Aku Insan Yang Lemah...

'Aku insan yang lemah..hanya mampu berserah..'...bait lagu dari Rohana Jalil, artis 80'an...pe tak penah dengar !, apa la korang ni...tak pa ..tak kesah la !

Setiap daripada kita yang bergelar insan pasti akan mati... Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana cara kita akan menemuiNya Yang Esa... Adakah mati dalam keadaan sakit? Adakah mati keranaan accident?..na'uzubillahiminzaliq ..

Hidup tanpa masalah... Bukan hidup namanya beb!... Ketahuilah, masalah yang datang adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana keimanan umatnya. Orang yang beriman pasti tidak akan mengambil jalan mudah... Fikir-fikirkan lah...

So, sama-samalah kita fikirkan dan beringat... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, yang penting hadapinya dengan tenang, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikannya... Bukan mengambil jalan yang mudah...

nak tau apa tu jalan mudah ???...

banyak kes yg kita dengar dan baca melalui akhbar2 ...

kes bunuh diri la...

lari dari masalah dengan cara bunuh diri ..

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (

جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)

P/s : Jangan jadi cm katak...nampak keta lalu, lagi dia lompat ketengah jalan..nak mampus la tu "mati katak la namanya".




Hanis 'kena buli' ?

...dua tiga hari sebelum ni anak aku yang bongsu tu Hanis Umairah a.k.a adik dah mula mengadu kata 'kena buli' kat sekolah dia...

ni kalau di ikutkan masalah kecik je di peringkat permulaan..tapi benda ni berlarutan sampai sekarang..sebabnya dia dah cm takut2 je nak pegi sekolah..




bila mamaDiana tanya kenapa? dia jawab "kawan adik tu selalu 'sepak' pipi adik".

setakat ni dah dua kali kejadian sama berlaku ..sampai nangis2 la .
nampak..nampak! (versi Najmi Raja Lawak)..kalau dibiarkan perkara sebegini boleh mengganggu pembelajaran dia di kelas.

Zaman kita dulu pon benda2 ragging atau buli cm ni biasa sangat tapi tak sampai la takut2 n ponteng sekolah..kita anggap normal sebab kita pon 'nakal' jugak masa tu.

Adik, memang tak banyak cakap (pendiam) dalam kelas dia, mungkin sebab tu dia senang 'kena buli'..

okay sebenarnya aku share cite ni untuk dapatkan respond dari korang especially cikgu2 , kalau bole cmmana nak 'sound' budak yang membuli tu...(cara yang terbaik la).

..emm idea 'sound' memanglah sangat tak baik kan! tapi mungkin ada cara yang terbaik yang difikirkan perlu...

..


Mampu Meningkatkan Traffik Berganda.





Apesal.com..mampu meniggkatkan kemasukan traffik ke blog anda !


...jauh berjalan luas pandangan..begitulah hakikatnya jika kita yang dikurniakan panca indra oleh yang Maha Esa , sentiasa bersyukur dengan pemberianNya dan kita gunakanlah kurnianNya dengan wajar selaras dengan perintahNya.

Tidak terhad kepada perjalanan yang nyata , di sini juga kita boleh melakukannya cuma bezanya boleh dipandang tapi tak boleh merasakannya...

mudah saja kita jalan-jalan kat sini atau lebih best lagi kita guna perkataan "blogwalking"...bagi mendapatkan informasi, hebahan , berita semasa, kenalan dan sebagainya..semuanya di hujung jari saja...

dengan mudahnya perkara ini dilakukan dengan bantuan web site yang dikenali sebagai

Apesal.com, (klik kalau nak tau selanjutnya)

memang berganda-ganda traffik ke blog ini....contoh paparan link yang disediakan oleh Apesal.com :




Berikut adalah pencapaiyan yang tak seberapa dalam 'blogging' villakejora.blogspot.com @ Apesal.com :

pada peringkat mula pendaftaran...21/mac

1, 2 , 3 hari selepas itu...traffik menunjukkan penambahan.

seterusnya meninggkat lagi ..memang hari-hari ada peningkatan traffik ....(klik pada gambar kalau nak nampak jelas lagi).

p/s : apa yang aku tahu , kita akan kongsikan bersama di sini..insyaAllah.




Contest Misteri Pak Long (contest sulung tau!)



Buat pertama kalinya Paklong Sifu mengadakan contest, maka seakan ada magnet la plak...maklumlah aku juga orang Perak...maka buat kali pertamanya juga aku menyertai contest seumpamanya...juga sebagai menyokong dan berbangga dengan negeri kelahiran sendiri..Blogger Perak yess!

Ada syarat-syaratnya ... anda yang ingin turut serta boleh la melawat ke halaman berikut :



Ada soalan yang wajib dijawab :

i- Apakah Slogan Bandar Taiping ?

From Taiping With Love

ii- Dan lengkapkan pantun berikut :

Anak itik didalam timba,

Anak ayam diatas meja,

Aku klik nak balas kunjungan saja,

Tak sangka magnet sifu memang bertenaga.


Okay tu saja...dan tarikh tutpnya pada : 7 April 2011


Jom kita meriahkan lagi ..macam konsert sulung artis blogger !!