Elakkan Merokok dan Jauhi Perokok
Salam bahagia semua...
ada yang bertanya kenapa anda kelihatan atau nampak sentiasa muda dan sihat ?? (bukan perasan ek..perasaan..huhu)
sudah terjawab pada tajuk entri kali ini...
bukan bermaksud untuk menjauhi perokok itu kita mesti menjauhkan diri daripada mereka berterusan..tengok tempat lah ye..time dorang merokok kita mintak diri la..jangan kita bersekongkol sekali...dorang hembus kita sedut..lagi bahaya tuh!.
"Kalau yang memang hisap rokok tuh, no comment la. Untuk pengetahuan, asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata".
>lain2 petua boleh diikuti di SINI.
Tapi ada yang tak sedap didengar dari kalangan artis baru yang telah membuat kenyataan tentang rokok boleh memantapkan vokalnya..rasanya kurang cerdik masa bercakap..aku tidak akan mengulas bab ini..kalu nak bace sila ke SINI.
Aku pon dulu pernah jadi perokok..erkkk! tu sebelum kawen la..sekejap je , rasa insaf datang cepat...haha ada orang kata seru belum sampai nak berenti rokok cmner???
cara aku ketika itu..
megunyah cloud9 selepas makan nasi...memang time ni asyik terbayangkan rokok je..alihkan perasaan tu kepada coklat cloud9...berat badan naik sikit takpe sebab sebelum ni dah kurus pon...lebih baik dari rokok ..silakan lah cuba kepada sesiapa yang berharat untuk berhenti merokok. (tidak semestinya cloud9 sahaja..lain2 jenis coklat seumpamanya pon boleh dipraktikkan mengikut keselesaan).
p/s :selepas beberapa minggu ia berhasil...lepas tu kena pikir pasal cmner nak berenti makan coklat plak...hahaha.