Terima Kasih Kepada Semua.

Assalamualaikum WBT...kepada pengunjung yang dihormati kerana anda saya di sini. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali , yang tinggal masih di sini dan akan meneruskan tanggungjawab yang telah ditetapkan olehNya. Kita mengambil iktibar atas kepergian saudara kita , semoga kita akan lebih dekat kepadaNya di mana suatu masa nanti kematian akan tetap datang menjemput kita.

Sedikit sorotan tetang pemergian Almarhum adinda saya (Mohd Nasir @ Abah Izz) :


Pagi Isnin lalu 14/3/2011 10.30am, satu perkhabaran yang meresahkan dari ayahanda saya menyatakan keadaan arwah pada masa itu semakin tenat setelah dua hari sebelumnya menampakkan keadaan positif dari segi tekanan darah,jantung dan suhu badannya walaupon dalam keadaan tidak sedar...(maksudnya ada harapan untuk sembuh).

Saya pada masa itu berada di tempat kerja di Banting dengan hati yang berdebar2...Selepas itu terus bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah) bersama kekanda dan anakda beliau di Selayang Baru. Belum sempat kami bertolak, yang mana pada masa itu saya masih dalam perjalan ke Selayang. Satu pangilan telefon dari Bonda saya telah memaklumkan tentang pemergian arwah buat selama-lamanya.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah...arwah telah meninggal dunia pada jam 12.30pm 14/3/2011 bersamaan 09 Rabiulakhir 1432H.

Saya diminta oleh ayahanda supaya berpatah balik dan menunggu saja di Subang Jaya sambil memaklumkan berita kematian arwah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai.
Keadaan masa itu sungguh memilukan, setiap pangillan telefon dari keluarga terdekat diiringi dengan tangisan kesediahn.

Keluarga di sini diarahkan menunggu saja sementara urusan penghataran jenazah dijalankan. Ucapan Terima Kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat terutamanya sahabat2 karib juga rakan sekerja arwah yang membantu keluarga saya di sana.

Dimaklumkan perjalanan bermula pada jam 3.30pm dari Hospital menggunakan van jenazah hospital tanpa sebarang kesukaran.Pihak Keluarga kami di sini amat terharu dengan ikhsan ikhlas yang telah disumbangkan dari bentuk keringat/tenaga dan juga wang ringgit. Keperihatinan sahabat2 handai arwah di sana sungguh menakjubkan, hanya Allah saja dapat membalasnya.

Urusan mengiringi jenazah juga telah diaturkan oleh sahabat2 karib arwah yang mana sanggup menjadi pemandu kereta kepada waris-waris yang ada di sana. Pada masa inilah kita dapat rasakan bertapa perlunya rakan taulan, sahabat handai...sesungguhnya arwah sungguh bertuah mempunyai sahabat2 sebegini....Subhanallah Allahukbar!

Sedih dan pilu bersama keluarga dan sahabat handai di sini menunggu ketibaan jenazah arwah dari Kuala Terengganu ke Masjid Al-Falah USJ (kediaman keluarga mertua arwah). Pada masa itu dijangka van membawa jenazah akan tiba pada jam 12 tgh mlm.Setiap jam dimaklumkan kepada kami status perjalanan mereka oleh rakan2 yang turut mengiringi.

Saya telah tiba bersama isteri dan anak2 sebelum Isyak, ramai juga kenalan arwah yang sudah sampai lebih awal dan menunggu di dalam kawasan masjid..

Sempat saya bersalaman dengan mereka yang terdiri dari rakan2 semasa aruah menuntut di PUO Ipoh, UiTM Shah Alam, rakan2 dari JKKP Selangor, Putrajaya.., rakan sekampung (Perak), rakan yang mengenali arwah semasa bekerja di Shah Alam, rakan blogger dan juga kaum kerabat arwah...dianggarkan lebih 100 orang di sana.

Salam takziah yang mereka ucapkan besama menanti untuk menatap buat kali terakhir pemergian arwah. Saya sungguh terharu dengan keperihatinan semua, sesama berkongsi dengan keluarga saya akan kesedihan yang kami hadapi. Semoga Allah merahmati keikhlasan anda semua.

Jenazah tiba di perkarangan masjid lebih kurang jam 11.30pm, terus dimandi dan dikafankan oleh pihak masjid bersama waris terdekat. Selepas itu hadirin diberi peluang untuk menatap sambil menyedekahkan Al-Fatihah .

