Showing posts sorted by relevance for query kalakatar. Sort by date Show all posts

Dapat dah....target mesti jadi !!





...lepas jogging tadi singgah gerai apek depan econsave Banting nak dapatkan buah kelapa muda.

petang semalam cari... gerai dia tutup, ...rupanya apek tu pi ambil buah kat kampung Melayu Batu Laut bedektan dengan area Morib sana.

"ini buah melayu punya pokok kelapa woo...pokok manyak tinggi, itu olangtua jual sama saya...dia takble hantar mali sini sebab dia sudah tua...buah pon arr...kasi indon panjat! "

...kak amoi tu cuba explain sebab aku cakap buah dia jual agak mahal...




























rm2.50 sebiji sebenarnya dah murah, saja aku nak interview kak amoi tu...(dalam hati kata...murahhh sangat tu!)


bahan-bahan untuk buat kuih Kalakatar dah ada...petang sikit baru nak baking.
harap dapat sabaq skitlah sebab tengahari mood makan kuih kurang, lagi pon baru lepas pekena capati dan air limau panas! !


gambar cadangan (bingka isi kelapa muda)  dari google : kalakatar

info :  kuih kalakatar ni sangat popular di bulan Ramadhan , area pekan Batu 5, Kuala Kurau Perak. (pernah masuk Majalh3 @TV3)


Published with Blogger-droid v2.0.6


Libster Award dari Akif Imtiyaz

Libster Award  


Logo merah hati tersebut telah dianugerahkan kepada blog ini dari Blogger Akif Imtiyaz. *sebenarnay Lya bukan nak anugrahkan pun tapi dia dah jadikan saya ni salah sorang 'mangsa' tag dia hahah !      (sila rujuk  di sini ) .. takda hal lah kan, biasa je nie :) . 

okay ,  teruskan membaca ... Soalan dari Lya ni akan dijawab seikhlasnya, insyaAllah...bukan Lya saja nak kenal ; mungkin pembaca nazlee.com pun nak tau jugak kan...

1~  Di manakah tempat lahir anda ?
PCL berasal dari Negeri Perak, lahir di rumah emak  kat Parit Buntar (aku Kampung Boy)

2 ~ Saat bilakah anda akan berasa Tenang ?
Bila PCL bersama keluarga , isteri dan anak-anak  buat aktiviti luar bersama dan satu lagi.... bangun sepertiga malam buat amalan sunat.

3 ~ Kenangan zaman sekolah yang tak pernah anda lupakan ?
PCL suka ikut kawan , Seludup masuk/oder roti canai dari kedai luar untuk makan tengah malam di asrama.memalam selalunya lapar sangat...mana boleh tahan supper roti kering jer..

4 ~ Lagu hari raya yang anda suka ?
Alaa..lagu best Allahyarham Tan Sri P.Ramlee  "Dendang Perantau" la..

5 ~ Matapelajaran yang anda paling tak suka masa sekolah menengah ?
Subjek Sejarah ; jenuh nak ingat tarikh peristiwa..tension !

6 ~ Makanan yang paling anda suka ?
Nasi putih + Sambal ikan tongkol + sayur kobis ..nothing special !

7 ~ Jenis pakaian yang anda suka pakai ?
Siang hari ringkas (jeans & t'shirt) , bila malam lagi simple ..kain pelekat dan jubah sekali sekala.

8 ~ Kuih muih tradisional yang anda suka ?
Kalakatar (klik sini) ; dah pandai buat sendiri.

9 ~ Minat anda berblogging sejak bila ?
2010 (sejak masuk kerja dengan kerajaan)

10 ~ Blogger wanita/lelaki yang anda suka ?
Ustaz Hasrizal (http://saifulislam.com/) , motivasi dan travelog sejarah Islam  (dulu pcl tak suka sejarah tapi kini ...lain dengan pendekatan yang berbeza)

11 ~ Kalau dapat ke luar negara..Manakah destinasi pilihan anda ?
Cuti-cuti New Zealand ; sebelum tu nak ke Mekah dulu (insyaAllah) doakan kami eh..


Dan sini terdapat 11 soalan pula dari PCL untuk penerima the Liebster Award  seterusnya,  PCL akan tag kepada Blogger yang dikenali dan juga yang pertama kali singgah ke blog mereka. ~ harap agar anda terima dengan ikhlas.

  1. Sejak bila anda mula berblog?
  2. Pernah mengenali Blogger PCL sebelum ini?
  3. Niche Blog yang digemari ?
  4. Warna tema blog kegemaran?
  5. Apa hobi anda selain blogging?
  6. Suka baca entri panjang berinformasi?
  7. Nama Blog pilihan anda yang tak jemu-jemu lawati?
  8. Apa pandangan anda tentang meninggalkan komen disetiap blog yang dilawati?
  9. Adakah anda suka meninggalkan komen semasa blogwalking?
  10. Anda Blogger negeri mana?
  11. Soalan trick : Bagaimana anda melihat seekor buaya di dalam zoo?

Penerima tag The Liebster Award  diberikan kepada :

  1. http://jueazrin.blogspot.com/
  2. http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/
  3. http://suriaamanda.blogspot.com/
  4. http://timmbill91.blogspot.com/
  5. http://nureenasir.blogspot.com/
p/s : kepada mereka yang nak informasi berkenaan the Libster Award , sila lah klik Di SINI !





Nasib tak gugur jer atas tablet ni..


mana nak cari kalau kat sini...memang tak jumpa punyalah jual. kalau terasa nak makan kena buat sendirilah..tak pon balik kampung. .emmm lambat lagi kot.

tapi kalau bukan bulan ramadhan. sana pon susah jugak kecuali pujuk mak tolong buat kan....

mamaD pernah buat sekali dua tapi tu lama dah.... bila belek gambar lama,  pergh.. meleh air liur ni. .nasib tak gugur, meleleh jer atas tablet  ni kah..kah macam puii je kan.

ni lah dia bingka kelapa muda kepada sesapa yang tertanya tu... ada juga nama lainnya 'kalakatar' ..cuba search google mesti ada penerangannya.








makan ketika masih panas lagi best !!

