Showing posts sorted by date for query bahagia. Sort by relevance Show all posts

Nampak Muda Jeragat Tiada dengan Serum Plus Royale Nu Diamant


Serum Plus Nu Diamant bagus dan bermanfaat


MamaD punya kulit muka selalu naik jerawat bila dia pakai serum. Senang cakap.. dia tak sesuai dengan mekap (make-up) yang dipakai. Kulit jenis sensitif ni sebaiknya tak payah pakai alat mekap langsung.. senang kerja. Natural beauty lagi best!

Tapi biasalah, namanya perempuan mau tak mau mesti nak jugak bermekap.. kan?

Ini adalah kali yang kedua aku pernah cadang dan belikan serum untuk mamaD. Serum yang pertama dulu kesannya tak memuaskan hati mamaD sebab  bila pakai serum, kulit jadi melekit-lekit dan jerawat cepat tumbuh. Terus dia berhenti pakai serum.

Minggu lepas aku diperkenalkan dengan Serum Royale Nu Diamant. Lelaki kalau nak pakai serum ni pun boleh tapi aku je takmau pakai ... serum untuk wanita 30an katanya, so aku bagi je la kat mamaD dengan harapan agar serum ni serasi dengan kulit wajahnya. Dulu mamaD tak ada jeragat.. tak pakai serum pun ok dah. Tapi sejak berusia lebih ni.. jeragat dan kedutan dah mula nampak (kalau mamaD baca ni mau kena tido luar aku.. haa)

Nampak Muda Jeragat Tiada dengan Serum Plus Royale Nu Diamant

Bahagia rasa bila nampak dia cantik selalu. tak sabar nak tengok hasil dari Serum plus+ Royale Diamant ni.. gabungan Apple Stem Cell dan juga Rumpai Laut adalah antara kandungannya.

MamaD (gambar atas) masa tu baru lepas pakai  serum pagi hari sebelum kami sekeluarga bercuti ke Sungai Petani Kedah. Nampak kulit muka dia berseri sikit.  Ehh sikit pulak..

Susah nak buat review produk bagi pihak pemakai ni.. aku dah suruh mamaD tapi dia takmau. Alaa.. bagitau je kat orang sana kata kesannya amat positif! Kulit makin berseri-seri..

Serum Plus Nu Diamant bagus dan bermanfaat


Ini apa yang diberitahu oleh mamaD ;
Mula-mula test pada bekas jerawat lama yang  tumbuh di atas hidung. Fokus kat situ dan seluruh wajah di sapu dengan serum.. geram dengan parut lama.

Setelah 5 hari pakai Serum plus Royale Diamant, kesannya sangat hebat. Tak sangka cepat pulak nampak hasilnya yang menggembirakan hati.. tengok la mamaD berseri-serj wajahnya.

Nampak Muda Jeragat Tiada dengan Serum Plus Royale Nu Diamant


Serius memang best! kata mamaD. Selain bekas jerawat lama makin pudar, kulit muka pun makin cerah dan berseri sebab jeragat dan garis halus dah berkurangan.

Korang yang baca ni (terutama wanita 30an ke atas) jangan tunggu lama lagi, dapatkan dan cuba pakai serum yang mamaD guna sekarang ni.. insya Allah berkesan.

Serum Plus Nu Diamant bagus dan bermanfaat untuk merawat masalah kulit wanita matang antaranya ;
✔Jeragat
✔Tona tak sekata
✔Kulit kering
✔Kedutan
✔Kulit kering
✔Liang pori terbuka
✔Parut jerawat.

Antara Kelebihan Seeum Plus Diamant ;
✔serum dibuat dari apple stem cell dan rumpai laut, dua-dua​ bahan ini meransang penghasilan sel kulit baru untuk rawat sel kulit mati. Campuran dua bahan ini menyebabkan 2 kali ganda lagi berkesan.
✔Dibuat dalam bentuk serum supaya mudah meresap sampai ke kulit dalam. Lebih cepat nak rawat jeragat.
✔3in1, tak perlu toner dan moisturizer hanya dengan guna serum dan cleanser dah memadai. Mudah dan jimat!
✔Moisturizing effect, melembapkan kulit, elakkan berkedut dan garis-garis halus
✔ada sijil KKM dan halal dari JAKIM, tiada merkuri dan hydroquinone. Selamat digunakan tanpa was-was
✔Bungkusan alam bentuk pam. Tak perlu risau tertumpah. Mudah nak bawa kemana-mana.









