Jangan Ikutkan Hati....

....emmm, kopi panas dan 2,3 keping biskut planta...memang sempoilah !

memang kena dgn selera aku...elok2 lepas solat Jumaat, hujan turun...kalau layan mata ni maunya hanyut.... di suasana yang kelam di luar sana tu, rasa2 cm nak malam plak dah.

tambah kopi lagi ! bagi cekang mata sikit...releks PCL, jgn ikutkan hati...





"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Menang Lexus CT200h RM170,000..Wow !!

gambar hiasan



....syoknya kalau masuk peraduan kemenangan berpihak pada kita, kekadang tu tak terfikir pon nak menang....lebih kepada rezeki sebenarnya.

kalau ikutkan bermacam peraduan dah masuk tapi setakat ni semuanya belum ada rezeki lagi huhuhu. Bila terbaca kat surat khabar hari ni..huh! rasa teruja lak ...

Penjawat awam menang Lexus CT200h RM170,000
2011/10/28


KUALA LUMPUR: Beli peti sejuk tapi bawa pulang sebuah kereta mewah. Itu yang berlaku kepada penjawat awam dari Pulau Pinang, Mohd Nasri Salleh, 41, apabila dipilih sebagai pemenang utama Peraduan EcoRaya Panasonic Malaysia yang diadakan bermula 15 Julai hingga 15 September lalu.

Beliau berjaya mengalahkan 15,000 peserta lain yang turut menyertai peraduan itu sekali gus membawa pulang sebuah kereta mewah hibrid Lexus CT200h bernilai RM170,000.
“Pada Ogos lalu, saya membeli sebuah peti sejuk Panasonic berharga RM1,600 untuk kegunaan keluarga di samping persediaan menyambut Aidilfitri, tidak sangka ia membawa tuah kepada saya.
“Sukar untuk saya percaya pada mulanya kerana selama ini tidak pernah memenangi sebarang hadiah jika menghadiri mana-mana majlis yang menawarkan cabutan bertuah, apa pun saya bersyukur dan menganggap ia sebagai rezeki raya,” katanya yang turut ditemani ahli keluarganya.


Kalau lah Aku menang kan bagusss...nak beli barangan elektrik lah banyak2 !!


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Hujan lebat @ Banting..menikmati keindahan deraian hujan di tepian tingkap

salam..






wuhuuu...bestnya dorang kat rumah tu...tarik selimut!...emm tarik lagi !.....

boleh snap gambar kat luar lg...oiii dasat mamadiana punya nak buktikan suasan yang menarik...hahaha!

rileks beb!....hanya orang2 tertentu saja boleh merasai nikmatnya, syukur pada tuhan ..setiap yang diberikan itu ada rahmat dari Nya...

mamadiana kata , rahmatnya adalah senang nak kontrol bebudak yang susah nak tidur siang, ..yang nak main je kejanya... so , ini lah masa yang sesuai untuk menidurkan mereka dan mungkin mamanya sekali...huhu tu yang betuii sangat tu...kan!

aik! yang dalam ofis ber aircond ni pon nak curik2 tidor gak!..layan, jangan sampai kantoi !!

p/s : sedang menikmati keindahan deraian hujan di tepian tingkap.

ok. bai2.

.



Spontaneous Thursday - Jangan Menilai sesuatu dari luarannya saja

Salam hari Khamis , ceria anda ceria saya....

Perumpamaan lagi... kalau nak jadi buah jadilah durian, jangan kedondong...
Walaupun luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis.


gambar hiasan : buah kedondong  ihsan dari google.com



hmmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya mulus, rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

maksudnya.... jangan menilai sesuatu dari luarannya saja.


ok, bai2.

.