Sumolah plak !



..ehh aku selalu kena paksa..kena paksa apa nak tau?...kena paksa makan..ni ha, la ni dah jam berapa...baru je lepas makan nasi sepinggan penuh, tak perabih , sayang la plak lauk pauk tu...fridge pon dah tak terima ni kan pulak perut aku...tapi kerana terpakas aku relakan saja.

Astro Prima tayang cita Sumolah (lakonan Afdlin Sauki)...aku dapat bayangkan tak lama lagi kemungkinan aku jadi cm depa..huhu takmo la...tak larat nak bawak diri nanti..


Dekat 3 tahun aku keja dengan gomen...senang hati, memang senang banyak sebab keja kilang ngan keja gomen hangpa tau lakan..jauh beza.

2 tahun setengah setakat hari ni..kenaikan beart badan 10 kilogram , ok dak ni? Bina badan sungguh!...mamaDiana memang pandai jaga kami anak beranak dengan cukup baik...baik sangat dan terbukti sudah.....yang mengherankan anak2 tak naik pulak berat badan depa...makan boleh tahan la kekadang tu kalah kita..

Orang kata , makan selagi boleh..jangan mati sebab tak cukup makan.


Nama-Nama CA YA NUN ALIF Saja kecuali sorang tu..

Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.

Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Jan, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

"Kenaikan keseluruhan seiring dengan peningkatan 20 peratus dalam penanda aras FBM KLCI," katanya.

Menurut majalah tersebut, kekayaan Ananda Krishnan melonjak hampir 70 peratus berikutan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion.

Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tempat kelapan dengan jumlah kekayaan dianggarkan pada RM7.43 bilion manakala Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group tidak berganjak pada kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.

Taikun yang tinggal di Singapura, Ong Bee Seng berada di kedudukan ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion, diikuti dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.

Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum dan Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Senarai penuh 40 taikun dan butir mengenai kekayaan mereka disiarkan dalam majalah terbitan 16 Februari yang turut menyenaraikan 10 individu terkaya dalam pasaran ACE. - BERNAMA
>sumber

*tak nampak pon nama hang kat situ...hahaha kena tunggu berapa lama lagi tu?


Cari Peluang dan Ruang..

..fuhh baru ok sikit , dah berpeluh petang2 cmni bagus jugak pada balik keja dok dalam rumah je tade benda nak buat...

naseb baik sempat join member main pingpong ade juga pekdahnya...dua tiga game pon jadi la..berpeluh la sikit kan, main2 sambil gelak2 , tau saja la semua terer2 belaka eheee..bakat lama masa sekolah berasrama dulu, kitaorang ni tak 'berasmara' tu sebab semua permainan yang ada kita sariap je...paham ke apa tu 'sariap'...orang belah utara tau la kot..

ni hah, dah pukul 7..sempat lagi sikit kot ngadap pc..tak puas2 tempat keja tadi balik rumah pon sempat lagi...bukan pe, biasanya aku tak berpeluang...lepas sorang, sorang...nak kontrol cmner...anak-anak , dorang dah maklum...malam bukan masa dorang untuk berFb/game kecuali cuti skolah.

naseb baik petang2 cmni ada sinetron..ade la peluang aku...kalau tak..hujung2 malam la jawabnya..tu la kekadang tak sempat berentri...alasan ! caya jangan tak pecaya...

okeh dah dekat Maghrib dah ni..

salam blogging utk semua...lepas solat la plak ye.

.


Tahniah Kepada Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H / 2011M : '1Malaysia 1Ummah' .

Pada hari ini 12 Rabiulawal 1432H/2011M (Selasa) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan. Dan di bawah adalah senarai penerima-penerima anugerah dalam majlis tersebut yang telah pun disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor. Manakala tema bagi Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M adalah '1Malaysia 1Ummah'.


Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011M :

Penerima : Bekas Professor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.
Biodata : Berusia 64 tahun dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Aktif berdakwah menyampai syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara selain menjawab persoalan agama menerusi lamanweb rasminya. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah. Antara hasil karya beliau adalah sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Hadiah : Wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000.


6 Orang Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M
Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

1. Penerima : Wee Soon Yen.
Biodata : Berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Beliau dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang iaitu dengan memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Sangat mengagumkan juga apabila beliau merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Katanya untuk berjaya, walaupun tidak mempunyai tempat rujukan di rumah tetapi seluruh masa yang ada di sekolah dimanfaatkan denganbertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah.

2. Penerima : Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha.
Biodata : Berusia 60 tahun dan juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

3. Penerima : Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr. Ismawi Zen.
Biodata : Berusia 58 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008.

4. Penerima : Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Biodata : Berusia 79 tahun.

5. Penerima : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah.
Biodata : Berusia 59 tahun.

6. Penerima : Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Robaayah Zambahari.
Biodata : Berusia 59 tahun.

sumber : mStar online