Solat jenazah dijalankan sejurus selepas itu pada jam lebih kurang 1.00am, dianggarkan bilangan jemaah adalah melebihi 100 orang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat handai.

Setelah selesai solat jenazah, kami mengiringi ke tanah perkuburan .
Segalanya berjalan dengan lancar...sesunggunya Allah telah memudahkan urusan kami. Syukur Alhamdulillah.

Upacara selesai sekitar jam 3 pagi.

Seluruh Keluarga saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada semua yang terlibat samada yang nampak mahupun yang tersembunyi, atas doa dan al-Fatihah yang disedekahkan kepada arwah juga segala ikhsan yang diterima bagi pihak keluarga arwah semoga mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

akhir kalam : Sekiranya arwah berhutang , kalau boleh dihalalkan dan jika ada sebarang tuntutan silalah email kepada saya untuk diselesaikan. (nazli_angkasa@yahoo.com).
Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang2 beriman.

salam.


Kepergian Blogger Abah Izz

Assalamualaikum....

Dimaklumkan kepada semua yang mengenali blogger abah izz..

Beliau telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30 tghari tadi (14/3/2011) di Hospital Sutanah Nurzahirah Kuala Terengganu setelah tidak sedarkan diri selama 15 hari di ICU.

Al-Fatihah buat beliau. Salam Takziah buat seluruh keluarga...

Sekarang keluarga dan sahabat handai sedang meguruskan penghantaran jenazah ke kediaman di Subang Jaya Selangor.

sekian . harap mklum.


Update Tentang Abah Izz @ Nasir Ismail

Assalamualaikum WBT,

Seluruh keluarga mengucapkan setinggi2 terima kasih atas keperhatinan anda dan juga doa kalian . Semoga mendapat kerahmatan dari Allah SWT.

Untuk makluman , adinda Nasir sekarang masih lagi dalam keadaan tenat dan berada dalam ICU di hospital yang sama. Maklumat dari doktor masih lagi tidak dapat dipastikan...hanya berserah kepada Allah agar dipermudahkan urusan mereka yang merawat beliau.

Usaha lain dari pihak rakan2 seperjuangan beliau di sana amat dihargai...segala bantuan yang diberikan sangat dikagumi.

Doa dari sahabat handai dan rakan2 masih terus diperlukan.


salam.


MAKLUMAN KEPADA YANG MENGENALI BLOGGER (Abah_Izz@Nasir Ismail)



http://izzukasyahfamily.blogspot.com/


Assalamualaikum WBT.

Kepada sesiapa yang mengenali dan pernah kenal dengan blogger Nasir Ismail @ abah_Izz, adalah dimaklumkan bahawa beliau sekarang ini berada di wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada hari Sabtu 29/2/2011 sebagai pesakit luar kerana beliau mengalami demam dan sakit tekak menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dan makan minum.

Pada hari Isnin 28/2/2011 jam 3pm beliau telah mengalami komplikasi jantung menyebabkan degupan jantungnya berhenti seketika. Doktor belum mengesahkan jenis penyakit yang dihidapi. Keadaan itu memaksa beliau dirawat di Unit ICU dan keadaan beliau masih tidak sedarkan diri lagi sehingga kini.

Saya sebagai abang kandung mewakili keluarga beliau memohon jasa baik rakan-rakan blogger memanjatkan doa agar beliau segera sembuh seperti sedia kala..

Ucapan Terima Kasih saya bagi pihak keluarga untuk kalian semua.



p/s : Hari ini doktor akan melakukan MRI Scan untuk mengenal pasti penyakit.


INFORMATION :

What is MRI of the Body?

Click to view larger
MRI of the knee - side (lateral) view.

MRI of the knee

Magnetic resonance imaging (MRI) is a noninvasive medical test that helps physicians diagnose and treat medical conditions.

MRI uses a powerful magnetic field, radio frequency pulses and a computer to produce detailed pictures of organs, soft tissues, bone and virtually all other internal body structures. The images can then be examined on a computer monitor, transmitted electronically, printed or copied to a CD. MRI does not use ionizing radiation (x-rays).

Detailed MR images allow physicians to better evaluate various parts of the body and determine the presence of certain diseases that may not be assessed adequately with other imaging methods such as x-ray, ultrasound or computed tomography (also called CT or CAT scanning).