BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

sebelum itu kita fahami dulu makna dayus iaitu membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, "Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain."

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki sesuatu pertandingan yang 'lagha' sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

[share info dari sumber FBrians].


p/s : moga saya dan keluarga serta anda semua dapat manfaat dari perkongsian ini (mungkin ada antara anda sudah  membacanya sebelum ini)





 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Bank susu ibu haram – Majlis Fatwa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.




(dapatkan berita terkini di Harian Metro Online )

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.
Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.
Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

sumber

 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Kongsi Petua 'Pemilik Tanpa Rela' Hilangkan Jerawat Di Muka.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

pernah lalui usia remaja ?... pasti ada jerawat kalau tak sikit mesti banyak jumlahnya..agak merimaskan , kurang keyakinan pada penampilan diri di khalayak umum.

ini ada kemungkinan berkait rapat dengan genetik keluarga,  masalah resdung yang serius umpamanya juga antara sebabnya.

Jom Kongsi Petua | Petua Hilangkan Jerawat di Muka

Sumber Asal: Segmen | Jom Kongsi Petua | Petua Hilangkan Jerawat di Muka | HASRULHASSAN.COM™



Kalau ada kemampuan dari segi bajet, sila lah pergi mendapatkan rawatan pakar skincare berbagai jenama yang terdapayt di pasaran.


Sekarang ini, saya mahu berkongsi Petua Hilangkan Jerawat Muka :


Bahan asas penting ialah 'Beras'

scrub: tumbuk beras separuh hancur.gaulkan dengan sedikit air asam jawa pekat, gosokkan ke muka.

pencuci: bilas muka dengan pati air basuhan beras (biar sampai kering) kemudian bilas dengan air bersih.

pakai malam : cairkan bedak sejuk dengan air gamat...sapukan di muka sebelum masuk tidur.

ini yang sangat-sangat penting dan perlu diambil perhatian ;

Bila balik dari jalan-jalan segera cuci muka agar
segala kotoran yang melekat di kulit muka larut bersama air.

Kalau selepas guna pencuci muka, segera pakai toner
kerana masa mencuci, liang roma terbuka, dengan toner,
liang roma akan tertutup semula sebelum kotoran lain memenuhinya.

 sumber dari mamadiana- myWife.

p/s : Jerawat yang degil tetap akan berdegil, oleh itu sebagai ' pemilik tanpa rela ' yang baik hati hendaklah akur dengan kedegilannya..biarkan ia datang dan pergi begitu saja kerana jika 'dibelai' dengan cara yang kasar akan membuatkan ia lebih sengsara.

 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


BR1M - menguji kesabaran orang yang benar-benar sabar..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

..bermula sejak jam 9am tadi...ramai yang dah bersedia untuk mengetahui status permohonan mereka melalui perkhidmatan yang telah disediakan..

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010


...tapi sekarang ini talian terlalu sibuk...

"maaf ! semua talian kami sedang sibuk, sila cuba sebentar lagi.."


 kepada mereka yang berkenaan tu bersabarlah ye......ini lah masanya untuk menguji kesabaran orang yang benar-benar sabar...

p/s : pesanan dari hati ke hati....jangan ada yang hentak gangang telefon sampai pecah plak nanti, atau tekan keypad henfon sampai terkeluar...aduss! lain pulak jadinya...huhu.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA, berjaya menghubungi LHDN dan berjaya mendapat bantuan RM500.



 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"