Cara dan lafaz UCAPAN HARI RAYA yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Rasulullah.


سلام عليكم al-salamu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.





Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

( Kitab Fath al-Bari)

[disalin dari sumber ini]


Yang biasa itu adalah ikut-ikutan dan sunnah itu adalah tuntutan..jadi, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W...TAPI YANG BIASA ITU JUGA INDAH BAGI MASYARAKAT KITA.

...bagi saya...ucapan " Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu"...melengkapi semuanya.

wallahu'alam.

..





#auto publish# - [didoakan juga anda selamat dalam perjalanan]..


Salam Lebaran Untuk Semua






Saya dan keluarga ingin mengucapkan
selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada
semua warga blogger sama ada yang mengenali saya
atau pun tidak … saya juga ingin memohon kemaafan
andai terdapat salah dan silap.. Doa saya agar kita
semua akan bersua lagi pada Ramadhan akan datang
dan raikan hari lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan
keinsafan.. ampun maaf dari saya sekeluarga..
salam aidilfitri…

peringatan :


sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung kita disarankan agar menunaikan solat Hajat dua rakaat sebelum memulakan perjalanan serta memohon doa seperti doa berikut :

"Ya Allah Ya Tuhanku,sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri.Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang,dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri.Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat kerja kami dengan selamat....Amin"

Setelah itu,apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Selamat Pulang dan selamat kembali diucapkan kepada semua . Sekali lagi mohon maaf seandainya terdapat salah dan silap sepanjang anda bertandang ke halaman ini.


p/s : pCL mula cuti dah..esok hingga 7/9/2011...




Bertakbir malaungkan kalimah agung yang suci


سلام عليكم al-salamu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.



Bertakbir malaungkan kalimah agung yang suci di hari lebaran, jangan kita remehkan...

Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang disyariatkan Bermula sebaik sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam selesai berkhutbah di pagi Syawal. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185

Ketika seluruh kaum keluarga berkumpul beramai-ramai pada malam hari raya, ramai yang melupakan anjuran bertakbir. Kita lebih selesa menonton rancangan –rancangan hiburan di kaca televisyen, tidak kurang juga yang berkesempatan berkaraoke sehingga larut malam. Jika ditinjau di masjid-masjid sebenarnya tidak ramai yang memanfaatkan peluang yang ada menyertai jemaah malaungkan kalimah agung yang suci ini.

Satu perkata yang perlu ditekankan juga ialah anjuran Rasulullah agar Umat Islam bertakbir dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri walaupun kebanyakan Umat Islam memandang remeh sunnah ini. Bertakbir dengan cara sebegini antara lain sebenarnya bertujuan menyerlahkan keagungan syiar Islam di samping menjadi contoh kesepakatan umat Islam di mata masyarakat bukan Islam.

disalin dari sumber ini


..




Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL

[ENTRI MELEKAT SEHINGGA 25.8.2011] .>>Entri terbaru kat bawah .

Assalamualaikum wbt.

Bersempena susun atur baru belog ni , saya nak ajak korang [Blogger] yang berminat untuk tersenarai [mengisi kekosongan] di dalam Bloglist terbaru di sidebar belog villakejora ini.




Tujuannya adalah untuk memudahkan saya mengikuti update entri-entri terbaru rakan blogger yang sentiasa dekat dengan villakejora secara terus.

Untuk itu sila ikut cara-cara ni..

1. Buat satu entri dan copy paste banner di atas..
2. Letak link entri anda pada ruangan komen ini..
3. Tajuk entri 'Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL'..
4. Tarik tutup pada 25.8.2011 pada jam 12.00 am..


Ok, tu saja..salam Ramadhan.