Sebarang pertanyaan tentang produk rujuk dipautan berikut :

Website : www.royalenudiamant.com/serumplus

Facebook :
www.facebook.com/royalenudiamant.hq

Instagram :
www.instagram.com/royalenudiamant.hq


Berilmu beramal dan bahagia . Bercuti ke Cameron Highlands


Hai.. assalamualaikum semua. Busy betul PCL dengan kerja-kerja luar.. takdan la sangat nak update blog aku ni.. tak sempat juga itu dan ini di media sosial.

Yep.. aku sibuk dengan tempahan kondo-kondo kucing kesayang orang. Ha haa.. la ni tak panggil dah rumah atau sangkar kucing, sebabnya kalau ikutkan kos harga sebuah binaan pun cecah puluhan ribu ringgit. Memang tak lah harga sebuah sangkar macam tu. Memang agak mengejutkan tapi tetap ada permintaan. Ada owner yang sanggup dan mampu bayar semata-mata untuk anak kecil kesayanagan mereka. 

Macam projek kondo kucing baru-baru ni di Perak. Demi untuk anak yang sangat suka kepada kucing dan tak nak anak tersebut sunyi terperap dalam bilik atau menghadap gajet 24 jam seharian, maka si ayah sanggup berhabis.. tapi tak apa lah itu cara masing-masing melayani kehendak anak- anak yang disayangi.

Sekarang ni, Syarikat kami (NDCR) tengah berbincang projek dengan  seorang Pengusaha Klinik Veterina di Johor dan satu lagi di Shah Alam.. Kemudian ada satu lagi proposal projek untuk design & build kabinet untuk Cat Boarding/Hotel di  Selangor dalam perbincangan juga. Alhamdulillah. Aku share serba sedikit kesibukan aku dalam kerja selain kerja hakiki penjawat awam di pejabat. Nak tak nak kena buat 2 atau lebihdari 1 kerja.  

Bukan duniawi saja kita sibukkan diri. Hal keluarga juga kena ambik tau. Dan semestinya tuntutan wajib yang utama. Ke masjid jangan tidak pergi pulak. Ini nasihat kepada diri sendiri..  Umur semakin meningkat tua. Apa bekalan aku untuk ke akhirat nanti.. selalu ingatkan diri.

Aku buat bisness dan pada masa sama aku sibukkan diri dengan bersosial di media. Sempatkah aku ke masjid solat berjamaah dan mengaji kitab?  Jawabannya pada diri.. Istiqomah buat, insya Allah dipermudahkan segalanya. 

Maaf ya sahabat semua. Aktiviti aku di groups whatsapp agak slow dan semakin jauh dari korang. Walau jauh tetap dekat di hati insya Allah selagi berhubung ukhuwah tetap terjalin. Bagi yang mana biasa bersama PCL di event-event blogger atau di  whatsapp group dan seumpamanya, harap korang sedia memahami aku. Akan tiba masanya nanti jika kita perlu memilih. Dan pilihan itu adalah bersesuaian dengan peredaran semasa..


Ok lah PCL cool jer selalu..  meh tengok sebahagian gambar PCL dan family semasa bercuti di  Ipoh dan Cameron Highlands baru-baru ni.


Singgah di Ipoh, tidur semalaman sebelum naik ke Cameron Highlands. Sempat kami ke Funtasy House Trick Art di Jalan Market, Ipoh. Best jugak la..  yang suka bergambar macam Hanis dan Nina tu.. layan sakan la depa. 



Trip cuti ke Cameron Highlands kali ni tak banyak  makan ais krim dan strawberi, tapi lebih kepada makan angin jer.. hihi.  

Bermalam satu malam di Brinchang.  Lokasi homestay bersebelahan dengan tapak pasar malam yang terbaru. Kalau nak ke sini hari minggu memang cari 'nahas' ler.. sanggup redah trafik jem ok la..  laluan ke pasar malam jadi lokasi tumpuan hari minggu. 




