Showing posts sorted by relevance for query bahagia. Sort by date Show all posts

Cara membuat blog SEO 100%



Apa itu SEO?


SEO adalah Search Engine Optimization; dalam Bahasa Malaysia diterjemah menjadi Mesin Pencari Optimum atau sebuah teknik yang dapat mempopularkan blog anda. Cara kerja SEO ini adalah dengan menempatkan pautan blog anda berada di halaman teratas daftar pencarian di mesin pencari seperti Google, Yahoo, Bing, dan sebagainya.

Kata kunci  yang selalu digunakan untuk mencari sesuatu sebagai rujukan, bila klik sahaja..pautan blog anda telah berada didepan mata pengguna (senarai teratas). Ini yang dinamakn teknik SEO  yang akan memaksimakan sebuah kata kunci atau keyword yang mewakili nama produk yang anda jual atau jenama anda.

Cara membuat blog SEO 100%

Blogger semestinya perlu belajar bagaimana untuk meningkatkan mutu pencapaian blog. Sebenarnya tak susah sebab kita (saya salah seorang dari itu..) bukan pengkaji/penganalisa HTML coding.. Amnya kita ini adalah blogger pengguna, menggunakan kaedah yang sudah tersedia melalui tutorial SEO sedia ada. Pelbagai cara penambah baikan..cara itu dan cara ini semuanya boleh di google. Kemahiran yang perlu ada ialah dengan mencari maklumat melalui carian google.

Cara membuatnya ; Sebelum itu masuk kepad pautan ini untuk semak % SEO blog anda : di sini (https://chkme.com/page-seo-tools).


Blog ini sudah 100% SEO ;



Langkah Untuk Meningkatkan % SEO

1) Ganti/tambah kod pada bahagian <head> bermula dari <b:if cond='data:blog.pageType sehingga </b:if>

Anda tak perlu risau tentang template blog yang anda gunakan sekarang, Template tidak akan berubah wajah cuma pada bahagian kod tertentu sahaja dibaiki ;
  • Petama Login ke akaun blog
  • Masuk kebahgaian Template
  • Klik Edit HTML
  • Dan kemudian cari kod  <head> 
  • Copy kod di bawah dan Paste betul dibawah perkataan <head>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/> <meta content='blogger' name='generator'/> <title><data:blog.pageName/> ~ <data:blog.title/></title> <link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;favicon.ico&quot;' rel='icon' type='image/x-icon'/> <link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/> <link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;feeds/posts/default&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - Atom&quot;' rel='alternate' type='application/atom+xml'/> <link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;feeds/posts/default?alt=rss&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - RSS&quot;' rel='alternate' type='application/rss+xml'/> <link expr:href='&quot;http://www.blogger.com/feeds/&quot; + data:blog.blogId + &quot;/posts/default&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - Atom&quot;' rel='alternate' type='application/atom+xml'/> </b:if> <link href='http://www.blogger.com/openid-server.g' rel='openid.server'/> <link expr:href='data:blog.homepageUrl' rel='openid.delegate'/> <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;archive&quot;'> <meta content='noindex' name='robots'/></b:if> <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'> <title> <data:blog.title/> </title> <meta content='
META TAG ANDA contoh LIFESTYLE AND PARENTING BLOGGER,TRAVEL AND TOURS AGENT' name='description'/> <meta content='META TAG ANDA contoh PCL, nazleedotcom, percutian, tempat menarik, promosi pakej pelancongan, keluarga bahagia, rumahtangga, banting, selangor, travel,tourism, makanan, kaki pancing' name='keywords'/> <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <title><data:blog.pageName/> ~ <data:blog.title/></title> </b:if></b:if> <b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'> <meta content='META TAG ANDA contoh LIFESTYLE AND PARENTING BLOGGER,TRAVEL AND TOURS AGENT' name='description'/> <meta content='DESCRIPTION BLOG ANDA contoh PCL, nazleedotcom, percutian, tempat menarik, promosi pakej pelancongan, keluarga bahagia, rumahtangga, banting, selangor, travel,tourism, makanan, kaki pancing' name='keywords'/> <meta content='Kod Alexa Anda' name='alexaVerifyID'/> <meta content='Kod Google Anda' name='google-site-verification'/> <meta content='Kod Bing Anda' name='msvalidate.01'/> <meta content='Kod Google Plus Anda' name='author'/> </b:if>
KOD MERAH ANDA TUKAR MENGIKUT KESESUAIN BLOG ANDA


2) Mengoptimumkan Tag H1, cari kod yang SAMA dengan yang dibawah ini.

