Jangan Jadi Suami 'Kaki Bangku' .

Salam..

Aku bukan nak merujuk kepada simpulan bahasa yang pernah kita pelajari masa sekolah rendah dulu..tapi sebenarnya ini adalah hakikat yang terjadi kepada kebanyakkan pasangan yang sudah berkeluarga.

Kita cerita pasal keluargalah ya...bagi mereka yang belum lagi tu boleh la ambil ini sebagai pedoman...
ish..ghaha cm motivater la plak eh...

kita sering mengabaikan peri laku mulia Rasullullah S.A.W di rumah baginda yang unggul. Sehingga kita tidak berusaha meneladaninya tentang hidup bekeluarga.
Apa yang di fikiran kita, kita rasa sudah melakukan yang terbaik. Segala ibadah dengan rahmat Allah dapat kita lakukan dengan sempurna. Kita juga telah cuba jadi suami yang terbaik dengan menyediakan segala keperluan isteri. Bekerja mencari nafkah dari pagi hinggalah ke petang.

Sebaik sampai rumah kita disambut oleh si isteri lalu kita pun berehat bersandar di atas sofa sambil membiarkan isteri sibuk menguruskan rumah tangga. Sikap begini kadang-kadang berlanjutan sehinggalah ke waktu cuti dihujung minggu. Isteri dibiarkan bekerja sendirian di dapur. Barangkali kita sudah biasa dimomokkan bahawa tugas isteri adalah menjaga rumahtangga sedang suami batasan kerjanya ialah mencari nafkah. Oleh itu, walaupun kadang-kadang si isteri turut penat bekerja membantu suami mencari nafkah, si suami masih tiada rasa bersalah membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Ini lah yang dikatakan suami 'kaki bangku'... bukan kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri.

kekadang apa yang diperlakukan seperti direlakan oleh pasangan masing-masing.
ya, ada yang berkata ..apa guna ada pembantu di rumah, semuanya telah dilakukan oleh mereka..sebenarnya bukan semua kerja perlu diserahkan kepada pembantu jika kita mahu merasakan erti perkongsian hidup yang sebenar mengikut tauladan daripada Rasulullah S.A.W.

Membantu pasangan dengan redho, sebenarnya tanggungjawab seorang suami memang berat dan inilah pelaburan kita untuk ke syurga. Isteri perlu dilakukan sebaik-baiknya barulah kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan barulah si isteri dengan rela menerima nasihat si suami. Jika hak-hak ini tidak ditunaikan hancurlah kebahagiaan keluarga. Si isteri tidak redho pada si suami dan si suami tidak redho pada si isteri.

Tidak susah kan..sekadar menyidai kain baju di ampaian...malu ke nak buat ??
>>aaar tu la masalahnya...bukan taknak tolong tapi malu..segan kat jiran tengok...huhuhu.

p/s : semua perbuatan baik akan menjadi ibadah jika dilakukan dengan redho.

>sumbangsih : kaki katil cmner plak?


Apa kata tahun 2011 anda (kita) mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

>KOSMO 27/12/2010

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.


Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.



Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.

Salam ...bertemu lagi di celah kesibukkan duniawi..

jangan sesekali kita lalai dan lupa hakikatnya di mana saja kita bole bersua, bertanya dan beramah mesra , lantas di alam maya ini pon kita turut serta..,

Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. (maybe ada non muslim readers)

Rasa gembira ada di dalam ketenangan.

Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada

Tuhan penciptanya.

Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ kita akan merasai ketenangan.

Apabila sudah tenang, kita akan merasa gembira dan bersyukur.

Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa

kemarahan.

Bagi (kita) umat Islam...

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..teruskan berusaha..

Beusaha untuk menghampiri Nya.

Carilah.. petunjuk ada di mana-mana,

Tapi harus waspada...ada yang cuba yang menyesatkan kita.

p/s : Berhati-hati dengang ajaran yang menyesatkan.



.


P@kcikLie bz sekarang nie... ...


gambar hiasan



...sorry arrr PCL tgh bz ni nak uruskan kopitiam ...haha bajet cm bagus je..

korang penah makan tak kat kopitiam label Pak Li...kat Banting ..outlet terbaru dorang baru jer beroperasi...

walaupun namanya Pak Li Kopitiam...sayang sekali aku tak terasa hati nak mencubanya..taktau nanti kalau2 tergerak hati...(pak li yang mana satu pn aku tak kenai...ada potong ka!)

ada sesapa yang pernah mencuba makan di mana2 kopitiam..ok ke???

p/s : lalu..pandang2 n jeling2 jer...

.