Raja Sehari Nazrin & Shima ; Adik Lelaki Bongsu PCL


Hari ni bersamaan 25 Disember 2016, adik bongsu lelaki telah berkahwin dengan suri hati pilihan gadis berasal dari Serdang, Kedah. Kenduri belah perempuan hari ni dan esok rumah kami pulak di Perak.

Nazrin adik aku yang sama iras aku masa muda dulu.. Wajah agak seiras tapi saiz badan jauh sekali. Kalau nak tengok aku dulu macam tu lah.. 

Ucapan selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke jannah untuk pasagan Raja Sehari Nazrin & Shima.




Cantik ALZA Nina ?


Okay hai, salam hujung minggu.. 

Tak tau duduk diam kan.. , aku ni pun sama la.. letih badan sebenarnya kalau duduk saja tak buat apa.. kalau zaman bujang dulu lain laa. Lepak dengan membuang masa adalah sebahagian hidup orang bujang di hujung minggu.. (dulu zaman jahiliah aku), kalau duduk sesaja mulut mesti nak mengunyah.. ini fakta betul kan? Makan dan makan, last sekali rasa menyesal.. badan naik kembang!


Ini je kerja aku buat kalau tak pergi bawa family jalan-jalan cari makan. Yaa .. cuci kereta, moto dan kawasan rumah. Rajin tak aku? ..walau tak selalu tapi kena biasakan buat. Kalau ada anak, ajak anak join sekali, kalau tak ada anak lagi ajak isteri join.. lepas tu nanti counter back dengan, masak bersama sama. Ok tak . Boleh buat kan. haa cuba la dulu.. cipta bahagia;  kata orang tak susah nak mencipta kebahagian dalam kehidupan berumah tangga..

Buat sekadar termampu.. banyak cara lagi, aku buat ikut keupayaan aku. Nak  bawak pegi shopping? Bawak jugak diorang tapi alhamdulillah.. sekadar belanja yang masuk akal saja.  selalu sangat pun tak mampu aku.. haa Malaysia kan di ambang kegawatan ekonomi, kami laki bini dah rasainya 10 tahun lalu.. tak mau dah menanggung peritnya hidup.. hemm penat.





Suami pendiam lepas raya?


Hahaa.. pi tengok perangai suami anda lately ni macam mana? .. lepas raya pulak tu, pendiam tak?

Kalau dia pendiam mungkin poket dah kering sebelum waktunya, takpa itu kita faham sebab dah banyak dah keluar duit belanja untuk hari raya. Tapi kalau di rumah dia pendiam dengan kawan-kawan dia kat luar lak happy semacam jer.. hermm. Mungkin ada yang tak kena..

Suami menjadi makin pendiam apabila bersama keluarga di rumah dan nampak kontra perwataknya apabila berada di luar rumah, ini memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. (hemm bila isu serius aku cuba sampaikan dalam nada skema sikit)

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya, anggapannya asalkan rumah tangga diorang kekal nampak bahagia. Ada juga isteri yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

Kenapa Suami Pendiam?


Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan hidup kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Kekadang si isteri sudah merasakan perbuatannya suatu tindakan betul .

Ya, kekadang mungkin betul tetapi perlukah nak persoalkan perkara yang remeh temeh

Nasihat aku, kalau boleh sebaiknya jangan lah banyak soalan keluar dari mulut isteri lagi lagi soalan yang ngarut-ngarut tentang sesuatu perkara yang menunjukkan kecemburuan yang membuta tuli.. 

Untuk ‘lari' daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik rumah tangga, si Suami memberontak atau protes dengan mengambil sikap mendiamkan diri. Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu, kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Lebih baik suami berdiam dari membalas bebelan atau soalan isterinya.


Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan hubungan dalam rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga boleh berlaku perceraian. Masing-masing buat hal..

Cuba buat.. semakin lama makin sayang terhadap pasangan dan kurangkan bebelan.. boleh ke ? tak kisah la sapa.. baik suami maupun isteri kena ada sikap saling memahami.

Dalam rumah dengan ahli keluarga kita cuba buat sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dalam erti kata lain wujudkan kebahagiaan , cipta bahagia insya Allah.









Style menu orang lama gak sedap !



