Komen Yang Menarik buat pertama kalinya..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

sebelum mahu komen-komen di sini, aku terbaca satu komen menarik yang agak panjang...hehe bagusnya dia,(teringin plak aku mengklik utk mengenali siapa empunya) ..cm kat bawah ni la..


Blogger Hotz Mumma said...
Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. ... Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini.. ^_^
January 2, 2012 12:20 AM



omak aii ! ...panjangnya komen dia (isi..ada?)...apa pendapat korang, ok tak?...

bagi pcl rasanya ok kot buat  pertama kali komen...bila dah banyak kali nanti buat blogger lain menyapah plak...lain la guna ayat berbeza...

satu usaha yang bagus untuk menarik perhatian...tapi berpada pada lah.




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jadikanlah senyuman sebagai amalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..emm, hari permulaan kerja yang agak  suram...lip lap lip lap mata terkebil kebil menahan ngantuk depan pc...mengeliat ke kiri dan ke kanan membetulkan urat yang mana tersimpul..hah hah ha.. tegang urat tengkok  (leher) ku sebab semalam memandu seorang diri dari utara tanah air..

aku malas banyak bicara...hanya mampu senyum seketika, kerana senyum itu sedekah sebenarnya..apa lagi nak buat , kalau mood kerja belum menjelma...


orang yang senyum rupanya indah
terlebih senyum dikata meren
senyum itu satu sedekah
tak perlu dibayar walaupun se sen

indah sungguh kurniaan tuhan
bersapa senyum tanpa bicara
jadikanlah senyuman sebagai amalan
pasti diri ceria gembira.... :)

kredit kpd Awang Dahlia...aku suka baca pantun seloka di sini.

p/s : apa pun sekali alasannya...sembunyikan dari pandangan boss...senyum sokmo!

*makluman kpd yg berkenaan : Blog list 2012 akan diupdate secara berperingkat...insyaAllah semuanya akan tersenarai ..jangan risau k !


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Tolong Nasihatkan Pemandu Seperti Ini..


[gambar hiasan]

Assalamualaikum wbt,


" pakir khas untuk kenderaan orang kurang upaya (OKU) "

TEGURAN ITU ADALAH SATU NASIHAT, TEGUR MENEGUR AMALAN MULIA.

haa tunggu apa lagi..

p/s...pemandu yang sebenarnya bukan OKU, malah tiada penumpang lain di dalamnya....huh geram je aku tengok. !


Published with Blogger-droid v2.0.2 by PCL


Peneman Setia berlainan cara..

Assalamualaikum wbt,


..dalam perjalanan dari utara ke selatan menuju destinasi melalui Lubuhraya PLUS

sesekali mata memandang ke kiri kanan jalan untuk menghilang rasa bosan..

anak-anak sudah kebiasannya, masuk kereta. ...tak perlu ambil masa lama untuk 'pengsan',..


tinggal lah peneman setia yang kekadangnya tersengguk menahan lena..

ambil langkah selamat untuk berehat seketika,  menunaikan kewajiban perintahNYA.


sudah tahu kami di mana...bukit batu menunjukkan rupa..

ibi neger Perak berlalu pergi.


ada orang bila berhenti rehat dengan sepuntung rokok di tangan..

habis disedut baru meneruskan perjalanan.


tapi PCL bukan begitu caranya...


dapat update entri,  hilanglah rasa berat mata,

perjalan boleh diteruskan semula..


Published with Blogger-droid v2.0.2