Musim Bunga yang Pertama : Rabiul Awal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal di kalangan masyarakat Islam kerana di dalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.

Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia ke jalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan.

Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

Terjemahannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".


>sunmber

alhamdulillah...jemaah masjid dan surau surau kawasan berdekatan, selepas solat waktu bersalawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam .


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Cepatnya Berubah !!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

lohhh!....Rm 4.00/kilogram je kat pasar malam  hari ni...Hari Isnin lepas - tangkap leleh beli Rm 7/kg, cmner nih, cepatnya harga berubah.....ke pcl kena tipu ??
 mangga siam kot 'made in Thailand' ..tapi rasanya sama, lemak manis gak..emmm.


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Kenali Blogger : Cikgu Yanti , Encik Saidi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Lebih ramai yang hadir dalam dunia blog..lebih meriah rasanya...apa lagi dengan kehadiran kawan2 lama...

sesuatu yang mengamit memori mungkin tak pernah keluar dari mulut blogger itu sendiri..cuma hanya pada coretan untuk meluahkan apa yang tersirat dalam blog masing2.

PCL punya kawan lama , sudikan lah bertandang ke blog mereka..



**** kami in the house *****
http://yantimatisa.blogspot.com/
"... kak yan tak kisah sangat .. tapi kalau menulis syok sendiri pun tak best juga bila takde orang baca .
Harap lepas ni dapat lebih ramai kawan cyber .... di sekolah memang dah ramai kawan tapi bila balik rumah ..asyik melayan peel anak-anak pening jugak ...so internet lah kawan kak yan ."

*****  **  *****


My Photo
http://akuduniasesuatu-saidi.blogspot.com/

"...sudikan lah merehat kan minda membaca hasil nukilan aku....Jika ada kesalahan atau tersilap ,harap di maaf kan kerana aku masih baru dalam dunia blog ni.. Dan jika ada yg sudi, tolong lah tunjukkan cara,tip dan sebagainya kepada aku. Aku perlukan bimbingan, ilmu dari blogger2 semua.."


p/s : last sekali kami gathering pada reunion tahun lepas..



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jom Solat Dhuha : Ingat mengigatkan tentang tata cara bersolat dhuha.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Jom solat dhuha.... (pagi ini) ambil masa sikit.. boleh la  dimulakan, bagi yang dah biasa buat ..alhamdulillah teruskan...selamat ber'amal.

Solat Dhuha adalah solat sunah yang dilakukan setelah terbit matahari (mulai jam 7 sampai menjelang masuk waktu Zhuhur). Waktu paling afdhal adalah ketika matahari sedang naik ( kira-kira jam 9.00 ).



niat solat sunat dhuha
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


doa selepas solat sunat dhuha
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Tata Cara Solat Dhuha


Berikut ini tata cara melakukan solat dhuha:
1. Berniat untuk melaksanakan solat sunat Dhuha setiap 2 rakaat 1 salam. Seperti biasa bahwa niat itu tidak harus dilafazkan, karena niat sudah dianggap cukup meski hanya di dalam hati.
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Asy-Syamsu (QS:91) pada rakaat pertama, atau cukup dengan membaca Qulya (QS:109) jika tidak hafal surah Asy-Syamsu itu.
4. Membaca surah Adh-Dhuha (QS:93) pada rakaat kedua, atau cukup dengan membaca Qulhu (QS:112) jika tidak hafal surah Adh-Dhuha.
5. Rukuk, iktidal, sujud, duduk dua sujud, tasyahud dan salam adalah sama sebagaimana tata cara pelaksanaan shalat fardhu.
6. Menutup solat Dhuha dengan berdoa. Inipun bukan sesuatu yang wajib, hanya saja berdoa adalah kebiasaan yang sangat baik dan dianjurkan sebagai tanda penghambaan kita kepada ALLAH.

Sebagaimana solat sunat lainnya, Dhuha dikerjakan dengan 2 rakaat 2 rakaat, artinya pada setiap 2 rakaat harus diakhiri dengan 1 kali salam.

Adapun surah-surah yang dibaca itu tidak ada hadis yang mengaturnya melainkan sekedar ijtihad belaka, kecuali membaca Qulya dan Qulhu adalah sunnah Rasulullah, tetapi bukan untuk solat Dhuha, melainkan shalat Fajr. Kita tidak dibatasi membaca surah yang manapun yang kita sukai, karena semua Al-Qur’an adalah kebaikan.

Doa sesudah sholat dhuha pun tidak dibatasi, kita boleh berdoa apa saja asalkan bukan doa untuk keburukan.  - sumber




p/s : masih sempat lagi, jika terlepas hari ini lakukanlah esoknya, mudah-mudahan ia akan jadi kebiasaan dengan tanpa lupa kerana ia banyak fadhilatnya.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"