Menu orang-orang  lama memang best ..ini biskut patah-patah namanya,   menu ni sangat sedap lagi-lagi kalau sesekali dapat makan macam ni..
Biskut patah-patah ..nama tak komersil langsung hahaa..
Style menu-menu orang lama gak sedap. Yes ! Menu rare macam ni belum pernah aku jumpak lagi kat mana-mana kedai makan.  Kalau pi cari ceruk mana pun memang tak dak kot. Teringat orang kat kampung sana ..tetiba. 

Balik la bro..  kalau dah teringat tu, lagi pun esok dah cuti, sambung lagi sampai Isnin ganti 1 Mei.

 [Cuti 1 Mei ni aku tak balik rasanya...]

Okay cakap pasal menu sempoi ni, aku ingat lagi kata-kata ;
"Sepotong roti kering dengan hati yang tenang lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati yang penuh ketakutan..."

Tak sempat nak ulas lanjut apa maksud di sebalik kata. Tapi pasal menu makan pagi ni memang terbaik di mamaDcafe. agaknya kot, kalau makan roti kering lagi bahagia.. tenang rasa dari makan sedap-sedap namun hati tetap gundah gelana memikir masalah.

Sarapan sempoi ini dibuat dengan beberapa keping biskut yang dipatah-patahkan, digoreng bersama hirisan bawang besar dan telur, goreng dengan sidkit butter.. haha memandai je aku? aromanya pun dah menaikkan selera..

alhamdulillah...







Majlis Tampak Lagi Ceria Dengan Dekorasi Belon-belon Gubahan


Majlis Tampak Lagi Ceria Dengan Dekorasi Belon-belon Gubahan



Teringat zaman kegemilangan kanak-kanan dahulu. Belari sana-sini tak kenal erti penat.. yang terlebih kepenatan adalah orang tua-tua yang memerhati gelagat anak-anaknya. Kadang kala ada sikit rasa 'sakit hati' melihat keletah anak-anak yang lasak dan kuat meragam.. Kadang juga tersenyum sendiri melihat keletah anak-anak riang gembira dengan rakan sebaya mereka bermain-main. Zaman kanak-kanak adalah indah sebenarnya, kalau boleh aku nak kembali ke zaman itu.. bahagia rasa tak pernah rasa tertekan dalam kehidupan seharian.

Apa pun, semua kita pernah melaluinya dengan pengalaman pahit manis zaman kanak-kanak. Pengalaman juga selalunya mendewasakan seseorang. Bersandarkan dari pengalaman lalu, dewasa ini kita boleh melihat bagaimana masyarakat kini menghargai anak-anak mereka. Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mungkin kerana ; contohnya aku dulu tak pernah merasa 'dibelon-belonkan' , agak pelik bunyinya tapi apa yang aku nak ceritakan ialah majlis meraikan anak-anak sekarang nampak lebih ceia dengan props yang kreatif  hanya dari pelbagai warna belon yang digubah bentuk dan perkhidmatan badut (clown) untuk menambahkan lagi kecerian sesebuah majlis kanak-kanak. Aku lebih fokus kepada majlis untuk kanak-kanak sebabnya rata-rata dari mereka sangat  gemarkan belon.

Sebagai ibu bapa, kita dapat memenuhi permintaan anak-anak.. bertapalah sukanya mereka. Mereka berasa diri dihargai. (begitulah harapan anak-anak sebenarnya kalau kita selami....)

Di sekitar Lembah Klang ini, ada banyak terdapat syarikat perkhidmatan / servis khas untuk menceriakan majlis-majlis keramaian. Untuk dekorasi menggunakan belon pelbagai warna, Wow Clown & Balloon Specialist boleh dipercayai untuk menberikan servi terbaik.

Semasa EFG buat Majlis 1stEFGathering lalu, kami berkesempatan mendapatkan servis dokorasi belon dari Wow Clown & Balloon Specialist. Mereka memberikan sponsor balloon deco "sejambangan bunga gergasi" walau  nampak simple tetapi ianya kelihatan unik di majlis tersebut .

Props baloon deco ini selalu mendapat perhatian oleh hadirin untuk sesi bergambar kenangan ..kalau tak caye tengok gambar .. 'layan gambar kenangan di 1stEFGathering'
Perkidmatan dekorasi belon Wow Clown & Balloon Specialist sangat menakjubkan, jika anda berkunjung ke laman page mereka, anda boleh lihat pelbagai dekorasi belon pelbagi bentuk dan warna... sangat menarik !




