'Sapa Lebih Hebat' ?

Salam untuk semua bloggers.

Selamat sejahtera semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti mendatang...

Apa khabar ???..masih pening2 lagi ke?..perut dah tak meragam!?..

elok sangat lah tu tinggal2kan seketika juadah hari raya tuh.....bagi mereka yang belum berkesempatan untuk berpuasa enam...silakan lah, kalau tak boleh berturut2..selang hari pon tak pe..tapi yg lebih afdal buatlah berturut selama enam hari dalam bulan Syawal nih..pahalanya seperti setahun berpuasa.


berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat Syawal...selamat berpuasa PCL ucapkan..
Dikesempatan ini PCL suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati2 dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Ia menjadi seolah2 satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi pada masa sama ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masinga2 yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Tak salah menerima jemputan 'open house' rakan2..tapi pandai2 lah menjaga hati dan niat agar tidak tersinggung.

p/s : "Ehhh! ko pose 6 tak???...syshhh! diam2 la.."


Selamat Pengantin Baru..Faisal@along Chai..

Salam..

dan Selamat Hari Raya...upss! raya ke 3 dah nie...
sesuatu perkhabaran yang mengembirakan buat teman saya nie..




Mohd Faisal Mohd Najib,..seorang sahabat yang saya kenali sejak bekerja di sini..sungguh baik hati, periang dan senang didekati...mudah mesra dengan semua orang.

http://www.facebook.com/event.php?eid=137005893010649&ref=mf

Alhamdulillah..akhirnya tamatlah zaman bujangnya di mana beliau akan bernikah pada hari ini
di Besut Terangganu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Saya dan keluarga mendoakan semoga beliau berbahagia dengan kehidupan baru setelah begelar suami kepada Cik Diah.

walaupon majlis kendurinya belum lg diberitahu..agak2nya dalam bulan Nov2010 katanya sebelum nie..

pesanan gue pada lo beb .." peduli apa orang cakap ...yg pasti Halalan toiyibah".


p/s : Dengaq kata berbulan madu kat CH...teruskan perjuangan!!..kawan2 dah tinggai jauh da nie..jangan tunggu lagi.

.
.


Laksa Goreng...nyum2.

Salam...

hohohoho..sempat lagi tu mamadiana duk siap2 bekemas pakaian anak2...
dgn anak2 jagaan 2 org tu yg 'bueh' sangat taktau nak habaaaq!..
kelang-kabut jugak tu..tapi naseb baik la kakak n adik ada tolong2...

..saja aku calling2 tanya dah beres ke semua barang2 nak packing.. nantikan ada yang
tetinggal plak.
"don wori bang..semua okeh!...nak bawak bekal tak?? tanya mamadiana.

..mamdiana memang rajin sangatla..lebih2 lagi kalau anak2 yg request..
katanya anak2 nak makan laksa goreng....
semua bahan2 dah ready..lagi pon nak balik cuti lama nie kena clearkan apa yg ada dlm fredge tu..
so itu aje yg bole dibuat untuk berbuka dlm perjalanan petang nie...


resipinya? ..senang sangat..tau masak mee goreng kan..sama je tukar mee kpd laksa..tu je..kalu susah sangat ..google je..hehe.

Sedap tau...dah 3 x juadah "Laksa Goreng" nie kitaorg makan untuk berbuka..kurangkan kolestrol..kan dalam mee kuning tu banyak unsur kegemukan..
sebab tu la mamadiana slim...haha ade yg jeles tu.

p/s : bekalan dunia akhirat tu..air tangan isteri...buat pe nk beli2 pasti HALAL.


Tips Untuk Perjalanan Jauh "Balik Kampung"

Salam..

Sebelum aku dan famili bertolak balik ke kampung..ada sedikit tips untuk kita share di sini :

1. Rancang Perjalanan.
2. Periksa kenderaan sebelum bertolak.
3. Rehat secukupnya.

Bagi mereka yang akan menggunakan laluan Leburaya Plus Utara Selatan, di sini ada panduan masa perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas..;







dan di bawah ni pula bagi mereka yang menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (MTD Prime)..;



> so, bagi tips ..Rehat secukupnya , kalau mengatuk sangat semasa memandu tu kita behentilah di tempat2 yang dibenarkan seketika, mata kita boleh bertahan tak lebih dari 2 jam..lepas tu dah hilang fokus...jadi, janganlah menempah kecelakaan.
Ingat orang tersayang..mereka sentiasa menanti walaupun kita terlewat sikit insyaAllah.


"SELAMT PULANG KE KAMPUNG....dan DATANG BALIK KE TEMPAT KERJA selepas HARI RAYA dengan selamatnya.."

.