macam pengantin ?

Salam readers..thanks kerana sudi berkunjung ke blog ini...

Semalam kami sampai di rumah lebih kurang 10mlm setelah singgah menyinggah di rumah sedaramara..rumah kenduri sepupu kat Tasik Biru Kundang n rumah abg Ipar kat Saujana...,

terasa sunyi di sepanjang perjalanan sebab anak2 tak ikut balik sekali..diaorang masih ada kat sana lagi , diaorang nak ikut balik dengan sepupu2 nanti.

Dari Sg Petani pukul 9 pg terus ke Kundang..pukul 1 tgh baru sampai rumah kenduri..sebab lama dah tak ke sana, so nak cari jalan amik masa sikit..lupa.. dah 10 thn tak ke sana.

So, makcik2 semua tanya mana anak2nya tak ikut sama.."hangpa ni cm pengantin lah?..jln2 anak tak bawak sama..". Biasalah bebudak sekarang nie..mana suka kalau ajak p rumah adik beradik..lagi la kalau diaorang tak berapa rapat...kalau p jln2 makan angin..suka la.



"pesanan untuk kita semua.. google like u"


p/s : terima kasih atas doa kalian kerana aku masih di sini n terus berblog lagi...




Syoknya Cuti...!!!

pic dari FB makngah..cilok baik punyer!!!


Wah2 ! best nampak kakak aka Nina n sepupu dia Alin ronda sakan dengan basikal pinjam....
Haa..cam nilah diorang kalau dah jumpa..mesti nampak hepi selalu...sama umur tapi saiz tak sama...
Semalam planing balik kampung sekali ..alih2 tak jadi pulak..pasai pa taktau lah..maybe diaorang balik minggu depan kot.
so nampaknya kitaorang balik terus je dari sini , maybe lepas magrib dari sini sebab adik n akak sekolah , last day ari nie! ...

MamaDiana lagi la hepi sebab sebelum nie dok kat sana tak der balik2 kampung...6 bln pon dah rasa rindu sesanggat dgn famili n member kat sana..so excited ..biasalah..org tino.

p/s : Doakan perjalanan kami selamat sampai pergi dan balik.


Kerisauan melanda.....



Cuak rasanya semalam bila tetiba anak dara yang kecik tu demam..apa taknya sekarang ni tengah exam sebelum cuti sekolah..sekejap baik lepas tu demam balik..dah pegi kelinik tapi doktor kata demam biasa saja..Alhamdulillah Umairah nampak ok dah..dah pegi sekolah pon tegahari tadi...harap dia tak demam dah...kalau demam jugak mesti kena pegi hospital..

Apa yang merisaukan lagi bila dapat berita mengatakan ada kes denggi kat kawasan aku nie..dalam kuarters yang sentiasa dijaga rapi kebersihannya oleh kontraktor lanscape pon tak terkecuali dari serangan denggi...aduh! memang cukup merisaukan !. Mungkin nyamuk aedes nie datang dari luar iaitu di tapak binaan sebelah kuarters..




3 hari lepas anak jagaan kami ..Bartisya disahkan denggi dan sekarang masih lagi ditahan diwad, dan baru pagi tadi ada seorang lagi pekerja binaan dimasukkan ke hospital disyakki denggi.
Pihak berkenaan telah membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan dan dikhabarkan petang ini mereka datang untuk membuat semburan asap (foging) di Kawasan dalam kuarters..
Sebelum nie semburan asap telah dibuat minggu lepas tetapi hanya di kawasan sekitar kampung2 berhampiran saja.., mungkin ini menyebabkan nyamuk2 ini berpindah ke kawasan kami...

Untuk langkah berjaga2...aku akan pastikan diaorang tak keluar rumah dan tak akan buka tingkap waktu senja...sebabnya apa yang aku dapat info dari ibu Bartisya yang diaorang nie selalu buka tingkap tiap2 petang sampai ke pagi esoknya.. "nak dapatkan udara segar dari luar...bahang panas waktu siang tak keluar sebab tu kena buka tingkap2"...katanya.




Aku harap korang pon kena berjaga2 jugak...pastikan kawasan sekitar bebas dari nyamuk aedes..

p/s : dulu kat kampung2 tak ada denggi pulak..pakai kelambu bila tidur.




ada Chemistery ker???


Pernahkah anda selalu ada persamaan perasaan dengan pasangan anda?? apakah kaitannya , adakah ia berlaku secara kebetulan atau ada sesuatu yang belum pasti jawapannya..
Inikah yang dikatakan sehati sejiwa...ada chemistery!

"abang belikan saya air kelapa bila balik keje nanti ye.." pesan si isteri yang tersayang..
Sebenarnya apa yang dipesan oleh isteri itu telah dirasakan sebelumnya..suami dah siap beli pon kerana rasa gerak hatinya memang begitu.

Dalam kejadian lain pula, si suami bila pulang dari keje lalu berkata..
"wah! cm tau2 je abang nak makan kari kepala ikan hari nie..."
Sebenarnya si isteri dah ready awal2 lagi...

Walaupun sesuatu kejadian persaan sama itu adalah perkara kebiasaan yang dilakukan, tetapi ada juga perkara2 yang di luar jangkaan...sudah tentu ia akan menjadikan kita rasa dihargai selalu...
Ini lah dunia hidupku ..