<div id='header-inner'> <a expr:href='data:blog.homepageUrl' <span class="i2kmi" id="i2kmi_15" style="height: 13px;">style</span>='display: block'> <img expr:alt='data:title' expr:id='data:<span class="i2kmi" id="i2kmi_3" style="height: 13px;">widget</span>.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' style='display: block'/> </a>
3) Kemudian tambahkan kod tag <h1> pada kod tadi dan akhiri dengan </h1> sehingga menjadi seperti di bawah ;

<div id='header-inner'> <h1><a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'> <img expr:alt='data:title' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' style='display: block'/> </a></h1>


Dua cara tersebut di atas boleh meningkatkan % SEO blog anda ; Cuba lah !

Beruntung Jika Berada Dalam #ExchangeFeedGroup


Apa itu #exchangefeedgroup ?? anda boleh ke sini untuk dapatkan info.
Saya bangga tengok semua blogger dalam group ini bersaing untuk meningkatkan pencapaian % SEO blog mereka.

Ini rekod peningkatan % SEO yang terkini :

SEO
Tahniah kepada ahli-ahli yang bersemangat nak majukan Blog !!


4 blogger masih baru dalam group #EFG, tetapi akan mencapai 100% sedikit masa lagi. InsyaAllah.
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk belajar dalam kelas #SEO #EFG. (kelas maya efg)

[Sumber/analisa kod-kod dari carian google dan info rakan EFG]








Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak.


Makan tom yam thai beramai-ramai dengan anak isteri dan anak sedara, order 3 mangkuk share 5 orang makan. (meehoon tom yam 2, koewteow tom yam 1)

Kuah tom yam asli dari siam yang masam pedas sesedap rasa menggamit kami sekeluarga untuk makan lagi di sini.

Setiap kali ke Seri Kembangan mesti singgah South City Plaza semata-mata nak cari tom yam.
Ada sebuah gerai dalam plaza tu jual.. milik orang Siam asal . Halal .

Malam malam makan masam dan pedas boleh tahan pulak perut diaorang, ikutkan ajelah..dah selalu sangat ke kedai mamak, sesekali ubah angin pulak.


 

Suka tengok anak-anak menikmati makanan ikut selera mereka, Nina asyik bercerita pasal kawan dia.., sambil makan bergilir hirup kuah kami dengar apa Nina cakapkan.


Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak ; kalau boleh dipraktikkan selalu dalam usaha mencari sebuah keluarga bahagia..insya Allah.





p/s .. Aku bahagia cara sebegini..


Cinta sejati itu tak pernah tua, yang tua hanyalah usia .

Salam,

Ramai percaya bahawa cinta adalah sesuatu yang perlu untuk menentukan jodoh seseorang. Ada yang bercinta dulu sebelum kahwin dan ada juga yang jatuh cinta selepas perkahwinan.

Dalam apa pun keadaan, satu  yang nyata ; cinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Berbagai rintangan akan ditempuhi dalam mengharungi lautan cinta.

Berjaya atau sebaliknya percintaan sesorang bergantung kepada mereka menghayati cinta. Dan semua perancangan dan harapan sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

Bagi pasangan yang berjaya memetarai cinta dengan pernikahan akan mula era baru yang seterusnya dalam hidup bergelar isteri/suami. Tugas mencari bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah seperti ketika dilamun cinta.

Bila kenduri kendara telah selesai, akad nikah telah dijalankan kewajiban malam pertama sudah dilalui. Adakah kita menjadi suami/isteri yang sempurna?
Mencari bahagia, tips rumah tangga
Kami belum cukup sempurna, tapi kami saling melengkapi .. syukur alhamdulillah.
Terlalu jauh perjalanan, pulau harapan masih samar dalam penelitian, keibubapaan pun tidak pernah dipelajari sejak dilahirkan, jadi kearah manakah tujuan?

Masa-masa ini lah perlunya kerjasama, toleransi keduanya perlu ada. Belajar cinta mencintai dalam suasana romantis.

Kalau masih baru rasa semuanya manis, biarlah manisnya berterusan.

"Cinta sejati itu tak pernah tua, yang tua hanyalah usia "





Jangan menunggu terinspirasi baru menulis .


"JANGAN MENUNGGU" yg perlu dihindari:

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka. akan dipedulikan .

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, t√Ępi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang utk bersama Tuhan, Tapi luangkanlah waktu utk bersama Tuhan, maka dirimu akan rasa Tuhan sentiasa bersama.

Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal… Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama.

Dari group whatsapp ex skool.

Sila berkunjung ke laman web ;
Kelab Blogger Ben Ashaari


Masing-masing ada cara untuk cipta bahagia.