WOW Clown & Balloon Specialist menawarkan perkhidmatan belon hiasan dan badut (clown) untuk majlis seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan, majlis pembukaan (opening ceremony), majlis reunion, majlis hari keluarga, majlis anugerah dan lain-lain. Semua boleh customize mengikut bajet dan kehendak pelanggan.

Untuk Tempahan dan Informasi mengenai Balloon Deco ini, anda boleh berhubung terus melalui :

FB : WOW Clown & Balloon Specialist 
IG : instagram.com/wowballoonmy
Call or WhatsApp : 017 3133184

Okay.. Layan gambar kenangan #1stEFGathering; Blogger bersama belon  gergasi dari WOW Clown & Balloon Specialist

 


lagi gambar-gambar best,  kalau nak tengok cari gunaka hastag #1stEFGhatring di Fb dan instagram.


Niat kita sama, ingin sihat dan berkongsi rasa..

Bahagianya mereka ..


Bila tengok orang sekeliling kita hidupnya gembira, bahagia.. macam tak ada masalah, alangkah bestnya. Ada rasa kecemburuan.. eh bahasa aku.. ya kejelesan positif ! . Diaorang boleh pun.. kenapa kita tak macam tu ? Hurmm..

Dan bila orang nampak kita, itu juga yang sama diperkatakan.. kita sebenarnya tak sedar yang kita pun hidup bahagia.. bahagia yang kita rasa, orang lain tak tahu..

Kesimpulannya, bahagia ada pada diri dan cara tersendiri. Tak perlu nak berdengki tetapi boleh untuk memperbaiki kualiti diri.

Ni contoh.. bab makan, ada yang sangat bahagia bila boleh sediakan makanan, beli makanan dan makan makanan lazat.

Hidup kaya raya bahagia, hidup sedehana bahagia, hidup susah pun ada bahagianya.
Cuma bila dah kaya raya, tiba masa jadi susah miskin, mungkin di situ akan rasa kehilangan nikmat bahagia sama sebelumnya, mungkin di suatu sudut lain ada bahagianya menanti.

Bila kita senang kita kena pandang orang yang hidupnya susah dari kita, dan bila kita susah kita kena sedar bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Bersyukurlah dengan kebahagian kurnianNya.
Ok, sedikit motivasi untuk diri ini semoga tidak terlalai dan menjeleskan perasaan orang lain.

*******

Atkins Diet, resipi atkin : Dadar Gulung Sayur Berlada


Ini menu yang disediakan oleh mamaD pagi tadi, kitaorang sarapan kekonon nak beratkins semula.. belum confirm nak buat sunguh-sungguh, in case.. kalau lah tak terikut tak jadi hal sangat..
atkins

atkins

atkins
Dadar Gulung Sayur Berlada ~ mamaD
Kisahnya dengan atkins diet ni memang real menjadi.. serius banyak turun berat badan, saiz pinggang mengecil dan langsing haha.

Bila teringat suatu masa dulu, kembali teringin nak makan menu-menu atkins yang biasa mamaD buatkan.

Alasan kukuh adalah .. berat badan kami masing-masing dah menaik, selera menambah..huhu . Kalau lah konsistan diet beratkins sampai sekarang agaknya.. (perut leper walau tak ada sixpack) 

(Makin jeles la kawan-kawan kita )

Since menu ini belum ada nama khasnya, aku akan namakan "Dadar Gulung Sayur Berlada" ; nama biar panjang tapi sekejap aje nak ngap dia..

Dadar gulung sayur berlada ni khas untuk Atkins Diet , nak sediakan sangat mudah, 10 minit lebih kurang dah ada dalam mulut, tinggal nak kunyah telan saje..

Ok, pagi tadi dah masuk instgram @nazleeismail dan ada yang bertanya.. aku jawab kat sinilah dengan resipinya :

Memula kacau telur ayam dan gorengkan dadar nipis di atas kuali yang tak melekat.. jangan letak minyak ok.

Siap goreng dadar , letak tepi dan siapkan bahan lain :
Hiris kepingan timun jepun.
Hiris bawang
Campurkan mayonis
Campurkan serbuk lada hitam

Jadikan bahan tersebut sebagai inti, gulungkan telur dadar tadi macam buat popia dan siap gulung potong 2 inci, golek atas pinggan .. /ambil gambar pada angle yang terbaik dan..

