Singgah seketika di kampung halamanku

Assalamualaikum wbt,


Semalam di Sungai Petani..

pagi ini di kampung halaman sendiri.


Hendak balik terus ke Banting. ...

fajar sudah menyinsing.


Rasa berat hati kalau tak jumpa mereka...

ibubapaku yang sentiasa ceria walau dalam duka.


Berehat seketika..

melepas rindu yang tiba-tiba terasa.


Kedai kopi ayahanda telah dibuka..

pengunjung setia datang makan minum sambil bercerita.


Alangkah bahagianya mereka..

bagai tiada masalah melanda dijiwa.




Published with Blogger-droid v2.0.2


Misteri Penunggu Setia...

Assalamualaikum..


anda di mana...?


suami kena tunggu isteri yang sedang membeli belah...


suami kena tunggu anak anak dara potong rambut di salon..


suami kena tunggu mak mertua cabut gigi...


hehe...nasib baik la ada teman...

anda blogger juga setia bersama saya di sini..


Published with Blogger-droid v2.0.2


NOTIS : Perkhidmatan SHOUTBOX Telah Ditamatkan Di Sini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

NOTIS :  Perkhidmatan SHOUTBOX Telah Ditamatkan Di Sini....harap maklum.



SHOUTBOX/MIX


Peranannya di dalam blog ini adalah sangat memuaskan hati, namun bagi saya sebagai admin terpaksa mengambil keputusan drastik untuk memberhentikan perkhidmatan tersebut serta merta mulai dari sekarang!



Atas sebab-sebab berikut saya berbuat demikian :

1. Mohon pengunjung yang datang menyinggah walau seketika dan berhasrat meninggalkan jejak supaya menggunakan ruangan komen yang tersedia di bawah setiap entri post.

2. Kemesraan antara pengunjung dengan pemilik blog akan terbina dan saling memberikan komen dan juga pendapat demi kemajuan dan semangat berblog.

3. Kegagalan pemilik blog untuk menjejak balas menyebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pengunjung.

4. Widget yang berlebihan akan melambatkan loading blog ini .

Maaf kan saya kepada mereka yang sangat memerlukan perkhidmatan Shoutbox di sini.

Saya hargai kunjungan anda yang setia dan berharap ingin berukhuwah dengan cara yang lebih sihat...insyaAllah..

Terima Kasih http://www.shoutmix.com.


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Salam Pagi Pembuka Bicara 2012 Blog PCL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi di Tahun Masihi 2012 ini moga bertambah ceria, bertambah rahmat Ilahi, bertambah Iman sejati....dan bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang kurang dan tidak kesampaian ditingkatkan lagi untuk mencari kesempurnaan dunia dan akhirat.
Bagi kita umat Islam khususnaya, tahun baru Masihi ini bukanlah titik permulaan segala perubahan azam seseorang... kita sudah bermula lebih awal lagi seperti mana yang kita ketahui, tahun Hijrah adalah permulaan bagi kita sebenarnya.

Tak kesah lah kita bermula di mana, yang pentingnya adalah niat untuk membuat perubahan dalam hidup daripada baik kepada yang lebih baik supaya perjalanan kita di bumi pinjaman Allah ini tidak dipersiakan sewenan-wenangnya.

Suka mengigat diri ini,kaum keluarga dan kepada semua pembaca supaya sentiasa memohon Rahmat Allah swt dalam melakukan apa jua pekerjaan demi mendapatkan keredhaan-NYA.

Insya Allah.

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"