Jangan Sengaja-sengaja...

Sengaja lengah sembahyang dikira dosa

SOLAT qada perlu dilaksanakan sebaik saja kita teringat kita sudah meninggalkan solat wajib tadi.

Contohnya, apabila terlepas solat Subuh dalam waktunya, hendaklah kita menggantikan solat Subuh itu setelah sedar daripada tidur.

Lakukan solat qada itu secepat mungkin. Tindakan menangguhkan solat qada hukumnya berdosa besar hinggalah solat itu dilaksanakan.

Tidak perlu ditangguhkan qada solat Subuh ketika hendak melakukan solat Zuhur dan tidak boleh sama sekali ditangguh sehingga Subuh esoknya.

Berdasarkan keterangan hadis, orang yang sengaja melambatkan solat pula sudah dikira berdosa, apatah lagi orang yang meninggalkan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah dia sudah kafir”.

>sumber : myMetro



Apa Salahnya...

Owh...mengingatkan aku kisah kita ...

hah..sesekali berangan apa salahnya...
bila aku terlihat staf2 perempuan di ofis aku ni sedang menikmati perubahan hidup dari bujang, berkahwin dan seterusnya membina keluarga bahagia...syukur Alhamdulillah, sangat membahagiakan..

dorang tu baru tahun lepas je buat kenduri...dah nampak hasil perkongsian yang boleh membahagiakan pasangan masing2...sungguh proaktif !

bukan jeles, tapi turut merasakan saat kegembiraannya...

bertapa syoknya bila tau nak dapat baby...bukan kepalang lagi membeli belah..scan belum lagi buat dah siap beli itu ini...terlebih exited la mungkin.

dulu aku pon macam tu..takyah nak menafikan semua tu...betul kan bapak2 sekalian?

Aku cuma teringatkan suatu ketika dahulu saja..tiada apa yang berlaku...

emmmm...okay !...terima kasih la ucap tahniah dan komen, mungkin tu satu doa dari korang semua...amin.

p/s : bisa buat mamadiana kaget nih kalau tengok entri sebelum ni...cool sayang, ..tu perasaan biasa bagi setiap lelaki yang bergelar suami.


So Sweet !








So sweet ...hanya itu yang dapat aku katakan....(pics by google)



Jadilah Kita Pasangan Beriman.

Salam..

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
>sebahagian petikan dari blog Cina Islam.

Jangan setelah derita baru terhegeh2 untuk menghampiri NYA..sebaiknya berterusan di saat bahagia bermula.