Nasi itik....ye !, nasi lauk itik...

"nasi apa?...nasi itik la. nasi apa?...nasi itik la. nasi apa?...nasi itik la".


...emmh! da biasa sangat dengan nasi ayam..sesekali apa salahnya makan nasi itik plak...hahahha
ada yg geli tengkuk mendengarnya...belum rasa belum tau!

sebut je nak makan itik...terus je dibelinya, ingatkan lauk yg dah siap masak, tp dia plak yang beria-ia nak masakkan untuk kami sebagai tetamunya...

...ini lah yang berlaku hari2 semalam, yang jauh didekatkan dan yang dekat dihampiri lagi bagi mengukir secagkir senyuman untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang semakin terbina.

"itik masak lemak"...dan "itik stim masak madu"....sebagai sajiannya ....tardampar kami hanyut bergelimpangan setelah menikmatinya...huh dasyat2!!


itik masak lemak..



itik stim masak madu..


korang pernah makan 'itik'..?? ...ya daging itik..bukan 'itik gantung' ye..
yang aku maksudkan ni ialah itik yg beli kat pasar yang dah siap disembelih dan proses oleh peniaga muslim 'dijamin halal' .

'orang kampung'..mesti tau makan daging itik ..kan!...kalau tak reti tu kena biasakanlah ya...malu eh!..tapi jangan dipaksa2 plak....sesekali 'memaksa' tiada salah demi untuk orang yang telah menyediakannya....lebih2 lagi kalau si suami yg masak!....lagi2 orang yang selalu megaku sebagai 'org kampung' tu.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang kita miliki itu kepada keluarga yang disayangi...


p/s : masak apa pon kalau dibuat dengan keikhlasan akan dihargai...

"terima kasih daun lemuni, layanan anda sangat dihargai, rasa cm nak mai lagi."





Membasmi MALWARE dalam BLOG.

Mungkin anda sudah sering mendengar istilah Malware, namun kurang tahu maknanya.
‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan dengan maksud dan tujuan utama mencari kelemahan software. Umumnya Malware diciptakan untuk merosakkan sesuatu software atau operating sistem.
Contoh dari malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Malware.. satu program yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan trojan. bagaimanakah caranya untuk membasmi malware-malware ini. Sama ada anda percaya ataupun tidak, .blogspot.com adalah host nombor 1 malware, bagaimanakah malware-malware ini berfungsi didalam blog anda.?

oleh itu, cara untuk buang malware ialah kita remove link-link yang kemungkinan membawa masalah. perlu diingatkan, setiap link perlu disemak. anda boleh gunakan anti-virus anti virus yang bersesuaian untuk scan setiap link-link yang ada didalam blog anda, sebagai contoh, anda mempunyai link ke picture-picture yang anda ambil daripada image.google.com, akan tetapi, anda belum mengenali sumber-sumber picture tersebut sama ada baik atau buruk. anda perlu membuang segala url yang refering ke picture tersebut dan lakukan imbasan sekali lagi. bagi saya yang menggunakan avast. saya dapat melihat info berkenaan website-website yang mungkin diblock oleh AV saya. (petikan dari..http://eddytech03.blogspot.com/2011/03/malware-dalam-blog.html)

kita ikuti langkah2 membasmi seterusnya ke dalam blog ini (aku pon dapat tau tentangnya di sini) (SUMBER 1)

>lain2 : sumber 2, sumber 3

p/s : penat blogwalking banyak pegetahuan..ambil ilmu yang baik2 buat pendinding blog!..kita share di sini.





Peka dan Sensitif !



.. teringatkan balik apa yang telah disampaikan oleh tok khatib masa khutbah Jumaat tadi. Apa yang disampai adalah menyentuh tentang sikap sesama kita yang ada disekeliling.

banyak benda yang berlaku kita tak ambil peduli, khususnya yang boleh mencemar kesucian agama kita... membiarkan maksiat berlaku walaupon kita tahu tapi tiada tindakan untuk menegurnya...tak mahu dikatakan menjaga tepi kain 'langsir' orang lain.

..dalam dok khusyuk dengar khutbah, tetiba ja bunyi henpon....(muzik tah hapa2) dari salah sorang jemaah....ingat nak 'dimatikan' bunyinya tu..tapi sebaliknya plak...siap jawab soksek2 cm mustahak sangat, dengar berbisik....rasa cm terganggu betoi la...

haaa , inilah salah sorang yang paling 'peka dan sensitif' dengan keadaan...huh!

rasa cm nak tegur...tapi kalau kita tegur time tu , kita pon tergolong dalam keadaan tu jugak (lagha)...teringat pesanan hadis :



Daripada Abi Hurairah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa berkata ia pada hari Jumaat dan imam berkhutbah diam engkau, maka sesungguhnya lagha ia.”

Riwayat Abu Hurayra RA :
"jika kamu berkata kpd
kawanmu pada hari Juma'at:"Diamlah", ketika khatib berkhutbah, maka
engkau telah menyia-nyiakan Juma'atmu."
p/s : peka dan sensitif mestilah kena pada tempatnya


Ucapan Yang Terbaik !!

Salam di pagi Jumaat yang mulia...Assalamualaikum WBT... semoga pembaca/blogger semua berkeadaan yang menggembirakan...sihat hendaknya.

apakah ucapan yang lebih baik ...yang harus keluar dari mulut kita dalam keadaan suatu masa tertentu..

Ucapan "JAZAKALLAHU KHAIRAN", "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN" dan "HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL"

Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “

Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .

Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “

( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ .

Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .

Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “


Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ “


Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “

Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ .

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA “.

>disalin daripada : http://www.tranungkite.net/lama/c03/teladan378.htm

P/s : Untuk dikongsikan kepada semua pembaca blog p@akcikLie .