Tadi pagi lepas sarapan dengan mamaD, terus singgah pasar tani depan MDKL , Majlis Daerah Kuala Langat beli ulam dan barangan dapur.

Sayur, ulaman masih lagi harga seringgit seikat berbanding pasar besar Rm2.
Kitaorang bukan beli banyak untuk buat stock, selalunya kalau nak beli banyak harus ke econsave . Tadi tu awal lagi , pasaraya tu belum bukak lagi.

Untuk Birthday Girl, aku masuk dapur sepenuhnya hari ni buat menu makan tengahari . Sesekali ke ruang tamu tanyakan mem apa nak buat dan cara nak sediakan bahan masak.

Orang lelaki terutamanya yang sudah menjadi suami perlu belajar memasak juga, jangan selalu guna kuasa veto memerintah nak makan sedap aje. Ini lah masanya, ikhlaskan diri , offer untuk masak di hari tertentu contohnya sambutan hari lahir.

Apa salahnya kita buat sesekali di luar bidang kebiasaan kita. Kalau sudah memang cekap masak dan selalu masak untuk keluarga, cuba sesuatu yang berlainan ; masing- masing ada cara tersendiri untuk mencipta bahagia yang diidamkan.

Ikan cencaru belah belakang sumbat dengan sambal, kangkung goreng belacan, telur dadar dan ulam daun selom berjaya disiap dan hidangkan.

Amalkan jimat cermat selagi boleh beringat, kadang tersasar jugak. Aku bila pegang sesuatu barang nak beli selalu letak balik, tak jadi ! Ye lah anak-anak dah besar , belanja sekolah dorang , makan pakai dorang lagi. Itulah kita ibu bapa kena beralah banyak bila sudah sampai masa, keperluan keluarga lebih utama dari kehendak sendiri.

Tak kiralah suami atau isteri, perlu ada kerjasama dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Bukan masanya lagi nak mengharap orang tua  di kampung untuk tarbiah kita.

Sesekali tu bolehla sekadar minta nasihat dan pandangan mereka.

Okay aku tayang menu masakan yang dah siap terhidang ; simple lebih kurang saja.





#ciptabahagia





SALAH KITA Lah !!

Gilak ini hari punya kerja... ! ,  kerja memang tak akan habis ..kalau nak dibuat semua hari ni pon tak habis habis...kalau dihabiskan rasa rugi pulak nanti tak ada benda nak dibuat pulak...ha haa kan.

kena bersyukur selalu..ada orang bahagia tak ada kerja, tapi hakikatnya dia juga bekerja ...kita mana tau! duduk diam-diam seseorang itu juga melakukan kerjaan..

jangan silap sagka.., jangan tuduh tuduh.. , jangan kita berfikir bahawa di dunia ini ada orang yang hidupnya sempurna, sempurna melihat seseorang itu bahagia bergaya dengan berkereta, berumah tangga dan seumpamanya...tapi tak buat kerja setimpal dengan kita buat...

hah sudah la tu...kata kawan aku,  "jangan mengeluh mengenang masa silam... SALAH KITA !!"

suruh belajar tinggi, tak mau...

diri sendiri kata nak kerja, cukup belajar setakat tu...best dah dapat duit banyak !

bila dah kerja... hurmmm .



PCL bersama kotak  KYROL Antivirus

huh.. dah siap install antivirus pada laptop anak sulung aku..si Nina, dah beberapa bulan tak ada antivirus protection untuk laptop dia...memang banyak virus dah masuk ! , alhamdulillah dapat Antivirus Protection buatan Malaysia , KYROL namanya...korang biasa dengar ke nama Kyrol Internet Security...tau ke ?? hurmm..

Okay nanti bila dah settel semuanya...insyaAllah aku akan share,  kalau tak dalam blog ni..ikuti lah timeline facebook aku atau Instagram aku...dalam masa terdekat ni...terbaik dari produk buatan Malaysia !






Ehh ..aku nak tuju kat sapa nih !!


...maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silatirrahim orang yang memutuskannya dengan anda.

Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.

Jika mampu melakukan semua ini, kemungkinan besar anda akan memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan hari hari.

Perbanyakkanlah mengucap 'la haula wala quwwata illa billahil a'li lil a'zim'.., kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Allah swt.

kalimah agung yang di dalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan ketenangan


Perbanyakkan membaca istighfar, kerana dengan beristighfar akan mendatangkan rezeki, kelapangan, keturunan yang baik, ilmu yang bermanfaat, mudah lagi dimudahkan serta dapat menghapuskan dosa.

