Tarik balik susu ini...?

Batrisya..1thn ++

bila akan dapat kepastiannya...!

Batrisya...selama ini masih lagi minum susu dari 'brand' ini...sudah dimaklumkan kepada ibunya,
..apa tindakan kami sebagai penjaga kepada anak ini!




dikatakan tercemar dengan Kumbang AS...









KL 05 OKT 10: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut membaca laporan Reuters bahawa susu rumusan bayi Similac yang dikeluarkan oleh Abbott Laboratories Inc, telah menarik balik berjuta tin susu rumusan bayi yang dipercayai tercemar dengan kumbang di Amerika Syarikat. Susu rumusan bayi Similac juga turut dijual di Malaysia.

Keputusan secara sukarela untuk menarik balik produk itu dibuat apabila dua laporan pengguna dibuat berhubung pencemaran itu. Pihak pengeluar juga secara sukarela menarik balik susu rumusan bayi itu di Guam, Puerto Rico dan pasaran Caribbean.

Hingga kini, pihak syarikat dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia tidak membuat sebarang langkah untuk menarik balik produk itu daripada pasaran Malaysia. Dalam kes seperti ini langkah berhati-hati perlu diutamakan. Demi untuk kepentingan keselamatan pengguna, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menangani perkara itu dan mengambil tindakan menarik balik dengan segera terhadap produk itu sehingga keselamatannya boleh dipastikan.

CAP juga menasihatkan ibu-ibu supaya menyusui bayi mereka dengan susu ibu kerana “susu ibu adalah yang terbaik”. (AK)

>>sumber

p/s : susu ibu adalah yang terbaik..

.


Tips buatkan suami lebih sayang.

gambar hiasan : takde suami mengaku bujang kalau kena gayanya!...




Terus kepada tajuk entri...okay!,
taknak citer panjang2..kepada pasangan baru atau lama sila lah cuba ikut...

antaranya ialah :,


Apa kesukaan suami diturutkan, tapi mesti kena pada tempatnya (benda yang dilarang agama jangan dituruti.)

Taknak sindir2..kalau takpuas hati ..cakap je terus terang (cepat selesai masalah).

Kena suka pada tabiat suami walaupon sesetengahnya merimaskan..lepas tu sikit2 la suarakan apa yang terpendam (jangan simpan lama2, nanti 'busuk').

Kalau keluarga bertambah, agih2kan masa antara anak2 dengan suami, jangan suarakan masalah depan anak2.
(bincang masalah pelajaran anak2 tu okay la)

Jangan buat huru hara dalam rumah, tenangkan keadaan supaya suami suka berada di dalamnya (pekik terlolong adalah dilarang)

Keluarga mertua dengan keluarga sendiri dilayan sama rata (tiada pilih kasih).

Jangan terlebih2 depan orang lain di luar rumah (buat show 'membakar' hati suami).

Buat apa pon kena ikhlas, contohnya layanan, masakan, gurauan dan sebagainya tanpa mengharapkan sesuatu (..kalau tak, 'manis' hanya dibibir saja).

Jangan suka dengar cakap2 orang yang selalu mengenakan suami kita (selidik dulu , jangan main tuduh2 je).



oraittt!!!...setakat ni dulu...kalau perlu ada penambahan untuk kebaikkan bersama..silakan di ruangan komen .

p/s : yang ada pada orang , takde pada kita...marila kita share di sini.



Sitemap Villakejora Blogspot



Solat Tasbih..fadhilat yang luar biasa.

Salam ...

Rasulullah SAW bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib:

"Wahai Abbas pakcik ku, apakah kau suka ku berikan kurniaan. Ku beri hadiah istimewa, ku ajari sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus sepuluh jenis dosa. Jika pakcik mengerjakan itu, pasti Allah mengampuni dosa-dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang jelas. Sepuluh amal itu ialah solat empat rakaat, tiap-tiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan surah apa saja, selesai membaca itu dalam rakaat pertama lalu membaca di waktu masih berdiri : "SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHAILLAHU WALLAHUAKBAR",
sebanyak limabelas kali, lalu rukuk dan waktu masih berdiri baca tasbih seperti yang tersebut di atas sebanyak sepuluh kali, dan iktidal dari rukuk dan baca sebanyak sepuluh kali, turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi sepuluh kali, angkat kepala dari sujud dan baca sepuluh kali, sujud lagi dan baca pula sepuluh kali, angkat kepala dari sujud (sebelum berdiri) dan di waktu duduk membacanya sebanyak sepuluh kali.
Jumlahnya keseluruhan adalah 75 kali dalam setiap rakaat. Demikian tadi itulah harus dikerjakan dalam setiap rakaat dari keempat rakaat itu. Apabila dapat dikerjakan sekali setiap hari, kerjakanlah. Kalau tidak dapat, boleh dikerjakan pada setiap hari Jumaat, dan jika tiap-tiap Jumaat juga tidak dapat, boleh dikerjakan setiap tahun sekali. Jika tiap-tiap tahun juga tidak dapat, boleh dikerjakan sekali dalam seumur hidup"
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah,ibnu Khuzaimah dalam Kitab Sahihnya)

Fadhilatnya :
Dari keterangan hadis tersebut di atas, dapat kita mengambil kesimpulan, bahawa solat tasbih itu mempunyai fadhilat yang luar biasa, iaitu solat sunat tasbih ini adalah untuk mengampunkan segala macam jenis dosa. Baik yang telah lama atau pun baru, yang sengaja atau pun tidak sengaja, yang tersembunyi atau pun yang terang-terangan.
Sesiapa yang sanggup melaksanakannya setiap hari, maka laksanakan lah. Bagi yang tidak mampu, laksanakanlah tiap-tiap hari Jumaat atau sekali sebulan, atau sekali setahun, atau sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

>sumber.