Tak tahan pedas...kuat cemburu weh!

haaa....ni bukan pcl yang cakap tapi telah keluar dari mulut mamadiana sendiri.

kisahnya, waktu makan tengahari semalam....ada menu sambal belacan, biasanya ok je makan sambal cmtu sebelum2 ni....lagi pedas lagi menyelerakan, biar meleleh air mata, hidung...erk hingus., nampak cm tak senonoh je, sebenarnya tu la hakikatnya..hsssst...hssssst...tak habis2, tak tau la cmana nak gambarkan...huhu.

tapi betul ke KUAT CEMBURU??........HAHA very de subjektif kan!

ke orang yang membuatnya semakin garang.....grrrrr! !


p/s...hari ni makan tghari kat Salak Tinggi rumah Kak ipar...menu pedas pon taknak cakap pedas...wuhuuu.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Pak tongko a.k.a. Cakoi





wallawey! ...sedap gak kalau pepagi ni ekserses mulut n rahang...wuhuuuu, tak sempat nak jogging kaki tangan... emm cmni pon jadik...

kalaulah aku makan kau masa panas2 tadi kan sedapppp....


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Bersederhanalah dalam segala hal

Berbuatlah sesuatu mengikut keupayan masing2. Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia2. Malah Allah amat adil dalam semua PenciptaanNya.

Kalau kemampuan kita sedikit, jangan berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan.
Kalau punya wang sedikit, jangan sibuk berhutang sana-sini hanya untuk memiliki kesenangan seperti orang yang kaya. Boleh stress jadinya !!

... tiada maksud untuk tidak menggalakkan orang berusaha dan mencuba lebih dari sepatutnya, tetapi nikmatilah kesenangan itu bila sudah tiba masanya dan tak perlu nak berhutang yang melampau ! atau pecah amanah untuk hidup mewah ...apa guna berlagak seperti orang senang kalau hati tak senang !

Begitulah kehidupan ini, kita menjadi stress kalau cuba menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri seadanya. Dengan pendapatan dari gaji atau perniagaan yang kita perolehi, itu menentukan sejauh mana taraf hidup kita ketika ini. Berbelanja tidak mengikut ukuran boleh mengundang pelbagai masalah.

Perumpamaan Melayu...Enggang sama enggan Pipit sama pipit,

Enggang susah nak faham keperluan pipit, pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang. Nabi SAW yang mulia juga selalu nasihatkan kita, bersederhanalah dalam segala hal. Ikutlah ukuran dan keupayaan agar sesuai dengan keperluan hidup.Susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit. Pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit. Sebab itu kata orang tua2 dulu, carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama rentak temponya. Memang betul sangatlah kata mereka itu.

Fikir-fikirlah sebelum bertindak.

ok, bai2.

gambar hiasan : Burung Enggang 


p/s ; selamat bercuti dan berhujung minggu untuk memenuhi tuntutan anak2 di musim cuti persekolahan ini...ingat, jimat cermat membawa berkat juga membawa kebahagian seisi rumahtangga. insya Allah.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Haram tinggalkan solat Jumaat

assalamualaikum wbt,

PESANAN KHUSUS UNTUK LELAKI

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

scenario...hurm, ada juga di kalangan LELAKI (cukup syarat wajibnya) dengan sengaja melakukannya...lebih rela bersenang lenang di pusat2 membeli belah, bersama rakan-rakan wanita menjamu selera tat kala khutbah berkumandang solah-olah tiada apa yang perlu ditakuti...

Syarat wajib solat Jumaat :


  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

alhamdulillah ditempat saya bermastautin ini (Kareah Masjid Al-Makmur Kampung Sg Lang, Banting) ada juga jemaah wanita turut bersolat Jumaat walaupun tidak wajib bagi golongan mereka.

p/s : semoga kita sentiasa menerima petunjuk dari NYA.