Apa Salahnya...

Owh...mengingatkan aku kisah kita ...

hah..sesekali berangan apa salahnya...
bila aku terlihat staf2 perempuan di ofis aku ni sedang menikmati perubahan hidup dari bujang, berkahwin dan seterusnya membina keluarga bahagia...syukur Alhamdulillah, sangat membahagiakan..

dorang tu baru tahun lepas je buat kenduri...dah nampak hasil perkongsian yang boleh membahagiakan pasangan masing2...sungguh proaktif !

bukan jeles, tapi turut merasakan saat kegembiraannya...

bertapa syoknya bila tau nak dapat baby...bukan kepalang lagi membeli belah..scan belum lagi buat dah siap beli itu ini...terlebih exited la mungkin.

dulu aku pon macam tu..takyah nak menafikan semua tu...betul kan bapak2 sekalian?

Aku cuma teringatkan suatu ketika dahulu saja..tiada apa yang berlaku...

emmmm...okay !...terima kasih la ucap tahniah dan komen, mungkin tu satu doa dari korang semua...amin.

p/s : bisa buat mamadiana kaget nih kalau tengok entri sebelum ni...cool sayang, ..tu perasaan biasa bagi setiap lelaki yang bergelar suami.


So Sweet !








So sweet ...hanya itu yang dapat aku katakan....(pics by google)



Jadilah Kita Pasangan Beriman.

Salam..

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
>sebahagian petikan dari blog Cina Islam.

Jangan setelah derita baru terhegeh2 untuk menghampiri NYA..sebaiknya berterusan di saat bahagia bermula.



Senyum ke Sekolah...suatu petanda baik.

akak tak sabar2 nak ke sekolah, maklumla dah pandai berkawan-kawan..





adik cm nak tambah cuti lagi...tapi semangat dengan pakaian baru membuat dia sentiasa tersenyum riang...




Salam ...

yah..ramai ibubapa yang amik cuti sempena nak menguruskan persekolahan anak2...kalau tak amik cuti pon masuk lewak sikit setelah selesai semua urusan..barulah bergegas ke tempat kerja..

So, nampaknya bermulah rutin yang tertangguh selama hampir sebulan lebih sebelum ini...
bukan anak2 yang xited nak ke sekolah ...mak bapak yang lebih2 dalam segala hal..bagusla tu..semangat tahun baru la tu, nak buat yang terbaik bagi menepatkan anak2 supaya belajar dengan selesa demi masa depan mereka juga..

Semalam dah start tidur awal, pukul 9 dah kerahkan dorang masuk bilik tidur kalau tak sebelum ni paling awal pon pukul 12 tgh mlm...

untuk membiasakan perkara yang belum biasa bagi kanak2 ni susah juga la...kalau dulu sesi persekolahannya petang...bangun lewat sikit takpe..ni tahun 2011...adik sesi pagi tapi kakak masih lg sesi petang...namun untuk menjadikan semuanya adil dan saksama...semuanya tidur awal termasuklah emak bapaknya sekali...

Untuk kebaikkan bersama...segalanya harus dirancang dengan betul dan mulakan sedari awal persekolahan lagi...

"buatkan mereka tersenyum apabila memulakan persekolahan setiap hari kerana ini merupakan petanda baik yang diharapkan oleh setiap ibu bapa".

nampaknya adik n kakak tiada protes..alhamdulillah.