...waktu dah petang sangat , nak masuk maghrib dah pon, ini adalah panorama awan nano area 'Angkasa' nih..




selepas jogging petang tadi, (...huh semangat sungguh!) teruskan dengan niat nak buat kuih. belah buah kelapa tu, ambil airnya, cedok isi campurkan sekali dalam bekas...siap proses ni., tunggu mamaD baking saja !


..start baking 'kalakatar' lepas solat maghrib tadi.., mamaD excited nak baking, hanis umairah yang suka tolong (anak mama)...air kelapa muda, isinya campur dengan tepung gandum, gula dan telur ayam (kacau sebati). Isi kelapa ni memang bagus dan sesuai sangat....emm memang jenis buah kelapa macam ni yang dicari..



...masuk dalam oven dengan suhu 230'C selama 60 minit. (aku belajar dalam internet jer Try n see), emak kat kampung guna dapur kayu (letak bara api dari sabut kelapa atas dan bawah periuk..lebih tradisionalnya).




..siap untuk dihidangkan...makan ketika masih panas lagi best !!

[publish]
Published with Blogger-droid v2.0.6




Terbaik hanya di sini !

 Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar, Perak, Malaysia.

kalakatar ?



Yang mana satu sudu teh ?


....Santai petang dengan menajar anak buat kek cawan .

sungguh klasik rasanya bila sebut kek cawan, ...emmm 'cup cake' lah !

adalah guru yang mengajarnya tapi bukan mamaD, dia pun dah lama tak buat kek kat rumah...last sekali, dua minngu lepas buat bengkang kelapa muda (kalakatar).

bila Hanis Umairah bertanya..."yang mana satu sudu teh, mama ?"

nampak mamaD teragak-agak...tu la pasal , dah lama sangat buat kek tak guna sukatan biasa, main boh saja ! haha.







Pengalaman macam ni tak selalu dapat, depa ni sebenarnya  kena hukum paksa belajar buat kek dari seseorang ! , mau tak mau kena turutkan juga...bila lagi kan !

akhirnya....sungguh memuaskan hati. boleh buat lagi !!


Published with Blogger-droid v2.0.10


Tiada alasan lagi bagi mamaD..

..tadi petang dating dengan dua tujuan..

satu nak beli buah kelapa muda tapi hampeh...apek tu dah tutup kedai awal, laku sangat lah...sampai habis stok agaknya...takpa besok la cari lain plak tanpa putus harap... (kuih kalakatar ...target mesti jadi !!)

lagi satu tujuan adalah untuk belikan kasut jog untuk mamaD, asyik beralasan kalau di ajak jogging ... harapan subuh esok cuaca ok !

ni dia sepatunya...

 
Published with Blogger-droid v2.0.6


kelapa muda..oiii!


gambar hiasan dari google
(kalau kat kampung.. lainlah, ...tapi susah juga nak dapatkan ..kena cari galah panjang utk kait buahnya )

Sapa tau berapa harga sebiji kelapa muda pasaran sekarang ?, bukan harga borong, harga biasa naa ...

kelapa yang isi lembut.  kalau boleh ada yang menjawab di ruangan komen...bagus lah , mana la tau kan korang baru lepas membeli..

..
aku nak survey kat mana korang beli dan berapa harganya.
..kat Banting nih ada sorang apek yang jual...belum terjah sana lagi (petang ni, maybe)
..
sebelum ni pernah beli untuk minum air kelapa tapi takda isi langsung...rasa tawar,  kalau yang macam tu memang tak sesuai nak buat kuih (ni lah tujuannya).


gambar hiasan dari google
emm nampak sedap !

..mamaD ada projek tuu! ..haha nak baking kuih kalakatar (tradisi Banjar).
ada yang mengidam eh ?

Published with Blogger-droid v2.0.9


...terimakasih Bondaku..teringat kampung kita.



Salam....rakan2 n kulaaan.

dah lama aku kadak balik kampung..kadak bisa bersurah banjar...kadak tahaga kulaan di sini..sibuk dengan gawiyan ..kadak sawat handak menjanguk kulaan di kampung...semuanya kadak..kadak..kadak..sampai blog ni pon kadak berupdate...
Di rumah ku kadak ada sapa yang bisa bersurah...kadak maharati !!
Hari Sabtu yang lepas mak aku ada datang dari kampung, saja nak ziarah kami di sini kebetulan dia pergi rumah adik aku kat Klang ari tu..datang sekali dengan adik2 ku yang lain, jarang sekali bondaku nak bejalan2 jauh, itu pon kalau ada yang bawak sampailah hajat. Kunjungan diaorang dengan membawa buah tangan spesel yang
mengigatkan aku kisah2
silam di kampung dulu...nak tau apakebenda nya tu?
...wadai kalakatar..bagi sapa yang berketurunan Banjar tu almaklumlah..tapi bagi mereka yang tak tau atau buat2 lupa...silalah klik link disini untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi.

...sambil makan2 dan sembang2 tuh teringat aku pada jalan2 kenangan semasa kami masih bersekolah di sana yang kini sedikit2 dimamah usia. Terima kasih pada sahabatku Awa yang mana aku telah cilok gambar2 dari FB beliau...nanti aku mintak izin kemudian..






Terima kasih bonda kerana datang kerumahku dengan buah tangan yang spesel tuh..

Kalau korang nak tau tentang kampungku sila klik disini.