Tempat Korang Ada ke Jual Kuih ni ?

kalau ada, cer citer cam mana nak membuatnya....

Kuih apa?






..hurm..ni kes lama tak pi pasar malam kat Pekan Kuala Kurau..nak tau apa yang aku cari...

pasar malamnya terletak di persisiran Kuala Sungai Kurau...


sejenis kuih tradisional....taktau la tradisionalnya setakat mana, tapi memang payah nak jumpa kat area Lembah kelang ni...

search by google pon tak ramai yang tau macam mana nak buat kuih ni....

...bila teringat ja Pasar Malam Kuala Kurau (Perak)...huh dah terbayang aroma yang wangi dari stall yang menjual kuih ni...aku memang bernasib baik selalu.

hanya ada satu ni ja stall yang jual kuih tu... dah nak habis pon...baru pukul 7pm dah siap2 nak tutup ...

tapi aku masih sempat oder 15 biji buat lepas geram mengidam....

tengoklah kuih apa yang aku maksudkan....




ermm ..meriahnya..warnanya yang kekuningan tu...ala2 goreng daging burger la plak..memang tak sabar menunggu masak ni..lama jugak la !



inti dalamnya terdapat berbagai perisa...tapi kali ni cuma ada perisa kaya saja....


brader penjual tu kata , kena taburkan serbuk roti supaya tak melekat antara satu dengan yang lain...




...nama kuihnya pon agak unik...murah je harganya..berbaloi la tunggu dan lepas dari kempunan PCL ni..hehehe.


SRI GANDUS...SRI GANDUS....SRI GANDUS....memang sempoi lah !


Mayat Terlangkup Berulat..buat aku meloya....wekkk!!



..kejadian ni dah berlaku semalam petang lagi..aku sebenarnya malas nak kecoh2 sebab benda ni melibatkan kerja polis....

tapi sejak dari pagi tadi dorang dah email banyak gambar2 berkenaan mayat tersebut...
kalau nampak pon terasa meloya..apa lagi yang mendekatinya...

ada rasa tanggungjawab untuk ingin ambil tahu...dah macam detektif conan la plak..huhuhu.

apa pon kejadian yang berlaku masih belum terjawab...siapakah identiti mangsa itu dan apakah motif sebenarnya mangsa berada di kawasan itu.....tengok gambar tu...


hadapan kuarters kediaman kami..


mayat terlangkup..berulat.





setelah diangkat oleh anggota JPA.


P/s : nak makan lunch pon masih terbayang ....baunya ummph..! (tapi malam tadi ok je belasah nasi daun sekentut mamadiana)



Penerima bertuah...Cenderahati Dari PCL n MamaDiana



Assalamualaikum...

just nak umumkan kepada penerima bertuah ini, iaitu DaYnA..punya cerita Wehh.

sila berikan alamat yang boleh dihubungi dan nombor telefon kepada (nazli_angkasa@yahoo.com) dengan segera.

kepada mereka yang sudi menyokong segmen tersebut, jutaan terima kasih kami ucapkan.

nak tau hadiahnya kena terjah blog beliau..itu pun kalau blogger tu update lah...

semoga beliau akan terus aktif berblog.

p/s : pemilihan dibuat secara rawak dan keputusan adalah muktamad.


Macam mana ni..alahai !!!

Tips Hindarkan Kebosanan Di Tempat Kerja



Assalamualaikum w.b.t

.. bertemu kembali setelah lebih seminggu tak menjegah blog ini dan anda semua...apa khabar?

ada yang semangat lebih dan ada pula yang takde mood langsung setelah kembali ke tempat kerja.

yang semangat lebih tu mungkin ada something good news atau ada kekasih hati yang sedia menanti ...

dan bagi yang takde mood tu, apa kata kita berkongsi sedikit info atau tips untuk menghindari dari dibelengu masalah ini.


Apakata anda duduk dalam keadaan posisi yang selesa, pastikan tubuh rileks dan tidak tegang. Sandarkan badan anda apabila anda sudah merasa selesa.

Pejamkan mata selama sekurang – kurangnya satu minit. Pastikan jangan lama sangat anda memejam mata, nanti tertidur pula. Sebenarnya teknik memejamkan mata ini mampu untuk merehatkan mata.

Jus Buah2 segar mampu mengembalikan mood dan energi seseorang. Buah yang terbaik adalah buah – buahan yang kaya dengan vitamin c, ini adalah kerana ianya mampu mengembalikan kesegaran minda dalam tempoh yang singkat.

Tarik nafas perlahan – lahan, sekiranya berada di meja kerja membuat anda berasa tidak tenang. Berikan waktu agar dapat membuatkan fikiran kembali tenang.

Tidak salah rasanya jika anda mengambil langkah meninggalkan tempat kerja selama beberapa minit untuk mencari ketenangan. Atur langkah ke tempat rehat ataupun tempat yang boleh membuat anda santai di pejabat anda. Sebaik kembali ke meja kerja, pastinya semangat anda akan kembali segar dan berkobar kobar.

p/s : aku ni dah nak dekat lunch tak juga berkobar-kobar....apekehey nyer yop!!