Ciuman pertama....

Salam..
..pepagi baru nak memulakan keja nie...aku tak nak la ganggu emosi korang sumer dengan statement yang kurang enak dibaca...macam yang penah kita baca dan dengar mengenai kisah panas ' pensil kaler dengan antena tv ' ...tak der la cm tu..tajuk jer !!!

Alkisahnya..kawan aku nie baru jer membeli sebuah keta idaman..dah lama kumpul duit sampai delay nak menikah...punya nak dapatkan benda nie...(lebih baik kawen dr menikah...enjoy dulu katanya)
Lesen dah lama dapat tapi simpan jer dalam wallet...(memanglah, simpan kat mana lg)..tak penah test drive pon...keta dah dibeli..lesen dah ada..apa lagi..gila stereng lah..
pantang cuti je...zuuup! hilang..

Kali nie trip ke Cameron Highland...
Sememangnya sukar untuk memandu bagi mereka yang masih kekok lagi dengan pemanduan...aku mengoffer diri untuk drive tapi tak dilayan...
biasalah barang baru..mana boleh share...

Takpalah , keta dia..aku harap perjalanan kitorang akan selamat...kalau ada keta lain ..mau aku tumpang diorang jer.
Masa pegi ...alhamdulillah ..semuanya ok...
Masa balik pon dia tak kasi aku drive..geram betul la...lantaklah.

Dummmp !!...ciuman pertama dalam ingatan..
cium montot keta depan..

.

U kiss U pay...bro !!

p/s : Cium bini lagi bagus ...




Siapa Bilang...123

Laki@bini haru ada cemburu....


Sapa tak sayang....sayang oooo...kenalah jaga elok2..

Nie bukan nak citer pasal keta...pasal bini lah...upss!..orang rumah..isteri...sama ja lah apa yang kita bahasakan...yang penting orang tersayang lah maknanya.

Korang cemburu tak??...siapa bilang laki tak cemburu/jeles...
susahkan...ada yg jeles tp tak nak tunjuk...kang ada yang terlebih tunjuk tu..Nyammmpah plak tengok..kan!.
...eeeh aku nie cita pasal laki ke bini yang cemburu.....

tak tau lah..rasanya dua2 perlu ada sifat cemburu..baru la berwarna hidup kita..asyik kita sorang2 jer kena mana leh tahan ..ye tak??

p/s: alam maya kena cemburu gak ker ??
..




Kongsi Baik punyer...(2)


apa der ...Nilai RM 5

Perjalanan panjang yang sungguh memenatkan. Aku semakin tidak selesa.. jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari ” huh..dasar si miskin pengotor”. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, jijik aku melihatnya . Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Si hipokrit ni cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia tak ubah seperti betina jalang hotel murahan yang menunggu pelanggan, hanya bert-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai tambah lagi mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Hafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh yang ku anggap kolot dengan gaya gadis kampungan berlalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini…tolol..bengap tak educated!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah memandang benci, mengetap bibir. "Hei tua kau nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.

Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Ewwww…menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang kiap dirumah itu di tutup rapat…makin menyampah aku!

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin hina seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati konon, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai…Suara deruan ombak langsung tidak mampu mendamaikan hati..aku bagai benci dengan daerah asing ini. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di cela hkopiah kusam. Itulah, siapa suruh kecil-kecil dulu tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Memang manusia bodoh, itu layaknya!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak si tua itu, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan menghelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni?..eh berambus lah cepat! Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Berlalu dengan terhinggut menangis bersama baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Akh lantak lah, aku peduli apa..memang ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku bangga membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja siang malam bagai orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana . Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan perempuan gedik ini..makin meluat melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu yang dari tadi tidak habis-habis lagi. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik…pakcik ni menipu ye? Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?". Bunyinya seperti meninggi. Orang tua itu
seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu persatu, perlahan-lahan dan terketar.
Orang tua itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. Aku terkedu. Terkejut dan malu.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan
ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial hina yang berpura-pura susah. Ambillah semula,nak." Orang tua itu meletakkan wang lima ringgit tadi di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Dia tidak mahu menyentuh langsung wang itu,
hingga jatuh di hujung kaki.
"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati. " Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Aku dapat melihat wajahnya yang sayu .. butir-butir jernih mula gugur membasahi pipi orang tua itu.

Dia terbatuk-batuk berjalan meninggalkan aku sendirian diselangi esakan kecil yang meruntun hati, wang lima ringgit itu masih di hujung kaki ku, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat juga masih di situ. Aku terduduk menangis, meraung semahu-mahunya…bagai orang yang tidak punya malu..Ery datang mendekati. Beberapa orang yang lalu lalang di situ hanya gamam memandang pelik langsung tidak berani untuk menegur. Aku benar-benar insaf “Oh tuhan manusia apakah aku ini”
punyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia, tapi belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.



p/s : Fowrded email..(sori x tahu sape penulis asalnya...moga dapat pengajaran pada semua.




Luangkan masa sikit..

Segalanya sudah selesai...kad hilang dah jumpak...tak p mana pon ..duk terselit kat seat keta ja...
Owh..mata ku berpinau...baru jer td aku test mata kat blog diriku...


..nie ada lagi nak habaq kat hangpa yang ada anak sekolah......anak2 duk ajak p sekolah suruh tanda tangan report kad..jangan tak p plak..tulah kewajiban kita..mana2 ibubapak yang tak leh p sebab 'sibuk' tak pa lakot...!!...tapi depa suma perlukan support dari kita...
masani la kita boleh bincang dgn guru kelas..tanya apa masalah ka..
apa yang patut bagi memajukan pelajaran anak2.

Kalau kita tak semangat....depa mungkin duk takat tu ja...
Ayuh ! jom la kita bagi semangat ...WorldCup boleh..takkan masa depan anak2 tak leh.

p/s : 2/7/10 Hari Terbuka Sekolah adik....mcm bagus jer aku nie...

..
.