi durian. Gaulkan and kalau tengok mcm kering jer bubuh sikit air. Then bila udang dah masak dan warnanya kekuning-kuningan/oren, bubuh sket garam... kalau durian jenis yg tak manis letak gula sket...kalau durian dah manis tak yah letak gula lagi...(ehh mane de tempoyak manis!!)

Kalau makan tempoyak goreng ni dgn nasik panas..sure mak sendiri lalu lalang kat kampung tak nampak....haha. Kalau udang mahal sangat, boleh ganti ikan bilis (ikan bilis tu belah dulu dan buang perut nya)

hah pe lagi..kena cuba ni, aku pon belum lagi...saja syok nak share dulu kat sini baru buat sendiri....

ada sesapa yg penah makan 'Tempoyak Goreng' ..espesli orang Semenanjung??

psst ...kalau mamaDiana n anak2, donut perasa durian 'big apple' memang jadi kegemaran lah...tak lepas peluang bila ke Alamanda or Jusco Bkt tinggi.

kasi tunjuk sikit.......






..

.emmph!!