Ok siap untuk di makan resipi dari #mamaDcafe . alhamdulillah boleh kenyang.








Baju Pengiring Pengantin Di mana Boleh Disewa?


Dulu masa aku kenduri kahwin tak ada pulak yang nak sedondonkan baju keluarga pengantin , sedondonkan baju rewang-rewang...Ya bajet aku tak seberapa,  dan masa tu banyak benda nak fikir, terlepas pandang bab nak cantikkan deko pelamin dan sebagainya..semua aku tak kisah. Masa tu apa yang penting adalah majlis Walimah aku selamat dan pastinya nikah berjalan lancar dan juga tetamu jemputan cukup makan.
qaseh zamri

Zaman makin maju, makin banyak perlu dititikberatkan dalam urusan menjayakan sesebuah majlis walimatul urus ini maka tak hairan lah ada pakej perkhidmatan berbayar tumbuh bagai cendawan lepas hujan, khas untuk membantu pengantin-pengantin membuat persediaan rapi.

Ada orang tak kisah bab ini, tapi ramai juga yang sangat kisah , menginginkan sebuah persiapan di hari bahagia dan bersejarah dalam hidupnya. Hari Raja Sehari akan berlangsung begitu teratur dan rapi tanpa banyak masalah. Urban style, tak mustahil anak muda sekarang agak berlumba-lumba untuk mendapatkan perkhidmatan yang bersangkutan dengan persediaan hari bahagia masing-masing.  dari juru mekap, juru foto, juru ukur pakaian dan berbagai lagi sampailah ke juru acara majlis untuk memastiakn semuanya berjalan lancar.

"Ukur baju di badan sendiri" ..inilah ungkapan yang sangat sesuai kalau mahu berlebihan maka kena pandai-pandailah menguruskannya, kalau boleh jangan berhutang tapi di zaman serba serbinya perlukan duit, mana datangnya kalau tak menyimpan atau mendahulukan dengan membuat pinjaman (terpulang kepada individu).

Dalam memenuhi kehendak semasa, maka ramai usahawa kecil telah wujud 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan', mereka ini bukan mahu 'menangguk di air keruh' tetapi peluang perniagaan seumpama ini harus direbut. Contoh paling laris ialah perniagan Butik Pakaian Pengantin, Butik Jahitan Pakaian Pengantin, Khidmat Jurufoto Pengantin, Khidmat Andaman dan aksesori Pengatin dan macam-macam lagi.
qaseh zamri
Qaseh Zamri ~ menerima tempahan jahitan pakaian
Qaseh Zamri ~ koleksi pakaian untuk dijual dan disewa
qaseh zamri collection
Qaseh Zamri ~ koleksi kain English Cotton
Baru-baru ini , kami sekeluarga ke Bandar Country Home Rawang. Ada sebuah butik baru di buka, pemiliknya bernama Haslina Abdul Khair, 37. Dahulunya beliau berniaga secara online dan butik vendor. Cakap pasal bisnes online semua orang dah tahu dan biasa.. Dan berkenaan butik vendor juga tidak asing bagi kaki bisnes online ;


Butik Vendor / Vendor boutique


Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk. (boleh baca sini selanjutnya) ~ tips butik vendor

Qaseh Zamri Collection - Butik Pakaian Wanita

qaseh zamri collection
Berniaga dari bisnes kecil kecilan makin naik dan makin meningkat kemajuannya. Semangat gigih tu yang patut diambil sebagai contoh untuk maju.

Haslina, memulakan bisnes dengan berniaga kain baju siap secara online , melangkah setapak lagi dengan menyewa lot bersama vendor vendor bisnes yang sama.

Dan kini, kedai butik miliknya sudah mampu menerima kunjungan pelanggan secara walk-in .


Qaseh Zamri Collection - Sewa Sut baju pengiring pengantin  


qaseh zamri collection
Baju kurung dan blouse,  kalau nak sedondon boleh dapat kat sini, konsep sewa pakai dengan harga berpatutan.


Qaseh Zamri Collection - Tempah pakaian sedondon untuk majlis kenduri


Ada sediakan khidmat tukang jahit berpengalaman, selain menjahit pakaian jenama Qaseh Zamri, mereka juga menerima tempahan luar.