Terimalah dengan ikhlas apa yang ada pada diri anda, termasuk wajah, bakat, rezeki, keluarga dan persekitaran....semoga anda memperolehi ketenteraman dan kebahagiaan..

#..memamg aku suka bicara pasal bahagia,..bagiku bahagia diri kita... juga akan membahagiakan orang sekeliling terutama orang yang terdekat dengan kita..

Ehh ..aku nak tuju kat sapa nih !! ...

*untuk diri sendiri dan semoga bermanfaat kepada  pembaca di sini juga..





Mengajak pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt..


Assalamualaikum wbt..muslimin dan  muslimat !

...orang yang selalu terlibat dalam kegiatan masjid akan memperoleh nilai dari ayat yang muhkamat, memperoleh teman yang lurus, ilmu yang benar, rahmat yang ditunggu-tunggu, memperoleh kalimah yang bermanfaat dan mendapat taubat yang tulus..,  oleh itu dekatilah masjid dan orang-orang di dalamnya..

Mengajak anda dan diri ini pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt ; mendekatkan diri kepadaNya .

Ramadhan semakin hampir , ramai dikalangan kita akan memanfaatkannya untuk memulakan perubahan dalam diri terutamanya sesuatu yang ke arah  lebih baik dari sebelumnya..

Kalau siapa yang masih belum ada permulaannya, mulakan lah hari ini...kerana setiap perubahan itu perlukan permulaan. Jangan bertangguh...kelak diri sendiri yang rugi , ..beribadatlah selagi badan punya kudrat masih sihat dan kuat.

Jagalah perintah Allah, perkenalkan lah diri kepada Allah,  ketika kita dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenali pada saat kita dalam kesusahan. Minta lah kepadaNya.

Jadilah orang yang bahagia.., orang yang bahagia adalah orang yang mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk alam kubur dan selalu berasa diawasi oleh Allah baik pada saat terang terangan mahupun tersembunyi..

wallhualam.

program tazkirah ini tidak disiarkan di mana-mana chanel tv ...harap maklum !






PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM




 SALAM PERKENALAN DARIPADA BLOG PENGANJUR IAITU TEAOAIS.COM. ..yeah salam bersambut ukhuwah bertaut ..maka dengan itu juga, kita sebagai blogger sangat-sangat mengharapkan.. ya / tidak ?

korang jangan risau untuk join ; semua blogger adalah layak untuk menjadikan blognya blog terbaik . Ya ini adalah Pertandingan Blogku Terbaik ! klik banner tu..mudah ajer untuk join .

ada hadiah untuk anda yang betul-betul layak ; *menarik.

TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.




Kenapa Blog PCL [www.nazlee.com] TERBAIK dari Blog-blog lain ? ...meh nak cerghita sikit :)

Sebelum tu kenali siapa pemilik blog ini ;  Nazlee Ismail aka PakcikLie aka PCL Blogger. Berasal dari Parit Buntar Perak. Lebih suka dikenali sebagai Blogger PCL ; singkatan dari perkataan PakCikLie... ada seorang blogger yang memulakan panggilan tersebut iaitu Blogger SZ aka Puan Dr Suzie ; okay saya letak linknya.. terima kasih kerana mencetuskannya..

PCL bukan blogger sepenuh masa tetapi sedia memberikan komitmen jika dijemput ke majlis/event yang membabitkan blogger/media . * insya Allah jika bersesuaian.

Konsep blog PCL lebih kepada LIFESTYLE AND PARENTING BLOGGER, REVIEW,TRAVEL agent dan ADVERTORIAL .

Pemiliknya bekerja sebagai penjawat awam dan tinggal di Banting Selangor. Berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata putri benama miss Nina dan miss Hanis (model dan inspirasi untuk blog utama). Anda dijemput singgah baca dan komen di blog lain juga iaitu blog [http://gelagatorang.blogspot.com].    Gelagat Anda Diperhatikan di sana , terima kasih...blog tersebut baru sahaja diaktifkan,  namun Blog Utama saya [www.nazlee.com] adalah yang terbaik kerana ;

Terbaik kerana perkongsiannya... Entri  Blog PCL yang mana kebanyakkannya menyentuh lebih dekat kepada kehidupan kekeluargaan, masyarakat dan umum... dengan tema 'Jadilah Orang Yang Paling Bahagia' , 'Mencari Bahagia' dan seumpamanya tetang kebahagian dunia akhirat.

Prinsip umpama seekor lebah yang menyantap makanan yang baik dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula. Bila hinggap di atas dahan , dahan tidak dirobek sama juga bila hinggap di atas bunga , bunga juga tidak rosak malah memberikan manfaat lagi. Prinsip dan konsep sebegini ditekankan untuk memberi kepuasan kepada diri dan juga pembaca yang setia bertandang.

