Mulakan Segalanya ...(2)

gambar hiasan





"Bukan tua tapi veteran,,,, orang lama.. dan banyak istilahnya...hanya cermin menipu diri bersama sejarahnya."
>Panglima Muda


"selalunya bagi diri kita sukar untuk mendapat kesedaran melainkan ada yang menegur terlebih dahulu...yang pasti mampukah kita menerima teguran?? jika ya, berubahlah dgn keikhlasan diri."
>Diaumaininaz


....persiapan diri untuk mengahadapi penghujung hayat , tiada siapa yang tahu..tak perlu tunggu usia separuh abad baru kita hendak memulakannya...

beringatlah sebelum terlambat...jangan asyik mengejar DUNIAWI sahaja !

.


Mulakan Segalanya ...



Setiap sesuatu itu dijadikan oleh Allah SWT itu berpasangan...
ada lelaki ada wanita...ada jantan ada betina...ada depan ada belakang..ada pucuk ada pangkal..ada kepala ada ekor ada kehidupan ada kematian dan bermacam2 pasangan lagi, sesungguhnya Maha Agung Pencipta alam dan sekalian makhlukNya.

Hitam dan putih (kehidupan), dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu juga pasangan secocok yang perlu dipilih oleh seseorang jesteru mematangkan peribadi .

Pabila melihat ke arah cermin, nampak kulit semakin kedut, nasib baik uban belum tumbuh melata hanya di sana sini teringin nak keluar sehelai dua..hehehe.

Hari2 semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan...
membuka album kenangan masa lalu, sungguh pantas ia berlalu..anak2 pon kian membesar cuma iman ini saja ditakok lama...terasa ingin berhijrah sudah lama..berhijrah tempat tidak terkira, berhijrah iman baru bermula..

mudah2an dipermudahkan segalanya.


SALAM MAAL HIJRAH 1432



Bagi mereka yang sentiasa alpha dengan tahun Masihi apabila ditanya bersamaan berapa haribulankah bulan Hijarah hari ini, maka ada yang 'ter anu-anu' untuk menjawabnya...
Usah dikata orang lain , aku sendiri pon terkebil-kebil mengingatkannya...

Nyaris aku tidak kelupaan tentang ini...
Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya sungguh indah jika disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang... 1431H pergi dan datangnya 1432H moga beroleh keberkatan hidup kita sekeluarga.

Apa yang perlu kita buat...
Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.

Salam Maal Hijarh dari PCL sekeluarga.


Siapakah Dia ??

"Apa nak tulis ni? Aku nak cerita apa? Mana idea ni.. Dan pada ketika ini, rasa putus asa pun mulai memunculkan dirinya. Dia duduk di sebelah anda dan memujuk agar jangan meneruskan aktiviti blogging anda".

Siapakah dia yang berani menasihatkan aku ??

Pernahkah anda berperasaan sebegini....nasib baiklah semalam seharian internet masalah di opis ku..buntu! tak tau nak buat apa...takde blogwalking, takde ziarah2...tapi masih ada yang sudi berkunjung.

Terima kasihlah kepada yang sudi singgah lalu di sini.

Masalahnya sama seperti yang dihadapi oleh abah_Izz dan berkemungkinan opis gomen yang terlibat. Facebook dan Blog di block !!..haha baru padan muka...tapi nasib la kat opis ktorg ni buat sementara saja..taktaulah kenapa..mungkin ada yang report kat PM dan PM bagi permision untuk ber FB dengan cara yang berhemah...Huh! biaq betoii!!

Kesimpulannya kita kena sedar bila mana kita sedang sibuk dengan kerja dan masa mana kita nak merehatkan minda...jangan terlalu taksub sangat dan ini boleh melalaikan kita dari tanggungjawab.


p/s : semalam bagi 500 henggit pastu block FB....baik punya!

.