Qaseh Zamri Collection - shawl-shawl dan kotak hadiah (window box shawl)


Kepada sesiapa yang nak buat gift , hadiah hari jadi, untuk majlis perpisahan dan sebagainya.. boleh pesan ; shawl dengan kotak bertingkap (window box gift) , Suatu pakej yang sangat-sangat cantik  hanya di Qaseh  Zamri Collection

Maklumat selanjutnya , boleh singgah sendiri ke :

QASEH ZAMRI COLLECTION
No.3a Jalan Desa 1/1, bandar Country Homes, Rawang Selangor.
No. Tel / whatsapp :  019-3240813
Fb : Qaseh Zamri
Instagram : @qaseh_zamri_collection




Sepakat dalam keluarga


Bahagia yang kita cari ..


Korang suka tak bersantai mantai dengan keluarga?
Ke mana lokasi selalu pergi. Sapa yang deside? sapa yang punya plan ..selalu dapat kata sepakat tak dengan isteri, anak?

Hurm.. masalah kan?, kalau korang guna kuasa veto (suami)...habis lah. Kesian isteri, kesian ank-anak tak boleh bersuara membantah . Ada jugak suami yang buat gitu .. rileks je tanpa nak fikir pasal hati dan perasaan keluarganya yang lain.

Aku tak boleh ! serius kena fikir keseronokan bersama.. itu masalahnya, aku utamakan keluarga.
Boleh buat dorang seronok dan puas hati semua . Bahagia sangat rasanya.
Bersantai boleh, sesekali dengan kawan-kawan dan berkomuniti.. itu biasa, jangan kita terkongkong pulak..semuanya nak ada dengan family saja. Pandai-pandailah membahagiakan masa dengan semua orang disekelliling kita..


***

Pagi semalam aku ajak mamaD pi sungai nak pancing ikan patin. Kalau nak cari ikan patin segar boleh je beli di pasar tapi kalau membeli ...  feeling dia tak best. Nak yang dapat kail dengan tangan sendiri... (bagi yg minat memancing macam aku ni)

Bukan senang nak pancing dapatkan sekor patin, ikut rezeki jugak la.. kadang melangut jugak tapi yang bagusnya kalau ada peneman. Mmemancing ni sebenarnya tak boleh nak ajak orang yang tak minat, tak suka berpanas, penggeli dan lain lain seumpamanya. baru nak mula tak sampai setengah jam dah mula nak angkat kaki ajak balik..huhu.

Anak dara kami, Hanis tu biasalah.. bukan minat dia pi memancing. Baik berkurung di rumah . Tapi bagus jugak la.. kat rumah boleh rehat, boleh buat kerja sekolah.

Memancing di hujung minggu , aktivi yang jarang-jarang kami buat. Bukan menjadi kemestian kami berdua. Hanyalah hobi semasa kami. Kesepakatan menjadi keutamaan selain dari memenuhi minat dan keseronokan hidup berkeluarga. Buat apa yang kita suka asalkan keluarga kita bahagia.


Ada orang memang bermasalah nak dapatkan kesepakatan dalam memenuhi minat atau hobi pasangan. Cara aku mudah.. bertolak ansurlah, hari ni pi mancing ikut kita, esok lusa atau masa lain ikut la pulak minat isteri, anak2. kan mudah macam tu . Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ramai yang kata memancing ni membosankan .. ye memang bosanlah kalau kita buat hal memasing , kan?
Kulit makin gelap kalau dah jadi pemancing tegar ~ ek elehhh kan ! 


Makan dengan senang hati jangan susahkan isteri, kalau nak rasa bahagia..


Suka pulak aku bila mamaD hidangkan set menu macam ni, katanya dah lama teringin nak buat tapi selalu lupa.. lupa nak beli kacang panggang dalam tin, lupa nak beli roti.. selalu kita makan apa yang boleh dimasak pada masa tu..

Aku fikir mudah je, senang dan mudahkan isteri apa yang disediaka itu lah yang aku jamah dan makan dengan senang hati.

Aku memilih makan? .. rasanya tak sangat, kami ni boleh kira sehati sejiwa. Kalau tak sempat masak pagi, aku akan beli apa yang terasa nak dimakan..