Persembahan entri serius disampaikan secara santai mampu memikat hati pembaca , anda singgah selalu anda tahulah macam mana...

# saya tak malu kerana Blog PCL punya hala tuju .
# saya tak rasa kalah kerana Blog PCL perlu terus melangkah.



MEMERIAHKAN LAGI SUASANA BLOGGING ; JOM SERTAI KAMI SEBELUM TARIKH TUTUP PERTANDINGAN PADA 30 JUN 2014.











Kenapa masih ada resah dalam jiwa seseorang itu ?

Salam ;

.... Nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tidaklah susah sangat . Carilah yang sayang kepada kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang...

Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan seseorang...

Akan tiba suatu masa , ..yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah di pandangan kita sendiri sebagai suami kepada isterinya...

Yang masam nak dimaniskan, inilah cabaran.
Yang gemuk nak dikuruskan, ini juga cabaran..
Yang longgar nak diketatkan, ini memang mencabar...

# Cantik tak semestinya pada luaran.

Kemaskan diri sebaik mungkin kerana orang yang bahagia selalunya adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Oranga yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak melakukan kebaikan dan orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya.

# Segera perkemaskan mana yang lompong itu..

..tapi kenapa masih ada resah dalam jiwa  seseorang itu ?






Keindahan Perkahwinan Mesti Ditunjangi Dengan Iman.


Perkahwinan adalah satu bibit awal dalam pembentukan kekeluargaan yang sambung menyambung dari dunia hinga ke akhirat. Ia adalah indah sebenaranya, keindahannya mesti ditunjangi dengan iman.


Walau bagaimanapun, perkahwinan tidak semestinya bahagia sepanjang masa, adakalanya 'dipukul ombak dan dilanda ribut'... di sinilah perlunya kekuatan iman di dada. Dengan iman kita akan tenang dan mudah bertolak ansur. Tanpanya rumahntangga akan hancur berkecai umpama badai memecah pasir di pantai.

Perkahwinan dan keluarga bahagia bukan boleh diteori-teorikan malah tidak boleh hanya diangan-angankan begitu saja,  tetapi alam perkahwinan mesti ditempuh mengikut panduan yang telah digariskan oleh syariat agama.(Perkahwinan menurut Islam)

Setiap orang yang sudah punya keluarga sendiri mestilah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya. Sebagai peneraju institusi kekeluargaan, tanggungjawabnya bukanlah mudah dan setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan...suami ada tanggungjawabnya kepada isteri dan  anak-anak begitu juga sebaliknya.

Bila masing masing menjalankan tanggungjawab yang digariskan oleh syariat, maka akan selamatlah keluarga itu di dunia dan di akhirat. Ia juga akan dianugerahkan oleh Allah kebahagian di dunia iaitu syurga yang disegerakan dan akhirat nanti akan diganjari dengan syurgaNya yang kekal abadi, wallhualam.


Published with Blogger-droid v2.0.6






Bab Rumah tangga ; Suami Pendiam ?

Suami ; yang dikenali oleh isterinya sebelum atau mula-mula berkahwin adalah seorang yang banyak bercakap dan sentiasa ceria.

Senario suami menjadi pendiam dalam rumahtangga dan berubah watak menjadi sebaliknya apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya asalkan rumah tangga tidak berantakan.. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan. *kalau dah macam tunggul ...suasana makin sugul.

Kenapa Suami Pendiam?

Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. *mengaju soalan...lagaknya seperti seorang Pegawai Penyiasat Polis.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan itu sudah cukup betul , tetapi hakikatnya...Tidak . *kurang betul !

Untuk ‘protes’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru dalam perhubungan, suami memilih jalan untuk besikap mendiamkan diri. *lagi bercakap banyak lagi isterinya bising.. 

Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu ; Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ini cuma alasan bila dah bosan.., kalau diikutkan pasangan yang bahagia dengan perkongsian hidup bersama isterinya tidak pernah ada perasaan bosan ...ada-ada saja topik yang perlu dibincangkan bersama. semakin hari semakin banyak, bukannya semakin berkurangan.

Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada modal lagi untuk dijadikan bahan perbualan...*hah macam tak logik pulak kalau diberi alasan sebegini...kan !

Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumahtangga menjadi hambar, tetapi turut mengundang sehingga berlaku perceraian.

Dari awal lagi di entri yang lalu...Tolenransi antara pasangan harus ada. Wujudkan suasana  rumah kita syurga kita , ceriakan keadaan... luangkan masa bersama. Sebagai pasangan yang perihatin.. buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan suasan muram di rumah.

