Yang terbaik ...Bro !

Anda bagaimana ??
Sempena hari ibu semalam...apa yg telah kita lakukan!
Dunia Hidupku menyikap kembali peristiwa semalam...

8Mei2010, lebih kurang pukul 10mlm selepas tengok AF , kitaorang sekeluarga pegi makan kat restoran , adik n kakak sentiasa rasa lapar bila time macam nie, selalunya mamaDiana dah siapkan masakan utk diaorang nie, tapi sempena hari ibu aku saja ajak makan kat luar . Suasana kat rumah kekadang rasa bosan bukannya apa...panas takda aircond..lagi pon boleh sembang2 dengan mood yg lain sikit. Lepas makan jalan2 cuci mata sikit tengok apa yang ada kat uptown Banting..mata boleh cuci tapi teling pulak yg sakit...karaok tah apa2..konon nak tujukan lagu utk ibu2..tapi kalu ibu diorang dengar tak tau lah..boleh sakit jantung kot!

9Mei2010, pukul 12 lebih kitaorang sampai kat rumah, Kakak n adik terus masuk bilik , diorang ada plan sesuatu untuk mama diaorang, kakak keluar dengan senyuman.."mama selamat hari ibu..nie ada hadiah utk mama". Adik pon sama juga..."mama adik tak da hadiah la..tp adik buat kad nie ja utk mama..adik tinggal syiling ja maa...ok tak ma?".Mama pon terus berpelukan dgn anak2nya...terharu la pulak aku.

Aku teringat pulak kat mak aku kat kampung...so malam2 buta cam nie sms ja lah..
"Ya Allah, kurniakanlah kebahagian kepada ibuku ini, ibuku yang cantik, kuat dan sabar..aku sangat menyayanginya...." , dan sms seterusnya yang sama buat ibumertuaku.
Pukul 4am aku tersedar dari tidur oleh reply ringtone sms dari bondaku "Semoga Doa Ibu Allah Peliharakan"..ringkas saja, biasanya mak dan ayahku dah bangun awal memasak untuk bisnes kedai kopinya.

Pagi2 lagi aku dah bersiap2 kat dapur , buat sarapan nasi goreng untuk diaorang, mamaDiana masih kat bilik lagi n anak2 ku kat bilik diaorang , pon sama jugak...semalam tidur lewat...hari minggu lagi lewat la bangun....biarlah sekali sekala.

Pukul 9am , aku ajak mamaDiana pegi pasar, beli ikan lampam 2 ekor n isi ikan patin sepotong...hari nie aku masak!
Masak memasak nie aku dah biasa, tak lah janggal sangat kat dapur...manu masakan aku simple ja.. febret kitaorang lah nie..masak cili daun kari ikan patin n masak kicap ikan lampam..masak lebih sikit utuk malam sekali.

Aku tengok, sepanjang hari tu, mamaDiana happy sangat..mungkin apa yang dia harapkan tercapai..sebenarnya aku tak penah tanya pon apa yang dia nak sempena hari ibu.
Begitu juga harapan ku pada bondaku dan ibu2 sekalian.


Apasal 'catwalk' kat sini plak.. aduuus!

Apa pon keja yang kita lakukan mestilah ikhlas...
macam korang jugak...aku pon sama..taip entri waktu keja...hahaha ..baguskan macamnie...
tapi tak kesahlah..kalau ada masa terluang...
Bos aku kata.."korang buatlah apa suka, janji keja siap!!..yang lain2 tu pandai2 lah cover"
so , keja aku siap..korang aku tak tau lah...

tengoklah diorang ni tak lepaskan peluang !!!



Sebenarnya diaorang nie terima arahan pandang ke kanan..
...


...


..


.



FIRIIII DILIVIRYYYYY pacikk!!!!!! (iklan seng heng)


Macho sangat ke???...aduuuuhai!!! owh bad!

sekadar gambar hiasan dari google.


Ehh! mengapa ya,remaja zaman sekarang lebih suka berseluar pendek?? Malah bapak2 budak pon ikut sama.. Tidakkah diaorang tahu, seluar panjang telah dicipta?? Ataupun diaorang tidak tahu cara memakai seluar panjang??

Aku pernah tengok dan melaluinya, di bilik2 bujang atau di asrama2 sekolah, remaja sekarang khususnya para muslimin lebih selesa berjalan ke hulu ke hilir memakai seluar pendek,boxer malahan 'seluar katok apek longsi!!Alasan mereka seluar pendek lebih berangin. Kalau hendak sistem pengudaraan yang baik, pakailah kain pelikat,letaklah kipas angin mini di dalamnya...hahaha! kan lebih kondusif dan effisien.

Ya, aurat kita wahai adik2 dan abang2ku. Adalah macho bagi aku untuk mengatakan bahawa lelaki lebih alpa dengan auratnya,walaupun aurat para lelaki tidaklah rumit seperti wanita. Tapi
harus diingat juga KAUM HAWA yang berseluar pendek mengalahkan KAUM ADAM......cermin2 lah diri anda...aku takmau cerita bab nie lagi..

Memang, aurat lelaki di hadapan lelaki sama dengan di hadapan perempuan iaitu antara pusat dan lutut, tapi makruh kepada perempuan melihat bahagian yang tidak aurat. Maknanya makruh bagi lelaki menayangkan kepada perempuan bahagian badannya yang bukan aurat.


Ada orang mengtakan pakai seluar pendek bawah lutut tu takper..tutup aurat jugak !!
tapi hakikatnya..
Apabila seseorang itu memakai seluar pendek di masa dia berdiri memanglah berkeadaan menutup luntut akan tetapi bagaimana keadaan bila di sedang duduk dan tunduk, seluar akan menjadi singkat naik keatas dan akan terlihat luntut manakala seluar yang menutp pusat tadi akan turun kebawah dibahagian belakang akan menmpakkan sedikit pinggul dan baju yang singkat juga akan singkat keatas. Ini akan menyebab kan aurat lelaki terbuka.

Tolonglah,bulu kaki kaum lelaki tidak mempunyai apa-apa daya tarikan erotik kepada lelaki yang lain,tetapi ia tetap aurat yang perlu dijaga. Dengan hanya membuka sedikit aurat,kita telah berjaya dalam pelaburan mendapat dosa. Tahniah! Sanggupkah kita??

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Jadi adik2 dan abang2ku sekalian, jagalah aurat kita masing-masing ye..?? Betapa banyak bulu kaki kita,ingatlah bahawa ada lagi makhluk yang lebat bulu kakinya...


yang masih teringin untuk bergaya .
...
..
.


Kalau Boleh jangan menyusahkan ORang!!



"Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana

mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut."

Walau macam mana pun korang jangan risau..., simati akan pulang waktu siang sahaja...
dan mana lah tau kalau tetiba jer ade orang ketuk pintu memalam buta...mungkin salah setting ke...(
Dengan izin Allah, semua pasti boleh terjadi....)


ooowh bad!..jangan tahan kencing plak!.