Sekarang ni fikir bab penjimatan je.. nak berbelanja lebih pun kena fikir banyak kali.. susah kita zaman sekarang, susah lagi ibu bapa kita dahulu besarkan kita sampai la sekarang dah beranak pinak.  Tak pernah pulak dorang mengeluh pasal kita , pasal membesarkan adik beradik yang lain. Sabar jer.. berkat sabar dioranglah kita jadi "orang".

Masa makan selalu teringatkan kampung, teringatkan ibu bapa.. mudah mudahan mereka sihat selalu.


Contoh Teks Doa Untuk Sahabat Sempena Majlis Hari Lahir


Doa untuk sahabat sempena majlis sambutan Hari Lahirnya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمَيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Cucurilah rahmatMu ke atas majlis ini, Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

Ya Allah sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran sahabat kami ini, (nama). Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat kami ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberberkat, pintu kenikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami jua memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.


Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim,

 وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
 وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ






Serabut orang buat aku pening ..

Rambut panjang merimaskan, sebulan sekali mesti mau potong rambut kalau tak... hidup kita kelihatan serabut walau hakikatnya di hati rasa bahagia selalu .. itu tanggapan aku bila nampak orang lain "serabut" .

Tak apa.. bagi lelaki yang suka simpan rambut panjang itu hak memasing, aku cuma cakap dan rasa apa yang aku nampak.. kalau aku lah yang semacam itu mesti serabut kepala. Rimas !

Teringin juga nak botak terus, tapi belum masa lagi.. senang tak payah fikir pasal rambut, tak perlu beli syampo dan  sebagainya .


Ada isteri mintak dia guntingkan rambut.. itu yang terbaik. Kalau tak boleh, cari salon rambut lelaki.. takyah penig hilangkan serabut .


Bukan lupakan terus anniversary..


dah terlepas sehari baru teringat ..hemm nampak sangat kita ni tak hirau pasal sambutan hari ulang tahun dan sebagainya. Bukan tak suka tapi tak teringat. Kalau kebetulan ingat memang ada lah sesuatu untuk dia.

Okay untuk yang tak tahu, semalam 2 November adalah hari bersejarah ulang tahun pernikahan kami, sudah 19 tahun berlalu.. bahagia rasa syukur alhamdulillah segalanya berlalu begitu cepat sedar tak sedar anak-anak kami dah pun membesar di depan mata seadanya.

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dengan iringan doa di fb dan group sembang sosial.


"sekerat kek banana SR & segelaih ayaq #gelaihh green tea . "bukan lupa terus...tp ada jgk utk dia walau x seberapa" .. sorry @nordianasaad"

#happyanniversary
#family #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup


Jaga Perasaan Anak-anak


Hubungan perasaan antara ibu dan anak begitu besar sekali, keperluan anak-anak kepada kasih sayang ibu adalah lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan makanan lazat-lazat yang diberi oleh ibu setiap hari.

Hubungan perasaan antara anak-anak dengan ayah pula mengikut genetik. Anak perempuann manja dengan ayahnya dan anak lelaki manja dengan ibunya... lumrah dan kebiasaanya begitu. Namun ada juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada kelangsungan si ayah mendampingi si anaknya.

Kanak-kanak yang menikmati kasih sayang ibu dan ayah semasa kecilnya akan menjadi dewasa yang penuh kasih sayang dan dapat memahami orang paling hampir dengannya. Menurut pakar jiwa, kanak-kanak (lelaki) yang datangnya dari keluarga yang bahagia akan menjadi suami-suami yang bahagia. Didiklah dan sayangilah anak-anak bujang lelaki anda dengan ajaran agama dan kasihlah mereka sepertimana anak-anak lainnya.

Aku cuma ada anak-anak perempuan..
husnina, hanis
husninan, hanis
hanis, husnina, mamaD , pcl


Risau juga bila kanak-kanak yang terlalu dimanjakan dan terlalu melewati batas akan menimbulkan akibat buruk kepada mereka bila dewasa nanti. Apa yang boleh buat, setelah berbuat yang terbaik untuk mereka hanya iringan doa setiap kali selepas bersolat supaya anak-anak kami ini akan menjadi anak-anak yang solehah. insyaallah. aamin.

Ohh anak-anakku ..