#Kalau dah bosan suasana dirumah...keluarlah sesekali berduaan, cari jalan penyelesaian segera. jangan sampai dah lapuk baru nak ungkit perkara lama . Berdoa dan mohonlah kepadaNya.

#Jika suami pendiam sejak azali lagi...maka tugas isterilah  menceriakan suasana untuk menambah rasa bahagia ~ Semoga ada jalannya..insyaAllah.

nak tanya pembaca  di sini.... Adakah teman hidup yang pendiam itu membosankan ?







[FAKTA] Ramai isteri tidak tahu bagaimana untuk membelai dan memberi kepuasan kepada suami mereka.~ SUPER ISTERI



Bab Rumah tangga ; Suami yang baik sentiasa menunjukkan rasa kasih terhadap isterinya


..Salam hari minggu, anda tak pergi kemana-mana atau hanya berehat-rehat di rumah saja..?

Untuk para suami dan bakal suami khususnya ;

Saumi sebagai ketua keluarga adalah orang yang berhak mengendalikan rumahtangga dengan adil dan saksama, berhak menunjukkan jalan ahli-ahli rumahnya ke matlamat yang baik dan mendapat rahmat Allah swt.

Nak menjadi suami yang baik, kita  harus menunjukkan contoh kepada keluarga terlebih dahulu...dalam mencari rezeki, dalam pergaulan seharian dengan keluarga juga  masyarakat  dan dalam perhubungan dengan Allah swt.

Sentiasa menunjukkan sifat mulia dan terpuji..bermanis muka dengan banyak tawa dan senyum kepada isteri.
Ikhlaskan diri kerana setiap mereka di bawah kita adalah tanggungjawab kita.

Berlemah lembut dalam suasan yang harmoni setiap masa dan ada kalanya tegas dalam beberapa perkara...
Bergurau senda menceria suasana dan bermanja-manja sekali sekala..

Kewibawaan suami yang baik berbudi pekerti, penuh dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang adalah menjadi lambang kebangaan seorang isteri. Dari sikap yang dipunyai oleh seorang suami inilah maka akan mendorong seorang isteri untuk menghormati suaminya.

Semoga dengan cara yang lemah lembut  terhadap keluarga akan menimbulkan rasa kasih yang berpanjangan , mencari bahagia dan mencipta bahagia perlukan kerjasama antara suami dan isteri.

sebelum terlupa..., pesanan saya kepada suami yang sayang isteri sehingga memanjakannya terlebih sudah tu..Awas ! bukan apa...bimbang si isteri akan menjadi wanita yang 'hidung tinggi' dan sering menindas suaminya secara tak sedar... ; segala keperluan suaminya diremehkan saja, segala nasihat suaminya tidak ditaat kerana 'lemak naik kepala' ..nampak macam orang suruhan pulak. nauzubillah..isteri kita tidak begitu hendaknya.

Setiap insan ini tidak pernah mempunyai sifat sempurna (ini selalu diperkatakan ..yes) walau bagaimanapun kita cuba menjadi orang yang sempurna. Maka kita tidak boleh lari dari kekurangan, kesilapan dan keterlanjuran.

Suami yang baik akan memahaminya... dengan tunjuk ajar dari suami yang baik maka isterinya akan menjadi seorang wanita yang baik juga dan solehah. insya allah.

p/s ..hari ni sahabat blogger kita , Shakira melangsungkan perkawinan , semoga berbahagia hingga ke syurga, selamat menempuh alam baru..alam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru.







Janji hati mau bahagia selalu dengan mereka..






...dah nak dekat tengahari dah kan.. lambat bersiaran pcl hari ni., ni citer petang ahad lepas
dah penat kerja seharian , hari minggu plak tu...kesian mereka yang kena tinggal kat rumah tu...

keluar petang ke malam hari adalah pilihan terbaik, ..cuaca panas kat luar jadi alasan bernas... ..*kami ni bagai putra putri lilin. ..cair bila terlebih panas.

sempat kami berBBQ... santai petang di Pantai Morib..Hanis nak makan sate ikan..jadinya BBQ hulur duit dapat sate ikan dan kerang bakar..wuuh memang sedap sesekali layan.

Sate ikan @Rm0.50/cucuk dan kerang bakar @Rm5/pinggan. ..lama betul tak makan,  memang sempoi amat ! sesekali layan makan dengan deruan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. ..pandang ke laut nampak ombak meninggi...tak berani dekat ke pantai...

..tenang rasa sambil mulut menegunyah sate...dan berselang seli menyicah kerang wehh..
tak perlu belanja besar, janji hati mau bahagia selalu dengan mereka..


**************

#GameBlog
~Klu pertama, kedua dan ketiga sudah diberikan dalam entri lepas. dan klu keempat ialah :
  • entri berkenaan berada dalam labels : musibah

Okay...selamat mencuba .

#..jangan jawab di sini, dan sila ke : GameBlog (Sabtu , Ahad dan Isnin) ~ siri 1 , 
jawab di ruangan komen. t.kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.10




Tak silap ...aku kahwin awal .



...sejujurnya bila meihat mereka membesar depan mata... dah boleh diajak berbincang dalam hal-hal berkenaan, diri kami merasa sangat bersyukur. Bersyukur dengan pemberian nikmat Allah ..nikmat pelengkap bahagia dalam sesebuah keluarga.

#Sentiasa berdoa dan tak pernah lupa memohon kepadaNya

Syukur alhamdulillah... untung berkahwin awal, maksud aku kawin dalam usia muda... mungkin rezeki kami, masa tu aku 25, mamaD 4 tahun lebih muda...tidak lama menunggu terus dikurniakan anak pertama.

Bapa muda masa tu, namun segalanya berubah...kehidupan remaja dengan kawan-kawan diketepikan kerana tanggungjawab semakin besar. bukan masanya untuk bersukaria.

#Belajar mematangkan diri
~bergaul dengan masyarakat yang lebih berumur dari kita  dan dalam masa sama hati kawan-kawan tetap dijaga...penting tu, biar pendirian kita dihormati  bukan dikeji di mata rakan sebaya.

dan sekarang ni ....bila lihat kawan-kawan seusia yang masih mengendong bayi, masih berpenat jaga malam...masih goncang susu botol anak.. ada yang baru sibuk nak mengurus sekolah anak...mengurus rutin penjagaan anak dan sebagainya...memang mengigatkan aku  dolo..dolo ..dolo punya kenangan sebagai bapa muda..

...dalam hati aku berkata " tak silap aku kawin awal..."





Hanis bersama (adlina, sepupu dari Kedah) dan akak nina...suka bila dah ramai-ramai ...bila mereka gembira , aku merasa bahagia..syukur padaNya.

p/s .. kalau dah jodoh , jangan tunggu lama-lama Rugi Masa tau! , aku kawin dulu belanja murah je...hehe saja perangat kawan-kawan...bukannya apa, cuma nak  bagi semangat  ! hemmm..






Adakah ketulusan itu sekadar lebih kepada trend atau macam mana?

... (hari ni 12 Mei) memang hari ibu bagi  kebiasaan orang yang biasa meraikannya ; hari ibu disambut meriah dan tersediri di seluruh dunia..

Narimah Ahmad (mak aku) , wanita yang meniti arus zaman kemodenan untuk semua perkara sebegini, .. tak pernah sama sekali seingat aku (dulu, masa remaja) kami adik beradik meraikannya.

Setelah masing-masing sudah berkeluarga sendiri,...terikut dengan keluarga mertua barangkali secara tak langsung ada juga sambutan akhirnya.. kesian mak aku kan! tapi. ..jika ada sambutan maupun kejutan atau seumpamanya,  baginya adalah sama sahaja..biasalah..orang lama memang macamtu feel dia..

Maaf cakaplah, ..memang itulah hakikatnya keluarga bagi kebanyakan masyarakat di luar bandar  (sejak dulu2) yang kehidupan kami sangat asing dengan hari-hari sambutan seumpama hari ibu ini.
... namun keadaan ini sedikit demi sedikit meresap dalam jiwa bila mana anak-anak yang hidup dalam dunia zaman moden merubahnya. ..

Sesuatu perubahan yang membawa kepada kebaikan adalah sangat diharapkan.., iaitu  mencari bahagia.

Bahagia sebenarnya tidak dapat diukur dengan hanya melihat dari mata kasar pandangan seseorang, ..
kebahagian yang dirasai oleh 'orang lama' adalah kebahagian yang sebenar-benarnya  tulus dan murni.

Bukan menidakkan keikhlasan 'orang baru' macam kita nih, nampak ikhlas dalam mencari kebahagiaan... tapi lihatlah, senario masa kini mungkin anda juga terperasan (ada sebahagiannya) ..yang
lepas peluk cium ibu hari ni... tak sampai sejam berlalu sudah mula melukainya hati ibu samada secara sedar atau sebaliknya.

Adakah  'ketulusan' itu sekadar lebih kepada trend atau macam mana?
tak perlu jawab atau membahas...cuma sesama kita renungkannya, muhasabah diri kita..
Jika tulus , ikhlas dan murni... syukur Alhamdulillah, bahagianya ibu yang mempunyai anak soleh/solehah.


p/s. . Selamat Hari Ibu kepada semua lbu-ibu yang santai di sini.


Published with Blogger-droid v2.0.10



Selamat Hari Merdeka 2012 : Bersyukurlah !




Kemerdekaan Negara kita, Malaysia pada 31 Ogos 1957 telah diulang sambut perayaanya kali ke 55 pada tahun ini.

SELAMAT HARI MERDEKA 2012, Negara yang aman makmur bahagia....InsyaAllah bahagia dalam pemahaman masing-masing.

Dalam melaluinya usah kamu lupa pada kesusahan, boleh jadi kesusahan itu yang membahagiakan kamu . Usah lupa pada musibah yang menimpamu, boleh jadi musibah itulah yang merawat penyakit hatimu.

Ramai orang yang inginkan kesenangan di dunia, tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun diperolehi tanpa memerah keringat. Kesenangan memiliki pancaindera yang lengkap, mempunyai tempat untuk memayunginya daripada terik mentari dan menyelubungi kesejukan di pagi hari.

Ada yang tidak memiliki kereta, tetapi dia memiliki motorsikal. Ada yang tidak memiliki motorsikal, tetapi dia memiliki basikal. Ada yang tidak memiliki basikal, tetapi memilik sepasang kaki untuk berjalan. Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga daripada kereta, motosikal dan basikal, kerana ketiga2nya memerlukan kaki untuk menggerakkannya.

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur.....bersyukur kepada Alla swt.

>sumber dari fb Laniaz Nadiba



Anak Penting Buat Kita...tetapi mereka bukan barang rebutan.

Salam untuk semua..

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

 1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
 2. Anak sebagai amanat Allah SWT
 3. Anak sebagai harta yang tergadai
 4. Anak sebagai penguji keimanan
 5. Anak sebagai alat untuk beramal
 6. Anak sebagai saham di akhirat
 7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
 8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
 9. Anak sebagai penyambung cita-cita
 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Cara memberi kasih sayang dan tumpuan berbeza antara ibu dan bapa dan antara anak-anak. Ini kerana setiap anak adalah berbeza dan tidak mungkin serupa tingkalh laku, baik dari segi fizikal mahupun emosi, walaupun mereka adalah kembar seiras...perbezaanya tetap ada.

Anak-anak juga mempunyai hubungan berbeza dengan ibu bapa. Umumnya, anak perempuan lebih manja dengan ayah dan anak lelaki dengan ibu. Kebanyakan anak sememangnya lebih rapat dengan ibu kerana fitrah ibu adalah orang paling rapat dengan anak.

Sebab itu dalam banyak hal, jika anak dimarahi atau dipukul orang lain, ibu akan lebih beremosi.

Anak juga pada kebiasaannya mendapat ketenangan berbincang dengan ibu kerana sifat dan fitrah ibu. Namun tidak dinafikan ada juga yang berlaku sebaliknya.

Dalam sebuah rumah tangga yang aman damai dan bahagia, anak akan membesar dalam keadaan teratur dan beradab. Mereka terpelihara daripada segala kesukaran dan emosi yang boleh memudaratkan. Namun tidak semua bernasib baik.







Bila Mereka Gembira, Aku Bahagia...

Assalamualaikum,


hari ni pcl bersama keluarga termasuk mertua 'kaki pancing' berada di sekitar sini (Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Kedah)..untuk meneruskan xtvt cuti musim sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi.


menyewa chalet sederhana, selesa buat anak2 menumpang bermalam. ...risau gak kalau dorang berpanas, takut demam plak nanti.

tak semua kami ni minat dengan xtvt memancing, yang lebihnya hanya suka suka memeriahkan suasana.


minat dengan memancing, itulah xtvt wajib bila kami beramai ramai....kehendak dan minat mertua jangan dibantah, nanti jadi ' tanggang' plak...


minat ke tak suka ke.....ikutkan saja.


"bila mereka gembira,  aku turut bahagia"


Published with Blogger-droid v2.0.2


Cantik di mata belum tentu bahagia...



.... nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tak lah susah... haha... Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang... Kekayaan bukan diukoq pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukoq pada ketampanan dan keayuan...

Akan sampai satu masa yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa jugak supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah dipandang... Yang masam nak di maniskan, inilah cabaran. Cantik tak semestinya luaran. Beralih umoq bukan bermakna hilang seri...

<Nasihat dari Pk long Din..>


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"